Thursday 29 October 2009

Islam Dicemar Oleh Kerakusan Kuasa PR

Perosak Rakyat (PR) telah menuduh polis melakukan kekasaran...ini adalah satu pembohongan besar...apa salah polis yang hanya melaksanakan tugas.
Dewakampung telah menjangka akan kekecohan & keaiban yang dilakukan oleh Perosak Rakyat (PR) semasa sidang DUN Negeri Perak. Tindakan serta tuduhan yang dilemparkan oleh Perosak Rakyat (PR) ini sebenarnya menunjukkan mereka berada dalam keadaan yang terdesak untuk membubarkan DUN negeri Perak.
Adalah amat melucukan apabila Sivakumar (Bekas Speaker) yang masih memakai baju keramat speaker serta berlagak sebagai seorang speaker. Ini jelas membuktikan bahawa anggota & kepimpinan Perosak Rakyat (PR) ini sangat GILA KUASA. Jika dilihat oleh kanak-kanak bawah umur pun, dewakampung amat percaya & yakin kanak-kanak ini akan menyatakan bertapa bodohnya pakci tua ini (Sivakumar).



Mengapa dihina Islam..sudah tiada madrasah untuk bersolat????

Dewakampung amat terperanjat dengan sikap dan cara yang diajar oleh kepimpinan PAS kepada pengikutnya apabila mengadakan Solat Hajat dengan kiblatya mengadap Dewan serta berlatar-belakang bangunan DAP yang terang lagi bersuluh menolak negara Islam. Mereka berdoa kepada Allah SWT agar menjatuhkan bala kepada sesama Islam, satu persoalan harus dijawab adakah Islam yang mengajar umatnya menanam sifat & sikap hasad dengki serta sembanyang dengan tidak mengadap kiblat?........Jelas PAS semakin SESAT.

Dewakampung mula terfikir adakah mereka ini bersembahyang serta bedoa agar semua pemimpin & penyokong DAP untuk pergi ke syurga naik roket???, Mengapa dewakampung menyatakan demikian kerana penyokong PAS ini bersembahyang berlatar-belakangkan bangunan DAP? Sudah tiada surau kah untuk bersembahyang?? Apa yang dilakukan oleh penyokong PAS ini amat-amat sangat menghina agama Islam??? sedarkah mereka bahawa pengikut DAP itu tidak pula bersembahyang????.

Dewakampung ingin menyatakan kes sembahyang di hadapan bangunan DAP adalah dari tunjuk-ajar kepimpinan PAS sendiri...dan kepimpinan PAS harus bertanggungjawab penuh di atas penghinaan ini... Jika Perosak Rakyat (PR) ini memerintah Malaysia dewakampung amat yakin & percaya Agama Islam bukanlah menjadi tunjang kepada negara ini seperti yang termaktud dalam perlembagaan persekutuan perkara 3(1) AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN DAN AGAMA LAIN BEBAS DIAMALKAN SECARA AMAN DAN DAMAI DALAM MANA-MANA BAHAGIAN PERSEKUTUAN.

Saturday 24 October 2009

Kerajaan Pusat Lupa Tentera

Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh & Penasihat PKR)menyatakan kerajaan pusat telah melupakan anggota tentera dan turut mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak menunaikan janji setelah memenangi kerusi DUN Bagan Pinang yang majoriti pengundinya adalah anggota tentera. lihat disini

Dewakampung tidak hairan dengan kenyataan murahan dari seorang bekas Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kewangan semasa dalam BN-UMNO kerana sedarkah beliau bahawa kerajaan BN sangat-sangat menjaga anggota tentera dimana pada tahun ini sahaja kerajaan BN pimpinan YAB Perdana Menteri telah mengakui kewujudan dua bandar tentera di Lumut dan Port Dickson, bukankah itu satu bentuk pengiktirafan kepada anggota tentera.

Jika dilihat sejarah PKR pernah menghentam kerajaan pusat dengan pembelian kapal selam dan jet perjuang Sukoi. jadi disini siapa yang tidak menjaga anggota tentera. Apa yang jelas Anwar Ibrahim cuba untuk mengelirukan rakyat. Sedarkan Anwar Ibrahim bahawa YAB Perdana Menteri menyebut RM 3.7 bilion diperuntukan kepada pasukan keselamatan antaranya seperti berikut.
a) RM3.7 bilion Kerajaan peruntukkan bagi meningkatkan kecekapan anggota keselamatan termasuk menyediakan kelengkapan moden dan canggih.
b) RM1 bilion diperuntukkan khusus untuk meningkatkan perkhidmatan PDRM selaras dengan sasaran untuk mengurangkan indeks jenayah sebanyak lima peratus dan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun sebanyak 20 peratus pada akhir 2010.
c) RM1.9 bilion peruntukan bagi meningkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan keselamatan sempadan Negara.
d) RM622 juta diperuntukan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebagai persediaan bagi memastikan kawasan perairan negara bebas daripada aktiviti penyeludupan dan pencerobohan termasuk ancaman lanun.
Jadi adalah dinasihatkan kepada Anwar Ibrahim jangan cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan yang jenis putar alam...kerana perkara berkaitan keselamatan negara adalah amat mustahak..

SIAPA YANG MASIH TIDAK TUNAI JANJI ANWAR IBRAHIM @ KERAJAAN PUSAT??????? DAN KENYATAAN ANWAR IBRAHIM INI TELAH MEMPERKECILKAN ANGGOTA TENTERA

Thursday 15 October 2009

MB Selangor Perlu Tanggungjawab Atas Kegagalan ADUN, Pelabuhan Klang

Dewakampung terbaca akhbar Sinar Harian 13hb Oktober 2009, muka surat S13 berkaitan kenyataan Yaakob Sapari (Timbalan Pengerusi PKR Selangor) antara kenyataan beliau adalah seperti berikut "Bagi saya, prinsipnya ialah mana-mana wakil rakyat yang gagal untuk memenuhi aspirasi rakyat, patut meletakan jawatan dan menyerahkan mandat kembali kepada rakyat" itu antara kenyataan yang diucapkan oleh orang kanan PKR Selangor dan kenyataan ini ditujukan kepada seseorang YB dari PKR.

YB Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Klang, PKR) pada 12hb Febuari 2009 telah menafikan beliau meletak jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang. YB Badrul Hisham Abdullah telah menafikan penglibatan beliau dalam skandal khalwat. Satu persoalan disini mengapakan Yaakob Sapari (Timbalan Pengerusi PKR Selangor) mahu YB Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan dan perkara ini keluar dari mulut Yaakob Sapari sendiri adalah amat memeranjatkan. Disini membuktikan PKR tidak layak untuk memerintah negeri Selangor.

Yaakob Sapari mendakwa ADUN, Pelabuhan Klang itu dilihat tidak mempunyai komitmen & sikap bertanggungjawab malahan YAB Menteri Besar Selangor meminta YB Badrul Hisham Abdullah menyerahkan surat tunjuk sebab atas kegagalan melaksanakan tanggungjawab sebagai ADUN Pelabuhan Klang. Apa yang nyata PKR telah meletak calon yang silap sebagai wakil rakyat dan bahananya kini dirasai oleh rakyat di kawasan DUN N46, Pelabuhan Klang. Satu persoalan yang perlu dijawab sampai bila rakyat di kawasan DUN N46, Perlabuhan Klang hendak menanti??...adalah lebih elok cadangan Yaakob Sapari selaku (Timbalan Pengerusi PKR Selangor) harus diambil maklum oleh pemimpin tertinggi PKR agar YB Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan.


Jika diteliti antara sebab mengapa YB Badrul Hisham Abdullah perlu meletak jawatan anataranya:-

1. Tidak disukai oleh rakyat Perlabuhan Klang malahan pernah diminta untuk meletak jawatan oleh rakyat Pelabuhan Klang sendiri kerana sikapnya yang kurang mesra dan sukar untuk dihubungi rakyat. Disebabkan sikapnya yang kurang mesra itulah telah menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Pelabuhan Klang berikutan satu eksiden yang mana YB Badrul Hisham Abdullah telah membatalkan satu karnival sukan pada saat-saat akhir lihat disini.

2. YB Badrul Hisham Abdullah pernah dituduh ditangkap khalwat tetapi dinafikan sendiri oleh beliau, baca disini. Persoalannya disini adakah YB Elizabeth Wong (ADUN Bukit Lanjan) seorang yang bermoral hinggakan muslimat PAS serta Nik Aziz sanggup mempertahankannya???

3. YB Badrul Hisham Abdullah telah disisihkan oleh YAB Tan Sri Khalib Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dan pimpinan PKR yang lain. Ada kemungkinan juga YB. Badrul Hisham akan menjadi mangsa sembelihan dan permainan kotor YB Anwar Ibrahim. Lihat ini

4. Beliau turut mempunyai masalah kesihatan dan ia antara penyebab mengapa YB Badrul Hisham tidak hadir di persidangan DUN sebanyak 2 kali. Persoalannya adakah seorang yang mempunyai masalah kesihatan layak untuk mengalas jawatan wakil rakyat???.

5. Apa yang jelas YAB Menteri Besar Selangor sendiri pernah meminta YB Badrul Hisham meletak jawatan sebagai wakil rakyat atas kegagalan beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat dan apabila YAB Menteri Besar sendiri meminta ADUN nya meletak jawatan ini menunjukkan satu pilihanraya kecil perlu diadakan bagi memilih wakil rakyat yang baru untuk mewakili suara rakyat pelabuhan Klang.

6. YB Badrul Hisham Abdullah didakwa hendak melompat parti kerana tidak puas hati dengan corak dan cara pemerintahan YAB Khalid Ibrahim (Menetri Besar Selangor) yang bersetuju dengan pembinaan kuil diseksyen 23 Shah Alam yang rata-rata majoriti orang Melayu Beragama Islam.

Maka dewakampung berpendapat saranan dan cadangan Yaakob Sapari (Timbalan Pengerusi PKR Selangor) perlu diambil perhatian agar rakyat di DUN N46 Pelabuhan Klang yang majoriti berbangsa Melayu Beragama Islam sebanyak 55.2% terbela dan ada baiknya agar YB Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan bagi membolehkan wujud pilihanraya kecil di DUN N46 dengan kadar segera demi kebaikan rakyat negeri Selangor.

Tuesday 13 October 2009

PAS Harus Terima Hakikat

keputusan pilihanraya DUN Bagan Pinang

Dewakampung ingin mengucapkan taniah diatas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang & diharapkan calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan sebaiknya dan jangan sekali-kali menghampakan harapan rakyat kepada BN.

Dewakampung turut menjangkakan akan berlaku pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin perosak rakyat (PR) apabila kemenangan diperolehi oleh BN tetapi jika kemenangan diperolehi oleh calon PR tiada pula kenyataan yang di keluarkan....disini bukan sekadar kenyataan malahan tuduhan turut dilemparkan boleh lihat disini.

Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS, menyatakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad membebankan BN serta menyatakan MCA lebih bijak dari UMNO kerana langkah yang diambil oleh UMNO sudah terbalik baca disini.

Disini ingin sekali dewakampung tegaskan walaupun UMNO yang meletakkan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon tetapi yang memilih adalah rakyat bukan UMNO. Nik Aziz harus menerima hakikat bahawa rakyat telah muak dengan PAS, kerana PAS sanggup mengunakan agama serta membenarkan orang bukan Islam membaca kalam Allah dipentas politik. Jika benar PAS memperjuangkan Islam seharusnya PAS tidak mempemainkan ayat Al-Quraan.

Dewakampung menyeru kepada seluruh pemimpin dan pengikut PR jangan lagi mencetuskan suasana yang tidak aman didalam negara tercinta, adalah lebih baiknya jika YB-YB dari PR menjalankan tugas sebaagi wakil rakyat.

taniah juga diucapkan kepada pendudukan Bagan Pinang kerana tidak memilih PAS kerana sejarah pernah membuktikan PAS telah pun meminggirkan pendidikan anak-anak Melayu di negeri Terengganu


Thursday 1 October 2009

Perkongsian DAP & PKR untung siapa????

Dalam masa terdekat ini berlaku dua keadaan dimana menujukkan bertapa tiada persefahaman dikalangan parti pembangkang yang jelas membuktikan kompenan Parti Pembangkang ini tamak kepada kuasa, disini dua bukti dan senario yang berlaku iaitu:-

Senario pertama selepas cadangan kenyataan yang dinyatakan oleh Mohd Yusmadi (Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang) Karpal Singh dengan lantang mendesak Anwar Ibrahim menjelaskan sama ada Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang itu mempunyai mandat untuk mengeluarkan kenyataan politik. Selain itu Karpal Singh turut memberi amaran kepada Anwar & PKR agar tidak mengeluarkan kenyataan politik.

Kekecohan ini berlaku apabila Ketua Pemuda PKR itu mencadangkan agar berlaku pengiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi mengantikan formula Barisan Nasional bagi pentadbiran Pulau Pinang lihat disini.

Senario kedua pula berlaku apabila Encik Shahruddin Abd Hamid (ahli jawatankuasa PKR Bahagian Telok Kemang), mengumumkan beliau akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang. Shahruddin, menyatakan telah mendapat tekanan dari pemimpin PKR & sanggup melepaskan semua jawatan dalam PKR baca disini.

Disini dewakampung ingin menyatakan kepada seluruh rakyat Malaysia agar melihat bertapa tiadanya persefahaman di kalangan pakatan pembangkang....Itu belum lagi termasuk perkara-perkara yang lain, rata-ratanya isu kalangan pembangkang berkaitan dengan kerakusan kuasa politik sahaja...maka tidak hairan rakyat diabaikan dan kepada pengundi Bagan Pinang jangan mengadaikan kemakmuran negara kita kepada kelompok yang rakus kepada kuasa.

satu persoalan yang perlu kita jawab siapa yang untung dalam permainan politik mereka????