Wednesday 3 December 2008

Jangan cabar Ketuanan Melayu

Saya berasa terkejut dan hairan kenapa Parti Komponen Barisan Nasional mempersoalkan tentang kedudukan orang Melayu dan menyatakan Ketuanan Melayu sudah tidak sesuai pada masa kini.

Persoalan yang bermain difikiran saya adakah Pemimpin MCA tidak memahami sejarah, suka cita diingatkan disini diawal perjanjian untuk mendapatkan kemerdekaan MCA ada mengakui Ketuanan Melayu dihadapan Tuaku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia 1)..nak lebih jelas saya sarankan lihat cerita Hati Malaya 1957 karya Suhaimi Baba disini menceritakan bagaimana Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan.

Diingatkan jangan sesekali menyentuh apa yang sudah termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan kerana dengan Perlembagaan yang ada Malaysia yang baru 51 tahun merdeka telah mencapai kejayaan membanggakan hasil dari perjuangan pemimpin terdahulu

dewakampung ingin ingatkan jangan cuba bermain api, nanti kelak terbakar diri
faham-fahamkan sejarah

Thursday 27 November 2008

SELAMAT HARI LAHIR



SEMOGA YAB PERDANA MENTERI TERUS DIRAHMATI ALLAH SWT DAN TERUS BERJUANG UNTUK MEMBELA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Islam & Yoga


Pada baru-baru ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur pemujaan dan mantera. Dapat dilihat sini apa yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu perkara penting yang harus di terima oleh semua umat Islam kerana ia bertujuan untuk menjaga akidah dan amalan penganut agama Islam dengan Pencipta Allah SWT yang maha berkuasa lagi maha agong.

Adalah amat mendukacitkan apabila ada pihak-pihak tertentu memanipulasi isu ini untuk kepentingan sendiri..adalah ditegaskan disini isu Yoga melibatkan ISU AGAMA ISLAM

Mengapa perlu dipersoalkan apa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan kerana saya percaya pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengkaji sedalam-dalamnya sebelum Pengumuman Pengharaman Yoga untuk umat Islam dibuat oleh Y.Bhg Datuk Dr. Abdul Shukor Husin (Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan).

Persoalan yang berlegar-legar di kepala saya kenapa Ulamaq yang mengeluarkan Fatwa dipersoalkan oleh NGO dan tolong fahami apa yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ia berkaitan akidah umat Islam dan kepada Sister In Islam (SIS) jangan sesekali mempersoalkan apa yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tindakan sedemikian seolah-olah mencabar kredibiliti dan keupayaan Majlis Fatwa Kebangsaan yang selama ini merupakan pemutus dan perujuk kepada setiap kekeliruan umat Islam

Aku masih berfikir & mencari jawapan dengan apa yang berlaku???????

Saturday 22 November 2008

Ladang Babi & Bukit Selambau


Pada 19 November 2008, Kerajaan Negeri Kedah Pimpinan PAS telah berjaya memberi hadiah istimewa dan terbesar kepada rakyat Kedah khasnya Orang Melayu, Beragama Islam. Tanah seluas 162 hektar akan dibangunkan sebagai ladang babi moden di Bukit Selambau, Kedah dimana sejumlah 46,000 ekor babi diternak dalam kawasan itu. Pemimpin PAS Negeri Kedah tetap membuka Ladang Babi walau pun mendapat bantahan rakyat Kedah yang merupakan pengundi mereka

Hairan Bin Ajaib apa telah jadi dengan PAS. PAS di Kedah kelihatan seolah-olah mengikut telunjuk dari pihak-pihak tertentu. Jangan kerana kuasa kita sanggup meminggirkan pendirian tetapi mungkin kerajaan Kedah Pimpinan PAS ingin melaksanakan motto mereka iaitu ”Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua” selepas mengambil alih pimpinan kerajaan Kedah dari Barisan Nasional.

Persoalan disini adakah membuka Ladang Babi itu ia memberi NIKMAT UNTUK SEMUA, jika itu yang cuba PAS laksanakan apa akan jadi kepada orang Melayu yang beragama Islam.

Aku memikirkan apakah nasib bangsa aku

Thursday 20 November 2008

Agama Melalui Perlembagaan

Isu ini menjadi isu hangat sejak akhir-akhir ini dan sekiranya kita gagal mentafsirkan mengikut perlembagaan ia akan menyebabkan pergolakan perkauman yang menjurus kepada agama. Ini kerana majoriti pergaduhan kaum yang berlaku di Negara ini ada hubung kait dengan agama sesuatu kaum.

Terdahulu perlu difahami kedudukan agama islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan disediakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini hanya boleh difahami apabila membaca bersama peruntukan-peruntukan tertentu dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 11 (4) Perlembagaan melindungi kedudukan istimewa Islam sebagai agama bagi Persekutuan [Perkara 3 (1)] dan hak Negeri untuk membuat undang-undang yang terpakai kepada orang Islam (Jadual Sembilan Perlembagaan)

Berdasarkan pemahaman di atas adalah SAH dari segi undang-undang untuk Malaysia menyatakan atau menganggap dirinya sebagai sebuah Negara Islam walaupun tidak semua undang-undangnya berasaskan hukum-hukum Islam.
Perkara 3 (1) – Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Ulasan bagi perkara di atas:-
• Islam bukan agama rasmi tetapi merupakan agama rasmi dan tidak rasmi persekutuan
• Agama lain hendaklah diamalkan dengan
AMAN : Iaitu patuh kepada undang-undang, tempat, masa, lessen, permit, kebenaran dan;
DAMAI : Iaitu tidak bertentangan dan tidak bersaing dengan Islam dan tidak mencampuri hal ehwal/status Islam.
• Kebebasan agama termaksud menganut, mengamal dan mendakwah TETAPI dilarang mendakwah kepada orang Islam.
• Ajaran sesat terlarang diajar, dikembangkan atau didakwah di kalangan orang islam.
• Amalan kebebasan beragama terhad kepada kumpulan terbabit dan bukan untuk diperagakan kepada khalayak umum seperti Reclining Buddha di Air Hitam di Pulau Pinang dan Dewa Murugam di Batu Caves.

PERKARA 3 (2) – Dalam tiap-tiap negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai raja kedudukan raja sebagai ketua agama Islam dalam negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan ditetapkan dalam perlembagaan negeri itu dan tertakluk kepada perlembagaan negeri itu. Segala hak keistimewaan, kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi dalam apa-apa perbuatan amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh majlis raja-raja meliputi seluruh persekutuan.

Maka tiap-tiap raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua agama Islam dan membenarkan Yang DiPertuan Agong mewakilinya.

Pentafsiran mengenai Perkara 3 ini kerap kali dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Agama Islam sebagai agama persekutuan jelas menyatakan bahawa agama Islam diletakkan dalam kedudukan yang paling istimewa dalam perlembagaan dan ia secara jelas tidak menyebut mana-mana agama lain secara terpeinci. Sebagai contoh agama Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain agama.

Di sini jelas menggambarkan bahawa kedudukan Islam secara langsung meletakkan ia sebagai Agama Rasmi dan seharusnya agama-agama lain tidak boleh menyamakan anutan mereka sama taraf dengan Islam di dalam perlembagaan. Ini secara tidak langsung turut mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah Negara ISLAM.

Corpus undang-undang asal yang berunsur Islam ialah Undang-Undang Melaka atau risalah Hukum Kanun 1523 A.D dan The 199 Laws of Perak, The Pahang Digest 1896, The Kedah Digest 1605 dan The Johore Digest 1789.

Ini jelas dengan penyataan bahawa Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang yang berkenaan dengan orang-orang Islam.

Kuasa tersebut hanya pada Badan-Badan Perundangan Negeri. Bagaimanapun Parlimen melalui Perkara 12 (2) memberi bantuan kewangan khas demi mewujudkan atau menyelenggarakan institusi-institusi Islam atau pelajaran dalam agama Islam kepada orang-orang yang beragama Islam sebagaimana negeri-negeri boleh menyediakan.

Perkara 12 (2) – Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyelenggara institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubung dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

Undang-undang negeri juga boleh menyekat atau mengawal penyebaran mana-mana kepercayaan atau doktrin agama di kalangan orang-orang yang beragama islam.
Perlu diingatkan bahawa pemakaian undang-undang Islam berbeza antara satu sama lain bergantung kepada Perlembagaannya.

Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan maka ini telah mewujudkan perlaksanaan undang-undang Islam walaupun tidak dengan sepenuhnya.

Ini diperkuatkan dengan perlembagaan negeri iaitu agama Islam sebagai rasmi bagi negeri-negeri yang mempunyai sultan dan raja. Bagi negeri yang tidak mempunyai sultan dan raja, maka Yang DiPertuan Agong sebagi Ketua Islam.Di Malaysia undang-undang Islam terpakai sebagaimana yang diubahsuaikan dengan adat melayu.
Undang-undang Islam di Malaysia tidak terpakai kepada semua golongan masyarakat dan tidak juga dalam bentuk tulen.

Badan-badan perundangan di Malaysia lebih menekan kepada soal pentadbiran undang-undang Islam dan bukannya undang-undang Islam asas itu sendiri yakni undang-undang Islam yang substantive.

Undang-undang Islam asas yang terpakai di Negara ini adalah diambil dari Mazhab Shafie sebagaimana yang diubahsuai oleh adat melayu.

Malangnya terdapat kecenderungan pihak-pihak tertentu menggunakan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang kebebasan beragama.

Perkara 11 (1) – Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4) untuk mengembangkan agamanya.

Perkara 11 (4) – Undang-undang negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kualal Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Bagaimanapun apa yang berlaku, terdapat pihak-pihak tertentu yang sengaja memadamkan Perkara 11 (4) dengan memberi penekanan terhadap Perkara 11 (1) sahaja tanpa bacaan bersama Perkara 11 (4). Sebagai contoh Azalina Jelani atau Lina Joy di mana permohonannya untuk menukar agama kepada agama Kristian tidak diluluskan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan.

Ia diperkukuhkan dengan Perkara 160 (2), Perkara 89 & 90 (Tanah Rizab Melayu/Tanah Adat) dan Perkara 153.

Perkara 12 (3) – Tiada seseorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama

Perkara 12 (4) – Maksud bagi Fasal (3), agama seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Perkara 160 (2) – Tafsiran

Rujukan kertas kerja Datuk Mohd Nor Abdullah (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan) & Datuk hashim Yeop A.sani (Bekas Hakim Besar Malaya)

Wednesday 5 November 2008

Pro-Mahasiswa UM Jangan Bohongi Masyarakat Kampus UM

Saya agak tertarik, kelakar dan terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Norazali Zainuddin (Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Merangkap Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya) dimana beliau menyatakan Pro-Mahasiswa telah menang dan boleh membentuk kabinet MPP setelah menang pilihanraya kampus pada baru-baru ini.

Jika saudara Pengerusi terlupa biar saya ingatkan kepada Pro-Mahasiswa bahawa pertandingan dikampus UNIMAS tiada Pro-Mahasiswa atau Pro-Aspirasi. Setahu saya yang menang disana adalah bebas.

Saya juga ada berhubung dengan sahabat dan rakan-rakan disana dan kesemua menyatakan mereka tidak mewakili mana-mana.....Persoalannya disini mengapa saudara Pengerusi menyatakan UNIMAS ditawan oleh Pro-Mahasiswa?,,,,kelakar rasanya

Sukacita diingatkan janganlah semata-mata untuk meraih kemenangan atau terdesak untuk menang hingga mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh membuatkan orang tergelak.

Pesanan kepada Saudara Pengerusi anda mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang baik pada masa hadapan tetapi janganlah terbawa-bawa dengan konsep pemimpin-pemimpin parti politik tertentu yang tidak habis-habis mengeluarkan kenyataan untuk jadi PM dan memimpin kerajaan.

Diingat juga kepada Saudara Pengerusi jadilah pemimpin yang setia kepada bangsa, agama dan negara serta mempunyai "stand" tersendiri bukan terikut-ikut atau terpengaruh dan saya percaya jika anda mempunyai "stand" tersendiri anda boleh menjadi pemimpin yang hebat pada masa akan datang

salam kasih Dari Sahabat Beragama Islam & Berbangsa Melayu dari Saudara Beragama Islam & Berbangsa Melayu

Wednesday 22 October 2008

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

usman awang

Thursday 16 October 2008

Pro-Mahasiswa UPM Main Politik




Tindakan yang dilakukan oleh pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Tun Perak adalah mengikut undang-undang dan tepat kerana mahasiswi bernama saudari Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa telah menginap secara haram dan tidak berdaftar dikolej berkenaan.

Kenyataan dan kebenaran yang perlu dinyatakan pihak pengurusan Kolej Kediaman Tun Perak telah pun mengeluarkan notis dan surat yang bertarikh 14hb Oktober 2008. Berdasarkan fikiran waras penghuni terbabit mempunyai masa yang cukup untuk berkemas dan keluar dari kolej kediaman. Pada waktu kejadian, dua kereta Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) hanya menjalankan tugas jadi saya merasakan tidak timbul persoalan berkaitan nilai-nilai kemanusiaan.

Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Tun Perak hanya meminta mereka keluar dari kolej kediaman dan bukannya didenda @ lain-lain tindakan yang lebih keras. Perlu diingatkan kepada Pro-Mahasiswa UPM untuk tinggal di Kolej Kediaman ia perlu dibayar penggunaan air, elektrik dan lain-lain kemudahan dengan harga yang minima adalah tidak adil jika mahasiswa/mahasiswi yang lain perlu membayar penginapan tersebut tetapi kedua-dua ahli Pro Mahasiswa UPM menginap secara percuma....adalah diingatkan HARAM HUKUMNYA.

Saya merasakan tindakan Laman rasmi Pro-Mahasiswa UPM mempersoalkan bidang kuasa sebagai Pentadbir Kolej Kediaman Tun Perak adalah silap, kerana Prof. Madya Dr. Jasni B. Sabri selaku Pengetuan Kolej telah melakukan perkara tersebut mengikut tatacara yang betul.

Persoalan kedua yang perlu difikirkan bersama jika BENAR ahli Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia itu mahasiswi yang cemerlang dalam bidang akademik adakah ia perlu menginap secara tidak sah?, kerana setahu saya di UPM bagi mahasiswa/mahasiswi yang cemerlang akan dapat merit jika mendapat CGPA yang tinggi pada setiap sesi pengajian serta aktif diperingkat kolej, persatuan atau universiti.

Suka cita diingatkan yang salah tetap salah dan janganlah sesekali cuba menegakkan benang yang basah kerana sebagai mahasiswa/mahasiswi kebenaran perlu dinyatakan bukan kebatilan dan penipuan

sekian, terima kasih...FIKIR-FIKIRKAN (",)

Anwar Perasan Lagi


Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) terus menyatakan yang beliau akan mempimpin negara dan akan menjadi Perdana Menteri (PM) pada 8hb Disember 2008 iaitu tarikh terbaru untuk menjadi PM.

Lebih menghairankan lagi senarai nama 31 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa melompat parti dan dikatakan bersama beliau dan Pembangkang masih belum dipaparkan sedangkan sekutu pembangkang (PAS) sendiri mahu melihat senarai nama tersebut.

Harian Bin Ajaib yang dok kejar sangat jadi PM tu buat apa, tugas sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh lebih penting dari memikirkan dan dok heboh serta berangan menyatakan akan menjadi PM.

Cara berpolitik DSAI ini boleh menyebabkan kestabilan negara terganggu serta ia akan mendatangkan IMPAK pada negara Malaysia yang tercinta...Suka cita diingatkan agenda perjuangan negara harus diutamakan bukan sibuk becerita & berangan untuk menjadi PM.

Aku berfikir lepas ini, apa pula kisah politik yang akan keluar......

Tuesday 14 October 2008

Siapa Tidak bercakap BENAR



Pada 28 Ogos 2008, dua orang wakil iaitu dari Mohd Faisal Mustaffa dan Saudara Mohd Ridzuan Mohamad Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah berjumpa dan bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebaik sahaja beliau selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sebelum ini pihak Pro-mahasiswa & PMIUM selalu menyatakan mahasiswa Aspirasi di dokong oleh pentadbir universiti dan kerajaan tetapi dari laman web mereka sendiri menunjukkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan Parti pembangkang. Persoalannya disini siapakah yang tidak bercakap BENAR????

AKU MASIH LAGI BERFIKIR

Tuesday 16 September 2008

ANWAR JANGAN JADI MAT JENIN


Aslkum.....

Anwar Ibrahim pernah menyatakan akan mengambil alih kerajaan dan melantik diri beliau sebagai Perdana Menteri adalah satu polimik politik yang keanak-anakan serta melucukan kerana beliau menyatakan dengan megah pada 16 september 2008 kerajaan akan berubah tetapi tidak apa pun yang terjadiKerajaaan Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat serta sah dari sudut undang-undang masih lagi memerintah negara dengan aman, maju dan tenteram

Saya berfikir adakah selepas ini Anwar Ibrahim akan menyatakan peralihan kerajaan pada 17, 18, 19, 20 september 2008 atau tahun 2009,2010,2011 sama-sama kita tunggu dan lihat jika benar andaian ini membawa maksud Anwar Ibrahim sendiri tidak menepati janji adakah layak untuk beliau menjadi Perdana Menteri kerana beliau sendiri tidak konsisten dengan kenyataan serta tindakan beliau.

Dewa Kampung ingin menyatakan sudah-sudah polimik politik yang keanak-anakan ini sebagai pemimpin yang menang dengan undi masyarakat buahlah kerja sebagai Ahli Parlimen dan laksanakan amanah yang telah ditanggungjawabkan, bukannya dok berkempen untuk jawatan itu, dan jawatan ini.

Dewa Kampung menyatakan FIKIR-FIKIR JAWATAN YANG DIPEGANG adalah AMANAH bukan untuk mencari populariti, Suka cita diingatkan jawatan ini akan dipersoalkan di hari akhirat

sekian, wasaalam

Sunday 14 September 2008

Teka-teki IMAN GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

saya masih berfikir dan terus memikirkan nya

Peringatan Bersama








FAHAM-FAHAM MEMORUMDUM YANG DIHANTAR
FAHAM-FAHAM SEJARAH
FAHAM-FAHAM BERKENAAN KONTRAK SOSIAL
FAHAM-FAHAM HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU/BUMIPUTRA

aku masih berfikir

ISA

Apa dah jadi dengan Kompenan Barisan Nasional yang mahu ISA dimansuhkan sedangkan sedang diketahui bahawa ISA itu yang menjamin kesejahteraan negara, jika kerajaan tunduk kepada desakkan Kompenan Barisan Nasional maka dimanakah kekuatan kerajaan

Suka cita penulis ingatkan disini di USA pun ada ISA cuma nama sahaja yang lain...Jangan sesekali mencuit sarang tembuan nanti tembuan akan keluar dari sarang dan menyerang orang yang mencuit.

Apa yang menghairankan penulis selama ini ISA tidak pernah pun mendiskiminasi mana-mana kaum tetapi apa yang berlaku pada hari ini agak memeningkan penulis. hai pening-pening

DEWA KAMPUNG MASIH BERFIKIR UNTUK BANGSA MELAYU

Saturday 13 September 2008

Hai Mahasiswa Melayu




Pihak Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) selalu menyatakan tentang hak keadilan, kesamarataan dan kebebasan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pihak PMIUM telah menganggu suasana kampus yang tenang dan aman dengan mengadakan "speaker corner" dimanakah keadilan, kesamarataan dan kebebasan yang diwar-warkan untuk mahasiswa lain.

Saya berfikir mengapa ini terjadi kepada satu pertubuhan yang bangga menyatakan mereka perjuang Islam....bukan saya menafikan kekuatan dan keupayaan mahasiswa tetapi apa yang menyedihkan pilihanraya kampus belum lagi tiba tetapi pihak PMIUM sibuk berkempen seolah-olah esok sudah bermula pilihanraya kampus.....

Sudahlah perhimpunan tersebut tanpa kebenaran dari pihak pengurusan universiti,,,tetapi lebih memalukan dan menyedihkan bangsa lain sibuk menuntut ilmu pengetahuan tetapi segelintir mahasiswa Melayu Islam sibuk berkempen dan menyatakan bajet 2009 tidak tepat dan tidak adil...

Saya befikir mengapa hanya Mahasiswa Melayu dan beragama Islam sahaja yang sibuk mengadakan "speaker corner" sedangkan pilihanraya kampus belum lagi tiba? Tetapi saya turut berfikir dimanakah rakan-rakan seperjuangan PMIUM yang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

Persoalan yang masih lagi berlegar siapakah yang bijak dan pandai disini, sedarlah wahai Mahasiswa Melayu ketika anda sibuk mengutuk dan menghentam sesama bangsa sehingga sanggup meninggalkan kuliah, orang lain terus pergi ke kuliah dan menuntut Ilmu lalu menjadi mahasiswa yang cemerlang, Jangan disalahkan pihak lain jika pointer rendah sedangkan diri sendiri yang membawa kelulusan itu rendah....persoalan saya cukupkah setakat dengan kelulusan kelas ketiga atau lebih terus lagi GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN?

Sedarlah anak bangsa Melayu dimana Ilmu adalah segalanya, jangan nanti sibuk "speaker corner" anda tidak habis-habis belajar....hai anak Melayu

saya berfikir untuk bangsa saya

Monday 8 September 2008

DOKTRIN (Bahagian 2)


Hala tuju perjuangan mahasiswa juga perlu lebih jelas dan ia boleh dilakukan dengan pemantapan ilmu ini kerana apabila mempunyai ilmu yang cukup perjuang / mahasiswa aspirasi boleh menjelaskan setiap inci perkara dengan lebih teliti.


Selain itu, keperibadian yang tinggi merupakan perkara pokok terpenting dalam sesuatu perjuangan selaras dengan teras ke-2 Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) iaitu “Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa depan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sekadar intelek tetapi keperibadian.


Penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh. Persekitaran yang menggalakan untuk penyelidikan dan pembangunan. Selain memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral”. Saya merasakan jika kita mampu melakukan seperti yang terkandung dalam teras ke-2 RMK-9 ini nescaya doktrin aspirasi akan mencapai tahap kegemilangan.


Selaku mahasiswa yang berada di gedung ilmu tertinggi lagi holistik, kematangan merupakan perkara utama dalam menghadapi cabaran global pada abab ke 21 ini dan boleh dikatakan ia merupakan pra-syarat utama. Oleh yang demikian doktrin aspirasi mestilah dipimpin oleh mereka yang mempunyai kematangan yang tinggi bagi menjamin kelansungan perjuangan serta diiring dengan kekuatan, ketahanan dan keupayaan menghadapi cabaran. Apa yang lebih penting dalam mencapai objektif perjuangan, pemimpin yang membawa doktrin aspirasi ini mestilah dilaksanakan dalam keadaan yang tertib iaitu berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang agar ketenteraman dapat dikekalkan.


Janganlah kita ”Bagai jelongak kerbau rampung” (pinjaman peribahasa melayu) iaitu orang bodoh yang sombong dan tidak sedar dirinya diperbodohkan dan peribahasa ini sangat sesuai pada mereka yang memperjuangakn perkara yang tidak maksud akal seperti penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 pindaan 1975 (AUKU) dimana mahasiswa ini tidak sedar mereka telah dibodoh lagi diperbodohkan oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda sendiri.


Sayugia saya mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan sebagai perjuang mahasiswa yang membawa payung aspirasi sikap manyalahkan orang lain serta memburukkan rakan sendiri haruslah dijauhi. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau kesilapan yang dilakukan kita haruslah menegur dengan cara berhemah walaupun kesilapan dilakukan oleh ketua kita. Persatuan mahasiswa seharusnya memainkan peranan penting bagi memperkembangkan sayap aspirasi di kalangan warga kampus tetapi apa yang lebih penting ahli-ahli dalam persatuan mahasiswa itu sendiri mestilah memahami maksud doktin perjuangan aspirasi, kesetian kepada ketua dan perjuangan merupakan perkara teras dalam satu-satu pertubuhan janganlah kita menjadi manusia yang ”buta hati” sehingga sanggup mengkhianati ketua dan perjuangan.


Saya turut merasakan jika terdapat kelompok sedemikian mereka seharusnya tidak wujud dimuka bumi ini apakah lagi berada dalam perjuangan aspirasi, pada pirasat saya kelompok sedemikian hanya akan mendatangkan masalah dan kacau-bilau dalam perjuangan dan mereka adalah sehina-hina manusia atau dalam bahasa yang lebih kasar mereka harus ditaman hidup-hidup.


Jika doktrin aspirasi ini berjaya dilakukan, saya tidak nampak pihak aspirasi akan kalah dalam pilihanraya kampus dan saya amat yakin aspirasi akan terus bertahan malah bertapak dengan pasak yang kukuh dikampus-kampus. Oleh yang demikian saya menyeru kepada seluruh perjuang/mahasiswa aspirasi agar bangkit berjuang kerana perjuangan yang ikhlas akan dirahmati Allah S.W.T tuhan sekian alam, agar kita boleh buktikan kepada masyarakat mahasiswa era 20 an lebih hebat dari zaman Anuar Ibrahim dan saya amat percaya kita boleh mencipta sautu sejarah jika berusaha memartabatkan keunggulan mahasiswa agar menjadi mahasiswsa yang CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG kerana:-

KECERMELANGAN AKAN WUJUD APABILA KITA BERUSAHA
KEGEMILANGAN AKAN WUJUD APABILA KITA BERUSAHA DAN
KETERBILANGAN AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA APABILA
KITA TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN

Sunday 7 September 2008

PESANAN KEMERDEKAAN DEWA KAMPUNG


SEJARAH MEMBAWA KITA MENGENALI JATI DIRI & ASAL USUL BANGSA
OLEH ITU, INGATLAH 4 PERKARA
a) HILANG NIKMAT KERANA TIDAK BERSYUKUR
b) HILANG KEKUATAN KERANA MENCARI MUSUH
C) HILANG KEKUASAAN KERANA KELALAIAN
dan
d) HILANG KESEMPATAN KERANA MEMANDANG ENTENG
.....BANGSA YANG YAKIN BAHAWA HARAPAN NYA TETAP ADA TIDAK AKAN BERHENTI DI PERTENGAHAN USIANYA
.....MAKA DI ATAS ROBOHAN KOTA MELAKA, KITA BINA PUTRAJAYA & BANGSA MELAYU YANG BERDAULAT
.....BERSATU PADULAH SEGENAP BAKA, MEMBELA HAK KEADILAN PUSAKA NEGARA
.....BANGSA MELAYU AKAN TERUS BERTUAN DIBUMI MELAYU KERANA BAK KATA HANG TUAH TIDAK AKAN MELAYU HILANG DIDUNIA
.....INGAT SESIAPA YANG MENJADI PEMBELOT & PENGKIANAT BANGSA MELAYU DAN NEGARA, DARAH YANG MENGALIR AKAN JADI TARUHAN
HIDUP MELAYU KERANA ISLAM
DAN
HIDUP ISLAM KERANA MELAYU

Thursday 4 September 2008

DOKTRIN (Bahagian 1)


Perkataan Doktrin telah menarik minat saya untuk menulis pada ruangan kali ini kerana ia merupakan satu kerangka penting dalam meneruskan perjuangan aspirasi. Saya merasakan perjuangan aspirasi perlu didoktrinkan dari awal terutamanya kepada mahasiswa baharu dan seterusnya dipanjangkan kepada mahasiswa senior.

Pendoktrinan ini perlu dilakukan berdasarkan prinsip-prinsip kemanusian dan kesejagatan dan bukannya seperti yang dilakukan oleh sesetengah persatuan atau pertubuhan berhaluan kiri yang lebih menunjukkan kepada sikap ketidak puashatian, penentangan dan pelanggaran peraturan.

Doktrin aspirasi ini merupakan salah satu cara untuk menyebarkan dan memberi kefahaman sebenar apa itu perjuangan mahasiswa kerana mahasiswa pada zaman ini selalau diwar-warkan sebagai peneroka dan pewaris kepimpinan negara tetapi apa yang berlaku pada masa kini akibat dari kekeliruan pada segelintir mahasiswa terutamanya anti-kerajaan, kerana mereka telah terlebih dahulu diterapkan dalam kota fikiran mereka.

Bagimana untuk berdemostrasi?, Bagaimana untuk memukul orang? Bagaimana untuk menghina dan mengkeji orang? Dan tidak keterlaluan jika saya menyatakan mereka umpama kambing hitam yang ditarik hidung.

Doktrin kepada perjuangan mahasiswa aspirasi juga bukanlah berdasarkan kepada “aktiviti” dan “bakti” sahaja tetapi saya merasakan gerakan mahasiswa terutamanya persatuan mahasiswa perlu melaksanakan “advokasi” agar penyelarasan dan kesinambungan perjuangan mahasiswa aspirasi berteraskan masyarakat, pemimpin, agama, bangsa dan negara. Aspirasi akan lebih berjaya jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam menyebarkan perkara sebenar terutamanya mengenai kecekapan dan ketulusan kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang disayangi. Ini adalah perlu bagi memberikan maklumat sebenar kepada mahasiswa terutamanya mahasiswa baharu agar tidak terikut-ikut atau terpengaruh dengan dakyah-dakyah persatuan atau pertubuhan berhaluan kiri.

Pada pendapat saya, isu-isu nasional dan antarabangsa perlu diberikan penerangan kepada mahasiswa agar pemahaman yang lebih jelas dapat diperolehi ia bertujuan agar tidak dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Justeru itu pergerakan aspirasi merupakan sub terpenting dalam menjalankan tugasan ini, ia boleh dilakukan dalam bentuk komunikasi khas seperti mengadakan sesi dialog atau diskusi intelek.

Respon dan sensitiviti mahasiswa terhadap negara juga adalah penting bagi membentuk satu “budaya sayang negara” ini secara tidak langsung dapat membentuk bakal kepimpinan negara yang mempunyai jati diri dan mengetahui isu-isu serta cuba memikirkan jalan penyelesaian dengan cara diplomasi dan bukannya berdemonstrasi.
Saya juga memohon keizinan meminjam kata-kata bekas Perdana Menteri Ke-4 pada 3 jun 1977, dimana beliau ada menyatakan “Kematangan atau robotnya pelajar bukanlah tertakluk kepada akta. Di zaman penjajah dahulu tiada kebebasan pelajar tetapi pelajar tetap tidak robot malah lebih gigih dan matang, lagi kuat berjuang.

Pelajar perlu bergerak aktif dalam akta” dari petikan ini adalah terbukti dengan jelas lagi bersuluh bahawa sesuatu akta itu bukanlah untuk menyekat atau menyusahkan mahasiswa sebaliknya membentuk dan menjadikan seorang mahasiswa lebih bertanggungjawab, sensitif, kreatif dan analitikal dalam menentukan arus perjuangan.

Doktrin seperti ini perlu diterapkan dalam kepimpinan dan perjuangan mahasiswa. Saya juga melihat jika doktrin aspirasi ini dapat dilakukan mahasiswa akan manjadi rakan pembangunan negara yang berkesan terutamanya dalam memberikan hujah-hujah serta ideai kepada pihak kerajaan kerana saya amat percaya ruang dan peluang telah diberi luas contohnya kewujudan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oeh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Perjuang aspirasi juga merupakan kelompok mahasiswa yang berkerja bertungkus-lumus demi mencapai matlamat kecemerlangan mahasiswa seperti perumpamaan melayu ada menyebut “Biar dahi berkeluk asal tanduk mengena”.

Doktrin aspirasi mestilah berdasarkan kepada 3 prinsip utama iaitu tanggungjawab, keadilan dan kebenaran. Prinsip-prinsip ini adalah perlu dalam perjuangan mahasiswa dan boleh dikatakan sebagai "guide line" kepada pergerakan mahasiswa aspirasi.
Prinsip-prinsip ini perlu diterapkan dalam kotak pemikiran mahasiswa dimana mahasiswa perlu bebas memberikan cadangan, lantang dalam kritikan tetapi cadangan dan kritikan yang dibuat mestilah secara beradab agar maklumat dapat disampaikan kepada pihak atasan dengan lebih berkesan kerana janganlah kita menggunting hati (melukai perasaan) sesiapa dalam menyampaikan maksud kerana sikap suka menggunting hati (pinjaman simpulan bahasa) ini merupakan cara atau kaedah paling disukai oleh mahasiswa berhaluan kiri.

Doktrin aspirasi juga mestilah menyebut hal yang sama iaitu menggariskan citra mahasiswa dengan mendukung cita-cita mencapai perpaduan yang erat di kalangan warga kampus, pihak pengurusan universiti, hidup berhormoni, memelihara kebebasan berpersatuan, membina mahasiswa yang progresif yang akan mengunakan sains dan teknologi.

Aspek-aspek yang ini merupakan batu loncatan kearah peradaban keagungan mahasiswa oleh demikian persiapan ilmu secara kolektif dari semua sudut samada dalam bentuk objektif atau rasional. Ini boleh dilihat dalam definisi oleh Ziegfeld 2000 :- Ilmu ialah sautu gerak-daya dalam diri manusia bagi memperolehi pengetahuan dan ilmu itu pula bersaifat sanitifik dengan menekankan kepada perkara-perkara yang objektif dan rasional.

Thursday 28 August 2008

Kenapa Sumpahan Dipermainkan


Hari ini saya berfikir dan merasa agak hairan dengan sikap sesetengah orang Melayu dan pemimpin Melayu dimana sumpahan yang di buat diatas nama Allah SWT telah dituduh atau disamakan dengan sumpahan orang Kristian

Saya berfikir adakah dengan kalimah keramat Wallahi, Wabillahi, Watallahi boleh dipermainkan dan dipersoalkan dan amat menyedihkan apabila disamakan dengan sumpahan orang Kristian kerana seperti semua sedia maklum sumpahan tersebut jika ditipu akan di LAKNAT oleh Allah SWT hingga ke hari kiamat?

Saya masih berfikir kenapa seorang yang menyatakan dirinya ulamaq boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Adakah kenyataan tersebut hanya untuk mendapatkan sokongan dari orang-orang bukan Islam atau kerana ingin merebut kuasa?

Saya terus berfikir kenapa jadi sedemikian rupa dan bagaimana dengan masa depan Orang Melayu dan Agama Islam apabila orang yang menyatakan dirinya Pemimpin, Ulamaq, Melayu dan Beragama Islam boleh menyatakan demikian.

Sedih amat menyedihkan kerana dalam Islam sumpahan adalah jalan terakhir untuk menyatakan kebenaran tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sumpahan yang dibuat atas nama Allah ini telah dijadikan polimik politik dan bahan guruan sesetengah pemimpin pembangkang hingga seorang pemimpin pembangkang beragama Islam dan berketurunan Melayu telah mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan Rakyat dengan menyatakan "BN gagal walaupun telah menyorok dibelakang punggung Saiful".

Saya masih lagi berfikir

Tuesday 26 August 2008

KEPUTUSAN PERMATANG PAUH

Keputusan Pilihan Raya Kecil P44 Permatang Pauh Pada 26hb Ogos 2008:

Anwar (PKR): 31,195 undi
Arif Shah (BN): 15,524 undi
Hanafi (AKIM): 92 undi

KONTRAK SOSIAL

Orang Melayu menerima kerakyatan berasaskan prinsip Jus Soli,

MANAKALA

Orang Bukan Melayu menerima:

Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Hak Keistimewaan Orang Melayu
Kedudukan Raja-Raja Melayu

Wednesday 13 August 2008

GERAKAN DAN MAHASISWA (bahagian 2)



Gerakan mahasiswa adalah lebih baik jika mahasiswa sanggup turun ke kampung atau pendalaman dan memperjuangkan nasib masyarakat desa atau hak sebagai mahasiswa daripada memperjuangkan perkara yang tidak mempunyai satu kata putus yang jelas seperti penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 pindaan 1975…. Secara peribadi saya tidak dapat membayangkan jika AUKU dihapuskan, saya masih tertanya-tanya negara manakah didunia ini tidak mempunyai undang-undang dan peraturan, rasa-rasanya tiada satu pun negara yang tidak mempunyai undang-undang bahkan negara komunis sekali pun. Apabila AUKU dihapuskan adakah mahasiswa kita sama seperti haiwan-haiwan dihutan yang tidak mempunyai peraturan… dalam membuat sesuatu gerakan jangalah kita merendahkan mertabat mahasiswa kerana perbuatan tersebut umpama “tepuk air didulang terkena muka sendiri”.

Gerakan mahasiswa akan menjadi cemerlang jika berlandaskan matlamat kepentingan bangsa dan negara, pemimpin mahasiswa adalah jentera dalam memperjuangkan hak warga kampus secara khusus dan hak masyarakat secara am. Gerakan mahasiswa tidak akan terjadi jika mempunyai pemimpin yang buta mata dan hatinya dalam melihat isu masyarakat, yang gila pada nama dan pemimpin yang hanya pandai melihat kesalahan orang lain tanpa menilai diri sendiri, izinkan saya meminjam pepatah melayu “Kuman seberang laut nampak, Gajah depan mata tidak nampak” apabila ini berlaku jelaslah gerakkan seperti ini harus ditolak tanpa kompromi kena ia lebih menjurus kepada ideologi-ideologi golongan minoriti tertentu serta akan memesongkan pemikiran mahasiswa itu sendiri.

Justeru itu, saya merasakan gerakan dalam kepimpinan mahasiswa perlulah mengggunakan ruang dan jalan yang betul dalam menyatakan idea, disetiap universiti dan kolej universiti ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang ditubuhkan dibawah seksyen 52 perlembagaan universiti maka gunakanlah ruang yang ada dengan mengadakan diskusi dan perbincangan dengan wakil-wakil MPP. Saya percaya setiap permasalahan ada jalan penyelesaian, kerajaan juga telah banyak memberi ruang dan peluang dalam menyatakan permasalahan sebagai contoh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbanlan Perdana Menteri, jadi sebagai mahasiswa yang terkenal dengan kecerdikan keintelektualan gunakanlah peluang yang diberi dalam menyampaikan resolusi dengan lebih jelas.

Boleh dikatakan golongan mahasiswa mewakili golongan muda yang engligtend ini disebabkan universiti sebagai gedung pendidikan tertinggi yang lengkap dan holistik, oleh yang demikian gerakkan mahasiswa juga mestilah signifikan dengan situasi semasa agar apa yang diperjuangkan mencapai objektif dan apa yang lebih penting ia bertunjangkan kebajikan mahasiswa. Saya juga melihat gerakan mahasiswa perlu berlandaskan pada peraturan dan undang-undang agar tidak menganggu-gugat ketenteraman negara, selain itu gerakan mahasiswa perlulah dalam team work yang mantap dan jangan ada ahli yang mementingkan diri kerana sikap seperti ini akan memusnahkan sesuatu gerakan yang dibina.

Gerakan mahasiswa juga perlulah mempunyai ahli-ahli proaktif, analitikal, kritis, soft skill dan konfiden kerana ia merupakan kompenan wajib dalam menghasilkan gerakan yang seimbang dari aspek rohani dean jasmani. Saya juga merasakan apabila adanya gerakan seperti ini, mahasiswa akan lebih dipandang mulia kerana mahasiswa merupakan sub terpenting dalam agenda pembangunan negara. Pemimpin mahasiswa mestilah mempunyai empowerment dalam melaksanakan gerakan supaya ia menjadi development of the people, by the people, for the people dan bukannya development off the people, buy the people, force the people (Dato’ Saifuddin Abdullah).

Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), kita dapat melihat kerajaan lebih menfokuskan kepada pembangunan modal insan (Human Capital) jadi gerakan mahasiswa perlu dipersembahkan dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan teknologi bagi menghadapi alaf baru dan bentuk penjajahan baru. Oleh demikian, sikap responsibility terhadap gerakan mahasiswa sangat dituntut…saya berpendapat gerakan mahasiswa perlu dijana oleh mereka yang mempunyai budaya high performance bukannya sekadar mengamalkan konsep “asal ada sudah”

Gerakan mahasiswa pada hari ini lebih mencabar berbanding zaman 70 an kerana isu-isu masyarakat lebih dashyat seperti masalah sosial dikalangan remaja, black metal, sumbang mahram, cetak rompak, ragut, budaya kuning dan lain-lain masalah sosial yang meruntuhkan jati diri masyarakat khususnya golongan remaja. Adalah eloknya jika gerakan mahasiswa bersama-sama pihak berwajib mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah melanda masyarakat pada masa kini. Jika ini berjaya dilakukan jelaslah apa yang dikatakan mahasiswa dilahirkan untuk masyarakat.

Kesimpulannya gerakan mahasiswa perlulah berlandaskan kepada perjuangan sebenar bukanya berlandaskan kepentingan peribadi, pemimpin mahasiswa perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi agar kepimpinan lebih berkualiti… saya merasakan gerakan mahasiswa perlu disatukan di bawah satu payung kerana ia dapat menunjukkan kekuatan sebenar mahasiswa, perumpamaan melayu ada menyatakan lidi kalau sebatang ia mudah patah, tetapi kalau di ikat dalam satu gengaman ia akan menjadi kuat. Sesungguhnya mahasiswa tidak mugkin akan hilang maruah dan harga diri jika peluang disediakan tidak dimanipulasi, semangat juang yang tinggi adalah perlu dalam melaksanakan gerakan mahsiswa kerana halangan akan sentiasa menanti dalam sesuatu perjuangan

Tuesday 12 August 2008

GERAKAN DAN MAHASISWA (bahagian 1)


Penerimaan islam secara meluas di nusantara pada abad ke-13 masihi telah mengubah nilai dalam masyarakat tempatan ia lebih membentuk semua aspek kehidupan termasuklah keagamaan, ibadat, sosial, politik, keilmuan dan semangat patrotisme di mana semua ini bermula dengan satu perkataan keramat iaitu GERAKAN.
Dalam era mellinium ini, gerakan mahasiswa perlu membentuk satu anjakan pradigma yang lebih kehadapan dan cuba mencipta gerakan yang akan menjadi ikon dan sejarah kepada generasi akan datang. Saya merasakan kita tidak perlu mengikuti cara Anuar Ibrahim dan rakan-rakan pada zaman 70 an seperti gerakan yang cuba dilakukan oleh oleh segelintir mahasiswa yang dengan megah menyatakan mereka mewakili suara mahasiswa.
Jika dilihat pada masa ini kita mempunyai masa tidak kurang 13 tahun untuk menuju kepada agenda besar negara iaitu wawasan 2020, kita sebagai mahasiswa seharusnya lebih kompetatif dalam membentuk satu gerakan yang boleh menunujukkan keunggulan mahasiswa kepada masyarakat.
Masyarakat sebenarnya inginkan satu kelainan dari mahasiswa, masyarakat juga telah meletakkan satu harapan yang tinggi kepada mahasiswa. Siapa itu masyarakat??... Masyarakat terdiri daripada ibu, ayah, adik-beradik, saudara, pemimpin, pensyarah dan semua umat manusia yang lahir di bumi Malaysia. Gerakan mahasiswa akan menjadi lebih proaktif apabila mahasiswa itu sendiri mengamalkan konsep rundingan, kerana rundingan adalah jalan yang terbaik dalam menyelesaikan satu permasalahan.
Saya melihat gerakan mahasiswa perlu lebih saintifik dan mempunyai metodologi-metodologi agar gerakan mahasiswa ini dapat memberikan impak kepada seluruh mahasiswa di Malaysia, kerana mahasiswa ini bakal menentukan maju atau mundurnya negara ini. Nilai-nilai mulia perlu diterapkan dan dipertimgkatkan agar menjadi manusia yang menyumbang kepada pembentukkan masyarakat.
Maka, gerakan mahasiswa perlulah selari dengan aspirasi universiti dan negara. Gerakan mahasiswa juga mestilah lebih realistik seperti mengadakan program bakti siswa, lawatan ke rumah anak yatim, mengutip dana mendirikan masjid dan lain-lain program yang boleh menunjukkan keperihatinan mahasiswa kepada golongan terpinggir. Janganlah kita menjadi seperti lembu yang ditarik hidungnya, apabila orang suruh berdemonstrasi, kita berdemonstrasi.. apabila orang suruh kita menjerit, kita menjerit… apabila orang suruh berarak, kita berarak…apabila orang suruh membawa keranda, kita bawa keranda, inikah gerakan mahasiswa yang perlu diikuti. Jika ini bentuk gerakan mahasiswa, sahlah mahasiswa ini yang akan menjatuhkan martabat kemahasiswaan, sejarah dengan jelas telah membuktikan empayar Rom yang gah telah runtuh apabila berlaku kepincangan dalam masyarakat.
Mahasiswa merupakan aset negara, kerajaan teleh melabur berjuta-juta malah tidak terhintung banyaknya dalam membangunkan mahasiswa. Saya merasakan tidak ada negara seperti Malaysia yang melabur bergitu banyak dalam pembangunan manusia terutamanya sektor pendidikan ia bertujuan agar Malaysia mempunyai masyarakat yang berilmu kerana hanya dengan ilmu seseorang itu dapat menentukan baik atau buruknya sesuatu perkara. Y.A.B Perdana Menteri pernah menyatakan seseorang yang berpendidikan tinggi tetapi tidak mempunyai personaliti yang baik, tidak akan mendatangkan manfaat kepada mana-mana organisasi.

Thursday 3 July 2008

Pemimpin



WAJAH-WAJAH YANG MEMBAWA KEPADA KEMAJUAN NEGARA

Tuesday 1 July 2008

MAHASISWA, KEBEBASAN DAN KREATIVITI (Bahagian 2)

Penulis amat percaya adalah perlu setiap mahasiswa mengetahui erti “kebebasan” yang terkandung dalam konteks kemahasiswaan secara khusus dan sebagai rakyat Malaysia secara am.
Penulis berpendapat “kreativiti” sebenar terdapat dalam setiap diri mahasiswa walau apa pun dasar, peraturan atau sekatan yang wujud demi kebaikan keseluruhan mahasiswa.
Penulis melihat mahasiswa unggul serta “berkreativiti” lahir jika mengamalkan empat nilai kemahasiswaan: pertama nilai tanggungjawab kepada ilmu, ibubapa dan diri sendiri; kedua nilai kehidupan harmoni boleh dicapai melalui perbincangan dan diskusi intelek dengan pihak pentadbir jika wujud sebarang ketidak selesaan; ketiga nilai menghormati pihak berautoriti ia terkandung dalam perkara ke-4 dalam rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang dan keempat berdisiplin. Jika empat nilai utama ini berada pada setiap mahasiswa insyaallah “kreativiti” mahasiswa akan lahir dengan sendirinya.
Penulis berpandangan “kreativiti” yang ada pada warga asing adalah antara yang boleh dilihat dan dijadikan contoh terutamanya warga Indonesia mereka mencari rezeki di bumi Malaysia dan apabila telah cukup duit mereka akan kembali ke negara asal untuk membina rumah atau sebagainya.
Dapat dilihat warga Indonesia ini mengunakan “kreativiti” dalam mengumpul kekayaan. Bukan niat penulis untuk mengangkat warga asing tetapi apa yang penulis ingin sampaikan bagaimana warga asing ini dapat mengumpul kekayaaan dengan mengunakan “kreativiti”. Adalah amat memalukan dan dangkalnya pemikiran mahasiswa yang tertakluk di bawah AUKU jika gagal melahirkan “kreativiti” khasnya kepada kepimpinan mahasiswa kerana suka citanya diingatkan mahasiswa adalah agen pembangunan negara.
Sepanjang menjadi MPP UPM pada dua sesi lepas dan ketika saat ini pun penulis melihat mahasiswa pro-pembangkang lebih banyak melahirkan rasa ketidak puashatian terhadap AUKU serta peraturan lain di Universiti berbanding mahasiswa pro-aspirasi ini menunjukkan mahasiswa pro-pembangkang seolah-olah tidak mengunakan akal fikiran dalam menyelesaikan masalah melainkan dengan berdemonstrasi.
Adakah ini dikatakan “kreativiti” dan adakah berdemonstarsi dengan membakar banner calon pro-aspirasi serta menghina pegawai universiti yang merupakan penjawat awam semasa pilihanraya Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2007-2008 di hadapan kolej kediaman ke-9 pada 30 September 2007 turut diklafikasikan sebagai “kreativiti” sama-sama kita renungkan.
Penulis akhiri tulisan pada kali ini dengan kata-kata dari Ralph Waldo Emerson seorang sarjana barat beliau menyatakan “Mereka menakluki apa juga yang mereka percayai boleh mereka taklukkan. Orang tidak pernah belajar dari hidup, bila ia tidak setiap hari mengatasi ketakutannya” sekian wassalam

Monday 30 June 2008

MAHASISWA, KEBEBASAN DAN KREATIVITI (Bahagian 1)

Pada dewasa ini banyak rungutan dan demonstrasi yang menyatakan “kebebasan” mahasiswa telah terhakis, dicabul, hak mahasiswa telah ditarik oleh tangan-tangan pihak pentadbir lalu “kreativiti” mahasiswa telah terhapus.
Penulis kadang-kala terfikir dek akal benarkah apa yang dinyatakan didalam laman-laman web mahasiswa pro-pembangkang. Amerika Syarikat gemar berhujah bahawa “kebebasan” mutlak perlu untuk menerapkan “kreativiti” dalam membentuk atau melahirkan orang yang hebat dan geliga.
Jika kita mendengar mahasiswa pro-pembangkang turut melafazkan perkara yang hampir sama dilafazkan oleh Amerika Syarikat mungkin agak keterlaluan penyataan tersebut tetapi jika diteliti irama dan lagu hampir sama.
Mahasiswa pro-pembangkang menyatakan untuk melahirkan mahasiswa yang hebat serta “berkreativiti” perlu bebas dari terikat dengan sebarang peraturan kerana itulah ganjaran untuk melahirkan mahasiswa “berkreativiti”.
Sebaliknya orang yang sama akan berhujah mahasiswa kurang “kebebasan” akan gagal menemui “kreativiti” yang unggul dan itulah hujah-hujah biasa digunakan oleh mahasiswa pro-pembangkang.
Disini penulis tertanya-tanya, adakah benar kesemuanya perlu “kebebasan” dalam melahirkan mahasiswa yang berkreativiti”?. Mungkin apa yang dinyatakan ada kebenarannya tetapi pertimbangan akal fikiran perlu digunakan kerana ia merupakan sebaik-baik kompenan ciptaan tuhan yang terdapat dalam setiap mahluk bergelar manusia.
Penulis berhajat mengajak pembaca berfikir adakah perlu memberi “kebebasan” seperti yang dituntut oleh mahasiswa pro-pembangkang iaitu penghapusan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) dalam kita membentuk mahasiswa yang “kreativiti” dan unggul.
Sebelum itu penulis ingin mencetuskan beberapa persoalan antaranya adakah perlu kita memberi “kebebasan” kepada individu untuk membuat apa sahaja yang disukai tanpa memikirkan hak orang lain?. Adakah benar dan di bolehkan seorang peniaga atau usahawan membuat apa sahaja demi mengaut keuntungan dengan “bebas” tanpa perlu mengikut peraturan?.
Penulis tidak fikir “kebebasan” sedemikian boleh diguna pakai dalam mana-mana negara di dunia ini termasuklah Amerika Syarikat yang begitu megah melaungkan “kebebasan” serta bangga menyatakan mereka memelihara hak asasi kemanusian.
Kadang-kala “kebebasan” yang dituntut atas nama hak asasi individu atau pihak tertentu adalah kelompok minoriti sahaja yang memberi kesan kepada golongan majoriti dan lebih parah ia akan melakukan penindasan secara langsung.
Adakah ini yang dikatakan “kreativiti” unggul dalam melahirkan mahasiswa? Adakah mahasiswa seperti ini akan gantikan tampok pemerintahan negara? Adakah ini dikatakan pewaris bangsa?. Jika ini yang berlaku 20 hingga 30 tahun akan datang penulis amat yakin dan percaya anak cucunya akan merempat dibumi sendiri…maaf jika pernyataan ini keterlaluan tetapi penulis hanya melahirkan kegusaran yang bermain-main di jiwa raganya.
Izinkan penulis memberi contoh beberapa senario yang boleh di fikirkan secara kolektif, jika para pengendali sistem pengankutan awam seperti pemandu bas, teksi, LRT melakukan mogok ramai pengguna merupakan kelompok majoriti akan mendapat impaknya. Apabila para nelayan mogok, pengemar ikan akan turut menjadi mangsa yang merupakan kelompok majoriti. Oleh itu, adakah hak mogok yang pada mulanya sebagai alat untuk melahirkan ketidak puashatian atau sebagai perlindungan telah pun menindas kelompok majoriti.
Dua contoh ini boleh mengambarkan bagaimana “kebebasan” yang dituntut boleh menjadi satu bentuk ketidak adilan kepada pihak majoriti jika diberi interpretasi yang ekstrim.

Demonstrasi dan Mahasiswa


Pada dewasa ini banyak rungutan dan demonstrasi yang menyatakan “kebebasan” mahasiswa telah terhakis, dicabul, hak mahasiswa telah ditarik oleh tangan-tangan pihak pentadbir lalu “kreativiti” mahasiswa telah terhapus.
Penulis kadang-kala terfikir dek akal benarkah apa yang dinyatakan didalam laman-laman web mahasiswa pro-pembangkang. Amerika Syarikat gemar berhujah bahawa “kebebasan” mutlak perlu untuk menerapkan “kreativiti” dalam membentuk atau melahirkan orang yang hebat dan geliga.
Jika kita mendengar mahasiswa pro-pembangkang turut melafazkan perkara yang hampir sama dilafazkan oleh Amerika Syarikat mungkin agak keterlaluan penyataan tersebut tetapi jika diteliti irama dan lagu hampir sama.
Mahasiswa pro-pembangkang menyatakan untuk melahirkan mahasiswa yang hebat serta “berkreativiti” perlu bebas dari terikat dengan sebarang peraturan kerana itulah ganjaran untuk melahirkan mahasiswa “berkreativiti”.
Sebaliknya orang yang sama akan berhujah mahasiswa kurang “kebebasan” akan gagal menemui “kreativiti” yang unggul dan itulah hujah-hujah biasa digunakan oleh mahasiswa pro-pembangkang.
Disini penulis tertanya-tanya, adakah benar kesemuanya perlu “kebebasan” dalam melahirkan mahasiswa yang berkreativiti”?. Mungkin apa yang dinyatakan ada kebenarannya tetapi pertimbangan akal fikiran perlu digunakan kerana ia merupakan sebaik-baik kompenan ciptaan tuhan yang terdapat dalam setiap mahluk bergelar manusia.
Penulis berhajat mengajak pembaca berfikir adakah perlu memberi “kebebasan” seperti yang dituntut oleh mahasiswa pro-pembangkang iaitu penghapusan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) dalam kita membentuk mahasiswa yang “kreativiti” dan unggul.
Sebelum itu penulis ingin mencetuskan beberapa persoalan antaranya adakah perlu kita memberi “kebebasan” kepada individu untuk membuat apa sahaja yang disukai tanpa memikirkan hak orang lain?. Adakah benar dan di bolehkan seorang peniaga atau usahawan membuat apa sahaja demi mengaut keuntungan dengan “bebas” tanpa perlu mengikut peraturan?.
Penulis tidak fikir “kebebasan” sedemikian boleh diguna pakai dalam mana-mana negara di dunia ini termasuklah Amerika Syarikat yang begitu megah melaungkan “kebebasan” serta bangga menyatakan mereka memelihara hak asasi kemanusian.
Kadang-kala “kebebasan” yang dituntut atas nama hak asasi individu atau pihak tertentu adalah kelompok minoriti sahaja yang memberi kesan kepada golongan majoriti dan lebih parah ia akan melakukan penindasan secara langsung.
Adakah ini yang dikatakan “kreativiti” unggul dalam melahirkan mahasiswa? Adakah mahasiswa seperti ini akan gantikan tampok pemerintahan negara? Adakah ini dikatakan pewaris bangsa?. Jika ini yang berlaku 20 hingga 30 tahun akan datang penulis amat yakin dan percaya anak cucunya akan merempat dibumi sendiri…maaf jika pernyataan ini keterlaluan tetapi penulis hanya melahirkan kegusaran yang bermain-main di jiwa raganya.
Izinkan penulis memberi contoh beberapa senario yang boleh di fikirkan secara kolektif, jika para pengendali sistem pengankutan awam seperti pemandu bas, teksi, LRT melakukan mogok ramai pengguna merupakan kelompok majoriti akan mendapat impaknya. Apabila para nelayan mogok, pengemar ikan akan turut menjadi mangsa yang merupakan kelompok majoriti. Oleh itu, adakah hak mogok yang pada mulanya sebagai alat untuk melahirkan ketidak puashatian atau sebagai perlindungan telah pun menindas kelompok majoriti.
Dua contoh ini boleh mengambarkan bagaimana “kebebasan” yang dituntut boleh menjadi satu bentuk ketidak adilan kepada pihak majoriti jika diberi interpretasi yang ekstrim.

Monday 23 June 2008

Patriotisme, Patriotik, Patriot

Patriotisme
Satu bentuk kefahaman, penerimaan, pengalaman dan keupayaan untuk mempertahankan sesuatu asas pokok yang menjadi dasar negara.
Kecintaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap negara dan mempunyai kesanggupan untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara khasnya apabila berhadapan dengan individu yang dianggap sebagai pembelot negara tanpa tolak ansur

Patriotik
Perasaan kecintaan kepada negara. (Negara dirujuk kepada kerajaan dan rakyat)
Perasaan kebanggaan terhadap apa-apa dasar dan asas kepada pembinaan negara
Perasaan kebebasan seperti rasa gembira, seronok dan selesa terhadap peluang beribadat, memberi pandangan dan memilih pemimpin
Perasaan kesetiaan terhadap pembuat dasar dan pemerintah

Patriot
Seseorang yang mempunyai perasaan cinta, sentiasa menyokong dan mempertahankan negara sendiri secara berterusan dan berpanjangan

PERSOALAN ADAKAH KITA PATRIOTIK

Wednesday 18 June 2008

Warisan


WARISAN

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya-raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan maha perkasa
Melayukan gagah di nusantara 3X

Wednesday 21 May 2008

Bukan Senang Jadi Pemerintah

Khalid akui tidak berani buat perubahan besar

SHAH ALAM 20 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui beliau tidak berani membuat perubahan yang terlalu besar untuk memenuhi manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya umum lepas.

Menurutnya, ini memandangkan perbelanjaan kerajaan negeri ketika ini diputuskan dalam belanjawan yang dibuat tahun lepas dan beliau perlu menilai jumlah lebihan perbelanjaan dan kos-kos yang digunakan.

"Kita tunaikan manifesto pilihan raya, ini akan dibincangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN), belanjawan untuk negeri dibuat pada tahun sebelumnya, bukan sekarang, saya sebagai Menteri Besar menjaga belanjawan yang digubal pada 2007.

Itulah sebabnya saya tidak berani membawa perubahan yang terlalu besar, katanya ketika ditemui selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor di hadapan Sul- tan Selangor, Sultan Sharafuddin Id- ris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Shaid Rosli, 25, semalam yang sekali lagi membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri yang didakwa menipu pengundi.
sumber utusan malaysia (Rabu 21 Mei 2008)

suka cita orang kampung ingin menyatakan jangan hanya pandai bercakap sahaja bila jadi kerajaan baru tahu sebelum itu asyik duk kutuk je kerajaan Barisan Nasional tidak tunai janji. Bila hang dah jadi kerajaan baru tau,,,,,ingat senang ke jadi pemerintah

Friday 9 May 2008

Wajah-wajah comel



wajah-wajah pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang......adakah mereka ini akan terus tersenyum


aku masih berfikir

Thursday 8 May 2008

ADAKAH KITA PEWARIS (BAHAGIAN 2)


Peneroka juga adalah orang yang berani kehadapan, peneroka yang saya maksudkan bukan sahaja peneroka di felda-felda tetapi mereka yang sanggup berhijrah dan mengambil risiko atas penghijrahan tersebut contoh yang paling jelas boleh diberikan adalah pendatang asing yang memasuki secara haram dan bekerja sebagai buruh di negara yang indah ini. Bukan niat saya untuk mengagongkan mereka tetapi inilah kenyataannya, jika kita melakukan observation dengan jelas dapat dilihat mereka boleh dikatakan datang ke Malaysia seumpama anak yatim yang tiada saudara-mara, ibu dan ayah tetapi mereka boleh survive dalam hidup kerana mereka rajin meneroka peluang pekerjaan, berusaha serta sentiasa beritizam meningkatkan jati diri. Selain itu juga peneroka sedemikian mempunyai hubungan yang akrab sesama mereka dan saling bantu-membantu pepatah melayu lama ada menyebut ”seperti isi dengan kuku” iaitu saling kuat-menguat antara satu sama lain dan bila sifat penerokan ini disemai dikalangan mahasiswa, saya merasakan mahasiswa era 20an akan menjadi ikon kepada generasi akan datang serta kita akan berjaya mengorak satu sejarah demi membentuk kecemerlangan bangsa dan negara.
Masyarakat juga menyatakan mahasiswa adalah kelompok yang hebat dan pintar kerana dilahirkan oleh gedung ilmu yang hebat dan holistik, saya amat yakin dan percaya masyarakat mengharapkan sumbangan dari mahasiswa kerana Prof Madya Dr Azali Mohamed pernah menyatakan semasa ucapan beliau di Mukim Pedas Rembau Negeri Sembilan dimana Yang Bahagia Dr ada menyebut ”dari masyarakat kita datang, kepada masyarakat kita kembali” dan apabila mahasiswa kembali kepada masyarakat sebagai peneroka yang hebat dalam membantu serta memperjuangkan hak masyarakat barulah pelaburan yang dibuat mencapai matlamat dan hasrat dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) yang lebih menekankan pembangunan modal insan akan terlaksana dengan jayanya.
Jika kita melihat syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Petronas, PNB, Proton dan sebagainya, telah meneroka hingga ke luar negara bagi pasaran dan saya merasakan mahasiswa di zaman millennium generation ini perlu melakukanya dari sekarang kerana kita bakal membawa hala tuju negara pada masa empat belas tahun dari sekarang. Bergitu jugalah dengan Iskandar Zukarnain yang telah meneroka dunia ini dan hasil dari penerokaan beliau telah membawa kemewahan serta kemakmuran kepada rakyat jelata.
Maka adalah lebih eloknya jika kita menyemai sifat-sifat peneroka dalam diri ini serta sentiasa mencari idea-idea baru bagi memakmurkan negara dan dalam masa yang sama kita akan mewarisi negara. Oleh yang demikian sebagai mahasiswa, kita semestinya bersedia menerima apa yang akan diwarisi disamping itu telah menaman sifat peneroka. Ingin saya mengambil sepotong ayat dalam puisi yang betajuk KU CARI DAMAI ABADI karangan YAB Perdana Menteri ada menyatakan:_
Aku Cari Bukan Kawan-Kawan
Untuk Hidup Berfoya-Foya
Aku Cari Mana Dia AL-GHAZALI
Aku Cari Mana Dia AL-SHAFIE
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh YAB Perdana Menteri mencari pemimpin yang akan mewarisi kegemilangan negara dengan menjadi peneroka yang hebat kerana saya merasakan pemimpin yang mempunyai 2P (peneroka dan pewaris) akan meneruskan perjuangan agar bangsa tidak dihina, negara tidak tertindas seperti berlaku 450 tahun yang lampau dimana runtuhnya Kerajaan Melayu Melaka akibat pemimpin yang mengkhianati amanah, masyarakat yang tidak peka dan alpa diulit leka dengan apa yang diwarisi.Sama-samalah kita fikirkan……………

Wednesday 7 May 2008

ADAKAH KITA PEWARIS (Bahagian 1)


Pewaris, benarkah mahasiswa itu pewaris. Perkataan ini bermain-main diminda saya dan rakan-rakan, kadang-kala terdetik dalam diri ini benarkah aku pewaris, benarkah mahasiswa itu pewaris dan apa yang akan aku warisi?.
Jika direnung dan diperhatikan pewaris adalah orang yang menerima apa yang akan diwarisi. Ia memang tidak dapat dinafikan kita akan mewarisi negara yang makmur dan betuah ini tetapi jika kita mahasiwa tidak pandai mengurus apa yang kita warisi ini nescaya akan hancur lulurlah negara yang tercinta ini. Apabila saya, menonton cerita melayu yang mengisahkan perebutan harta akan wujudlah sikap tamak, keji-mengeji, menjatuhkan orang lain bahkan sanggup membunuh kerana harta adakah sikap ini akan diwaris oleh mahasiswa?
Sejarah juga membuktikan apabila sesebuah tamadun diwarisi oleh pemimpin yang ”buta dan bodoh” maka akan runtuhlah sesebuah tamadun, kerana apabila seseorang itu meletakkan dia sebagai pewaris maka secara tidak langsung dia tidak berusaha kerana telah pasti apa yang akan diwarisinya, sebagai contoh seorang anak tunggal akan mewarisi harta yang berbilion dari ayahnya, tetapi percayalah harta itu akan habis jika anak tunggal tadi ”buta dan bodoh” dalam menguruskan harta, ia akan menjadi sehina-hina manusia kerana orang luar sentiasa mengambil kesempatan atas ”buta dan bodohnya” beliau.
Jika kita melihat agenda WAWASAN 2020, ”membentuk masyarakat yang bersifat sains, progresif, berbudaya cipta dan berpandangan jauh kehadapan, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi terkini tetapi turut menjadi penyumbang”. Dari petikan yang saya ambil ini adakah sesuai kita menjadi pewaris? kerana orang yang mempunyai sifat pewaris ini tidak akan berbudaya cipta, tidak berpandangan jauh, dan saya percaya golongan pewaris ini tidak akan berusaha dengan lebih gigih kerana semuanya telah tersedia dan mereka juga hanya menunggu sahaja keputusan yang dibuat tanpa memikirkan pro dan kontranya keputusan tesebut....dan adakah ini pewaris kepimpinan negara?. Syugianya saya berpesan pada diri sendiri, kepimpinan mahasiswa dan rakan-rakan mahasiswa janganlah kita bangga dengan apa yang kita warisi kerana apa yang kita warisi ini belum tentu menjadi milik kita jika ada diantara kita yang sanggup meminggirkan rakan sendiri demi memenuhi agenda peribadi kerana jika terdapat golongan mahasiswa yang sedemikian rupa, mereka inilah golongan yang akan menghancurkan pembangunan negara yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Saya merasakan pepecahan umat boleh berlaku jika terdapat kelompok yang dinyatakan tadi. Justeru itu, tranformasi pemikiran perlu diregenerasi dengan mahasiswa haruslah di didik bahawa pembentukkan masyarakat adalah paksi utama perjuangan mahasiswa. Jika direnung dampak sosial pada masa kini akibat dari proses globalisasi dan modenisasi ini berupaya merungkai identiti masyarakat tanpa sebarang batasan dan amaran maka terjadilah isu-isu keruntuhan moral dalam masyarakat seperti bohsia, bohjan, hamil anak luar nikah dan sebagainya, saya merasakan isu-isu seperti ini harus difikirkan oleh seluruh mahasiswa. Bergitu jugalah dari sudut kepimpinan dan politik izinkan saya memberi contoh kegagalan parti FIS di Algeria dan parti Refah di Turki mengambarkan persaingan politik yang boleh menghancurkan niat baik sesebuah parti dan jika negara tercinta ini diwarisi oleh kelompok-kelompok yang sedemikian tidak mustahil Malaysia akan menjadi seperti Empayar Romawi yang bergitu hebat dan gah dizaman lampau telah runtuh akibat dari kepincangan moral dalam masyarakat.
Izikan saya memberikan satu lagi contoh kejatuhan tamadun dunia iaitu tamadun Islam Cordova telah tertimbus tanpa sisa, kejatuhan tamadun Islam Cordova akibat diwarisi oleh golongan yang kurang penghayatan ilmu dan inilah flaws terbesar kelompok generasi tersebut. Disini saya merasakan adalah baiknya jika mahasiswa yang dilaungkan sebagai penyambung kepimpinan negara meletakan diri sebagai peneroka, mungkin ada dikalangan rakan-rakan mahasiswa tidak bersetuju dengan pendapat saya ini tetapi ingin saya tegaskan disini peneroka adalah orang atau golongan yang sentiasa mencari sesuatu yang baru demi meningkatkan taraf hidup serta membawa sesuatu ke arah yang lebih praktikal dan saya melihat golongan peneroka yang rajin dan sentiasa melakukan anjakan paradigma merupakan orang yang mempunyai daya saing yang tinggi serta tidak bergantung harap pada orang lain. Jika ini berlaku kepada kepimpinan mahasiswa dan seluruh mahasiswa di IPTA, IPTS, politeknik serta kolej-kolej komuniti nescaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih hebat dari kuasa besar dunia.
Tidak dinafikan kekuatan generasi muda amat di dambakan demi keuntuhan agama, bangsa dan negara Saidina Omar Al-Khattab apabila berbicara mengenai anak muda:- Beliau inginkan pejuang-pejuang seperti Abu Ubaidah, Muaz Bin Jabal dan Abu Huzaifah di dalam meneruskan agenda perjuangan. Bergitu juga ungkapan Sukarno bekas Presiden Indonesia ada menyatakan ” berikan aku sepuluh anak muda, pasti aku akan goncang dunia ini” jika dilihat dari dua petikan yang saya pinjam ini jelaslah generasi muda atau mahasiswa itu penentu sesebuah bangsa dan negara tetapi saya merasakan jika setiap mahasiswa mempunyai sifat sebagai seorang peneroka tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan mahasiswa, apakah lagi menyatakan mahasiswa masa kini lesu.

Monday 5 May 2008

Apa, Mengapa & Kenapa

Hari ini aku melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana mahasiswa yang akan melanjutkan pengajian ke ove. Aku melihat dengan perasaan sedih apabila bapak-bapak jurulatih meminta menyanyikan lagu NEGARAKU. Mahasiswa ini menyanyi dengan gelak ketawa, bergoyang-goyang dan tidak serius seolah-olah sendang menyanyikan lagu zapin atau dikir barat
Aku berfikir, lantas terus berfikir adakah ini bakal pemimpin yang akan memimpin aku, anak aku, cucu-cicit aku dan seluruh rakyat Malaysia?.
Aku sedang berfikir lagi berfikir dimanakah silapnya? Palajaran telah diberi, pendidikan telah diberi dan ilmu telah diperolehi tetapi mengapa semangat jati diri, kenegaraan dan kecintaan pada bangsa seakan pudar dalam diri mereka?.
Aku menjadi takut apabila berfikir lagi bila mana negara ini tidak lagi mempunyai pemimpin yang ada jati diri serta sifat sayangkan negara pada masa hadapan.
Aku mengharapkan agar satu masa nanti apabila mereka pulang ke tanah air selepas memperolehi ilmu akan mempunyai semangat jati diri dan kenegaraan yang tinggi serta akan menjadi pemimpin negara yang hebat kerana yang pasti mereka (mahasiswa) hari ini adalah PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA
DAN AKU MASIH LAGI BERFIKIR

Saturday 3 May 2008

Apa Dah jadi


Hari ini aku melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana anak-anak muda yang akan dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pengajian tergelak-gelak dan bergoyang-goyang semasa menyanyikan lagu NEGARAKU?. Aku terfikir tidakah mereka tahu bahawa apabila berkumandangnya lagu NEGARAKU setiap dari kita yang berwarganegara MALAYSIA harus berdiri tegak dan menghormatinya serta menyanyikan dengan penuh semangat kerana lagu itu melambangkan identiti negara.


Aku menjadi sedih melihat keadaan yang demikian mengapakah ini boleh terjadi? dan aku terfikir lagi dimana silapnya?. Lalu aku berfikir lagi adakah mereka ini yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara, bakal menjadi pemimpin negara yang akan memimpin aku, anak cucu-cicit aku dan seluruh rakyat MALAYSIA.


Aku berfikir lagi jika keadaan ini tidak diperbetulkan apakah akan jadi pada bangsa aku. Aku masih lagi berfikir didikan telah diberi, pembelajaran telah diberi, ilmu telah diperolehi tetapi dimana SEMANGAT, JATI DIRI & PEMAHAMAN mengenai kenegaraan yang merupakan asas pokok yang perlu ada setiap warganegara terutamanya kepada MAHASISWA yang merupakan pewaris kepimpinan negara.


Aku mengharapkan agar ALLAH SWT terus memberi kemakmuran kepada negara ini, dan aku mengharapkan apabila mereka pulang ke tanah air, mereka mempunyai SEMANAGAT, JATI DIRI & PEMAHAMAN mengenai negara dan seterusnya memperjuangkan agenda negara dengan berlandaskan kepada prinsip islam, rukun negara, perlembagaan negara serta pemuafakan antara kaum yang telah dibawa oleh pemimpin-pemimpin negara


DAN AKU MASIH LAGI TERUS BERFIKIR

Friday 2 May 2008

fikir-fikir

Pada minggu lepas saya ada berjumpa dengan pensyarah salah sebuah IPTA yang menyatakan beliau belajar di Marocco dengan duit sendiri. Saya cukup berbangga dengan beliau tetapi ada kecewanya apabila berbual mengenai negara beliau menyatakan Malaysia bukan negara Islam. Sebagai anak kampung saya tertanya-tanya adakah benar apa yang dinyatakan?
Selepas itu, saya bertanya lagi bagaimana runtuhnya tamadun Islam Cardova, bagaimana jatuhnya kerajaan pimpinan Saddam Hussen? lalu beliau menjawad jatuhnya kerajaan tersebut kerana tidak mengikut AL-QURAAN & SUNNAH.Beliau menyatakan kerajaan harus mengamalkan Islam dalam pemerintahan negara.
Pensyarah itu bertanya kepada saya apa yang dimaksudkan dengan kritikal pengajian kerana beliau menyatakan kerajaan memberi penajaan subjek seperti kejuruteraan, doktor, akautasi, bio-perubatan dan lain-lain dalam menghantar pelajar ke luar negeri tidak kepada pengajian agama kerana pada isu murtad sekarang mana yang lebih kritikal?
Sebagai anak kampung kurang pendidikannya saya berpendapat kerajaan Malaysia telah pun mengamalkan pemerintahan Islam, dimana menekankan konsep Islam itu sendiri dalam pemerintahan contoh paling muda menjaga keamanan negara.
anologi mudah yang ingin saya nyatakan jika ibubapa telah memberi pelajaran agama yang secukupnya tetapi apabila besar anak tersebut melakukan zina adakah salah ibubapanya?. Apa yang ingin saya nyatakan disini kerajaan telah menyediakan prasarana yang cukup untuk membentuk masyarakat berilmu agama & dunia kerana diawal persekolahan telah ada ilmu pendidikan Islam.
Persoalannya adakah Malaysia bukan negara Islam adalah satu penyataan yang silap. kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
"BARANG SIAPA PERLU DUNIA, PERLUKAN ILMU
BARANG SIAPA PERLU AKHIRAT, PERLUKAN ILMU
DAN BARANG SIAPA PERLU KEDUA-DUANYA, PERLUKAN ILMU

Thursday 1 May 2008

PATRIOTISME dari kaca mata AKU



Patriotisme secara umumnya membawa maksud kecintaan dan kesetiaan tidak berbelah bagi terhadap negara dan mempunyai kesanggupan untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.
Patriotisme adalah langkah dalam melahirkan masyarakat beradab dan mampu menangkis cabaran dari dalam dan luar yang ketika ini semakin meruncing. Kemunculan semangat patriotisme berpunca daripada asal usul peradaban manusia itu sendiri, manusia hidup berkonflik bertujuan untuk mencapai keperluan asas.
Kewujudan konflik seterusnya menimbulkan kesedaran bagaimana untuk menguruskan konflik, dewasa ini pengurusan konflik lebih mencabar khususnya dalam dunia di era globalisasi. Kepincangan dalam pengurusan konflik secara tidak langsung akan memberikan impak yang boleh memecahbelahkan sesuatu masyarakat majmuk. Oleh demikian, semangat patriotisme dilihat menjadi pemangkin kepada pengurusan konflik bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang mungkin mampu memecahbelahkan masyarakat.
RUKUN NEGARA merupakan manifestasi ideologi nasional dalam mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, ras dan agama jika difahami dengan jelas. RUKUN NEGARA mempunyai makna sangat besar bagi setiap warganegara Malaysia agar dihayati dan disemat dalam diri. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan menjadi nadi kepada pentadbiran kerajaan di Malaysia.
Pentadbiran negara kini didasari melalui dasar-dasar yang diamalkan oleh pemimpin negara dahulu dan sekarang. Misi nasional dan kemampanan modal insan menjadi teras kepada rancangan yang dijalankan oleh kerajaan. Asas kepada kejayaan Malaysia berpunca dari perkongsian kuasa yang diamalkan oleh pemimpin dan kesedaran masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, menjadikan perkongsian kuasa pemangkin kepada pemacuan negara menuju kecemerlangan.
Perkongsian kuasa ini, telah menwujudkan kontrak sosial yang menjadi satu memorandum antara kaum dalam mencapai keharmonian dan kesepakatan kaum. "Perlembagaan Negara" menjadi tunjang kepada undang-undang di negara ini menetapkan beberapa kuasa yang tidak boleh diubah dan tidak boleh dipertikaikan antaranya hak keistimewaan orang Melayu dalam perkara 153, bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi (Perkara 152), Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia (Perkara 3(1)), hak istimewa raja-raja Melayu (Perkara 181) dan kewarganegaraan (Perkara 14) ketegasan kerajaan melalui pindaan 1971 yang melarang mana-mana pihak mempersoalkannya perlu diikuti dan tidak dipersoalkan bagi mengelak berlaku perselisihan faham adalah langkah bijak.
Keterlibatan Malaysia di arena dunia memperlihatkan kemajuan dan keprihatinan Malaysia dalam meneroka dunia bagi menuju kegemilangan dan kecemerlangan. Namun, disebalik kejayaan dan kecemerlangan yang telah, sedang dan bakal diperolehi, masyarakat harus sedar bahawa wujud ancaman yang perlu ditangkis secara bersama melalui semangat patriotisme yang bersatu dan bermuafakat. Perpaduan dalam kepelbagaian merupakan patriotisme nasional yang perlu diperkukuhkan.

Apakah Patriotisme


Patriotisme adalah kecintaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap negara serta mempunyai kesanggupan untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Patriotisme merupakan langkah melahirkan masyarakat beradab dan mampu menangkis cabaran dari dalam dan luar yang keadaan ini dewasa ini semakin meruncing.


Kemunculan semangat patriotisme berpunca daripada asal usul peradaban manusia itu sendiri, manusia hidup berkonflik bertujuan untuk mencapai keperluan asas. Kewujudan konflik seterusnya menimbulkan kesedaran bagaimana untuk menguruskan konflik yang timbul. Dewasa ini, pengurusan konflik lebih mencabar khususnya dalam dunia di era globalisasi.


Kepincangan dalam pengurusan konflik akan memberikan impak yang boleh memecahbelahkan sesuatu masyarakat majmuk. Oleh demikian, semangat patriotisme menjadi pemangkin kepada pengurusan konflik ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang memecahbelahkan masyarakat majmuk.


Rukunnegara yang merupakan manifestasi ideologi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, ras, keturunan, agama dan ideologi politik. Rukunnegara mempunyai makna yang sangat besar di sisi setiap warganegara untuk dihayati dan disemat dalam diri setiap warganegara. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan menjadi nadi kepada pentadbiran kerajaan. Pentadbiran negara didasari melalui dasar-dasar yang diamalkan oleh pemimpin negara dahulu dan sekarang.


Misi nasional dan kemampanan modal insan menjadi teras kepada rancangan-rancangan yang dijalankan oleh kerajaan. Asas kepada kejayaan Malaysia kini adalah berpunca kepada perkongsian kuasa yang diamalkan oleh pemimpin dan kesedaran yang wujudnya dari kaum di Malaysia, menjadikan perkongsian kuasa pemangkin kepada pemacuan negara menuju kecemerlangan.


Perkongsian kuasa ini, wujud kontrak sosial yang menjadi satu memorandum antara kaum yang terdapat di Malaysia untuk mewujudkan keharmonian dan kesepakatan kaum. Perlembagaan Malaysia yang menjadi tunjang kepada undang-undang di negara ini menetapkan beberapa kuasa yang tidak boleh diubah malah tidak boleh dipertikaikan, hak keistimewaan orang Melayu dalam perkara 153, Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia (Perkara 3(1)), hak istimewa raja-raja Melayu (Perkara 181) dan kewarganegaraan (Perkara 14). Ketegasan kerajaan melalui pindaan 1971 yang melarang mana-mana pihak mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Malayu merupakan nas yang perlu diikuti dan tidak dipersoalkan merupakan satu langkah bijak.


Keterlibatan Malaysia di arena dunia memperlihatkan kemajuan dalam meneroka dunia bagi menuju kegemilangan dan kecemerlangan. Namun, disebalik kejayaan dan kecemerlangan yang telah, sedang dan bakal diperolehi, masyarakat harus sedar bahawa wujud ancaman yang harus ditangkis secara bersama melalui semangat patriotisme dan permuafakatan. Perpaduan dalam merupakan patriotisme nasional yang diperkukuhkan. Menjadi tanggungjawab bersama melalui patriotisme bahawa agenda politik, ekonomi, sosial dan budaya merupakan tanggungjawab holistik dan perlu disemai didalam diri setiap masyarakat Malaysia.


Malaysia wujud kerana rakyat yang bersatu padu, Malaysia maju kerana rakyat bersemangat dan Malaysia makmur kerana perpaduan rakyatnya.


tulisan anak kampung

maju nya negara kerana pemimpin yang hebat