Monday 3 January 2011

Shuhaimi Shafiie vs Sultan Selangor

Dewakampung agak merasa kesal dan dukacita dengan tindakan kurang bermaruah secara tiada budi bahasa yang ditunjukkan oleh YB Shuhaimi Shafie (ADUN Seri Muda) dari Parti Keadilan Rakyat yang secara terang lagi jelas menghina serta menentang keputusan DYMM Sultan Selangor. Tindakan YB Shuhaimi Shafie ini secara jelas telah mencemar kewibawaan DYMM Sultan Selangor serta secara langsung menghina kedudukan Perlembagaan Persekutuan yang selama ini mendukong pemerintahan negara.

YB Shuhaimi Shafie pada 31 Disember 2010 dalam blognya http://srimuda.blogspot.com secara terang menentang keputusan DYMM Sultan Selangor yang memperkenankan pelantikan Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). YB Shuhaimi Shafie dengan angkuh menyatakan pelantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan ia terletak dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan. YB Shuhaimi Shafei juga seolah-olah memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

Dewakampung melihat tindakan YB Shuhaimi Shafie ini amat derhaka serta melawan DYMM Sultan, di sini jelas menunjukkan kepimpinan pakatan pembangkang tidak mempunyai serta mengamalkan budaya hormat dikalangan kepimpinan negara, ini semua berpunca dari Anwar Ibrahim sendiri yang gagal mendidik anak buahnya mengamalkan sikap-sikap murni.apabila difikirkan kembali tidak menghairankan jika sikap YB Shuhaimi Shafie sedemikian rupa kerana Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah menghormati Institusi Raja dan kepimpinan negara yang selama ini membangunkan negara…pernah satu ketika dahulu Anwar Ibrahim dan anaknya Nurrul Izzah menghina negara Malaysia di negara luar serta menjemput campur tangan asing dalam pentadbiran negara Malaysia.

Bagi mengatasi sikap kurang ajar dikalangan pemimpin politik, dewakampung mencabar Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan kepada YB Shuhaimi Shafie kerana amat jelas beliau telah melanggar undang-undang negara..suka cita diingatkan kepada YB Menteri Dalam Negeri agar harus melaksanakan tugas di kementerian itu demi menjamin keharmonian negara Malaysia. Dewakampung beranggapan YB Menteri Dalam Negeri harus berani mengambil tindakan dan bukannya bersikap penakut…Ingat YB Menteri Dalam Negeri jika anda tidak mengambil tindakan Institusi Raja & Sultan akan terus dihina oleh kaki-kaki kurang ajar ini.

Dewakampung merasakan tindakan undang-undang boleh diambil dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati dan Seksyen 121 (1B) kerana ‘merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya pula adalah penjara seumur.
Apa yang jelas Kementerian Dalam Negeri harus bertindak.