KAMPAR BISKUT AYAM...merupakan satu produk makanan dan wakil tunggal untuk produk makanan ini ialah CHOY HEONG YUEN beralamat 14, Jalan Khoo Chong San Housing Trust, Ipoh, Perak, Malaysia.
Dari segi konsep jualan dan pengeluaran produk ini tiada apa kesalahan pun tetapi salahnya adalah dari segi nama AYAM itu sendiri dimana biskut ini kandungan/bahan utamanya adalah Daging BABI yang ternyata HARAM bagi umat Islam
Adalah amat menghairankan mengapa nama AYAM menjadi pilihan pengeluar???, adakah ini satu "method" jualan walau pun secara nyatanya Daging BABI adalah asas utama menghasilkan biskut ini.
Pada permukaan kulit produk ini ada tertulis perkataan " TIDAK DI-HALAL", mengapakah mesti ada suku kata "DI" sedangkan pengeluar boleh sahaja menulis "TIDAK HALAL" maka di sini mula timbul satu keraguan dan persoalan. Kita sedia maklum bahawa jumlah rakyat Malaysia mula mencecah 28 juta dan Umat Islam merupakan komuniti terbesar.
Rasanya tidak keterlaluan menyatakan ini merupakan satu bentuk penipuan terhadap Umat Islam di Malaysia agar memakan Daging BABI kerana kita sedia maklum bahawa rata-rata Umat Islam tidak akan kandungan dan tidak keterlaluan juga perkataan AYAM itu sendiri akan menarik Umat Islam membeli produk haram ini.
Seharusnya perkara seperti ini tidak boleh berlaku di bumi bernama Malaysia yang merupakan ISLAM sebagai agama PERSEKUTUAN.. Pihak berkuasa juga harus lebih peka dengan perkara seperti terutamanya Jabatan Agama Islam, KPDNKK dan tidak terkecuali Jabatan Kesihatan.
WALAU APA PUN ALASAN
AYAM TETAP AYAM
BABI TETAP BABI
4 comments:
Apa salahnya? Nama ini (Biskut Ayam)sudah digunapakai di seluruh dunia sejak ratusan tahun dahulu.
Kalau tak tau sejarah, jangan buat bising di sini.
bukan soal salah atau tidak. kalau beribu tahun pun dia guna nama ni, untuk org mcm aku yg x pernah dengar psl biskut ini, sudah tentu agak confuse dan akan menyangkakan ni biskut ni ada kaitan dgn ayam.
For your knowledge about Biskut Ayam Kampar (or any other similar products known in Mandarin as 鸡仔饼).
It is a Chinese biscuit with origins from Canton made with pork, vegetables and spices, SHAPED into small chicks - hence the Chinese name as attributed to its shape, not ingredient.
Sure, you can argue that it is misleading, but the origins of names is a conventional practise not related with the intent to dupe Muslims (or any other consumers). Considering that so many OTHER food products that are non-pork but cannot be halal (especially if the meat used was not from properly slaughtered animals), it is purely speculative that the owner of Biskut Ayam Kampar means to deceive. The use of a Malay product name was probably a Bahasa Kebangsaan requirement.
In any case, tak ada tanda halal maksudnya tidak halal-lah. Beli sahaja produk yang telah disahkan. Bahasanya teruk tidak bererti pengusahanya berniat jahat.
Betui2... at least dia mngunakan bahasa kebangsaan walaupun salah ayat dia....
Post a Comment