Tuesday 22 June 2010

Nik Aziz Setuju Melayu Masuk DAP

Pada 15hb September 2009, Tuan Guru Nik Aziz dengan bangga menyatakan Melayu sertai DAP akan mendapat kebaikan dalam masa jangka panjang. Disini Dewakampung ingin menyatakan kepada Tuan Guru apakah kebaikannya jika Karpal Singh sendiri pernah menyatakan jika mahu menubuhkan negara Islam langkah mayat kami dahulu, bukankah itu melanggar prinsip penubuhan sebuah negara Islam???...jadi dimana baiknya apabila Melayu masuk DAP

Dewakampung merasakan Tuan Guru Nik Aziz semakin kemaruk kuasa untuk memerintah hingga sanggup menyokong parti yang benar-benar menentang agama Islam (bukti telah saya tunjukkan), disini dimana logik baiknya wahai Tuan Guru Kesayangan Ku???.

Jelas semakin hari, semakin bercelaru tindak-tanduk yang Tuan Guru lakukan hingga boleh mengelirukan orang Islam di Malaysia...sedarkah bahawa Tuan Guru semakin membahayakan prinsip agama Islam itu sendiri seperti mana termaktud & tertulis dalam Perlembagaan Pesekutuan iaitu perkara 3(1) dan perkara 160 (2).

Kenyataan yang Karpal Singh jelas lagi bersuluh bahawa DAP secara terang menolak agama Islam...Adakah Tuan Guru terlupa perbezaan diantara Kafir Harbi & Kafir Zimmi, tetapi adalah mustahil seorang yang mengatakan dirinya Ulamak hingga sanggup mendoakan Ulul-Amri ditimpa bala tidak mengetahui perbezaan itu???...Kafir mana boleh dijadikan kawan dan kafir mana yang perlu di lawan???

Sukacita Dewakampung ingin berpesan kepada Tuan Guru jangan lagi mengadaikan maruah Islam & Bangsa Melayu yang semakin terhakis serta terancam oleh golongan-golongan yang membenci Islam dan Bangsa Melayu...lupakah Tuan Guru akan sejarah siapa yang memulakan 13hb Mei 1969????

Tuan Guru perlu kita ingat setiap apa yang dilakukan haruslah berlandaskan kepada Alif, Ba, Ta dan Tuan Guru setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan oleh Allah SWT dan ingatlah Tuan Guru perkara yang paling berat adalah amanah yang Tuan Guru ambil

Saturday 19 June 2010

Pesanan Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru Ada Menyatakan Bersumpah Mengunakan al-Quraan
Tetapi Amat Hairan Mengapa
Bro Anwar Ibrahim Tidak Bersumpah Berkenaan
ISU LIWAT BERSAMA SAIFUL???
DEWAKAMPUNG TUNGGU BRO ANWAR BERSUMPAH