Tuesday 31 August 2010

Pudrah Terkini


Apa sudah jadi dengan muslimah ini???....jika mahu memakai pudrah..pakai yang yang benar-benar melambangkan Islam

Sedangkan penidasan pada sesama manusia telah dilakukan..apa rasionalnya muslimah masih lagi menyokong DAP

dewakampung semakin hairan dengan apa yang berlaku

Wednesday 25 August 2010

Apa Sudah Jadi Kepimpinan Mahasiswa MMU Melaka

14hb Julai 2010, Multimedia University Melaka telah mengadakan pilihanraya kampus dan pertama kalinya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mempertandingkan kerusi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar untuk dipilih oleh pelajar hasil dari keputusannya, 9 kerusi dimenangi oleh calon bukan Melayu dan 5 kerusi lagi dimenangi oleh calon Melayu. Apa yang agak menghairankan bagaimana pilihan raya kampus telah diadakan dalam keadaan kelam kabut serta format pilihan raya yang tidak dimaklum kepada mahasiswa. Dewakampung difahamkan juga terdapat bantahan telah dibuat oleh persatuan pelajar telah ditolak oleh pihak HEP. baca ini

Dewakampung dimaklumkan oleh sahabat dari MMU Melaka bahawa YB Gavin Clement Fernando (Exco MPP Melaka 08/09) telah dipecat dari MPP MMU Melaka 08/09 oleh Mohd Hafidz Osman (Presiden MPP Melaka 08/09) kerana mencuri laptop Dinesh Tiagaraja (Exco MPP Melaka 08/09). Pemecatan ini dibuat oleh Hafiz kerana Gavin didapati bersalah mencuri laptop rakan MPP sendiri dan kes itu berlaku di pejabat MPP.

Dewakampung berasa hairan dengan sikap HEP MMU yang boleh membenarkan seorang bekas MPP yang dipecat untuk menjadi Presiden... dewakampung turut melihat adakah Pengarah HEP MMU ini buta atau segaja membutakan diri.

Satu lagi yang agak menarik dengan pemilihan Presiden MPP MMU oleh pihak HEP bagaimana seorang Presiden dikelilingan perempuan boleh memimpin???...Adakah perkara yang dipersetujui oleh HEP . lihat disini

Semakin keliru dengan kepimpinan universiti sekarang

Tuesday 17 August 2010

Hai PKR

Dengan apa yang berlaku ini dewakampung ingin menyatakan buat pilihan dengan bijak demi Negara Tercinta

Akibat suka dengan sikap fitnah dan melakarkan cerita-cerita yang agak kurang tepat bunyinya maka akhbar Suara Keadilan dan Presidennya telah pun disaman fitnah oleh FELDA sebanyak RM 200 juta. Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. selaku plaintif pertama dan kedua memfailkan writ saman sebanyak RM 200 juta itu melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada 16hb Ogos 2010 jam 3.11 petang. lihat ini

Selain Wan Azizah turut menangung kesan diatas perbuatan dan kelancangan penulisan ialah Dr. Syed Husin Ali turut disaman kerana pemegang jawatan dalam parti sebagai Naib Presiden manakala Pelita Koridor Sdn. Bhd (Penerbit Akhbar) dan pencetaknya, Percetakan NPK Sdn. Bhd serta penyunting, Dzulkarnain Taib serta penulis, Rusnizam Mahat pula turut dinamakan sebagai defendan.

Polis akan memanggil Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merekodkan keterangannya bagi membantu siasatan berhubung penggunaan gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim, pada kain rentang bagi satu ceramah parti itu di sini bulan lalu.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, keterangan Anwar akan diambil dalam masa terdekat supaya siasatan mengenai penggunaan gambar itu dapat diselesaikan segera.

Akibat kegilaan dalam berkempen serta berceramah politik sekali lagi PKR tidak menghormati kedudukan DYMM Sultan Johor hinggakan sanggup meletakan gambar baginda dalam poster ceramahnya. Ketua Polis Batu Pahat menyatakan pihak polis telah merampas empat kain rentang yang dipasang di Semerah, Parit Sulong, Sri Gading dan Rengit. Disini dewakampung merasa hairan kenapa hendak melibatkan Baginda Sultan dalam kancah politik?

Dewakampung mula terfikir adakah parti pembangkang sudah ketiadaan modal bagi meraih sokongan rakyat hingga sanggup melibatkan Institusi Diraja Johor. Maka akibat bijaknya permainan politik ini Penasihat PKR akan dipanggil oleh pihak Polis dan dewakampung mengharapkan agar jangan nanti keluar pulak cerita pihak polis melakukan siasatan tidak adil, biarlah polis melaksanakan tugas mereka

Dewakampung sayang Raja Melayu

Monday 16 August 2010

Balak,PAS dan Banjr

Hasil dari tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Kedah dewakampung melihat pihak Kerajaan Negeri Kedah Pimpinan PAS harus membayar ganti rugi kepada semua mangsa banjir di Sik dan Baling kerana apa yang jelas kejadian banjir ini disebabkan sifat dan sikap rakus pimpinan kerajaan negeri Kedah merompok hasil balak, kerana apa yang sedang berlaku kesannya diketahui oleh barisan kepimpinan kerajaan negeri Kedah.

Kejadian ini juga berpunca apabila projek pembalakan yang diluluskan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS....dan nyata apa yang berlaku di Kedah telah pun lama berlaku di negeri Kelantan juga dipimpin oleh PAS hingga beberapa batang sungai tercemar kerana aktiviti pembalakkan ini.

Pada Sabtu lepas, ramai penduduk di Sik dan Baling menjadi mangsa banjir dan terpaksa dipindahkan akibat rumah mereka dinaiki air dan dilanda banjir lumpur kesan daripada kerja pembalakan di kawasan hutan yang diluluskan oelh kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS. Semasa berlakunya bencana itu terdapat juga rumah yang dirempuh oleh kayu balak...maka jelaslah membuktikan banjir di Sik dan Baling akibat kerakusan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS mengambil hasil bumi.


Menteri Besar Kedah Harus Bertanggungjawab Atas Isu ini