Friday 16 November 2012

Hadi Awang @ DSAI Layak Jadi PM


 
SIAPA LAYAK JADI PERDANA MENTERI.........???????
 
Flayers yang di edar semasa Muktamar PAS di Negeri Kelantan, so jelas membuktikan dalam PAS sendiri tidak mahu DSAI menjadi Perdana Menteri
 
Mari kekalkan membangun bersama Islam........

Tuesday 4 September 2012

Maruah Negara Di Cabul BERSIH

Puak pembangkang kata depa tidak suruh tukar bendera tapi di benarkan untuk bawa semasa perhimpunan Malam JANJI BERSIH....sah putar alam lagi..pakat kena kencing jee la Rakyat Malaysia. Lagi satu jika mereka benar-benar tidak membenarkan mengapa penganjur tidak melarang atau menghalang semasa penyokong BERSIH ini menayangkang bendera ini.....Ini adalah bukti bahawa maruah negara tidak di sanjung oleh puak-puak pakatan pembangkang

Wednesday 1 August 2012

Tugu Arak Pulau Pinang


Inilah dia satu-satu bandar di Malaysia yang mempunyai tuga arak, apa yang lebih mendukacitakan ia didirikan sempena bulan ramadhan yang mulia dimanakah sensitiviti kepada agama Islam yang merupakan Agama Persekutuan bagi Malaysia

Apa yang nyata DAP terus menghina ISLAM dan PAS hanya bersetuju dengan DAP

Tuesday 31 July 2012

PAS JADI TUHAN


 PAS TELAH MENGAMBIL KERJ TUHAN




Monday 30 July 2012

Senarai Pemimpin "DICTATOR" Dunia


Senarai Pemimpin DICTATOR DUNIA, yang di keluarkan oleh satu laman web antarabangsa, satu persoalan mengapa ada list dua pemimpin Malaysia

Thursday 26 July 2012

RM 2.2 Billion untuk semua rakyat Malaysia


Kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Perdana Menteri telah meringankan bebanan rakyat terutamanya Penjawat Awam walau ada di kalangan Penjawat Awam menyokong parti pembangkang (Jenis tidak sedor diri).

Harus di ingat dengan memberikan BONUS kepada Penjawat Awam aliran kewangan akan bertambah dan melimpah ruah kepada orang lain ini termasuk..suri rumah, peniaga, anak-anak (paling seronok), mak dan abah serta seluruh rakyat Malaysia.

Maka adalah jelas menunjukkan Bonus RM 2.2 Billion ini faedahnya akan di rasai oleh semua rakyat Malaysia.....sekali lagi mampu di ucapkan hanya TERIMA KASIH dan Datuk Seri terus memimpin negara ISLAM MALAYSIA

Tuesday 24 July 2012

PAS Perdagangkan Agama Islam

Jika kita semua terlupa terutamanya kepada penyokong-penyokong PAS, satu ingatan yang hendak di berikan kepada para ilmuan dalam parti keramat Islam iaitu PAS.. Melalui Lidah Rasmi iaitu HARAKAH pernah menerbitkan bahawa sesiapa yang "Mengundi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka" tetapi amat menghairankan apa yang di ucapkan dan di nyatakan sangat bercanggah sama sekali, selepas Anwar Ibrahim bersama mereka. 
 
BUKANKAH INI CIRI ORANG-ORANG MUNAFIK

Selain itu, dalam kenyataan akhbar berkenaan juga turut mempertahankan Mat Sabu dengan menyatakan Mat Sabu hanya berkhalwat, maka tidak hairan mengapa parti PAS terutamanya Nik Aziz Nik Mat tidak memberikan respon pada kes Ustaz PKR bersama Isteri Orang di Bilik Hotel di Kuantan dan ini sekali lagi membuktikan bahawa PAS telah membelakangkan hukum Islam 

KENYATAAN NYA PAS HANYA MEMPERDAGANKAN AGAMA ISLAM

Monday 23 July 2012

Terima Kasih Kerajaan Melalui KPDNKK


Satu Lagi Inisiatif Kerajaan Menbantu Rakyat Terutamanya Kakitangan Awam, program seperti ini secara tidak langsung dapat meringankan beban rakyat yang tingal di bandar-bandar besar
Satu ucapan dari kami...TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL


Thursday 12 July 2012

Sokong UMNO Kena Cerai


Satu persoalan yang but aku tertanya-tanya ini apa nya mazhab yang di guna pakai dan rasa ini bukan kes pertama...siapa harus bertanggung-jawab??

Nik Aziz atau Hadi Awang atau Mat Sabu

Monday 9 July 2012

PKR Ingkar Surat Di Raja


Amat hairan apabila surat yang di keluarkan oleh Pejabat Duli Maha Mulia Yang Di-Pertua Besar Negeri Sembilan telah di ingkari oleh pihak Parti Keadilan Rakyat, ini jelas menunjukkan satu percubaan membawa Institusi Raja kancah politik.

Ini membuktikan PKR semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat hingga sanggup ingkari surat dari Istana...jelas membuktikan bahawa ini satu percubaan memburukkan Institusi Raja-Raja Melayu

Friday 6 July 2012

Wednesday 4 July 2012

DAP Gagal Jawab Soalan


Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka yang mulia telah dicemari dengan kebiadapan dan sikap kurang ajar wakil rakyat dari DAP yang tidak mahu menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh wakil rakyat dari Barisan Nasional

Sikap Kurang-Ajar ini adalah satu kaedah dan cara untuk mengelakkan dari menjawab soalan yang dibangkitkan mengenai suami beliau selaku YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebagai seorang Wakil Rakyat yang baik harus menjawab soalan itu di dalam Dewan Undangan Negeri dan bukannya menjawab soalan di luar Dewan atau melakukan provokasi dengan membawa sepanduk ke dalam Dewan.

Isu ini sebenar mudah sahaja iaitu menjawab soalan tersebut di dalam Dewan yang mulia dengan satu jawapan sahaja iaitu YA atau TIDAK

Tuesday 3 July 2012

Ada Pihak Tidak Mahu Melayu BERSATU


Keratan Akhbar Ini Amat Jelas Menyatakan Terdapat Pihak-Pihak Yang Mempunyai Kepentingan Tidak Mahu Melayu Bersatu Ini Kerana Apabila Bangsa Melayu Islam Bersatu Akan Dapat Melahirkan Umat Yang Kuat Seperti Mana Kuatnya Melayu Menentang Malayan Union

Jadi Kepada Semua Pemimpin Melayu Terutamanya Dalam PAS Marilah Bersama UMNO Demi Kebaikan Bangsa Melayu Islam 

Saturday 30 June 2012

PAS Syiah dan Syiah PAS


Selepas melihat dua gambar ini terdapat perbezaan yang jelas di antara mereka, tetapi satu persamaan yang sangat nyata iaitu SYIAH, Tok Guru Nik Aziz selalu menafikan bahawa beliau tidak menyokong fahaman SYIAH, persoalan yang dapat di lihat penyokong parti hamPAS ini berfahaman SYIAH terutamanya dari konsep tingkah-laku dan perbuatan

emm.........ada bantahan

Wednesday 27 June 2012

Titah DYMM Sultan Harus Dipatuhi


Taniah diucapkan kepada kepimpinan kerajaan negeri Johor terutamanya kepada Jabatan Agama Islam Johor kerana memenuhi titah DYMM Sultan yang merupakan Ketua Agama Islam, Perkara seperti ini harus di patuhi oleh semua kerajaan negeri dan seharusnya pihak kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang harus patuhi setiap titah yang di keluarkan oleh DYMM Sultan kerana semestinya ia mendatangkan kebaikan kepada semua pihak

JANGAN DERHAKA KEPADA DYMM SULTAN

Tuesday 26 June 2012

Fatwa PAS yang diabaikan



PAS pernah mengucapkannya tetapi untuk ke PUTRAJAYA sanggup FATWA ni digadai oleh PAS sendiri

Thursday 21 June 2012

Pembinaan Sekolah Agama Di Tentang


Kerajaan Malaysia Pimpinan YAB Perdana Menteri bergitu komited untuk membantu dan membangunkan Umat Islam di seluruh dunia terutamanya negara Palestin, ini di nyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri kepada  delegasi Yayasan Institusi Antarabangsa Al-Quds di mana Malaysia akan membiayai pembinaan sebuah bangunan Kolej Sains Kesihatan bernilai RM15.8 juta (AS$5 juta) di Al-Quds, Baitulmaqdis. baca disini

Tetapi adalah amat mendukacitakan apabila pembinaan Sekolah Agama untuk umat Islam telah ditentang dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan lebih menyedihkan kepimpinan dari parti yang perjuangkan Islam sendiri sanggup bersama-sama dengan Kafir Harbi menentang hasrat murni kerajaan memberi keselesaan terbaik kepada anak-anak pewaris negara.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seharusnya bersama-sama dengan kerajaan mempertahankan dan memperjuangkan penubuhan bangunan Sekolah Agama Rakyat ini jika PAS benar-benar memperjuangkan Agama Islam

Tuesday 19 June 2012

Kekayaan Luar Biasa, Mereka Masih Berdiam

Puak dua orang di dakwa mempunyai kekayaan luar biasa, So pihak berkuasa tolong siasat..baca disini
tetapi agak menghairankan mengapa mereka berdua ini masih berdiam diri yea

Monday 18 June 2012

Satu Lagi Mahasiswa Hina Sultan Johor

Satu Lagi Mahasiswa Melayu Islam Yang Telah Menghina DYMM Sultan Johor

PDRM tolong buat kerja sikit, Jangan Dibiar perkara ini 

Friday 15 June 2012

Sultan Johor Murka


Daulat Tuanku...Daulat Tuanku....Daulat Tuanku,,, adalah dalam sejarah Kesultanan Melayu Johor, apabila DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah murka terhadap YB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan kenyataan beliau yang mengkritik serta menghina secara terang-terangan bidaan RM520,000 oleh DYMM Sultan untuk mendapatkan nombor pendaftaran WWW 1.

DYMM Sultan Johor menyatakan bahawa baginda mengikut segala peraturan dalam mendapatkan no pendaftaran tersebut dan turut berpesan "Lebih Baik Diam, Jika Tidak Tahu Apa-Apa". Jelas menunjukkan kepimpinan PAS sangat tidak menghormati Sultan-Sultan yang merupakan Ketua Bagi Agama Islam dan Negara ini kerana tiada seorang pun kepimpinan PAS menegur sikap kurang ajar YB Nizar yang merupakan Naib Presiden PAS termasuklah Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang.
 Antara Bukti Kenyataan Nizar Yang Menghina Sultan Johor

Apa yang jelas dan nyata dalam titah baginda YB Nizar disifatkan sebagai "lupa mengenai adab Melayu serta jahil dan cetek akal". Kesimpulannya kepada semua pembangkang di Malaysia hormati Kedaulatan Raja-Raja Melayu....

Wednesday 13 June 2012

Ajaran Terbaru PAS.........ada Komen?????

Monday 11 June 2012

Sultan Johor Sebak

 DYMM Sultan Melambaikan Tangan Selepas Bersama Rakyat Negeri Baginda

DYMM Sultan Iskandar iaitu Sultan Yang Dipertuan Bagi Jajahan Takluk Johor, telah menyampaikan titah di hadapan 30 ribu rakyat pelbagai kaum dan agama di perkarangan Istana Pasir Pelangi sambil menitiskan air mata lihat disini. Peristiwa ini seakan bagaimana Orang Melayu menyatakan sokongan kepada Raja-Raja Melayu untuk menghapuskan Malayan Union yang di bawa oleh Bristh. 

Tetapi pada kali ini perhimpunan adalah bertujuan menentang kebiadapan mulut barua DAP iaitu Saudara Nizar yang bergitu lancang menghina DYMM Sultan Johor. Dengan apa yang berlaku puak-puak pembangkang terutamanya DAP harus ingat bahawa Bangsa Melayu & rakyat Malaysia masih lagi mempunyai taat setia kepada DYMM Sultan dan jangan sekali-kali mencabar kedaulatan Sultan-Sultan padah buruk akan menanti.
Bukti Kebiadapan, Kebodohan & Kejahilanan Orang Kuat PAS yang juga Berbangsa Melayu

Diingatkan juga kepada PAS bahawa jangan nanti "menang sorak, kampung tergadai" barang diingat bahawa DYMM Sultan adalah Ketua bagi Agama Islam dan Ketua Negara Malaysia jangan kerana kemabukkan mahu ke Putrajaya sanggup menutup mata atas kesyaitanan perangai anak buah sendiri.

SATRIA LOTUS MENYERU AGAR SEMUA UMAT MELAYU & BANGSA LAIN BERHIMPUN MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA SULTAN NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU

Saturday 21 January 2012

Pengerusi DAP Diperintah Bela Diri


Karpal Singh (Pengerusi DAP) akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap DYMM Sultan Perak dan kesalahan itu dibuat di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di ibu negara di antara 12 hingga 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.

Pada hemat Hakim Datuk Ahmad, perkataan-perkataan yang diucapkan oleh Karpal Singh mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. baca disini

Maka dengan itu Pengerusi DAP itu, diperintah untuk membela diri atas tuduhan tersebut oleh Mahkamah Rayuan yang di ketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ahmad Maarop bersama-sama dengan Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak Pendakwa Raya terhadap tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948

Dewakampung ingin menyatakan Daulat Tuanku

Friday 20 January 2012

Saiful Harus Mendapatkan Hak

Peguam Negara harus memberikan ruang kepada Saiful agar kes liwat beliau menentang Anwar Ibrahim boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan demi mencari sebuah keadilan dan hak Saiful sebagai rakyat Malaysia seperti mana termaktud dalam Perlembangaan Persekutuan Malaysia.

Disini tidak timbul persoalan menghabiskan duit rakyat kerana Anwar Ibrahim sendiri telah menangguhkan perbicaraan mahkamah sebanyak 55 kali mengapa tiada pula yang menyatakan Anwar Ibrahim menghabiskan duit rakyat????,, tetapi apabila Saiful mahu membawa ke Mahkamah Rayuan timbul pula percakapan dan persoalan menghabiskan duit rakyat, bukankah itu satu diskriminasi dalam mencari satu kebenaran????.

Adalah amat menghairankan mengapa Peguam Negara tidak menjawab rayuan yang di mohon oleh bapa Saiful hinggakan beliau sendiri terpaksa menghantar sepucuk surat rasmi kepada Peguam Negara melalui Tetuan Zamri Idrus & Co sedangkan masa semakin suntuk untuk beliau mendapatkan keadilan. baca disini

Jika di teliti sepanjang tiga tahun kes ini berlangsung Saiful telah melakukan banyak perkara termasuk bersumpah di dalam masjid sama seperti mana YAB Perdana Menteri bersumpah mengunakan Al-Quraan dan kalimah keramat Yang Maha Esa. Tetapi Anwar Ibrahim hingga hari ini masih lagi tidak bersumpah seperti mengikut lunas-lunas dalam Islam.

Apa yang nyata sekarang Peguam Negara harus memberi hak kepada Saiful sebagai seorang warganegara Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan dan jangan sekali-kali Ybhg Tan Sri Abd Ghani Patail lupakan ('',)

SALAM KEADILAN PADA YANG BERHAK

Thursday 19 January 2012

UPSI di Hina Kali Kedua



Adam Adli Bin Abdul Halim sekali lagi telah memperlekehkan UPSI dengan menyatakan seharusnya beliau di pecat dari universiti berkenaan bukannya di gantung dan dengan angkuhnya pelajar yang berusia 22 tahun ini mendakwa beliau tidak di buang kerana pihak UPSI merasakan beliau masih lagi penting.


Amat mendukacita apabila ruang & peluang yang diberikan oleh pihak UPSI tidak di hargai oleh Adam Adli malah beliau sedang memikirkan bagaimana golombang hura-hara yang dimulakan ini akan terus menjadi huru-hara. lihat disini


Adam Adli berkata sepanjang tempoh pergantungan ini beliau akan terus menjelajah, berceramah dan berdialog ke seluruh negara sepanjang tempoh penggantungan ini, tetapi apa yang penulis hairankan bagaimana seorang pelajar yang berusia 22 tahun ini mempunyai bergitu banyak duit untuk pusing ke seluruh negara atau ada pihak yang menaja si Adam ini akan terus melakukan keadaan huru-hara kepada negara.


Kisah Adam ini mahu pusing seluruh negara untuk berceramah dan berdialog seakan sama dengan kisah bagaimana seorang manusia yang juga keliling negara untuk menceritakan kehebat liwat beliau,,,persamaan kaedah ini menujukkan bahawa Adam Adli ini di sokong oleh pihak-pihak tersebut.l

Friday 13 January 2012

NAJIB & SKIM


Konsep 1Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak jelas membantu rakyat dan slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN" itu semakin jelas terlaksana dengan pelancaran SKIM SARA 1MALAYSIA yang akan di maafaatkan kepada 100,000 isi rumah berpendapat rendah dari pelbagai golongan.

YAB Perdana Menteri turut menyatakan, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman yang akan di beri melalui bank yang mengambil bahagian iaitu maybank, RHB Bank, CIMB Bank dan BSN.lihat di sini

Lebih menarik lagi pelabur akan menerima pendapatan secara bulanan iaitu sebanyak RM 134.00 sebulan tetapi jika membuat pinjaman sebanyak RM 5000.00 pelabur tetap akan memperolehi pulangan sebanyak RM 50.00 setelah di tolak bayaran pinjaman.

Jika ini puak-puak pembangkang tidak sokongtak tahulah nak kata apa tetapi percayalah akan ada wakil dari mana-mana parti pembangkang akan menyatatkan skim ini HARAM sama macam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).....

dewakampung sayang PM

Thursday 5 January 2012

HUDUD yang di tolak oleh pembangkang

Kenyataan Anwar yang menyatakan HUDUD tiada tempat dalam dasar

Adalah amat menghairankan apabila PAS masih lagi bersama dengan pakatan pembangkang yang secara terang menolak hukum hudud yang selama ini diperjuangkan oleh mereka, ini ditegaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (penasihat PKR). Anwar turut mendakwa tiada perubahan terhadap Perlembagaan Malaysia semata-mata untuk merealisasikan hukum hudud jika memang pilihnaraya ke tiga belas. rujuk sini

Anwar Ibrahim menegaskan isu hudud masih lagi belum mendapat persepakatan dan persetujuan dari parti yang lain sedangkan setiap dasar perlu mendapat persetujuan ketiga-tiga parti, kenyataan Anwar Ibrahim membuktikan bahawa pakatan pembangkang amat rapuh dan tiada semangat bertolak-ansur dalam pakatan.

Lebih mendukacitakan hinggakan PAS sanggup menolak perjuangan yang selama ini diperjuangkan demi bersama dengan DAP hingga melupakan amanat yang pernah disampaikan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Nor seperti petikan di bawah :-


Berdasarkan dengan kenyataan demi kenyataan yang di suara oleh Anwar Ibrahim ini membuktikan bahawa PAS hanya di perkudakan apabila bersama-sama dalam pakatan pembangkang