Pemimpin-pemimpin sepatutnya berkebolehan membuat keputusan jitu, kemudian melaksanakannya tidak kiralah apa pun halangan yang datang. Malang buat Pakatan Rakyat, "ketua umum" mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim kini lebih kerap menunjukkan sikap beliau yang teragak-agak.
Tak perlu kita bincangkan tentang keputusan untuk rakyat, sedangkan minggu lepas Anwar sendiri gagal membuat keputusan jitu untuk dirinya sendiri. Ramai yang terkejut betapa Anwar gagal membuat keputusan tentang kerusi mana yang beliau akan bertanding, yang disusuli dengan tindakan "flip-flop" sebelum akhirnya beliau ambil keputusan untuk terus mempertahankan kerusi Permatang Pauh.
Kenapa Anwar kerap berbelah-bagi?
Sebenarnya beliau dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ada keputusan tetap, beliau lebih gemar mendiamkan diri atau menghilangkan diri apabila sesuatu keputusan penting harus dibuat. Respon beliau kepada kontroversi-kontroversi yang melanda pakatan pembangkang, sebagai contoh penggunaan kalimah Allah, isu hudud, isu kepolisian moral oleh PAS di Kelantan dan sebagainya adalah hanya berdiam diri.
Anwar mungkin lebih gemar jadi seorang pemerhati pada saat-saat getir sebegitu, namun Pakatan Rakyat bakal menghadapi ujian yang sukar pada PRU13 ini, dan ramai orang bimbang dengan sikap Anwar ini. Bukan kerana beliau seorang yang tiada kebolehan, tapi kerana beliau tidak mampu membuat kata putus atau mempertahankan kepercayaan beliau (yang kerap juga bertukar setiap kali).
Kini Anwar berhadapan dengan masalah apabila ketua umum PKR sendiri dikritik oleh ahli-ahli parti kerana calon-calon pilihan beliau hanya terdiri daripada rakan-rakan dan sekutu-sekutu rapat beliau sahaja.
Kita juga bakal berhadapan dengan seorang blogger pro-kerajaan yang mencabar Anwar di tempat sendiri pada PRU13 nanti.
Nampaknya semakin ramai yang berani mencabar Anwar kerana kelemahan beliau yang gemar menjaringkan gol sendiri.
Tidak hairanlah kenapa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang merasakan diri beliau layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri kerana calon PM Pakatan Rakyat adalah seorang yang banyak kelemahan untuk menggapai cita-cita menggunung beliau menjadi PM Malaysia.
Segala kekalutan dalam Pakatan akan bertambah teruk menjelang tibanya PRU13. Keputusan tentang calon harus segera dibuat dan polisi-polisi harus diperjelaskan kepada rakyat. Berdasarkan rekod prestasi Anwar yang teruk, sebagai contoh beliau membelakangi keputusan Pakatan untuk menutup loji nadir bumi Lynas dalam tempoh dua minggu selepas melancarkan manifesto, kita pasti tidak ramai yang mengharapkan kepimpinan yang kukuh dar beliau sekiranya beliau memegang jawatan PM.
Semua ini memang nampak seperti isu-isu kecil atau picisan, tapi fikirlah, adalah sikap sebegini akan membawa kebaikan kepada negara seandainya Pakatan berjaya merampas Putrajaya?
Pakatan pembangkang dilihat menghampiri pilihanraya ini dengan kaedah yang sangat amatur, dengan persediaan yang lemah, dengan masalah pemilihan calon yang jelas, dengan polisi-polisi yang tergesa-gesa dan populis, dan mereka juga berada di bawah telunjuk seorang pemimpin yang tidak pernah bersedia untuk memberikan komitmen kepada apa-apa.
|
HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Friday, 19 April 2013
Sikap Teragak-Agak Anwar Ibrahim Akan Memakan Pakatan Rakyat
Location:
Sarawak, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment