Thursday, 16 October 2008

Pro-Mahasiswa UPM Main Politik




Tindakan yang dilakukan oleh pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Tun Perak adalah mengikut undang-undang dan tepat kerana mahasiswi bernama saudari Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa telah menginap secara haram dan tidak berdaftar dikolej berkenaan.

Kenyataan dan kebenaran yang perlu dinyatakan pihak pengurusan Kolej Kediaman Tun Perak telah pun mengeluarkan notis dan surat yang bertarikh 14hb Oktober 2008. Berdasarkan fikiran waras penghuni terbabit mempunyai masa yang cukup untuk berkemas dan keluar dari kolej kediaman. Pada waktu kejadian, dua kereta Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) hanya menjalankan tugas jadi saya merasakan tidak timbul persoalan berkaitan nilai-nilai kemanusiaan.

Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Tun Perak hanya meminta mereka keluar dari kolej kediaman dan bukannya didenda @ lain-lain tindakan yang lebih keras. Perlu diingatkan kepada Pro-Mahasiswa UPM untuk tinggal di Kolej Kediaman ia perlu dibayar penggunaan air, elektrik dan lain-lain kemudahan dengan harga yang minima adalah tidak adil jika mahasiswa/mahasiswi yang lain perlu membayar penginapan tersebut tetapi kedua-dua ahli Pro Mahasiswa UPM menginap secara percuma....adalah diingatkan HARAM HUKUMNYA.

Saya merasakan tindakan Laman rasmi Pro-Mahasiswa UPM mempersoalkan bidang kuasa sebagai Pentadbir Kolej Kediaman Tun Perak adalah silap, kerana Prof. Madya Dr. Jasni B. Sabri selaku Pengetuan Kolej telah melakukan perkara tersebut mengikut tatacara yang betul.

Persoalan kedua yang perlu difikirkan bersama jika BENAR ahli Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia itu mahasiswi yang cemerlang dalam bidang akademik adakah ia perlu menginap secara tidak sah?, kerana setahu saya di UPM bagi mahasiswa/mahasiswi yang cemerlang akan dapat merit jika mendapat CGPA yang tinggi pada setiap sesi pengajian serta aktif diperingkat kolej, persatuan atau universiti.

Suka cita diingatkan yang salah tetap salah dan janganlah sesekali cuba menegakkan benang yang basah kerana sebagai mahasiswa/mahasiswi kebenaran perlu dinyatakan bukan kebatilan dan penipuan

sekian, terima kasih...FIKIR-FIKIRKAN (",)

2 comments:

Anonymous said...

Salam Bro... kalau ya pun mahasiswa/siswi tu bersalah, rasanya tak perlu mengaibkan pelajar dengan 'highlight' nama pelajar dlm penulisan saudara. Bukan kah elok menasihat dpd memalukan. Cuba bayangkan andai pesalah itu datangnya dpd saudara mara penulis? Pasti pelajar tersebut ada alasan. Tiada siapa di dunia ini yg ingin melakukan kesilapan tanpa sebab. Cukuplah pelajar telah dihukum pentadbiran. Tak perlulah penulis menghukum mereka pula. Siapa penulis utk lakukan aib begini?! Seperkara lagi, ini kerana mereka ini Pro Aspirasi. Cuba jika mereka ini dikalangan penyokong kerajaan, pasti tidak dicanang. Malah disediakan kediaman percuma lagi kan? Siapa yg tegakkan benang yg basah? Fikirlah... Jgn sekadar pandai berkata.

Anonymous said...

wooo cakap psl anugerah lak bro ni... byk anugerah ke bro? x penting le bro. anugerah tu menjamin pun laluan ke syurga. teropong le diri sendiri