Monday 28 September 2009

Nik Aziz, Ibrahim Ali & Islam

Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan) dengan bongkak menyatakan beliau telah berjaya menerajui kerajaan negeri Kelantan selama dua dekat dan beliau turut menyatakan kawasan seperti Kuala Krai & Gua Musang mencapai kemajuan..ada amat melucukan apabila Nik Aziz menyatakan beliau berjaya membangunkan negeri Kelantan dan contoh kewasan pembangunan di Kuala Krai & Gua Musang adalah hasil dari perancangan kerajaan Pusat Barisan Nasional. Nasib baik Nik Aziz ini sedar diri dan tidak menyatakan pembangunan korodor pantai timur melibatkan negeri Kelantan adalah hasil dari perancangan beliau baca ini.

Jika Nik Aziz menyatakan PAS Kelantan tidak gagal, bagaimana pula dengan PAS Perak & PAS Selangor???. Apa yang jelas Nik Aziz telah gagal mentadbir Parti PAS dengan baik dan beliau selaku orang besar dalam PAS telah GAGAL melaksanakan tugas sebagai pemimpin. Dewakampung menaytakan demikian kerana PAS Perak & PAS Selangor semakin hilang arah tuju dalam memperjuangakan Islam seperti penubuhan awal PAS.

Jika dilihat kembali saranan Ibrahim Ali mungkin ada benarnya setiap butir yang berkaitan dengan Nik Aziz seperti sebab, "pemimpin itu (Nik Aziz) secara tidak sedar telah merosakkan imej Islam dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan termasuk cuba mengambil alih tugas malaikat dan tugas Allah untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga dan neraka" lihat disini.

Dewakampung ingin menyatakan siapa Nik Aziz boleh menentukan amal soleh seseorang Tuhan, sebagai seorang ilmuan Islam Nik Aziz seharusnya lebih bertanggungjawab dan bertamadun dalam menegluarkan kenyataan dan diharapkan Nik Aziz agar merenung kembali diri beliau serta parti PAS yang semakin hilang arah tuju.

Monday 14 September 2009

SERUAN KEPADA PEMUDA-PEMUDI


Ayuhai Pemuda Harapan Negara
Juga Pemudi Harapan Negeri
Binalah Nusa Dengan Segera
Untuk Membakti Hak Peritiwi

Lupakah Saudara Masa Silam
Di Zaman Keperwiraan Yang Telah Layu
Bukankah Negara Dikenali Alam
Tentang Kemahsyuran Kerajaan Melayu

Masa Itu Ayuhai Saudara
Kemahsyuran Melayu Silang Gemilang
Semerbak Bau Nama Negara
Hingga Selalu Dagang Menjelang

Kedatangan Dagang Memang Bertujuan
Bukan Sahaja Hendak Berniaga
Tetapi Dagang Menjalankan Tipuan
Laksana Naga Kepala Tiga

Cubalah Tatapi Tawarikh Melayu
Di Zaman Sultan Mahmud Syah
Bukankah Pengkhianat Membuat CELAKA
Meramas Kedaulatan Negara Bertuah

Kini Kita Mesti Sedar
Ayuhai Juwita Harapan BANGSA
Jangan Leka Duduk Bersandar
Akhirnya Kita Lagi BINASA

Lihatlah Negeri Yang Telah Maju
Banyak Pemuda BERPENGETAHUAN TINGGI
Juga Pemudi sama BERSATU
Anak Bangsa Tak Canggung lagi

HIDUP MELAYU

DIPETIK DARI PUISI LAMA JUWITA - 1956

Thursday 10 September 2009

Perkara 3 Perlembagaan Negara Tercemar Angkara MB Selangor


BEBERAPA HARI LALU, perencanaan halus musuh Islam berjaya dilakukan, malah lebih memilukan apabila seluruh ADUN Melayu Pakatan Rakyat Selangor sekadar mendiamkan diri. Mana pergi suara jagoan Melayu di kalangan mereka yang bergitu lantang semasa pilihanraya?. Apa yang dibuat oleh Hasan Ali, Azmin Ai, Yakop Sapari, Suhaimi Syafie, Dr. Rani, Saari Sungib & Iskandar Samad adakah mereka sengaja membutakan mata serta sengaja memekakkan telinga???.

Kini keputusan YAB Menteri Besar Selangor hasil tekanan kelompok bukan Islam telah memihak kepada INTER FAITH COUNCIL (IFC). Sebuah kuil besar berkeluasan 20 ribu kaki persegi akan dibina di kawasan 80% Melayu. Lebih memilukan dan mengaibkan kuil ini jaraknya tidak sampai 200 meter daripada SEBUAH SURAU.

Tiga puaka Bangsa Melayu (yang mengeji Agama Islam) iaitu Khalid Ibrahim, Khalid Samad & Rodziah menepis dan berhujah gampang. Jawapan politik maha bangsat diberikan dan tiada langsung sedikit perasaan kesal atas tindakan itu. Mengapa mereka sanggup membodohkan akal penduduk dengan memberi jawapan yang cukup menyakitkan hati serta menguris perasaan penduduk Melayu Beragama Islam????.

Adakah benar, kiranya IFC melepasi dugaan krisis pembinaan kuil besar di seksyen 23 Shah Alam Selangor, MAKA KEJAYAAN INI AKAN DIJADIKAN PLATFORM UNTUK MEMBINA SEBERAPA BANYAK LAGI GEREJA, KUIL & TOKONG BESAR DI KAWASAN-KAWASAN MAJORITI MELAYU YANG LAIN???. Dimanakah Perkara 3 Perlembagaan Negara yang menyatakan "Agama Islam Adalah Agama Persekutuan Dan Agama Lain Bebas Diamalkan Secara Aman & Damai Dalam Mana-Mana Bahagian Persekutuan". Apa yang jelas mereka menafsir Perkara 3 itu sesuka hati tanpa merujuk pakar undang-undang.

Apa yang jelas sia-sia sahaja pemimpin dahulu memasukkan Perkara 3 dalam Perlembagaan. Sebenarnya hak beragama orang lain tidak boleh sama sekali dilaksanakan dengan menjejas kedudukan Agama Islam itu maknanya "lain-lain agama boleh diamalkan dengan "AMAN & DAMAI!!!!!"..INGATAN BAGI MEREKA YANG LUPA KONSEP PERLEMBAGAAN NEGARA.

Dewakampung melihat konsep 1Malaysia, semua pihak harus peka & bertolak-ansur berdasarkan Pelembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi tunjang negara. Tiada maknanya konsep 1Malaysia jika tidak berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, apa yang nyata Kerajaan PKR & PAS membuat kerja bahaya semacam ini secara tidak lansung boleh meruntuhkan perpaduan NEGARA...

Monday 7 September 2009

Keupayaan Kerajaan Selangor...Syabas Diucapkan


Dewakampung melihat kerajaan Negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang telah GAGAL menyelesaikan isu pemindahan kuil Seksyen 23 Shah Alam, Selangor ini telah membuktikan pembangkang tidak layak untuk menjadi pemerintah yang baik bagi sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian penduduk. baca ini.

Tidak dinafikan semasa pemerintahan Kerajaan Pimpinan Barisan Nasional (BN) memang ada berlaku permasalah yang melibatkan kuil @ tokong seperti di Nyalas Melaka tetapi kerajaan BN berjaya menyelesaikan masalah itu dengan baik serta tidak menimbulkan polimek serta rasa tidak puas hati dikalangan masyakarat berbiang kaum. Dewakampung melihat ini semua berpunca apabila Menetri Besar sendiri yang tidak mempunyai kekuatan dalam melaksanakan tugas kerana asyik sibuk berpolitik.

Apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam, Selangor segalanya berpunca dari YAB Khalid Ibrahim & Anwar Ibrahim sendiri, mereka seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan isu ini. Dewakampung amat hairan dengan Kepimpinan PAS Pusat atau PAS Selangor mengapa mereka hanya berdiam diri apabila sebuah kuil hendak dibangunkan dikawasan majoriti Melayu???, Adakah PAS sanggup membiarkan orang Melayu Beragama Islam ini menerima kesan langsung dari pembinaan kuil ini???, Dimanakah laungan perjuangan PAS yang selama ini memperjuangkan Agama Islam???, Adakah kerana sudah mabuk kuasa PAS sudah hilang punca??.

Semenjak Pakatan Pembangkang memerintah negeri Selangor berbagai-bagai isu telah timbul yang rata-ratanya melibatkan agama Islam disini dewakampung memberikan empat contoh isu besar yang melibatkan Orang Melayu Beragama Islam antaranya:-
1. Isu pembinaan kandang babi yang hampir mencecah jutaan Ringgit Malaysia di kawasan Sepang Selangor...Persoalan disini apa kejadahnya membina kandang babi di kawasan majoriti Bangsa Melayu Beragama Islam???..Sudah tiada kawasan lain ke dalam negeri Selangor???
2. Isu pemulangan arak yang dirampas oleh pihak berkuasa tempatan dikawasan Majoriti Orang Islam, apabila Exco Kerajaan Negeri (wakil dari DAP) telah mengarahkan agar arak itu dipulang hingga siap mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan ajaran Islam bahawa minum "beer" tidak salah sedangkan dalam Islam yang ''HARAM TETAP HARAM''walaupun kandungan akohol adalah sedikit???...dewakampung melihat kenyataan dan tindakan yang dicetuskan oleh Exco berkenaan seolah-olah menghina agama Islam & Orang Melayu.
3. Isu pengunaan wang zakat kepada orang bukan Islam, nasib baik dalam hal ini DYMM Sultan Selangor telah campur tangan..kalau tidak entah apa yang akan terjadi hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.
4. Isu terkini lagi sensasi berkenaan pembinaan kuil dikawasan Majoriti Orang Melayu Beragama Islam...satu persoalan yang dewakampung ingin bangkitkan sudah tiada kawasan lain ke di Selangor yang penduduknya majoriti orang India.

Apa yang dewakampung bangkitkan ini bukan soal perkauman tetapi ini soal hak penduduk peribumi serta ia ada melibatkan akidah...seharusnya Kerajaan Negeri Selangor pimpinan pembangkang harus lebih sensitif dengan sensitiviti sesuatu bangsa @ kaum di Malaysia sebelum melaksanakan sesuatu perkara kerana sejak akhir-akhir ini Kerajaan Negeri Selangor pimpinan pembangkang bergitu tidak menjaga soal-soal yang berkaitan dengan isu-isu sensitif.

Jika Kerajaan Negeri Selangor pimpinan pembangkang sensitif dengan masyarakat, dewakampung amat percaya tidak akan berlaku cetusan rasa marah dikalangan rakyat....tetapi apa yang jelas dewakampung ingin nyatakan KERAJAAN NEGERI SELANGOR PEMPINAN PEMBANGKANG TIDAK LAYAK UNTUK MEMERINTAH NEGARA INI KERANA SANGAT PINCANG. lihat ini

Wednesday 2 September 2009

Siapa Yang Keliru SPR @ PAS???

Pada hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan Adun Kota Siputeh kekal dan difahamkan juga Datuk Abu Hasan Sarif ada mengemukakan surat MC dan itu telah menjelaskan sebab mengapa beliau tidak hadir dalam mesyuarat pada 9 Ogos 2009. Adalah amat melucukan apa surat MC tidak diterima oleh Speaker, jelas menunjukkan Kerajaan Pembangkang Negeri Kedah tidak mengiktiraf doktor yang mengeluarkan surat. baca disini


Dewakampung turut menjangkakan keputusan ini akan mendapat reaksi negatif serta tuduhan melampau dari pembangkang dimana Dato' Kamarudin Jaffar (Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat) telah menyatakan dalam HarakahDaily.Net iaitu "Keputusan ini membuktikan lagi SPR terlalu menjaga kepentingan Barisan Nasional (BN) kerana sepatutnya jika tidak hadir sidang Dun dalam tempoh dua penggal hukuman lebih teruk dikenakan tetapi dalam kes ini ia diringankan dan dikekalkan kerusi Adun BN itu,"

Itu menunjukkan pembangkang tidak dapat menerima hakikat dan keputusan apabila sesuatu perkara itu bertentangan dengan hasrat mereka...persoalan disini adakah pembangkang ini benar-benar memahami akan peruntukkan undang-undang?. Tuduhan yang ditujukan oleh PAS itu adalah amat berat.

Dewakampung amat percaya jika keputusan memihak kepada pembangkang, mereka akan menyatakan SPR menjalankan tugas dengan tulus tetapi jika tidak bermacam-macam tuduhan yang amat melampau diucapkan kepada SPR ini terjadi seperti berlaku kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sikap yang ditunjukkan oleh Parti PAS ini amat meloyakan kerana hanya sibuk untuk berpolitik hinggakan tanggungjawab kepada rakyat tidak dilaksanakan. Seharusnya PAS mempersoalkan isu kuil di seksyen 23, Shah Alam Selangor yang cuba dibina dikawasan majoriti orang Islam berbangsa Melayu, jelas menunjukkan PAS lupa akan parti yang selama ini dikatakan memperjuangkan Islam. PAS seharusnya memperjuangkan masalah yang berlaku pada umat Islam dan Bangsa Melayu pada hari ini tetapi amat mendukacitakan disebabkan politik PAS telah melanggar banyak prinsip

Dewakampung berharap agar PAS merenung kembali perjuangan mereka