Wednesday 1 June 2011

Perangai sebenar DAP yang turut di sokong oleh PAS




1. DAP marah apabila kerajaan menolak Ching Peng dari kembali ke Malaysia sedangkan DAP menyatakan Ching Peng adalah perjuangan kemerdekaan negara yang turut di sokong oleh PMI yang merupakan anak didik PAS.

2. DAP marah apabila negara luar mengakui bahawa Malaysia sebuah negara Islam yang yang adil dan saksama dalam memberikan layanan kepada semua kaum...sedangkan Karpal Singh menyatakan "langkah mayat saya dulu sebelum menwujudkan negara Islam''.

3. DAP marah apabila kerajaan pusat melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan di sambung pula Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang memberi fokus kepada Bumiputera dan dalam pada sama Kaum Bukan Bumiputera turut mendapat kebaikan melalui pengagihan kek ekonomi yang saksama, sebab itu selepas berjaya memerintah Pulau Pinang Kerajaan DAP tidak melaksanakan lagi DEB kerana DAP hanya perjungankan kaum Cina sahaja..iaitu politik perkauman.

4. DAP marah apabila kes salah laku berkaitan moral juak-juak pembangkang ini tersebar kepada umum terutamanya yang melibatkan orang kuat DAP iaitu Eliza dan Orang Kuat Pembangkang iaitu D**I.

5. DAP marah apabila Kerajaan Pusatmemeberi tumpuan dalam pembangunan syiar Islam dengan mengadakan Al-Quraan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sebab itulah Nga Kor Ming berani membaca ayat al-Quraan dalam ceramahnya walaupun apa yang di baca sama sekali tidak tepat ''seakan-alan menghina''

TAPI AMAT SEDIH APABILA PAS SANGGUP BERSAMA DAP....

No comments: