Saturday 23 October 2010

MTAB bela Melayu & Bumiputra

Tindakan UMNO menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputra (MTAB) merupakan satu langkah baik bagi memastikan Melayu & Bumiputra terus terbela di tanah airnya sendiri...ini dapat melihat berapa seriusnya UMNO dalam membimbing serta mempertahankan hak Melayu & Bumiputra tanpa meminggir serta menidas hak kaum lain kerana apa yang dibuat selama ini semuanya termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan dan sama sekali tidak mencabuli Perlembagaan yang dipersetujui bersama oleh semua pemimpin kaum. lihat disini
MTAB juga merupakan satu cara @ kaedah bagaimana membahagikan kek ekonomi yang seadil-adilnya kepada semua masyarakat...Penubuhan MTAB ini merupakan platform menwujudkan masyarakat perdagangan & perindustirian bumiputra agar kekayaan negara dapat dikongsi oleh semua lapisan masyarakat.
Dewakampung melihat melalui UMNO masyarakat bukan Melayu telah mendapat kesenangan hasil dari kemakmuran negara yang dipimpin oleh masyarakat Melayu Islam ini dibuktikan hasil 53 tahun pemerintahan UMNO di bumi Malaysia, maka isu perkauman tidak timbul sama sekali seperti mana yang didakwa oleh parti-parti pembangkang terutamananya DAP, PAS & PKR yang sentiasa menwujudkan isu-isu bercorak perkaumanan yang jelas boleh mengugat kestabilan negara.
Ini sangat berbeza apabila DAP berjaya memerintah Pulau Pinang dengan perkara pertama yang dilakukan ialah tidak melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), maka secara langsung DAP telah menyekat serta menindas masyarakat Melayu Islam Pulau Pinang tetapi amat menyedihkan apabila hak ini tidak dipertahankan oleh PAS & PKR malahan PKR sendiri sanggup pula memburukkan negara Malaysia di Indonesia melalui pemimpinya...apa yang jelas negara ini dipimpin oleh Orang Melayu Beragama Islam maka PKR telah memburukkan Melayu Islam secara keseluruhannya termasuk Raja-raja Melayu.
Kalau dilihat nasib Melayu di negeri Pulau Pinang seakan-akan merempat di bumi sendiri yang secara jelas melalui sejarah bahawa Pulau Pinang termasuk dalam kepulauan Melayu tetapi persoalannya pada hari ini Pulau Pinang bukan lagi kepulauan Melayu...ini dibuktikan melalui beberapa kawasan yang selama ini menjadi nadi Melayu Islam mencari rezeki telah diambil sedikit demi sedikit oleh Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dan sekali lagi perkara yang amat mendukacitakan apabila PAS & PKR hanya berdiam diri sedangkan PAS & PKR pemimpin nya adalah Melayu. baca ini

Maka dewakampung melihat tindakan UMNO menubuhkan MTAB adalah satu langkah mulia dalam menaikan kembali taraf, maruah serta nasib bangsa Melayu Islam & Bumiputra di Tanah Melayu

Saturday 16 October 2010

PERMATA dihina Pembangkang

Dewakampung melihat apabila Bajet 2011 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kepada program PERMATA adalah satu cara untuk kerajaan memberikan perhatian kepada pembangunan Modal Insan dimana melalui program ini anak-nak perwaris bangsa akan menikmati kebaikan hasil dari ketulusan kerajaan persekutuan yang bergitu sayang kepada anak-anak muda yang merupakan perwaris negara.

Adalah amat menyedihkan apabila peruntukkan RM 111 juta untuk program PERMATA ini telah dihina oleh pembangkang terutama oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ini menujukkan kurang matangnya pemikiran pemimpin PAS

Jika kita pergi dengan lebih mendalam Peruntukan sebanyak RM 111 juta itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Ini merupakan satu perancangan rapi pihak Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Modal Insan dan merupakan permulaan awal menyediakan manusia berguna untuk negara.

Dewakampung turut melihat program ini akan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum termasuklah anak-anak pemimpin pembangkang yang menuduh serta memfitnah program PERMATA ini.


Apabila pembangkang menolak program PERMATA ini membuktikan bahawa pembangkang tidak mahu anak-anak pewaris negara ini menikmati satu sistem pembelajaran yang tersusun & teratur. Ini juga membuktikan bertapa jengkel serta cetek pemikiran pemimpin pembangkang berkenaan pembangunan Modal Insan. Dewakampung melihat ini berlaku kerana pemimpin pembangkang hanya pandai memberi duit judi kepada masyarakat Islam
satu pertanyaan kepada PAS..mengapa tidak respon kepada duit judi di Pulau Pinang itu,,,sebaliknya mempertikaikan program yang memberi keuntungan kepada negara, agama serta anak bangsa?????

Monday 11 October 2010

Dr. Chua Soi Lek Harus Buat Kerja

Dewakampung melihat desakan YAB Perdana Menteri, yang mahu parti MCA berkerja keras bagi memastikan mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA dan BN berterusan agar mencapai kemenangan ada rasionalnya. Pemimpin MCA harus berusaha memastikan masyarakat Cina bersama-sama dengan kerajaan bukan hanya memohon duit dari Kerajaan Pusat tetapi tidak pernah memberikan sokongan pada kerajaan ini merupakan satu bentuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Dewakampung melihat pemimpin MCA harus bertanggungjawab sepenuhnya diatas apa yang berlaku sebagai contoh dalam dua pilihnaraya kecil iaitu di Parlimen Hulu Selangor & di Sibu termasuk Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas dimana perutukkan dan permintaan telah diberikan tetapi sokongan kepada BN semakin merosok, persoalannya mengapa jadi demikian???

Pemimpin MCA yang melihat sokongan pada masyarakat Cina hanya melalui pemberian wang dan projek sahaja dapat menarik semula sokongan masyarakat adalah satu kesilapan besar...sebenarnya kegagalan MCA memahami hati nurani masyarakat Cina serta gagal menyelesaikan masalah masyarakat Cina merupakan punca utama kegagalan ini. baca disini

Dewakampung juga mencadangkan agar pemimpin MCA memahami konteks perkongsian kuasa & pemuafakatan/perjanjian yang termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum membuat segala tuntutan yang tidak masuk akal. Jika pemimpin MCA dapat memahami Perlembagaan Persekutuan dengan baik serta mematuhinya, dewakampung amat percaya segala kekeliruan dapat diselesaikan bukannya sentiasa menuntut perkara yang bukan-bukan hingga kadang-kala menyebabkan ketengangan.

MCA juga harus memastikan serta menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan oleh DAP kepada kerajaan tetapi apa yang mendukacitakan MCA lebih banyak mendiamkan diri...apabila ini terjadi masyarakat Cina akan beranggapan bahawa setiap lemparan tuduhan itu adalah benar...satu persoalan kepada MCA dimanakah sikap tanggungjawab pada kompenan BN???.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (Presiden MCA) juga harus berusaha untuk memulihkan krisis parti yang telah berlaku selama 11/2 tahun kerana apa yang jelas krisis ini merupakan faktor mengapa masyarakat Cina menolak kepimpinan MCA. Disini perkiraan yang boleh dibuat cukup muda bagaimana hendak membimbing kalau kepimpinan Parti sendiri mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan,

Apa yang jelas MCA harus menunjukkan keikhlasan untuk bersama-sama YAB Perdana Menteri dalam membangunkan negara mengikut konsep 1Malaysia yang bertujangkan kepada Rukun Negara & Perlembagaan Persekutuan....MCA harus ingat keikhlasan, kejujuran dan keterbukaan demi kompenan parti harus dibukti bermula dari sekarang

MCA harus berubah jika mahu sokongan

Thursday 7 October 2010

Hak Rahimi dihalang oleh PKR..dimana keadilan beliau

muka depan utusan yang menyatakan dipaksa berhubung akuan sumpah.baca ini
Dewakampung melihat satu lagi pekung Anwar Ibrahim telah pecah dan dewakampung berpendapat kenyataan ini boleh dipercayai kerana disampaikan oleh manusia yang paling hampir dengan Anwar Ibrahim iaitu Bekas Setiausaha Sulit yang sudah pasti mengetahui semua pergerakkan manusia bernama Anwar Ibrahim.
Adalah amat menyedihkan apabila kenyataan media yang ingin dibuat oleh saudara Rahimi telah disekat dan dihalang oleh penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengapa kenyataan beliau dihalang sedangkan sebelum memiliki kuasa dengan memerintah negara PKR selalu berarak dan berdemonstrasi melaungkan kebebasan bersuara.baca disini
Dewakampung ingin bertanya dan mempersoalkan tindakan dari kelompok-kelompok & juak-juak PKR yang totok ini mengapa di larang kenyataan media saudara Rahimi bukankah negara Malaysia ini mengamalkan kebebasan bersura seperti termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan melalui perkara 10 "KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN & BERPESATUAN".
Jadi adakah Anwar Ibrahim tidak mengetahui akan perkara yang termaktud dalam Perlembagaan ini sedangkan beliau pernah menjadi sebahagian dari anggota kerajaan semasa menjawab jawatan Timbalan Perdana Menteri....ini menunjukkan Anwar Ibrahim hanya tahu mengikut peraturan semasa bergelar Timbalan Perdana Menteri sahaja kot..tetapi apabila bergelar Ketua Pembangkang ia tidak tahu erti peraturan.
Ini membuktikan PKR adalah sebuah parti yang tidak tahu mengikut peraturan, perundangan dan perlembagaan. Hai apalah nasib jika Malaysia ada pemimpin seperti ini yang sanggup memaksa Setiausaha Sulit membuat akuan bersumpah palsu pada tahun 2008 disaksikan peguam bernama Latheafa Koya...antara akuan bersumpah yang dipaksa oleh Anwar Ibrahim kepada saudara Rahimi ialah:-
a) surat akuan bersumpah pertama yang membabitkan tuduhan liwat antara Anwar dan pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah hotel di Shah Alam.
b) Satu lagi surat akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangan ialah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Old Town, Petaling Jaya.
maka tidak hairanlah mengapa kes dimahkamah selalu sangat tertangguh....kebenaran untuk Saiful akan terbukti sedikit masa lagi