Thursday 15 October 2009

MB Selangor Perlu Tanggungjawab Atas Kegagalan ADUN, Pelabuhan Klang

Dewakampung terbaca akhbar Sinar Harian 13hb Oktober 2009, muka surat S13 berkaitan kenyataan Yaakob Sapari (Timbalan Pengerusi PKR Selangor) antara kenyataan beliau adalah seperti berikut "Bagi saya, prinsipnya ialah mana-mana wakil rakyat yang gagal untuk memenuhi aspirasi rakyat, patut meletakan jawatan dan menyerahkan mandat kembali kepada rakyat" itu antara kenyataan yang diucapkan oleh orang kanan PKR Selangor dan kenyataan ini ditujukan kepada seseorang YB dari PKR.

YB Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Klang, PKR) pada 12hb Febuari 2009 telah menafikan beliau meletak jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang. YB Badrul Hisham Abdullah telah menafikan penglibatan beliau dalam skandal khalwat. Satu persoalan disini mengapakan Yaakob Sapari (Timbalan Pengerusi PKR Selangor) mahu YB Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan dan perkara ini keluar dari mulut Yaakob Sapari sendiri adalah amat memeranjatkan. Disini membuktikan PKR tidak layak untuk memerintah negeri Selangor.

Yaakob Sapari mendakwa ADUN, Pelabuhan Klang itu dilihat tidak mempunyai komitmen & sikap bertanggungjawab malahan YAB Menteri Besar Selangor meminta YB Badrul Hisham Abdullah menyerahkan surat tunjuk sebab atas kegagalan melaksanakan tanggungjawab sebagai ADUN Pelabuhan Klang. Apa yang nyata PKR telah meletak calon yang silap sebagai wakil rakyat dan bahananya kini dirasai oleh rakyat di kawasan DUN N46, Pelabuhan Klang. Satu persoalan yang perlu dijawab sampai bila rakyat di kawasan DUN N46, Perlabuhan Klang hendak menanti??...adalah lebih elok cadangan Yaakob Sapari selaku (Timbalan Pengerusi PKR Selangor) harus diambil maklum oleh pemimpin tertinggi PKR agar YB Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan.


Jika diteliti antara sebab mengapa YB Badrul Hisham Abdullah perlu meletak jawatan anataranya:-

1. Tidak disukai oleh rakyat Perlabuhan Klang malahan pernah diminta untuk meletak jawatan oleh rakyat Pelabuhan Klang sendiri kerana sikapnya yang kurang mesra dan sukar untuk dihubungi rakyat. Disebabkan sikapnya yang kurang mesra itulah telah menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Pelabuhan Klang berikutan satu eksiden yang mana YB Badrul Hisham Abdullah telah membatalkan satu karnival sukan pada saat-saat akhir lihat disini.

2. YB Badrul Hisham Abdullah pernah dituduh ditangkap khalwat tetapi dinafikan sendiri oleh beliau, baca disini. Persoalannya disini adakah YB Elizabeth Wong (ADUN Bukit Lanjan) seorang yang bermoral hinggakan muslimat PAS serta Nik Aziz sanggup mempertahankannya???

3. YB Badrul Hisham Abdullah telah disisihkan oleh YAB Tan Sri Khalib Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dan pimpinan PKR yang lain. Ada kemungkinan juga YB. Badrul Hisham akan menjadi mangsa sembelihan dan permainan kotor YB Anwar Ibrahim. Lihat ini

4. Beliau turut mempunyai masalah kesihatan dan ia antara penyebab mengapa YB Badrul Hisham tidak hadir di persidangan DUN sebanyak 2 kali. Persoalannya adakah seorang yang mempunyai masalah kesihatan layak untuk mengalas jawatan wakil rakyat???.

5. Apa yang jelas YAB Menteri Besar Selangor sendiri pernah meminta YB Badrul Hisham meletak jawatan sebagai wakil rakyat atas kegagalan beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat dan apabila YAB Menteri Besar sendiri meminta ADUN nya meletak jawatan ini menunjukkan satu pilihanraya kecil perlu diadakan bagi memilih wakil rakyat yang baru untuk mewakili suara rakyat pelabuhan Klang.

6. YB Badrul Hisham Abdullah didakwa hendak melompat parti kerana tidak puas hati dengan corak dan cara pemerintahan YAB Khalid Ibrahim (Menetri Besar Selangor) yang bersetuju dengan pembinaan kuil diseksyen 23 Shah Alam yang rata-rata majoriti orang Melayu Beragama Islam.

Maka dewakampung berpendapat saranan dan cadangan Yaakob Sapari (Timbalan Pengerusi PKR Selangor) perlu diambil perhatian agar rakyat di DUN N46 Pelabuhan Klang yang majoriti berbangsa Melayu Beragama Islam sebanyak 55.2% terbela dan ada baiknya agar YB Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan bagi membolehkan wujud pilihanraya kecil di DUN N46 dengan kadar segera demi kebaikan rakyat negeri Selangor.

3 comments:

KHAIRUL ANWAR BIN ABU MANSOR said...

saya dah lama dengar ADUN Plbh Klang nie bongok... x buat kerja

PKR mane reti pilih pemimpin

TOKGURU86 said...

Skrg Momentum UMNO semakin kuat, tok syorkan buat PRK jer. Lantik Wakil Rakyat yg lebih baik..

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

memang itu cara terbaik bagi membela nasib rakyat. Jika PKR benar-benar perjuang mereka akan mengadakan pilihanraya umum tetapi apa yang nyata PKR hanyalah parti yang giler kuasa