Showing posts with label Ingkar. Show all posts
Showing posts with label Ingkar. Show all posts

Thursday, 23 May 2013

Khalid Mohd Ismath Boleh Bagi SYURGA



Demi meraih sokongan di kalangan mahasiswa dan penyokong Pakatan Pembangkang, manusia bernama Khalid Mohd Ismath ini boleh menyatakan syurga dengan hanya bersama-sama berhimpun di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ini menunjukkan kebodohan seorang penyokong totok pembangkang, tidak salah lagi semua ini berpunca daripada ajaran Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang sesuka hati mengeluarkan berbagai-bagai fatwa dan kenyataan yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan bukti boleh dilihat dari "tweet" yang di tulis oleh si mangkuk ayun ini.

Jika kita melihat penghinaan kepada agama Islam ini semakin meruncing apabila pemimpin yang mengaku Tok Guru @ Ulamaq ini yang sebenarnya memberi ruang kepada golongan KAFIR HARBI khasnya dari DAP mempermainkan Islam seperti tuntutan Bibble dalam Bahasa Melayu, Isu Kalimah Allah, Berceramah di Pentas Surau, Membenarkan Ayat Al-Quraan di baca oleh puak-puak kafir walaupun salah dari sebutan dan makna.

Kita harus melihat kembali adakah puak-puak KAFIR HARBI ini membenar dan mengajar PAS kalimah-kalimah dalan Bible suci atau lain-lain agama untuk  digunakan dalam kempen PAS untuk meraih sokong pengundi bukan Islam????...mohon difikirkan

APA YANG JELAS KHALID MOHD ISMATH HARUS BERTAUBAT KERANA ANDA MULA MAHU MENJADI TUHAN

Thursday, 18 April 2013

Selamatkan Pulau Pinang


Rakyat Penang yang bangkit menentang pentadbiran Lim Guan Eng pasti akan membuka mata rakyat Malaysia yang sebelum ini terpedaya dengan kata-kata pemimpin ‘Ultra-Kiasu’ dari DAP itu yang kononnya ingin mencontohi pemerintahan ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’.

Ini kerana saban hari semakin ramai rakyat Pulau Pinang yang telah mula sedar, bangkit mengadakan bantahan terhadap kepimpinan mereka. Terdahulu sekumpulan belia Penang yang terdiri dari kaum Cina dan India telah berhimpun dan berarak bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung keputusan kerajaan negeri untuk membina projek terowong mega dasar laut.

Dianggarkan hampir 10,000 rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai ‘Himpunan Penyatuan Rakyat’ yang membantah pentadbiran Guan Eng yang dilihat GAGAL membela nasib rakyat yang semakin tersepit sejak lima tahun lalu.

Persoalan yang bermain diminda rakyat Penang ketika ini ialah, kenapa perlu bina terowong baru sedangkan Jambatan Pulau Pinang Kedua masih lagi belum beroperasi? Apakah ini satu cara untuk kayakan kroni-kroni DAP Penang?

Tambah menghairankan ialah, DAP yang selama ini berpegang kepada idealism ‘sekular’ masih lagi gagal menjelaskan dakwaan berkenaan projek terowong dasar laut bernilai RM8 billion itu, yang dilaksanakan tanpa tender terbuka.

Ia secara tidak langsung membuktikan persepsi rakyat yang merasakan wujud kegiatan rasuah, nepotisme dan kronisme dalam pemberian tender projek tersebut. Malah majoriti rakyat merasakan projek tersebut tidak mendatangkan sebarang manfaat tambahan, kerana pada ketika ini rakyat di Pulau Mutiara itu amat memerlukan rumah kos rendah.

Ditambah dengan kesesakan trafik, kerajaan negeri sepatutnya tidak kalut untuk membina ‘tunnel’. Mereka sepatutnya selesaikan dahulu masalah-masalah utama yang mencengkam denyut nadi rakyat sekiranya benar-benar ingin mencontohi pemerintahan khalifah Islam.

Ini tidak, baru sepenggal menerajui kepimpinan negeri, mereka pakat kalut membuat projek mega yang dilihat bakal menggangu pelabuhan dan bentuk geografi bahagian pulau tersebut yang dikhuatiri boleh menenggelamkan negeri tersebut.

Yang lebih menarik, ketika Anwar pakat sibuk ceramah di setiap pelosok negara untuk memansuhkan tol, DAP selaku sekutu akrab membuat keputusan untuk mengenakan tol bagi projek terowong mega dasar laut itu. Malah ketika ditanya berhubung isu tol tersebut, Guan Eng dengan nada ‘selembu’ menyalahkan kerajaan persekutuan.

Sungguh pelik dan menghairankan. Mereka yang memutuskan untuk membuat projek mega, dan mereka juga yang memutuskan untuk mengenakan bayaran tol tetapi kerajaan BN/UMNO yang dipersalahkan.

Inilah yang dinamakan sandiwara pakatan pembangkang yang hidup atas dasar pembohongan dan penipuan. Walaupun semakin ramai yang telah sedar, namun masih ada dikalangan pencacai yang enggan menerima fakta dan hakikat sebenar.

Oleh yang demikian, jangan terperanjat sekiranya suatu ketika nanti, pakatan pembangkang pimpinan Anwar mengatakan 1 + 1 bersamaan dengan 4, akan ada dikalangan pencacai yang akan berdiri dan mengatakan ia betul. Ini kerana walaupun sedar jawapan yang diberikan itu adalah salah, namun disebabkan taksub, mereka terpaksa menerima penipuan dan pembohongan itu sebagai fakta sebenar.

Kepada rakyat Pulau Pinang, bersatulah untuk #SavePenang #UbahPenang dan #TolakDAP.

Monday, 8 April 2013

Ops Daulat: Teresa Kok kata pasukan keselamatan negara dimangsakan

 
Selepas giliran Tian Chua dan Nurul Izzah menghina pasukan keselamatan, seperti polis dan tentera, kini tiba pula giliran Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh menghina pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan bumi Malaysia ini daripada dicerobih orang asing.

Kalau sebelum ini Tian Chua pernah berkata insiden di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO walaupun kejadian pencerobohan itu telah mengorbankan 10 perajurit tanah air, Nurul Izzah pula menyalahkan UMNO atas insiden pencerobohan lanun Sulu di Sabah, polis tidak berfungsi, UMNO gagal mentadbir negara dan salahguna kuasa.

Giliran Teresa Kok pula berkata perajurit dan anggota keselamatan kita yang berjuang dan terkorban dalam pertempuran dengan militan Sulu di Lahad Datu telah "dimangsakan."
 
 
Apa maksud Teresa Kok mereka dimangsakan?

Jelas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini berfikiran cetek dan sempit apabila semua perkara yang berlaku, waima insiden yang serius seperti di Lahad Datu itu pun ingin dipolitikkan dan menjadi salah UMNO.

Menuduh UMNO bertanggungjawab dalam perkara itu jelas tidak masuk akal kerana UMNO adalah pihak yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

Ada pemimpin Pembangkang yang melawat lokasi ground zero?

Mereka lebih kerap mengeluarkan kenyataan yang menghina pasukan keselamatan tanpa memikirkan perasaan anggota keluarga mereka yang anak, suami, isteri pergi berjuang di Lahad Datu.

Apa yang mereka tahu, menuduh insiden itu konspirasi UMNO, pasukan keselamatan itu menjadi mangsa dengan sandiwara UMNO.

Adakah Teresa Kok mengatakan anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu itu pergi dengan sia-sia dan menjadi mangsa?

Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan? Adakah Teresa melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi?

Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.

Ketika negara sedang berjuang untuk memastikan kedaulatan negaranya tidak dicabar, pembangkang masih lagi sibuk memainkan sentimen politik yang sempit.
 
Pembangkang sibuk menuduh insiden Lahad Datu konspirasi UMNO, tapi mereka terlupa Reuters melaporkan pembangkang menjadi dalang pencerobohan Sabah menerusi pertemuan Anwar dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III.
 

Saturday, 21 January 2012

Pengerusi DAP Diperintah Bela Diri


Karpal Singh (Pengerusi DAP) akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap DYMM Sultan Perak dan kesalahan itu dibuat di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di ibu negara di antara 12 hingga 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.

Pada hemat Hakim Datuk Ahmad, perkataan-perkataan yang diucapkan oleh Karpal Singh mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. baca disini

Maka dengan itu Pengerusi DAP itu, diperintah untuk membela diri atas tuduhan tersebut oleh Mahkamah Rayuan yang di ketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ahmad Maarop bersama-sama dengan Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak Pendakwa Raya terhadap tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948

Dewakampung ingin menyatakan Daulat Tuanku

Thursday, 19 January 2012

UPSI di Hina Kali Kedua



Adam Adli Bin Abdul Halim sekali lagi telah memperlekehkan UPSI dengan menyatakan seharusnya beliau di pecat dari universiti berkenaan bukannya di gantung dan dengan angkuhnya pelajar yang berusia 22 tahun ini mendakwa beliau tidak di buang kerana pihak UPSI merasakan beliau masih lagi penting.


Amat mendukacita apabila ruang & peluang yang diberikan oleh pihak UPSI tidak di hargai oleh Adam Adli malah beliau sedang memikirkan bagaimana golombang hura-hara yang dimulakan ini akan terus menjadi huru-hara. lihat disini


Adam Adli berkata sepanjang tempoh pergantungan ini beliau akan terus menjelajah, berceramah dan berdialog ke seluruh negara sepanjang tempoh penggantungan ini, tetapi apa yang penulis hairankan bagaimana seorang pelajar yang berusia 22 tahun ini mempunyai bergitu banyak duit untuk pusing ke seluruh negara atau ada pihak yang menaja si Adam ini akan terus melakukan keadaan huru-hara kepada negara.


Kisah Adam ini mahu pusing seluruh negara untuk berceramah dan berdialog seakan sama dengan kisah bagaimana seorang manusia yang juga keliling negara untuk menceritakan kehebat liwat beliau,,,persamaan kaedah ini menujukkan bahawa Adam Adli ini di sokong oleh pihak-pihak tersebut.l

Wednesday, 20 July 2011

Melayu Meniaga DAP Roboh

Peniaga Melayu di Batu Feringghi di hina

Masyarakat Melayu yang berniaga di lancongan di Jalan Batu Feringghi di sini kerugian kira-kira RM50,000 apabila premis perniagaannya diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini kerana gerai tersebut di bina secara HARAM di atas tanah orang lain, maklumat menyatakan kerja robohkan premis tersebut pada jam 11.00 pagi dan seramai 20 anggota penguat kuasa MPPP melakukan tugasan itu . Lebih mendukacitakan gerai yang dirobohkan itu ketika tuannya tiada ini merupakan satu bentuk kezaliman kerajaan neegri pulau pinang

Tuan punya gerai Encik Mohamad Yusoff menyatakan serta mendakwa Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I) akan membantu beliau menyelesaikan isu ini tetapi apa yang jelas Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyelesaikan dengan merobohkan gerai tersebut.

KESIMPULANNYA APABILA DAP MEMERINTAH PULAU PINANG, MELAYU DI ANAK TIRI OLEH KEPIMPINAN LIM GUAN ENG

Wednesday, 1 June 2011

Perangai sebenar DAP yang turut di sokong oleh PAS




1. DAP marah apabila kerajaan menolak Ching Peng dari kembali ke Malaysia sedangkan DAP menyatakan Ching Peng adalah perjuangan kemerdekaan negara yang turut di sokong oleh PMI yang merupakan anak didik PAS.

2. DAP marah apabila negara luar mengakui bahawa Malaysia sebuah negara Islam yang yang adil dan saksama dalam memberikan layanan kepada semua kaum...sedangkan Karpal Singh menyatakan "langkah mayat saya dulu sebelum menwujudkan negara Islam''.

3. DAP marah apabila kerajaan pusat melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan di sambung pula Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang memberi fokus kepada Bumiputera dan dalam pada sama Kaum Bukan Bumiputera turut mendapat kebaikan melalui pengagihan kek ekonomi yang saksama, sebab itu selepas berjaya memerintah Pulau Pinang Kerajaan DAP tidak melaksanakan lagi DEB kerana DAP hanya perjungankan kaum Cina sahaja..iaitu politik perkauman.

4. DAP marah apabila kes salah laku berkaitan moral juak-juak pembangkang ini tersebar kepada umum terutamanya yang melibatkan orang kuat DAP iaitu Eliza dan Orang Kuat Pembangkang iaitu D**I.

5. DAP marah apabila Kerajaan Pusatmemeberi tumpuan dalam pembangunan syiar Islam dengan mengadakan Al-Quraan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sebab itulah Nga Kor Ming berani membaca ayat al-Quraan dalam ceramahnya walaupun apa yang di baca sama sekali tidak tepat ''seakan-alan menghina''

TAPI AMAT SEDIH APABILA PAS SANGGUP BERSAMA DAP....

Thursday, 7 October 2010

Hak Rahimi dihalang oleh PKR..dimana keadilan beliau

muka depan utusan yang menyatakan dipaksa berhubung akuan sumpah.baca ini
Dewakampung melihat satu lagi pekung Anwar Ibrahim telah pecah dan dewakampung berpendapat kenyataan ini boleh dipercayai kerana disampaikan oleh manusia yang paling hampir dengan Anwar Ibrahim iaitu Bekas Setiausaha Sulit yang sudah pasti mengetahui semua pergerakkan manusia bernama Anwar Ibrahim.
Adalah amat menyedihkan apabila kenyataan media yang ingin dibuat oleh saudara Rahimi telah disekat dan dihalang oleh penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengapa kenyataan beliau dihalang sedangkan sebelum memiliki kuasa dengan memerintah negara PKR selalu berarak dan berdemonstrasi melaungkan kebebasan bersuara.baca disini
Dewakampung ingin bertanya dan mempersoalkan tindakan dari kelompok-kelompok & juak-juak PKR yang totok ini mengapa di larang kenyataan media saudara Rahimi bukankah negara Malaysia ini mengamalkan kebebasan bersura seperti termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan melalui perkara 10 "KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN & BERPESATUAN".
Jadi adakah Anwar Ibrahim tidak mengetahui akan perkara yang termaktud dalam Perlembagaan ini sedangkan beliau pernah menjadi sebahagian dari anggota kerajaan semasa menjawab jawatan Timbalan Perdana Menteri....ini menunjukkan Anwar Ibrahim hanya tahu mengikut peraturan semasa bergelar Timbalan Perdana Menteri sahaja kot..tetapi apabila bergelar Ketua Pembangkang ia tidak tahu erti peraturan.
Ini membuktikan PKR adalah sebuah parti yang tidak tahu mengikut peraturan, perundangan dan perlembagaan. Hai apalah nasib jika Malaysia ada pemimpin seperti ini yang sanggup memaksa Setiausaha Sulit membuat akuan bersumpah palsu pada tahun 2008 disaksikan peguam bernama Latheafa Koya...antara akuan bersumpah yang dipaksa oleh Anwar Ibrahim kepada saudara Rahimi ialah:-
a) surat akuan bersumpah pertama yang membabitkan tuduhan liwat antara Anwar dan pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah hotel di Shah Alam.
b) Satu lagi surat akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangan ialah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Old Town, Petaling Jaya.
maka tidak hairanlah mengapa kes dimahkamah selalu sangat tertangguh....kebenaran untuk Saiful akan terbukti sedikit masa lagi

Friday, 24 September 2010

Riaknya Nurul Izzah

Nurul Izzah hari ini mencabar kenyataan Tun M berkenaan Melayu akan hilang kuasa jika PR memerintah, apa yang diucapkan oleh Tun M adalah kenyataan setelah memerintah di lima buah negeri dimana banyak kepentingan orang Melayu dihakis oleh parti DAP dan bersifat perkauman...agak menjengkelkan sifat Nurul Izzah yang baru belajar mengenal dunia sebenar
baca disini.

Antara bukti yang boleh digambarkan adalah seperti berikut:-

1. DAP pijak gambar wakil rakyar Melayu & Beragama Islam di Perak semasa konvensyen DAP di negeri Perak. Penghinaan kepada Orang Melayu Beragama Islam.

2. Terasa Kok juga pernah mendesak agar tulisan jawi dihapuskan pada nama-nama jalan di Kuala Lumpur. Persoalannya mengapa Anwar Ibrahim diam sedangkan beliau adalah bekas Presiden ABIM

3. Kerajaan DAP Penang pernah mencadangkan agar hapuskan tulisan dalam Bahasa Malaysia pada papan Tanda di Pulau Pinang.

4. Karpal Singh telah menderhaka kepada Raja-raja Melayu dan apa yang jelas Karpal Singh mahu menyaman DYMM Sultan Perak. Apa yang jelas Karpal Singh tidak menghormat perkara 181 Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya mengapa PAS & Melayu PKR boleh diam apabila DYMM Sultan dihina sedemikian rupa????

5. Jeef Ooi pernah menyatakan serta menuduh JIM adalah golongan ekstremis agama....ini menunjukan Islam agama yang menganjurkan keganasan.

6. DAP pernah mendesak wang Baitulmal negeri Selangor diberikan kepada bukan Islam. Konsep & permintaan ini secara jelas menyalahi agama Islam

7. Terasa Kok pernah mendesak agar Azan yang selama ini menyeru umat Islam menunaikan tuntutan agama diperlahankan di Bandar Kinrara. Persoalanya mengapa PAS diam?

8. DAP secara terang tidak mahu cara Pemerintahan Islam. Ini dibuktikan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP), Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990, "Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara Islam, langkah mayat kami dulu" di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang.

9. Nga Kor Ming mempersendakan ayat-ayat suci Al-Quran berulang kali dalam ceramahnya. Kenapa pula PAS boleh percaya terjemahan dari Nga Kor Ming sedangkan Nga Kor Ming tidak beriman serta berpegang kepada konsep agama Islam.

10. Kit Siang kata Ketuanan Melayu itu racist...minta dihapuskan. Apakah Malaysia-Malaysia itu lebih adil untuk semua?

11. Teresa Kok Masuk Masjid dengan pakai skrit..bukankah ini mencemar agama Islam....Hairan dengan PAS sedangkan dalam Islam perlu menuntup aurat dimana hormatnya kepada rumah Allah SWT.

12. DAP di Perak beri Geran tanah 999 tahun pada Kampung Baru dan sampai sekarang DAP tidak pernah keluar kenyataan pasal Chin Peng Kenapa?

13. DAP mencadangkan projek bela Babi RM 100 juta di Sepang yang rata-ratanya adalah penduduk Melayu Beragama Islam....Persoalan mengapa YAB Menteri Besar Selangor turut mengakui cadangan DAP sudah tiada tempat lagikah yang rata-ratanya penduduk berketurunan Cina di Selangor...Mengapa dilaksanakan projek babi disitu?

14. DAP tidak melaksanakan Dasar Ekonomi Baru apabila menang di Pulau Pinang dan profolio agama Islam dihapuskan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan. Jadi bagaimanakah pendirian orang Melayu yang masih sokong DAP dan PKR?

Jadi dewakampung melihat kenyataan Tun M ada kebenaranya, jadi mengapa PR melenting adalah disebabkan takut kehilangan undi dikalangan Melayu..maka adalah meneliti kenyataan lihat disini

Apa yang diucapkan oleh Tun M berdasarkan pengalaman beliau memerintah negara ini selama 23 tahun, jadi mana silapnya kenyataan Tun M????.....


Maka dewakampung menyeru agar umat Melayu bersatu dan merenung apa yang diucapkan demi kebaikan umat Melayu & Agama Islam yang merupakan perkara pokok dalam negara ini serta termaktud dalam perlembagaan negara.

Ini bukannya persolan politik tapi ini berkaitan maruah...rujuk ini

Wednesday, 1 September 2010

Tiada Maaf Bagi Namewee


Namewee telah banyak kali menyentuh isu-isu sensitif berkaitan orang Melayu dengan berani dan serta memaki hamun kepimpinan negara. Dewakampung melihat manusia yang bernama Namewee ini harus diambil tindakan dengan tegas kerana ini bukan kali pertama beliau bersikap demikian.

Sikap tolak-ansur Bangsa Melayu ini menyebabkan Namewee ini berani menyebarkan fitnah serta tuduhan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia...pernah satu ketika dahulu Namewee menghina lagu negaraku serta menyamakan Azan Subuh dengan ayam jantan berkoko bukankah ini satu penghinaan kepada agama Islam, Bangsa Melayu dan negara Malaysia???

Dewakampung berpendapat Y.B Menteri Dalam Negeri harus mengambil tindakan tegas terhadap manusia bernama Namewee, jika kesalahan ini dimaafkan jelas menunjukkan Y.B Menteri Dalam Negeri tidak memainkan peranan dengan sepenuhnya dan dewakampung mencadangkan agar Y.B Menteri Dalam Negeri meletak jawatan dan berharap pulang ke kawasan Parlimen Y.B Menteri Dalam Negeri.

Dewakampung berpandangan kesalahan yang dilakukan oleh Namewee ini tidak boleh sama sekali dimaafkan kerana ia sangat bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Y.A.B Perdana Menteri. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kesalahan Namewee ini boleh mencetuskan isu perkauman di bumi bernama Malaysia dan apabila ini terjadi ia akan merugikan semua pihak. baca ini

Adalah lebih elok sekiranya taraf kewarganegaraan Namewee ini ditarik agar ia menjadi pengajaran kepada semua pihak jangan menyentuh isu-isu sensitiviti serta Kontrak Sosial seperti mana termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan kerana apa yang termaktud selama ini di dalam negara bernama Malaysia sebenarnya telah pun menjaga hak semua kaum berdasarkan prinsip keadilan sosial.

Dewakampung berpendapat tiada bertolak ansur kepada manusia bernama Namewee

Wednesday, 25 August 2010

Apa Sudah Jadi Kepimpinan Mahasiswa MMU Melaka

14hb Julai 2010, Multimedia University Melaka telah mengadakan pilihanraya kampus dan pertama kalinya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mempertandingkan kerusi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar untuk dipilih oleh pelajar hasil dari keputusannya, 9 kerusi dimenangi oleh calon bukan Melayu dan 5 kerusi lagi dimenangi oleh calon Melayu. Apa yang agak menghairankan bagaimana pilihan raya kampus telah diadakan dalam keadaan kelam kabut serta format pilihan raya yang tidak dimaklum kepada mahasiswa. Dewakampung difahamkan juga terdapat bantahan telah dibuat oleh persatuan pelajar telah ditolak oleh pihak HEP. baca ini

Dewakampung dimaklumkan oleh sahabat dari MMU Melaka bahawa YB Gavin Clement Fernando (Exco MPP Melaka 08/09) telah dipecat dari MPP MMU Melaka 08/09 oleh Mohd Hafidz Osman (Presiden MPP Melaka 08/09) kerana mencuri laptop Dinesh Tiagaraja (Exco MPP Melaka 08/09). Pemecatan ini dibuat oleh Hafiz kerana Gavin didapati bersalah mencuri laptop rakan MPP sendiri dan kes itu berlaku di pejabat MPP.

Dewakampung berasa hairan dengan sikap HEP MMU yang boleh membenarkan seorang bekas MPP yang dipecat untuk menjadi Presiden... dewakampung turut melihat adakah Pengarah HEP MMU ini buta atau segaja membutakan diri.

Satu lagi yang agak menarik dengan pemilihan Presiden MPP MMU oleh pihak HEP bagaimana seorang Presiden dikelilingan perempuan boleh memimpin???...Adakah perkara yang dipersetujui oleh HEP . lihat disini

Semakin keliru dengan kepimpinan universiti sekarang

Tuesday, 17 August 2010

Hai PKR

Dengan apa yang berlaku ini dewakampung ingin menyatakan buat pilihan dengan bijak demi Negara Tercinta

Akibat suka dengan sikap fitnah dan melakarkan cerita-cerita yang agak kurang tepat bunyinya maka akhbar Suara Keadilan dan Presidennya telah pun disaman fitnah oleh FELDA sebanyak RM 200 juta. Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. selaku plaintif pertama dan kedua memfailkan writ saman sebanyak RM 200 juta itu melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada 16hb Ogos 2010 jam 3.11 petang. lihat ini

Selain Wan Azizah turut menangung kesan diatas perbuatan dan kelancangan penulisan ialah Dr. Syed Husin Ali turut disaman kerana pemegang jawatan dalam parti sebagai Naib Presiden manakala Pelita Koridor Sdn. Bhd (Penerbit Akhbar) dan pencetaknya, Percetakan NPK Sdn. Bhd serta penyunting, Dzulkarnain Taib serta penulis, Rusnizam Mahat pula turut dinamakan sebagai defendan.

Polis akan memanggil Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merekodkan keterangannya bagi membantu siasatan berhubung penggunaan gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim, pada kain rentang bagi satu ceramah parti itu di sini bulan lalu.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, keterangan Anwar akan diambil dalam masa terdekat supaya siasatan mengenai penggunaan gambar itu dapat diselesaikan segera.

Akibat kegilaan dalam berkempen serta berceramah politik sekali lagi PKR tidak menghormati kedudukan DYMM Sultan Johor hinggakan sanggup meletakan gambar baginda dalam poster ceramahnya. Ketua Polis Batu Pahat menyatakan pihak polis telah merampas empat kain rentang yang dipasang di Semerah, Parit Sulong, Sri Gading dan Rengit. Disini dewakampung merasa hairan kenapa hendak melibatkan Baginda Sultan dalam kancah politik?

Dewakampung mula terfikir adakah parti pembangkang sudah ketiadaan modal bagi meraih sokongan rakyat hingga sanggup melibatkan Institusi Diraja Johor. Maka akibat bijaknya permainan politik ini Penasihat PKR akan dipanggil oleh pihak Polis dan dewakampung mengharapkan agar jangan nanti keluar pulak cerita pihak polis melakukan siasatan tidak adil, biarlah polis melaksanakan tugas mereka

Dewakampung sayang Raja Melayu

Wednesday, 14 July 2010

Selangor dan PASIR

KENAPA HINGGA SEKARANg KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERDIAM DIRI HINGGA SANGGUP MENGANTUNG ADUN BARISAN NASIONAL YANG MEMBANGKITKAN ISU PASIR..ADALAH JELAS INI MENUNJUKKAN KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN PKR TIDAK TULUS DALAM ISU INI
YAB MENTERI BESAR SELANGOR APA KES INI??????
RAKYAT SELANGOR MENUNGGU JAWAPAN DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR?

Saturday, 19 June 2010

Pesanan Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru Ada Menyatakan Bersumpah Mengunakan al-Quraan
Tetapi Amat Hairan Mengapa
Bro Anwar Ibrahim Tidak Bersumpah Berkenaan
ISU LIWAT BERSAMA SAIFUL???
DEWAKAMPUNG TUNGGU BRO ANWAR BERSUMPAH

Monday, 24 May 2010

Hebatnya Percaturan Anwar Ibrahim

Jika ini telah berlaku kepada orang-orang penting dalam Parti Keadilan Rakyat @ Parti Keluar
Ramai-Ramai, Mengapakah masih adalah lagi yang menyokong PKR yang telah jelas lagi
bersuluh bahawa Parti ini hanya memperjuangankan kepentingan individu bukannya UMMAH
ahhh....pening dewakampung memikirkan nasib bangsa Melayu

Wednesday, 12 May 2010

Perbezaan Islam & PAS

sumber Kedah La Ni
Jika kita bercakap tentang Islam Adakah PAS mengamalkan Islam Yang sebenar????
Dewakampung melihat apa yang dinyatakan ada kebenarannya
Persoalan mengapakah juak-juak PAS ini masih lagi mendokong apa yang dibawa oleh PAS
Dewakampung mula berfikir dimana silapnya

Sunday, 2 May 2010

Antara Langgar Lari dengan langgar Polis


Puak- puak pembangkang mendesak agar Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri meletak jawatan dan berterusan menghentam PDRM atas kes Kugan, Beng Hock dan Amin tetapi puak-puak pembangkang ini berdiam diri apabila Tian Chua langgar orang hingga maut, YB Sekinchan yang mabuk hingga melanggar pelajar UiTM sampai mati dan YB Gobala menampar polis di Palihanraya Permatang Pasir....satu persoalan dimanaka perbelaan kepada mangsa dari perilaku puak-puak pembangkang??? dimana keadilan sebenarnya

Wednesday, 14 April 2010

Hebatnya Zaid Ibraim


ADALAH DENGAN INI MAKA TIDAK HAIRAN LAH
MENGAPA ZAID IBRAHIM MENJADI
PILIHAN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI CALON HULU
SELANGOR
ADAKAH MANUSIA YANG PERNAH MEMPERSOALKAN
KETUANAN MELAYU LAYAK MENJADI AHLI
PARLIMEN????????

Tuesday, 30 March 2010

Nik Aziz dan Kisah Dr. Rosli

Orang Penting PAS yang perkahwinan tidak mendapat restu keluarga dan dikejar oleh Bapak Mertua

Benar Tuan Guru Tidak Pernah Minta Jawatan Tetapi Tuan Guru Gagal menjaga Anak Buah Yang Tidak Mendapat Restu Keluarga

ADAKAH INI CARA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM????
Kepada Pengundi Hulu Selangor buatlah pilihan yang bijak demi Alif, Ba & Ta

Sunday, 28 February 2010

O...........Melayu!!!!!!!

Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti telah menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan. Dewakampung difahamkan permohonan telah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang. lihat disini

Menurut Fakhrul Che Umar (Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering)dalam ucapannya menyatakan keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kepimpinan PKR.

Dewakampung melihat orang Melayu di Pulau Pinang telah sedar akan penindasan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari Isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) hingga isu sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, Jika diteliti kesemua isu yang disentuh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang boleh dikatakan bercangah dengan Perlembagaan Negara seperti terkandung dalam Perkara 3 (1), 152 dan 153.

Persoalannya adakah DAP akan mempertahankan perkara yang termaktud dalam Perlembagaan jika mereka berjaya memerintah negara????...dewakampung masih tidak faham kenapa sesetengah pemimpin parti politik pembangkang Melayu turut menyokong tindakan ini????