Wednesday, 1 September 2010

Tiada Maaf Bagi Namewee


Namewee telah banyak kali menyentuh isu-isu sensitif berkaitan orang Melayu dengan berani dan serta memaki hamun kepimpinan negara. Dewakampung melihat manusia yang bernama Namewee ini harus diambil tindakan dengan tegas kerana ini bukan kali pertama beliau bersikap demikian.

Sikap tolak-ansur Bangsa Melayu ini menyebabkan Namewee ini berani menyebarkan fitnah serta tuduhan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia...pernah satu ketika dahulu Namewee menghina lagu negaraku serta menyamakan Azan Subuh dengan ayam jantan berkoko bukankah ini satu penghinaan kepada agama Islam, Bangsa Melayu dan negara Malaysia???

Dewakampung berpendapat Y.B Menteri Dalam Negeri harus mengambil tindakan tegas terhadap manusia bernama Namewee, jika kesalahan ini dimaafkan jelas menunjukkan Y.B Menteri Dalam Negeri tidak memainkan peranan dengan sepenuhnya dan dewakampung mencadangkan agar Y.B Menteri Dalam Negeri meletak jawatan dan berharap pulang ke kawasan Parlimen Y.B Menteri Dalam Negeri.

Dewakampung berpandangan kesalahan yang dilakukan oleh Namewee ini tidak boleh sama sekali dimaafkan kerana ia sangat bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Y.A.B Perdana Menteri. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kesalahan Namewee ini boleh mencetuskan isu perkauman di bumi bernama Malaysia dan apabila ini terjadi ia akan merugikan semua pihak. baca ini

Adalah lebih elok sekiranya taraf kewarganegaraan Namewee ini ditarik agar ia menjadi pengajaran kepada semua pihak jangan menyentuh isu-isu sensitiviti serta Kontrak Sosial seperti mana termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan kerana apa yang termaktud selama ini di dalam negara bernama Malaysia sebenarnya telah pun menjaga hak semua kaum berdasarkan prinsip keadilan sosial.

Dewakampung berpendapat tiada bertolak ansur kepada manusia bernama Namewee

2 comments:

mudz said...

Sebelum merepek merawang tidak tentu pasal, cuba kaji kenapa anak Cina ini berani kurang ajar. Ada lihat klip video tersbut? Apa luahan anak Cina ini? Dia benci rasis. Siapa yg telah mengapikan semangat anak cina ni??

Kenapa ini terjadi?

1] Menteri Dalam Negeri yang tidak tegas. Semasa klip Negarakuku, anak cna perlu disekat tapi tiada tindakan.

2] Sikap yang tidak menghormati bangsa lain seperti yang dilakukan oleh Cikgu Siti, pencetus ketegangan kaum.

Adalah sukar bagi Hishamuddin untuk mengambil tindakan sekadar kerana video klip tersebut. Pihak Polis pun tidak upaya mengeluarkan tahanan reman kerana bukti yang ada tidak cukup menyakinkan.

Cuma segelintir manusia pemikiran kuno mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan tanpa memikir kesannnya.....

Anonymous said...

terima kasih dik ...tapi pengertian cinta terlalu meluas dik..blog tu meluas..mmg fitrah manusia perlukan cinta...akk dh tambah sikit ayat di entri tu...sebb awk dh tersalah faham... dalam cerita ketika cinta bertasbih ada mengajr kite serba sedikit persaan cinta tu.mafla...akk terpks bgtahu awk...tq..wasaalm