Wednesday 22 October 2008

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

usman awang

Thursday 16 October 2008

Pro-Mahasiswa UPM Main Politik




Tindakan yang dilakukan oleh pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Tun Perak adalah mengikut undang-undang dan tepat kerana mahasiswi bernama saudari Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa telah menginap secara haram dan tidak berdaftar dikolej berkenaan.

Kenyataan dan kebenaran yang perlu dinyatakan pihak pengurusan Kolej Kediaman Tun Perak telah pun mengeluarkan notis dan surat yang bertarikh 14hb Oktober 2008. Berdasarkan fikiran waras penghuni terbabit mempunyai masa yang cukup untuk berkemas dan keluar dari kolej kediaman. Pada waktu kejadian, dua kereta Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) hanya menjalankan tugas jadi saya merasakan tidak timbul persoalan berkaitan nilai-nilai kemanusiaan.

Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Tun Perak hanya meminta mereka keluar dari kolej kediaman dan bukannya didenda @ lain-lain tindakan yang lebih keras. Perlu diingatkan kepada Pro-Mahasiswa UPM untuk tinggal di Kolej Kediaman ia perlu dibayar penggunaan air, elektrik dan lain-lain kemudahan dengan harga yang minima adalah tidak adil jika mahasiswa/mahasiswi yang lain perlu membayar penginapan tersebut tetapi kedua-dua ahli Pro Mahasiswa UPM menginap secara percuma....adalah diingatkan HARAM HUKUMNYA.

Saya merasakan tindakan Laman rasmi Pro-Mahasiswa UPM mempersoalkan bidang kuasa sebagai Pentadbir Kolej Kediaman Tun Perak adalah silap, kerana Prof. Madya Dr. Jasni B. Sabri selaku Pengetuan Kolej telah melakukan perkara tersebut mengikut tatacara yang betul.

Persoalan kedua yang perlu difikirkan bersama jika BENAR ahli Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia itu mahasiswi yang cemerlang dalam bidang akademik adakah ia perlu menginap secara tidak sah?, kerana setahu saya di UPM bagi mahasiswa/mahasiswi yang cemerlang akan dapat merit jika mendapat CGPA yang tinggi pada setiap sesi pengajian serta aktif diperingkat kolej, persatuan atau universiti.

Suka cita diingatkan yang salah tetap salah dan janganlah sesekali cuba menegakkan benang yang basah kerana sebagai mahasiswa/mahasiswi kebenaran perlu dinyatakan bukan kebatilan dan penipuan

sekian, terima kasih...FIKIR-FIKIRKAN (",)

Anwar Perasan Lagi


Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) terus menyatakan yang beliau akan mempimpin negara dan akan menjadi Perdana Menteri (PM) pada 8hb Disember 2008 iaitu tarikh terbaru untuk menjadi PM.

Lebih menghairankan lagi senarai nama 31 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa melompat parti dan dikatakan bersama beliau dan Pembangkang masih belum dipaparkan sedangkan sekutu pembangkang (PAS) sendiri mahu melihat senarai nama tersebut.

Harian Bin Ajaib yang dok kejar sangat jadi PM tu buat apa, tugas sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh lebih penting dari memikirkan dan dok heboh serta berangan menyatakan akan menjadi PM.

Cara berpolitik DSAI ini boleh menyebabkan kestabilan negara terganggu serta ia akan mendatangkan IMPAK pada negara Malaysia yang tercinta...Suka cita diingatkan agenda perjuangan negara harus diutamakan bukan sibuk becerita & berangan untuk menjadi PM.

Aku berfikir lepas ini, apa pula kisah politik yang akan keluar......

Tuesday 14 October 2008

Siapa Tidak bercakap BENAR



Pada 28 Ogos 2008, dua orang wakil iaitu dari Mohd Faisal Mustaffa dan Saudara Mohd Ridzuan Mohamad Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah berjumpa dan bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebaik sahaja beliau selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sebelum ini pihak Pro-mahasiswa & PMIUM selalu menyatakan mahasiswa Aspirasi di dokong oleh pentadbir universiti dan kerajaan tetapi dari laman web mereka sendiri menunjukkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan Parti pembangkang. Persoalannya disini siapakah yang tidak bercakap BENAR????

AKU MASIH LAGI BERFIKIR