Tuesday, 29 December 2009

Kisah Tuan Guru dengan Setiausaha Nya


Dewakampung agak hairan apabila kontrak orang kanan Menteri Besar tidak disambung...bukankah jawatan Setiausaha Akhbar & Politik umpama kaki dan tangan kepada Menteri Besar???.

Semasa menonton siaran Buletin Utama di TV3 di rumah pada 29hb Disember 2009, dewakampung agak terperanjat apabila Tuan Guru kita mengucapkan perkataan CELAKA kepada blog yang menyiarkan peletakan jawatan Setiausaha Akhbar & Politik Tuan Guru.

Disini timbul ketidak fahaman dalam diri dewakampung apabila Tuan Guru yang disayangi mengucapkan perkataan CELAKA...emmmm boleh ke Ulama mencarut???, atau ini satu kaedah teguran dalam Islam??

Dewakampung semakin keliru dengan Tuan Guru yang disayangi

5 comments:

Anonymous said...

nak tanye dewakampung, Allah xpenah guna celaka ke dalam quran?

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

tidak tahu lah...tapi kalau ada tolong bagi tahu surah dan ayat mana

Sabri said...

erm, kabura maktan 'indallah.........
mafhumnya : celaka besarlah disisi Allah bagi orang yang......

hahahah.. lagi 1..
celaka bermaksud malang menurut kamus dewan edisi ke-4.. :D

bukan apa, mengulas mengenai blog2 ni, memang dah jadi isu lama lah..

Anonymous said...

walaupun kerja dgn kerajaan... jgn la terlalu menyokong kerajaan hingga semua salah pembangkang nampak di mata pena saudara. awas dalam berkata2 nnt jgn org lain yg bela lembu tp tgn saudara yg berbau tahi

Anonymous said...

nampak sgt xpenah baca al-quran