Showing posts with label Analisa. Show all posts
Showing posts with label Analisa. Show all posts

Thursday, 13 June 2013

Nama Ayam Tapi BABI Sebenarnya


KAMPAR BISKUT AYAM...merupakan satu produk makanan dan wakil tunggal untuk produk makanan ini ialah CHOY HEONG YUEN beralamat 14, Jalan Khoo Chong San Housing Trust, Ipoh, Perak, Malaysia.

Dari segi konsep jualan dan pengeluaran produk ini tiada apa kesalahan pun tetapi salahnya adalah dari segi nama AYAM  itu sendiri dimana biskut ini kandungan/bahan utamanya adalah Daging BABI yang ternyata HARAM bagi umat Islam

Adalah amat menghairankan mengapa nama AYAM menjadi pilihan pengeluar???, adakah ini satu "method" jualan walau pun secara nyatanya Daging BABI adalah asas utama menghasilkan biskut ini.

Pada permukaan kulit produk ini ada tertulis perkataan " TIDAK DI-HALAL",  mengapakah mesti ada suku kata "DI" sedangkan pengeluar boleh sahaja menulis "TIDAK HALAL" maka di sini mula timbul satu keraguan dan persoalan. Kita sedia maklum bahawa jumlah rakyat Malaysia mula mencecah 28 juta dan Umat Islam merupakan komuniti terbesar.

Rasanya tidak keterlaluan menyatakan ini merupakan satu bentuk penipuan terhadap Umat Islam di Malaysia agar memakan Daging BABI kerana kita sedia maklum bahawa rata-rata Umat Islam tidak akan kandungan dan tidak keterlaluan juga perkataan AYAM itu sendiri akan menarik Umat Islam membeli produk haram ini.

Seharusnya perkara seperti ini tidak boleh berlaku di bumi bernama Malaysia yang merupakan ISLAM sebagai agama PERSEKUTUAN.. Pihak berkuasa juga harus lebih peka dengan perkara seperti terutamanya Jabatan Agama Islam, KPDNKK dan tidak terkecuali Jabatan Kesihatan.

WALAU APA PUN ALASAN
AYAM TETAP AYAM
BABI TETAP BABI

Thursday, 30 May 2013

TANDA PUTERA harus di tanyang pada umum


Taniah kepada YB Datuk Seri Ahamad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi & Multimedia) kerana mahu pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membenarkan tayangan filem bercorak sejarah, fakta dan kenegaraan iaitu "TANDA PUTERA". Filem hasil karya Datin Paduka Shuhaimi Baba itu mempunyai satu nilai yang tinggi dari aspek kebenaran peristiwa 13hb Mei 1969 dimana mengesahkan usaha Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan negara di samping menerima ancaman dari komunis.
 
"Sejarah tetap sejarah dan dia tiada siapa harus melupakan sejarah" pihak FINAS harus dengan segera membenarkan tayangan filem "TANDA PUTERA" ini bertujuan agar rakyat Malaysia dapat menilai sejauh mana kesusahan kerajaan Barisan Nasional membangunkan negara hingga tahap sekarang dan bukan seperti sesetengah parti politik yang hanya tahu melaga-lagakan rakyat menjahamankan negara.
 
Sebagai ingatan bersama pihak FINAS juga wujud hasil dari kemakmuran pimpinan Kerajaan Barisan Nasional jadi apalah kitanya filem ini di tayangkan untuk tatapan umum. Agak melucukan apabila filem berasaskan kepada fakta dan hakikat di tahan untuk tatapan umum tetapi filem berunsur cinta, lawak, hantu, tahyul di benarkan pula hinggakan sesetengah filem ini mengajar rakyat untuk menjadi jahat????..... dimanakah kewarasan pengurusan tertinggi FINAS tidak lupa juga dengan barisan Kabinet dimanakah kewarasan anda dalam membuat keputusan ini???
 
Seharusnya pihak kerajaan Malaysia, negara dan rakyat berterima kasih kepada Datin Paduka Shuhaimi Baba kerana berjaya menghasilkan filem berunsur kenegaraan dan sejarah kerana filem seperti inilah yang akan menaikan semangat patriotism rakyat Malaysia yang semakin terhakis terutama di kalangan anak-anak muda. Lebih elok lagi filem "TANDA PUTERA" ini di tanyangkan kepada semua pelajar Matrikulasi, Asasi, Universiti, Institusi Perguruan agar mereka semua tahu menghargai negara yang di asaskan oleh Barisan Nasional 

Saturday, 25 May 2013

Asal Usul Melayu


Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa Melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ...ini.

Bangsa Melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian bertukar/terkenal dengan JAWA) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. 'Hilang' kerana 'saudara' mereka dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.

Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w.,

“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”

Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa Melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat.

Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka.

“Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”

Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka.
 

Turut Baca Disini

Friday, 10 May 2013

Dewan Ulama PAS & DPMM Menentang Perhimpunan Anwar Ibrahim



Dewan Ulama PAS tidak meyokong tindakan yang di lakukan oleh Anwar Ibrahim dalam mengheret rakyat  bersama-sama beliau mengadakan perhimpunan keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13)yang di menangi oleh Kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Mesej yang jelas telah di berikan oleh Datuk Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama PAS memohon agar kepimpinan dalam parti pembangkang menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan bukannya mengadakan perhimpunan hingga menganggu kestabilan pembangunan negara.

Gesaan yang sama turut di buat oleh Gabungan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menerima pilihan rakyat dan bagi DPMM tindakan membuat perhimpunan membantah keputusan PRU 13 boleh menjejaskan pelaburan negara serta merencatkan ekonomi ini secara tidak langsung memberi kesan kepada para peniaga


Datuk Badaruddin Abu Bakar selaku Pengerusi Persatuan Percetakan Melayu Malaysia mendakwa apa yang dimahukan komuniti perniagaan adalah suasana harmoni selepas pilihanraya. Apa yang lebih penting mereka perlu bersatu hati dalam terus membawa agenda pembangunan negara menuju negara maju menjelang Wawasan 2020
Jelas menunjukkan bahawa tindakan Anwar Ibrahim ini adalah lebih bersifat peribadi dalam mencapai hasrat beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun pada hakikatnya beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana di tolak oleh rakyat. Anwar Ibrahim juga tidak memikirkan kesan yang akan di hadapi oleh para peniaga dan perhimpunan ini sebenarnya boleh mencetuskan ganguan kepada ketenteraman awam. Dilihat juga pihak polis harus membuka kertas siasatan dengan segera dan mendakwa pihak penganjur secara terang telah melanggar undang-undang negara.

Thursday, 9 May 2013

Siapa Lebih Tulus Dalam Mengendalikan Pilihanraya???


Tiga kumpulan pemantau iaitu Pusat Kajian Polisi (Awam (CPPS), Institut Ehwal Demokrasi & Ekonomi (IDEAS) dan Institut Kepimpinan & Strategi Asia (ASLI) menyatakan bahawa proses pengundian Pilihanraya Ke-13 adalah boleh di percayai dan mempunyai kewibawaan menurut Tan Sri Ramon Navaratnam, Pengerusi CPPS turut mendakwa keputusan yang di umum oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) adalah sah dari segi undang-undang.

Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif Ideas menyatakan dalam sidang akhbar Laporan Pilihanraya Umum Ke-13 pihaknya menerima keputusan secara terbuka sebab didapati tiada sebarang kesilapan sepanjang pemantauan di jalankan. baca disini.

Selepas hasil dari sidang media badan pemantau yang turut dipersetujui oleh pakatan pembangkang mengapakah masih lagi mendakwa dan mengadakan beberapa perhimpunan menuntu pilihanraya yang Bersih???....sedangkan ketulusan perjalanan pilihanraya telah pun diakui oleh badan pemantau??

Keadaan menjadi lebih lawak apabila pakatan pembangkang menuntut ketulusan tetapi bagaimana dengan ketulusan pemilihan parti-parti pembangkang seperti DAP malahan tidak terkecuali dengan pemilihan PKR??, seharusnya kepimpinan pakatan pembangkang MEMBERSIHKAN dahulu pemilihan dalam parti masing-masing

Tidak terlupa juga dengan Majlis Peguam, Adakah pemilihan jawatankuasa Majlis Peguam itu BENAR-BENAR TULUS???...sepatutnya Ambiga menilai kembali apa berlaku dalam Pemilihan Majlis Peguam sebelum mendakwa SPR tidak tulus.....

Apa yang jelas pakatan pembangkang lebih banyak menyusahkan rakyat dan negara daripada membantu rakyat dan negara...seharusnya perhimpunan seperti ini harus di hentikan kerana menyusahkan rakyat setempat....

Wednesday, 8 May 2013

.Sidang media Dr Mahathir mengenai keputusan PRU13


TUN M, menyatakan punca kepada permasalahan yang berlaku pada negara masa kini

Tuesday, 7 May 2013

ROS Perlu Bertegas Kepada DAP




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu yang didakwa 'kotor' selepas menafikan hak 753 perwakilan menyertai pemilihan tersebut.
Masihkah kita ingat keputusan pemilihan CEC pada 15hb Disember 2013 yang menjadikan saksi bahawa bertapa perkaumannya parti DAP dimana tiada pun seorang calon berbangsa Melayu terpilih dalam pemilihan tersebut dan selepas 19 hari dari tarikh pemilihan tiba-tiba pihak kepimpinan DAP mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dengan mengistiharkan Zairil Khair Johari sebagai salah seorang anggota CEC. Keputusan ini telah menyebabkan beberapa orang ahli parti DAP membuat laporan kepada Pertubuhan Pendaftar (ROS) serta lebih memeranjatkan dengan pengumuman peletakkan jawatan Pooi Weng Keong selaku Pengarah Pilihan Raya DAP ini buat berikutan kebimbangan ada pihak yang cuba memanipulasi serta menafikan hak perwakilan.

Pihak ROS harus mengambil tindakan tegas ke atas DAP mengikut lunas undang-undang kerana di lihat Guan Eng tidak mahu membuat pemilihan semula walaupun telah di desak oleh banyak pihak termasuk di kalangan perwakilan dan ahli DAP itu sendiri. Ini boleh di perkukuhkan lagi dengan kenyataan orang bekas orang kanan parti DAP iaitu

a) Tuanku Abdul Aziz Tuanku Ibrahim (Bekas Naib Presiden DAP) yang mendakwa Guan Eng tidak mahu pemilihan CEC semula kerana takut dinasti Lim akan hilang kuasa ke atas parti DAP. 

b) Tan Chew Wah (Bekas Setiuasaha DAP Kampung Baru Balakong), mendesak agar Guan Eng tidak mematuhi arahan yang di keluarkan oleh pihak ROS dan bukannya mencabar kembali kerana pemilihan semula CEC akan memberikan keyakinan para perwakilan. baca disini.

Ini membuktikan bahawa DAP sendiri tidak telus dalam proses pemilihan CEC dan bagaimana pula mereka boleh menuduh serta menidakkan ketelusan SPR??, hinggakan mereka terutamanya pihak pembangkang masih boleh memerintah dan membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor??turut baca disini


Jika parti DAP masih lagi tidak mengadakan pemilihan CEC yang baru, SEKALI LAGI MEMBUKTIKAN DAP TIDAK TULUS DALAM PEMILIHAN, BAGAIMANA JIKA MAHU TULUS DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN....???

Friday, 3 May 2013

Bendera HITAM PAS kini di NEGERI SEMBILAN

Kebangkitan pengikut PAS semakin ketara dengan naiknya beberapa BENDERA HITAM PAS di sekitar daerah Negeri Sembilan ini menunjukkan rasa protes terhadap kepimpinan PAS semakin memuncak ketika menjelas pilihanraya. Di sini terdapat beberapa gambar yang sempat di ambil untuk tatapan bersama





Adalah lebih baik kepimpinan PAS melihat kembali dasar dan tindakan yang di ambil terutama bila bersama-sama dengan DAP dan PKR tidak mustahil ISU BENDERA HITAM akan terus di lakukan oleh pengikut-pengikut dan ahli PAS yang tidak bersetuju dengan cara gaya kepimpinan PAS pada masa kini

Monday, 29 April 2013

MENGUTUK, MENCACI, MENGEJEK DAN MENGHINA ORANG LAIN ADALAH KERJA PAS

Mengapa Perlunya Mengikut Budaya Kristian, Jika Mahu Membuktikan Kesetiaan

BUKTINYA :

1. Nik Aziz semasa berucap di suatu majlis di Padang Daerah Tanah Merah, Kelantan pada 7 Februari 2009 telah mengajak para hadirin beramai ramai mendoakan kehancuran dan bala kepada Perdana Menteri, dato seri Najib dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

2. Haji Hadi Awang pernah mengeluarkan memfatwa, boleh mengutuk dan menolak kejahatan ke atas orang UMNO yang dituduh zalim. fatwa tersebut terdapat dalam Harakah terbitan 5.7.1999 halaman 30, katanya :......bahawa dibolehkan berdoa supaya diturunkan bala kepada orang yang zalim....

3. Pada 8 Oktober 2009, semasa berkempen dalam PRK Bagan Pinang, Nik Azizi mengatakan UMNO Parti mengarut dan sesat kerana UMNO pisahkan politik dari agama.

4. Pada 7hb April 1983 di banggol Peradong, Kuala Terengganu, Haji Hadi mendakwa UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti parti bukan Islam dalam Kerajaan Barisan Nasional.

5. Mahfiz Omar mengutuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai Pencacai UMNO.

6. Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa telah mengeluarkan kata kata kesat kepada Mufti Perak dengan Gelaran "HARAMSANI".

7. Wan Nik Wan Yusuf, Setiausaha Politik Nik Aziz dalam akhbar Harakah 7-1- Februari 2011 menghina Tun Dr Mahathir dengan Gelaran " Si Tua Jahil".

8. Semasa kempen PRU 12, Haji Hadi mengeluarkan fatwa parti pembangkang dibolehkan mengumpat dan mendedahkan aib orang lain dalam UMNO dan BN - Utusan Malaysia , 1 Mac 2008.

9. Haji Hadi semasa perhimpunan PAS ke 57 menggelar Ulama Pro UMNO sebagai Syaitan Bisu - Utusan Malaysia-, 6 Jun 2011.

10. Dr Badrul Amin semasa berceramah telah mengutuk dan menggelarkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Gelaran Bapak Syaitan.

Thursday, 25 April 2013

PAS Akui Perlukan Lebih Banyak Masa





PAS akui perlukan lebih banyak masa untuk selesaikan masalah-masalah di Kelantan
Pihak-pihak berkuasa di Kelantan yang ditadbir oleh PAS telah mengakui bahawa walaupun telah memegang tampuk pentadbiran negeri Kelantan selama 22 tahun, mereka masih perlukan lebih banyak masa untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat sebelum PRU12 yang lepas.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan mendakwa bahawa manifesto bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu penggal.
“Dalam sesebuah manifesto, ada perkara yang boleh dilaksanakan dengan cepat, dan ada pula yang akan mengambil masa yang lama,” ujar beliau.
“Atas sebab inilah kami meminta pengundi-pengundi memberikan kami peluang melanjutkan pentadbiran kami memandangkan ada janji-janji kami yang perlukan masa yang panjang untuk ditunaikan.”
Pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990 telah dikecam hebat kebelakangan ini kerana pembangunan Kelantan yang perlahan jika dibandingkan negeri-negeri lain, dalam kedua-dua aspek ekonomi dan juga sosial.
Menyentuh tentang manifesto PAS untuk pilihanraya umum yang akan datang, Amar mendakwa mereka akan tunggu dan lihat apa yang ditawarkan oleh Barisan Nasional sebelum mengeluarkan manifesto mereka.
Sementara itu pula, BN kini sedang menunjukkan keyakinan baru di Kelantan.
Pada bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional merampas semula Kelantan agar negeri itu tidak ketinggalan dalam program transformasi yang sedang dikecapi di seluruh negara.
“Sekiranya anda ingin keluar dari kegelapan ini, eloklah berikan peluang kepada BN. Sekiranya anda rasakan BN gagal, tukar semula selepas lima tahun, kuasa terletak pada tangan rakyat,” kata Muhyuddin.
“Berilah peluang kepada Perdana Menteri yang memohon mandat baru, dan nilaikan cara-cara kami, sudah pasti akan ada perubahan dalam masa lima tahun. Sekiranya tiada perubahan, anda ada hak untuk menukarkan kami. Kami mahu buktikan apa yang kami mampu lakukan untuk rakyat.”
Pengundi-pengundi di Kelantan semakin bertambah bosan dengan pentadbiran PAS yang lama dan tidak efektif serta wujud juga kebimbangan dalam kalangan orang bukan Islam tentang agenda agama yang semakin menyelinap masuk ke dalam pentadbiran negeri – ini berkemungkinan akan mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat.
Diterjemahkan dari The Choice.

Monday, 22 April 2013

ANCAMAN IFC DAN PLURALISME TERHADAP ISLAM

Buku Yang Menjelaskan Bahana Pluralisma Kepada Negara Malaysia


Gerakan Pluralisma Agama di Malaysia tidak dapat dilihat dengan jelas atau secara rasmi berbanding di Indonesia. Apa yang berlaku di Malaysia ialah idea pluralisme agama ini berkembang melalui pendekatan secara tidak langsung. Ianya boleh dilihat dalam beberapa isu yang mula timbul. Analoginya pada tahun 2001, timbulnya satu cadangan untuk menubuhkan IFC (Interfaith Commission).

IFC ini merupakan satu Suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya sebagi badan berkanun yang mempunyai kuasa undang undang yang boleh mengubah ajaran sesuatu agama akibat desakan agama lain. Ia boleh berfungsi sebagai sebuah mahkamah atau satu badan berkanun seakan akan satu badan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang menerima dan melayan aduan aduan khususnya yang berkaitan dengan agama. Penubuhan IFC ini dicadangkan oleh Malaysian Consultive Counsil Of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism melalui memorandum mereka yang dihantar oleh Presiden MCCBCHS iaitu V. Harcharan Singh kepada majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.

14 Tuntutan IFC

1. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalama kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteeri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang - orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia sepatutnya dibenarkana kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

12. Program program berunsur Islam dalam bahasa ibunda suatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing masing.

13. Orang orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
 
ANCAMAN UTAMA IFC TERHADAP ISLAM

1. Membuka ruang seluas luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2. Menjadikan Undang Undang Allah perlu tunduk kepada norma norma Antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejahkan akidah.

3. Orang orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4.Orang orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh nabi Muhammad S.A.W. Kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya kan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal mengugat Keselamatan Negara.

Saturday, 20 April 2013

Tajuk Draf HUDUD PAS



HUDUD, QISAS dan TAKZIR adalah perkara yang berkaitan dengan hukum atau perundangan Islam yang mempunyai definisi - definisi yang tersendiri dan sangat berbeza maksud dan hukum perlaksanaannya. Dengan kata lain 3 perkara tersebut adalah berlainan hukum walaupun dalam satu kategori.

SEMUA ULAMA FIQH BERSEPAKAT BAHAWA KESALAHAN HUDUD IALAH 7 PERKARA :-

1. Murtad
2. Minum Arak
3. Mencuri
4. Merompak
5. Berzina
6. Menuduh Berzina
7. Memberontak

Tajuk Draf HUDUD PAS di Kelantan dan Terengganu tak sama begitu juga kesalahan Hukum HUDUD ?

Tajuk Draf Hudud Kelantan ialah :-
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 SUSUNAN SEKSYEN-SEKSYEN PERMULAAN

Tajuk Draf Hudud Terengganu ialah :-
DRAF CADANGAN RANG UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU

PERBEZAAN JENIS JENAYAH HUDUD DIANTARA KELANTAN(6) DAN TERENGGANU (7).

KELANTAN
1. Murtad
2.Minum Arak
3. Mencuri
4. Merompak
5. Berzina
6. Menuduh Berzina

TERENGGANU
1. Murtad
2.Minum Arak
3.Mencuri
4.Merompak
5.Berzina
6.Menuduh Berzina
7.Memberontak

Memberontak tak ada di Kelantan tetapi diakui di Terengganu

JENAYAH MEMBERONTAK
Dalam bahasa Arab ianya disebut Al Baghy . penggunaan biasa membawa maksud berusaha memperoleh sesuatu.

IMAM SHAFIE memberi erti : Pemberontakan dan Penderhakaan terhadap pemimpin. Satu gerakan teratur yang dirancang.

Draf Hudud Terengganu memberi definisi penderhaka (Bughah) : Keluar daripada mematuhi pemerintah secara kekerasan. Suatu tindakan sekumpulan orang Islam yang tidak mematuhi pemerintah secara kekerasan tanpa alasan yang pasti.

Bughah terbahagi kepada 3 :-
1. Penderhakaan kepada pemerintah
2. Menggunakan kekerasan
3. Niat jahat

HUKUMNYA : HALAL DIPERANGI

Sama samalah kita membuat penilaian apa yang berlaku dalam negara kita hari ini

NEGARA ISLAM YANG DIHAJATI TETAPI NEGARA KEBAJIKAN YANG DIIKUTI.

Wednesday, 17 April 2013

Video Which Detriments Taib Mahmud Is Just A Timber Concession Revenge Drama

 
 
Another thing which we need to process in order to understand Malaysian opposition is that every mistake which is done by Barisan Nasional leaders would be okay of it is done by their own leaders. For example, it is okay for Nik Aziz to be in power until the day he dies, but it is wrong for Tun Mahathir to stay as Prime Minister any longer, or for Tan Sri Abdul Taib Mahmud to keep on leading Sarawak for more than 30 years.

Now, Tun Mahathir has retired, leaving Malaysia on top, with highest respect, and admired by the world. And Taib Mahmud still in power, has proven continuous commitment and his abilities to develop Sarawak other than ensuring the peace and well-being of its rakyat.
However, Nik Aziz still refuse to retire even though he does not fulfil his tasks, other than politics, constant ceramah as well as insulting people, for the past 20 years.Even then, the opposition never questioned him about why more than 10,000 acres of land were given to DAP, about why Kelantan is still undeveloped, what happens to the logging industry, or why can't the water supply issue be solved or why does moral issue kept on getting worse? Instead, they only look for ways to tarnish Tan Sri Taib Mahmud's image even though rakyat of Sarawak are living in peace and prosperous.

It is clear, the problem with the opposition is that they do not care about rakyat, all the care is about the power which Taib Mahmud has and that they are hungry for it. It is not too much to say that Taib Mahmud is one of Barisan Nasional's strongest defence, resisting various forms of attacks for all these years.

Considering that GE is coming close, it is not surprising why the attacks are coming back in. This time around, it is not from the outside, it is from the inside, from Taib Mahmud's cousin, Norlia Rahman, as a video showing a meeting about a project involving foreign direct investment to describe as if there are elements of corruption from Taib's side. The video was said that it was taken secretly, without being realized by the characters in it.

The thing which this videographer might have missed is that , this video can easily be argued by looking at Norlia's background and understanding her motive. Norlia is the daughter of Rahman Yakub who is Taib Mahmud's uncle. He was also Sarawak's former Chief Minister and Governor.
The vengeance which Norlia's family has against Taib Mahmud began as soon as Taib Mahmud replaced her father as Chief Minister back in 1981. Then, Rahman Yakub was listed to have 70%  from logging license at Lembahan Mewah via his daughters, while another 30% was owned by Datuk Tajang Laing, ADUN Belaga. Taib Mahmud then revoked 30 of logging licenses involving Abdul Rahman and claimed that his uncle had awarded 1.25 hectare logging concession worth RM22.5 billion to himself, his family and relatives.

From there, the feud between this family becomes bigger where in 1985, Taib once again offended Rahman by sacking him from the post of Yang diPertua Negeri.  Rahman had his chance to attack in 1987 which is known as ‘Ming Court Affairs 1987’ by raising signatures from ADUN and led a group of Sarawak politicians who were disappointed with Sarawak National Party (SNAP) and PBDS to gather at Ming Court Hotel, Kuala Lumpur to urge on the proposal that they have lost their confidence in Taib's leadership. However, Taib managed to detect the conspiracy a lot earlier and he called for an emergency election and he barely won with 28 out of 48 seats which later adds to eight more seats from defected ADUN.

If Taib Mahmud was unsure that his actions had offended his uncle was right, there is no way that he would have settled this issue through election.It seems like Taib Mahmud's cousin, Norlia do not have the guts to face her cousin in the right channel. Instead, she chooses to act, all to tarnish Taib;s image to public.

If she speaks the truth, why the act?
Supporting Norlia's vengeance against Taib would be Norliz, the wife of former SNAP Vice President, Datuk Justin Jinggut who is promoting himself to the highest place for PKR Sarawak. Datuk Justin is also known to have close ties with Anwar Ibrahim.

See, isn't it easy to question the video?
However, if we are rational, we would not have to go that far to see the genuineness of the video. This is because, the act and situation of the video seem irrational. There is no way such controversial big business deal would be discussed with a stranger in such small hotel room, and friendly. Just look at how relaxed the actors were as they mention the details between one person and another, including the internal issues of Taib's family.
In short, the body language, script and characters in the video clearly showed that this is a planned.
That is why, our message to the opposition, just for once, find real issues to go against BN. Enough with your ridiculous acts because it is just sickening.
For once, face BN like real men.

Tuesday, 16 April 2013

10 Kejutan Anwar Untuk PRU-13

 
Sehingga waktu dan detik tulisan di keluarkan mengapa Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.
 
Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.
 
Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya. Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.
 
Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya. Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….
 
Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
 
Antaranya YB Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful. Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan YB Zul Noordin.
 
Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu:-
 
1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.
 
2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. YB Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.
 
3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut YB Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.
 
4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.
 
5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan jam berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
 
6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan YB Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.
 
7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima YB Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
 
9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
 
10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah ” wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.

Friday, 12 April 2013

21 Fatwa Nik Aziz Yang SONGSANG Wajib Orang PAS Hafal


1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."
                                                                                - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
                                                                          - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
                          - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
                                                                    - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka  
5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
                                                                        - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999 

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC.Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
                                                                     - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."
                                                                             - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya,kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
                                                                               - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
                                                                - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994

10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."
                                                                                - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999 
 
11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
                                                                             - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994

12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."
                                                                                                - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999

13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
                                                                                         - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001

14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
                           - Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001

15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
                                                                         –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995

16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
                                                                           – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
       – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal

18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
         – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009

19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
         – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir

20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
          - Jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul

21. Solat Orang UMNO tidak mendapat Pahala
                                                         - Ceramah Nik Aziz Pada April 2013 Di Kota Bahru, Kelantan

Monday, 8 April 2013

Ops Daulat: Teresa Kok kata pasukan keselamatan negara dimangsakan

 
Selepas giliran Tian Chua dan Nurul Izzah menghina pasukan keselamatan, seperti polis dan tentera, kini tiba pula giliran Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh menghina pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan bumi Malaysia ini daripada dicerobih orang asing.

Kalau sebelum ini Tian Chua pernah berkata insiden di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO walaupun kejadian pencerobohan itu telah mengorbankan 10 perajurit tanah air, Nurul Izzah pula menyalahkan UMNO atas insiden pencerobohan lanun Sulu di Sabah, polis tidak berfungsi, UMNO gagal mentadbir negara dan salahguna kuasa.

Giliran Teresa Kok pula berkata perajurit dan anggota keselamatan kita yang berjuang dan terkorban dalam pertempuran dengan militan Sulu di Lahad Datu telah "dimangsakan."
 
 
Apa maksud Teresa Kok mereka dimangsakan?

Jelas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini berfikiran cetek dan sempit apabila semua perkara yang berlaku, waima insiden yang serius seperti di Lahad Datu itu pun ingin dipolitikkan dan menjadi salah UMNO.

Menuduh UMNO bertanggungjawab dalam perkara itu jelas tidak masuk akal kerana UMNO adalah pihak yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

Ada pemimpin Pembangkang yang melawat lokasi ground zero?

Mereka lebih kerap mengeluarkan kenyataan yang menghina pasukan keselamatan tanpa memikirkan perasaan anggota keluarga mereka yang anak, suami, isteri pergi berjuang di Lahad Datu.

Apa yang mereka tahu, menuduh insiden itu konspirasi UMNO, pasukan keselamatan itu menjadi mangsa dengan sandiwara UMNO.

Adakah Teresa Kok mengatakan anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu itu pergi dengan sia-sia dan menjadi mangsa?

Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan? Adakah Teresa melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi?

Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.

Ketika negara sedang berjuang untuk memastikan kedaulatan negaranya tidak dicabar, pembangkang masih lagi sibuk memainkan sentimen politik yang sempit.
 
Pembangkang sibuk menuduh insiden Lahad Datu konspirasi UMNO, tapi mereka terlupa Reuters melaporkan pembangkang menjadi dalang pencerobohan Sabah menerusi pertemuan Anwar dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III.
 

Saturday, 30 March 2013

Adakah Selangor Akan MUFLIS


Defisit Kerajaan Negeri Selangor semakin meningkat semenjak di perintah oleh pakatan pembangkang ini membuktikan kegagalan pentadbiran YAB Khalid dalam menguruskan ekonomi negeri Selangor.  Perkara ini boleh di perjelaskan  dengan tuntutan rakyat negeri Selangor ke atas pentadbiran pakatan PKR, PAS & DAP. Maka tidak menghairankan apabila dengan penuh bangga YAB Khalid menyatakan "manifesto bukan JANJI".

DiSINI menunjukkan bahawa kerajaan negeri Selangor yang ada pada hari ini telah pun menipu rakyat dengan tidak menunaikan apa yang dinyatakan semakin kempen pilihanraya yang lepas

RAKAY SELANGOR TELAH DI TIPU OLEH KERAJAAN KHALID IBRAHIM

Thursday, 28 March 2013

Menunggu Sesumpah Bersumpah

Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah seperti mana yang dituntut oleh berbagai pihak.  Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur. 
 
Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara.  Ia dijangka menjadi "BOM" untuk mematikan terus UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU 13. Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa. 
Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu "SECARA PAKSA" telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk.  Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela? 
Ini kerana itu di sini bukan isu "RELA @ PAKSA" tetapi "LIWAT @ TIDAK".  Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat. Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia DAP.  
 
Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat.  Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme.  Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya. 
Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme.  Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya. 
Keputusan Anwar untuk bersumpah akan "KESUCIAN" dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan.  Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’ dan berbagai-bagai alasan lagi.  Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata “SUMPAH MUHABALAH" ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.” 
Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, ‘telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman’.  Malah, kata penulis laman tersebut lagi, ‘orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya. 



Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15hb Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah.  Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah.  Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar. 
Oleh itu, segelintir pengikut Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu.  Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan. 
Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar. 
Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata.  Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun. 
Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan.  Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut. 
Apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong.  Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya. 

Thursday, 21 March 2013

'Keanehan' PKR - Utusan

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya sebuah parti yang 'aneh'. Ia ditubuhkan bukan atas dasar perjuangan tetapi lahir berikutan perasaan tidak puas hati, marah dan kebencian berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998.Sejak tarikh berkenaan arena politik negara tidak lagi tertumpu kepada DAP atau Pas, biar pun kedua-dua parti itu jauh lebih berusia.

Percaturan politik pembangkang lebih berkisar kepada apa yang dirancang oleh PKR manakala DAP dan Pas akan bersetuju sahaja memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ketika DAP dan Pas dilihat menjalin kerjasama yang cukup aneh berikutan perbezaan ideologi antara mereka, perjalanan politik PKR pula cukup 'aneh' tetapi penuh kepincangan. Berikut penulis paparkan antara 'keanehan' dan kepincangan tersebut:-

1. Paling Berkuasa Bukan Presiden = Semua orang tahu biar pun Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden namun beliau seolah-olah tidak ada apa-apa kuasa. Segala-galanya diuruskan oleh suaminya, Anwar. Apa juga isu berkaitan PKR amat sukar sekali kita hendak mendengar Wan Azizah memberikan ulasan atau membuat kenyataan. Beliau hanya tampil jika ada isu melibatkan suaminya.
Berikutan itu, orang ramai tidak pernah melihat Wan Azizah mempunyai apa-apa kekuatan atau kelebihan.
Apa yang mereka tahu, Wan Azizah hanya sekadar Presiden dalam catatan sebuah organisasi dan pernah melakukan pengorbanan terbesar dalam karier politiknya apabila meletakkan jawatan Ahli Parlimen
Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding. Sikap Wan Azizah inilah yang memungkinkan muncul desakan supaya beliau mengundur diri secara terhormat.

2. Berjaya menanam politik kebencian = Ini boleh dianggap kejayaan terbesar bagi PKR kerana pemimpin-pemimpin mampu memainkan peranan untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan BN. Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN diperlekeh dan dipersendakan. Tidak pernah sekali pun kita mendengar PKR memuji usaha-usaha kerajaan BN. Sebaliknya, apa kita sering dengar setiap usaha itu akan diperlekehkan dan kononnya mereka boleh melakukan lebih baik lagi. Lebih hebat mereka juga sering mendakwa apa yang dilakukan oleh BN menciplak idea mereka.

3. Parti pertama di Malaysia tiga beranak memegang jawatan penting dalam parti = Ini juga satu keunikan, selain si bapa, Anwar menjadi Penasihat, si ibu, Wan Azizah menjadi Presiden, si anak pula, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden. Jika keadaan ini berlaku dalam UMNO sudah pasti, parti itu akan diserang habis-habisan oleh pembangkang atas alasan mengamalkan nepotisme dan kronisme.

4. Masih kekal berpolitik, biar pun dikaitkan dengan kontroversi = Walaupun isu melibatkan pemimpinnya mencetuskan polemik ada antara melibatkan soal moral. Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak mempertahankan diri. Mereka begitu tegas menyatakan tidak bersalah dan apa yang berlaku ke atas mereka adalah konspirasi dan fitnah UMNO serta media arus perdana.

5. Berjaya mempengaruhi Pas untuk menjadi 'pak turut' = Inilah kehebatan PKR. Biar pun Pas ditubuhkan sejak 1951 dan mempunyai rekod politik yang agak hebat namun parti yang suatu ketika memperjuangkan negara Islam itu 'tunduk' kepada pengaruh politik PKR. Pemimpin-pemimpin PKR berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin Pas termasuk dalam kalangan ulama untuk mengikut rentak politik mereka sehingga Pas dilihat sanggup mengorbankan hatta prinsip perjuangannya semata-mata termakan janji berkuasa bersama PKR dan DAP. Malahan PKR juga berjaya memainkan peranan sehingga memungkinkan Pas yang suatu ketika dahulu menuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, bersedia berpeluk erat dengan DAP. Walaupun pemimpin-pemimpin DAP secara tegas menolak perjuangan negara Islam dan hukum hudud, namun PKR mampu memujuk Pas untuk bertolak-ansur dalam soal itu. Akhirnya Pas mengorbankan perjuangan negara Islam dan mengubah kepada negara berkebajikan.

6. Paling ramai pemimpin kanan keluar = PKR juga mencatatkan sejarah sebagai sebuah parti yang paling ramai pemimpin-pemimpin kanannya keluar parti. Pemimpin-pemimpin bukan ahli biasa tetapi sebahagian besar adalah kelompok yang bertanggungjawab memperjuangkan Anwar dan menubuhkan PKR. Mereka ini juga bersedia menentang habis-habisan kerajaan BN dan UMNO suatu ketika dulu semata-mata untuk mencapai matlamat politik PKR. Namun akhirnya dari semasa ke semasa, bukan kata pemimpin malahan wakil rakyat PKR juga turut meninggalkan parti itu selepas mendapati pelbagai kepincangan dalam parti berkenaan.

7. Mengajar rakyat demonstrasi jalanan = Sebelum tahun 1998, demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Bagaimanapun bermula pada tahun tersebut, demonstrasi jalanan seolah-olah menjadi 'senjata' baru kepada pembangkang yang diketuai oleh PKR. Dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini, pembangkang menjadikan pendekatan itu untuk membuat tuntutan mereka. Apa yang anehnya, DAP dan Pas berjaya dipengaruhi oleh PKR untuk turut serta biar pun mereka mengetahui kesan buruknya.

8. Kerajaan negeri pertama disaman kerana tak tunai janji = Kerajaan di bawah pimpinan PKR di Selangor menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini yang disaman kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya. Keadaan ini berlaku kerana PKR sememangnya parti yang pandai menabur janji. Inilah yang memungkinkan mereka meraih kemenangan agak besar dalam pilihan raya umum lalu. Namun begitu apabila kejayaan sudah dicapai segala-galanya janji hanya tinggal janji.


9. Pandai bercakap tetapi tiada pengetahuan = Satu 'kehebatan' pemimpin-pemimpin PKR ialah mahu mempolitikkan segala-galanya. Ia termasuklah juga dalam soal keselamatan negara. Ada pemimpinnya yang tidak ada pengetahuan mahu memberi ulasan, ia akhirnya mendedahkan betapa ceteknya pemikiran beliau dalam sesuatu perkara. Begitu juga apabila mudah membuat tuduhan dan tohmahan tanpa disertakan dengan bukti kerana apa yang penting ialah memburukkan kerajaan BN. Demikian beberapa catatan mengenai 'keanehan' politik penuh kepincangan PKR. Namun begitu seperti mana kata penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad, PKR tidak akan bertahan lama.Katanya, PKR bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar perjuangan atau bergantung kepada 'grass root' tetapi individu. ''Mereka perlu akui, PKR bergantung kepada Anwar, kalau Anwar tumbang maka berakhirlah riwayat politik PKR. ''Berbanding tahun 2008, kedudukan Anwar kini semakin tergugat. Beliau semakin ditolak oleh rakyat berikutan pelbagai isu yang melumuri diri beliau,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur. Menurut Ahmad Masrizal, pemimpin-pemimpin pembangkang lain amat mengetahui keadaan itu sebab itulah tiada kesepakatan siapa yang bakal menjadi Perana Menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Apa pun keadaannya adalah jelas, PKR semakin terhakis kehebatan politik putar belitnya. Dari semasa ke semasa kepincangan parti itu semakin terdedah dan inilah akibatnya apabila sebuah parti ditubuhkan semata-mata mahu merebut kuasa