Friday 28 August 2009

Taniah Datuk Seri Idris Jala Pantau KPI Menteri


Taniah diucapkan kepada Datuk Seri Idris Jala kerana telah dilantik sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai Ketua Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu badan baru ditubuhkan bagi memantau dan mengawal pelaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI) peringkat nasional dan menteri baca disini

Dewakampung melihat perlantikan Datuk Seri Idris Jala adalah satu perlantikan yang tepat berdasarkan keupayaan beliau dan penubuhan PEMANDU pula menunjukkan Najib serta kerajaan amat komited dengan KPI.

Tindakan Najib ini merupakan satu demensi baru bagi memantapkan negara menuju era negara maju pada 2020 dan ia wajar disokong. Dewakampung berpendapat dengan wujudnya PEMANDU yang bertanggungjawab memantau dan menilai KPI peringkat nasional dan menteri, maka tiada alasan lagi Menteri dan anggota Kabinet yang dilantik untuk tidak buat kerja.

Dewakampung turut percaya slogan ''Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'' akan terlaksana dengan jaya dan kepada Datuk Seri Idris Jala selamat menjalankan tugas demi negara tercinta.

1 comment:

kerisLekuk7 said...

taniah juga di ucapkan pada beliau...harap ada perubahan yang akan di bawa...dan jangan sampai jadi macam 'kacang lupakan kulit'