Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan mendakwa bahawa manifesto bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu penggal.
“Dalam sesebuah manifesto, ada perkara yang boleh dilaksanakan dengan cepat, dan ada pula yang akan mengambil masa yang lama,” ujar beliau.
“Atas sebab inilah kami meminta pengundi-pengundi memberikan kami peluang melanjutkan pentadbiran kami memandangkan ada janji-janji kami yang perlukan masa yang panjang untuk ditunaikan.”
Pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990 telah dikecam hebat kebelakangan ini kerana pembangunan Kelantan yang perlahan jika dibandingkan negeri-negeri lain, dalam kedua-dua aspek ekonomi dan juga sosial.
Menyentuh tentang manifesto PAS untuk pilihanraya umum yang akan datang, Amar mendakwa mereka akan tunggu dan lihat apa yang ditawarkan oleh Barisan Nasional sebelum mengeluarkan manifesto mereka.
Sementara itu pula, BN kini sedang menunjukkan keyakinan baru di Kelantan.
Pada bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional merampas semula Kelantan agar negeri itu tidak ketinggalan dalam program transformasi yang sedang dikecapi di seluruh negara.
“Sekiranya anda ingin keluar dari kegelapan ini, eloklah berikan peluang kepada BN. Sekiranya anda rasakan BN gagal, tukar semula selepas lima tahun, kuasa terletak pada tangan rakyat,” kata Muhyuddin.
“Berilah peluang kepada Perdana Menteri yang memohon mandat baru, dan nilaikan cara-cara kami, sudah pasti akan ada perubahan dalam masa lima tahun. Sekiranya tiada perubahan, anda ada hak untuk menukarkan kami. Kami mahu buktikan apa yang kami mampu lakukan untuk rakyat.”
Pengundi-pengundi di Kelantan semakin bertambah bosan dengan pentadbiran PAS yang lama dan tidak efektif serta wujud juga kebimbangan dalam kalangan orang bukan Islam tentang agenda agama yang semakin menyelinap masuk ke dalam pentadbiran negeri – ini berkemungkinan akan mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat.
Diterjemahkan dari The Choice.
No comments:
Post a Comment