Thursday 31 December 2009

Tuan Guru Kesayangan (Nik Aziz)

Isu Moral Dr. Rosli (Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan) yang sedang diburu oleh Bapa Mertua tersayang telah menggambarkan kegagalan penerapan nilai Islam Tuan Guru Nik Aziz kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS. Dewakampung melihat selalu Tuan Guru Nik Aziz menyatakan pembentukkan negara Islam jadi adakah penerapan ini berjaya dilakukan kepada orang kuat PAS.

Tuan Guru Nik Aziz juga telah menyumpah penulis-penulis blog dengan perkataan yang paling indah iaitu CELAKA....satu persoalan disini sedarkah Tuan Guru Nik Aziz bahawa anaknya juga menulis blog hingga ada penulisannya yang mempertikaikan kepimpinan PAS. Jadi adakah anak kesayangan Tuan Guru Nik Aziz kita juga sama dengan apa yang diucapakn oleh ayahnya???

Tuesday 29 December 2009

Kisah Tuan Guru dengan Setiausaha Nya


Dewakampung agak hairan apabila kontrak orang kanan Menteri Besar tidak disambung...bukankah jawatan Setiausaha Akhbar & Politik umpama kaki dan tangan kepada Menteri Besar???.

Semasa menonton siaran Buletin Utama di TV3 di rumah pada 29hb Disember 2009, dewakampung agak terperanjat apabila Tuan Guru kita mengucapkan perkataan CELAKA kepada blog yang menyiarkan peletakan jawatan Setiausaha Akhbar & Politik Tuan Guru.

Disini timbul ketidak fahaman dalam diri dewakampung apabila Tuan Guru yang disayangi mengucapkan perkataan CELAKA...emmmm boleh ke Ulama mencarut???, atau ini satu kaedah teguran dalam Islam??

Dewakampung semakin keliru dengan Tuan Guru yang disayangi

Monday 28 December 2009

PAS & Pandangan Akar Umbi

Anak Kecil pernah menjadi mangsa kerakusan PAS memerintah di Terengganu

Pada 27hb Disember 2009, penyokong PAS telah mula sedar akan bertapa hinanya parti yang selama ini memperjuangkan Islam telah menjadi tunggangan parti DAP yang selama ini menolak penubuhan negara Islam serta meniadi pak turut kepada Anwar Ibrahim.

Dewakampung melihat ini merupakan isyarat pengundi kepada PAS yang selama ini terlalu mengikut rentak pakatan pembangkang hingga sanggup membiarkan kelompok kafir menghina agama Islam dengan membaca ayat suci Al-Quraan yang secara jelas apabila kafir ini membaca kalima suci jelas terpesong dari maksud sebenar....bukankah ini satu perhinaan kepada agama Islam.

Perhimpunan pada jam 11.30 pagi dihadapan Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri Selangor adalah petunjuk PAS selama ini gagal melaksanakan tugas sebagai Parti yang memperjuangakan agama Islam serta menjaga Bangsa Melayu.

Antara kain rentah yang ditulis oleh peyokong PAS semasa demonstrasi berkenaan ialah:-
1. Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
2. Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat.
3. Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat.
4. Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar.
5. PAS Bukan Alat Parti Lain

Perhimpunan ini menujukkan PAS serta kerajaan Pakatan Pembangkang telah gagal menjaga kebajikan serta kepentingan Orang Melayu dan Agama Islam seperti isu Babi, Isu Kuil, Isu Arak, Isu Duit Zakat dan Kalimah Allah, dimana jika kita melihat kesemua isu-isu yang berlaku semasa pemerintahan PAS dan Kerajaan Pakatan Pembangkang mencemarkan Agama Islam yang merupakan Agama Persekutuan bagi negara Malaysia seperti termaktud dalam Perkara 3(1) Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama lain bebas diamalkan secara aman dan damai dalam mana-mana bahagian persekutuan. baca disini

Adakah slogan ini benar atau satu retorik politik PAS??????

Seperti kebiasaan pihak PAS akan membuat penafian melalui orang kanan parti tersebut iaitu Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) menyatakan dengan angkuhnya bahawa kumpulan tersebut bukan anggota Parti. lihat penafian ini..dewakampung melihat mengapa bergitu mudah parti PAS menafikan mereka itu penyokong PAS tetapi apabila tiba hari pengundian mereka inilah yang parti PAS guna untuk berkempen, adakah ini nilai yang ada kepada pengikut yang selama ini memperjuangkan PAS, jelas membuktikan PAS sebuah parti yang hanya tahu menjaga kebajikan kroninya sahaja seperti Tuan Guru Nik Aziz menjaga Anak menantu dalam syarikat Menteri Besar Negeri Kelantan....

PAS Selangor melalui Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd menyatakan akan mengambil tindakan kepada kumpulan perhimpunan berkenaan serta menyatakan tindakan mendesak PAS keluar Pakatan Pembangkang adalah menyalahi prinsip Parti dan boleh dikenakan tindakan tata tertib. Kenyataan ini sekali lagi membuktikan bahawa Parti PAS tidak boleh menerima pandangan dan kritikan dari akar umbi serta sanggup untuk mengambil tindakan kepada penyokong yang bergitu sayang kepada parti serta kepimpinan PAS...adakah ini balasan dari parti PAS????
Adakah ini caranya PAS mentadbir.......

Friday 4 December 2009

UMNO Racist tetapi DAP bagaimana pula????

Antara sebab yang boleh dikatakan DAP sedemikian rupa


1. DAP pijak gambar wakil rakyar Melayu & Beragama Islam di Perak semasa konvensyen DAP di negeri Perak. Penghinaan kepada Orang Melayu Beragama Islam.

2. Karpal Singh telah menderhaka kepada Raja-raja Melayu dan apa yang jelas Karpal Singh mahu menyaman DYMM Sultan Perak. Apa yang jelas Karpal Singh tidak menghormat perkara 181 Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya mengapa PAS & Melayu PKR boleh diam apabila DYMM Sultan dihina sedemikian rupa????

3. Jeef Ooi pernah menyatakan serta menuduh JIM adalah golongan ekstremis agama....ini menunjukan Islam agama yang menganjurkan keganasan.

4. DAP pernah mendesak wang Baitulmal negeri Selangor diberikan kepada bukan Islam. Konsep & permintaan ini secara jelas menyalahi agama Islam

5. Terasa Kok pernah mendesak agar Azan yang selama ini menyeru umat Islam menunaikan tuntutan agama diperlahankan di Bandar Kinrara. Persoalanya mengapa PAS diam????

6. Terasa Kok juga pernah mendesak agar tulisan jawi dihapuskan pada nama-nama jalan di Kuala Lumpur. Persoalannya mengapa Anwar Ibrahim diam sedangkan beliau adalah bekas Presiden ABIM

7. Kerajaan DAP Penang pernah mencadangkan agar hapuskan tulisan dalam Bahasa Malaysia pada papan Tanda di Pulau Pinang.


8. DAP secara terang tidak mahu cara Pemerintahan Islam. Ini dibuktikan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP), Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990, "Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara Islam, langkah mayat kami dulu" di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang.

9. Nga Kor Ming mempersendakan ayat-ayat suci Al-Quran berulang kali dalam ceramahnya. Kenapa pula PAS boleh percaya terjemahan dari Nga Kor Ming sedangkan Nga Kor Ming tidak beriman serta berpegang kepada konsep agama Islam.

10. Kit Siang kata Ketuanan Melayu itu racist...minta dihapuskan. Apakah Malaysia-Malaysia itu lebih adil untuk semua????.


11. Teresa Kok Masuk Masjid dengan pakai skrit..bukankah ini mencemar agama Islam....Hairan dengan PAS sedangkan dalam Islam perlu menuntup aurat dimana hormatnya kepada rumah Allah SWT.

12. DAP di Perak beri Geran tanah 999 tahun pada Kampung Baru dan sampai sekarang DAP tidak pernah keluar kenyataan pasal Chin Peng Kenapa????13. DAP mencadangkan projek bela Babi RM 100 juta di Sepang yang rata-ratanya adalah penduduk Melayu Beragama Islam....Persoalan mengapa YAB Menteri Besar Selangor turut mengakui cadangan DAP sudah tiada tempat lagikah yang rata-ratanya penduduk berketurunan Cina di Selangor...Mengapa tidak dilaksanakan projek babi disitu??????

14. Teresa Kok dengan memakai topi DAP, sedang memangang 5 ekor "sesuatu" yang telah dipandangnya tadi dengan penuh berselera. Adakah 5 ekor bersamaan dengan kemenangan pakatan pembangkan yang menang buah 5 negeri?...Hanya Teresa Kok sahaja boleh menjawab.

15. DAP tidak melaksanakan Dasar Ekonomi Baru apabila menang di Pulau Pinang dan profolio agama Islam dihapuskan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan. Jadi bagaimanakah pendirian orang Melayu yang masih sokong DAP dan PKR?
Jadi siapa yang sebenarnya perkauman di Malaysia ini....Dewakampung mula keliru

Tuesday 1 December 2009

DAP Pijak Gambar Melayu


APA DAP YANG BUAT

ADAKAH INI BIBIT ISU PERKAUMAN

ADAKAH PAS MASIH LAGI BERSAMA DAP

ADAKAH INI BUDAYA 1MALAYSIA DARI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA HINGGA HARI INI