Tuesday, 1 July 2008

MAHASISWA, KEBEBASAN DAN KREATIVITI (Bahagian 2)

Penulis amat percaya adalah perlu setiap mahasiswa mengetahui erti “kebebasan” yang terkandung dalam konteks kemahasiswaan secara khusus dan sebagai rakyat Malaysia secara am.
Penulis berpendapat “kreativiti” sebenar terdapat dalam setiap diri mahasiswa walau apa pun dasar, peraturan atau sekatan yang wujud demi kebaikan keseluruhan mahasiswa.
Penulis melihat mahasiswa unggul serta “berkreativiti” lahir jika mengamalkan empat nilai kemahasiswaan: pertama nilai tanggungjawab kepada ilmu, ibubapa dan diri sendiri; kedua nilai kehidupan harmoni boleh dicapai melalui perbincangan dan diskusi intelek dengan pihak pentadbir jika wujud sebarang ketidak selesaan; ketiga nilai menghormati pihak berautoriti ia terkandung dalam perkara ke-4 dalam rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang dan keempat berdisiplin. Jika empat nilai utama ini berada pada setiap mahasiswa insyaallah “kreativiti” mahasiswa akan lahir dengan sendirinya.
Penulis berpandangan “kreativiti” yang ada pada warga asing adalah antara yang boleh dilihat dan dijadikan contoh terutamanya warga Indonesia mereka mencari rezeki di bumi Malaysia dan apabila telah cukup duit mereka akan kembali ke negara asal untuk membina rumah atau sebagainya.
Dapat dilihat warga Indonesia ini mengunakan “kreativiti” dalam mengumpul kekayaan. Bukan niat penulis untuk mengangkat warga asing tetapi apa yang penulis ingin sampaikan bagaimana warga asing ini dapat mengumpul kekayaaan dengan mengunakan “kreativiti”. Adalah amat memalukan dan dangkalnya pemikiran mahasiswa yang tertakluk di bawah AUKU jika gagal melahirkan “kreativiti” khasnya kepada kepimpinan mahasiswa kerana suka citanya diingatkan mahasiswa adalah agen pembangunan negara.
Sepanjang menjadi MPP UPM pada dua sesi lepas dan ketika saat ini pun penulis melihat mahasiswa pro-pembangkang lebih banyak melahirkan rasa ketidak puashatian terhadap AUKU serta peraturan lain di Universiti berbanding mahasiswa pro-aspirasi ini menunjukkan mahasiswa pro-pembangkang seolah-olah tidak mengunakan akal fikiran dalam menyelesaikan masalah melainkan dengan berdemonstrasi.
Adakah ini dikatakan “kreativiti” dan adakah berdemonstarsi dengan membakar banner calon pro-aspirasi serta menghina pegawai universiti yang merupakan penjawat awam semasa pilihanraya Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2007-2008 di hadapan kolej kediaman ke-9 pada 30 September 2007 turut diklafikasikan sebagai “kreativiti” sama-sama kita renungkan.
Penulis akhiri tulisan pada kali ini dengan kata-kata dari Ralph Waldo Emerson seorang sarjana barat beliau menyatakan “Mereka menakluki apa juga yang mereka percayai boleh mereka taklukkan. Orang tidak pernah belajar dari hidup, bila ia tidak setiap hari mengatasi ketakutannya” sekian wassalam

2 comments:

caliph said...

http://jimatdiesel.blogspot.com/2008/06/tip-tip-atau-petua-petua-bagaimana-nak_9798.html.

bebas...

Anonymous said...

Ingatlah teman... yg paling dekat dgn kita adalah MATI. yg paling jauh adalah MASA LALU. yg paling besar adalah NAFSU. yg berat itu AMANAH. yg ringan MENINGGALKAN SOLAT & yg tajam itu LIDAH. Jgn sesekali emosi menguasai akal...
-exPres-