Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak
pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah
mubahalah seperti mana yang dituntut oleh berbagai pihak. Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari
Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala
Lumpur.
Acara tersebut akan turut
disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang, termasuk
beberapa tokoh agama luar negara. Ia
dijangka menjadi "BOM" untuk mematikan terus UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU 13. Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat
bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara
paksa.
Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman
Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu "SECARA PAKSA" telah membuatkan ramai pihak
pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk.
Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat
Saiful atas dasar rela?
Ini kerana itu di sini bukan isu "RELA @ PAKSA" tetapi "LIWAT @ TIDAK". Sekali pandang, ayat laman
Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat. Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang
sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT,
hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia
DAP.
Terdapat sindrom penafian yang
hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu
Parti Pakatan Rakyat. Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan
terbuka kepada pluralisme. Ini adalah
hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak
menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.
Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi
menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman
pluralisme dan liberalisme. Namun,
selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil
pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah
kawalannya.
Keputusan Anwar untuk bersumpah akan "KESUCIAN" dirinya
walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah
meragukan. Apatah lagi apabila desakan
untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan
alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’ dan berbagai-bagai alasan
lagi. Malah laman Suara PR juga turut
mengulangi alasan ini dengan berkata “SUMPAH MUHABALAH" ini, sebetulnya bukanlah
sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari
agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.”
Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar
bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, ‘telah terbiasa dengan
amalan tersebut sejak zaman-berzaman’.
Malah, kata penulis laman tersebut lagi, ‘orang Hindu juga percaya pada
sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut
bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.
Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari
telah pun bersumpah laknat pada 15hb Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya
sendiri yang kini berpaling tadah. Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan
kaabah. Tindakan Saiful benar-benar
memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.
Oleh itu, segelintir pengikut Anwar mungkin merasa gembira
dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru
tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu. Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua
perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang
memakan tuan.
Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai
sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa
sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa
Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.
Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar
penipuan semata-mata. Sekiranya Anwar
menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual,
serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka
sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang
sekolah sekali pun.
Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu
melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan.
Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika
beliau menghentikan segala lakonan tersebut.
Apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini
akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong. Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau
bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah
sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.
No comments:
Post a Comment