Tuesday, 16 September 2008

ANWAR JANGAN JADI MAT JENIN


Aslkum.....

Anwar Ibrahim pernah menyatakan akan mengambil alih kerajaan dan melantik diri beliau sebagai Perdana Menteri adalah satu polimik politik yang keanak-anakan serta melucukan kerana beliau menyatakan dengan megah pada 16 september 2008 kerajaan akan berubah tetapi tidak apa pun yang terjadiKerajaaan Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat serta sah dari sudut undang-undang masih lagi memerintah negara dengan aman, maju dan tenteram

Saya berfikir adakah selepas ini Anwar Ibrahim akan menyatakan peralihan kerajaan pada 17, 18, 19, 20 september 2008 atau tahun 2009,2010,2011 sama-sama kita tunggu dan lihat jika benar andaian ini membawa maksud Anwar Ibrahim sendiri tidak menepati janji adakah layak untuk beliau menjadi Perdana Menteri kerana beliau sendiri tidak konsisten dengan kenyataan serta tindakan beliau.

Dewa Kampung ingin menyatakan sudah-sudah polimik politik yang keanak-anakan ini sebagai pemimpin yang menang dengan undi masyarakat buahlah kerja sebagai Ahli Parlimen dan laksanakan amanah yang telah ditanggungjawabkan, bukannya dok berkempen untuk jawatan itu, dan jawatan ini.

Dewa Kampung menyatakan FIKIR-FIKIR JAWATAN YANG DIPEGANG adalah AMANAH bukan untuk mencari populariti, Suka cita diingatkan jawatan ini akan dipersoalkan di hari akhirat

sekian, wasaalam

3 comments:

Anonymous said...

salam bro... yg u kecoh2 if anwar nk jd menteri nape? wt keje u je dh le. ker u takut u xde keje? almaklumle... u kan keje kat jbtn perdana menteri aka BTN. jd le pemuda berwawasan skit. sampai bila nk kene 'suap' je? keje pun gov 'bagi'. buka2 le minda tu skit. jgn sempitkan dgn sikap yg konon2 patriotisma u tu je..

Anonymous said...

hei bro..jange komen emo pulak,hang tu kerjo kat mano...rezeki masing tapi yg sibok nak jadi PM tu sal apo,tunggula SPR umum PRU13..kempen betul dah menang dgn cara halal baru laa angkat sumpah depan agung.
bukti pd rakyat yg PR boleh menjamin kemakmuran spt telah dikecapi oleh semua rakyat mlaysia selama 51th.
salam

Anonymous said...

salam bro... u kat BTN tu utk naikkan semangat CINTAKAN negara or kerajaan...? Fikir2 kan la... ada akal kan? ruang utk berfikir...