Pemimpin-pemimpin sepatutnya berkebolehan membuat
keputusan jitu, kemudian melaksanakannya tidak kiralah apa pun halangan yang
datang. Malang buat Pakatan Rakyat, "ketua umum" mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim
kini lebih kerap menunjukkan sikap beliau yang teragak-agak.
Tak perlu kita bincangkan
tentang keputusan untuk rakyat, sedangkan minggu lepas Anwar sendiri gagal
membuat keputusan jitu untuk dirinya sendiri. Ramai yang terkejut betapa Anwar
gagal membuat keputusan tentang kerusi mana yang beliau akan bertanding, yang
disusuli dengan tindakan "flip-flop" sebelum akhirnya beliau ambil keputusan
untuk terus mempertahankan kerusi Permatang Pauh.
Kenapa Anwar kerap
berbelah-bagi?
Sebenarnya beliau dikenali
sebagai seorang yang tidak pernah ada keputusan tetap, beliau lebih gemar
mendiamkan diri atau menghilangkan diri apabila sesuatu keputusan penting harus
dibuat. Respon beliau kepada kontroversi-kontroversi yang melanda pakatan
pembangkang, sebagai contoh penggunaan kalimah Allah, isu hudud, isu kepolisian
moral oleh PAS di Kelantan dan sebagainya adalah hanya berdiam
diri.
Anwar mungkin lebih gemar
jadi seorang pemerhati pada saat-saat getir sebegitu, namun Pakatan Rakyat bakal
menghadapi ujian yang sukar pada PRU13 ini, dan ramai orang bimbang dengan sikap
Anwar ini. Bukan kerana beliau seorang yang tiada kebolehan, tapi kerana beliau
tidak mampu membuat kata putus atau mempertahankan kepercayaan beliau (yang
kerap juga bertukar setiap kali).
Kini Anwar berhadapan
dengan masalah apabila ketua umum PKR sendiri dikritik oleh ahli-ahli parti
kerana calon-calon pilihan beliau hanya terdiri daripada rakan-rakan dan
sekutu-sekutu rapat beliau sahaja.
Kita juga bakal berhadapan
dengan seorang blogger pro-kerajaan yang mencabar Anwar di tempat sendiri pada
PRU13 nanti.
Nampaknya semakin ramai
yang berani mencabar Anwar kerana kelemahan beliau yang gemar menjaringkan gol
sendiri.
Tidak hairanlah kenapa
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang merasakan diri beliau layak untuk memegang
jawatan Perdana Menteri kerana calon PM Pakatan Rakyat adalah seorang yang
banyak kelemahan untuk menggapai cita-cita menggunung beliau menjadi PM
Malaysia.
Segala kekalutan dalam
Pakatan akan bertambah teruk menjelang tibanya PRU13. Keputusan tentang calon
harus segera dibuat dan polisi-polisi harus diperjelaskan kepada rakyat.
Berdasarkan rekod prestasi Anwar yang teruk, sebagai contoh beliau membelakangi
keputusan Pakatan untuk menutup loji nadir bumi Lynas dalam tempoh dua minggu
selepas melancarkan manifesto, kita pasti tidak ramai yang mengharapkan
kepimpinan yang kukuh dar beliau sekiranya beliau memegang jawatan
PM.
Semua ini memang nampak
seperti isu-isu kecil atau picisan, tapi fikirlah, adalah sikap sebegini akan
membawa kebaikan kepada negara seandainya Pakatan berjaya merampas
Putrajaya?
Pakatan pembangkang
dilihat menghampiri pilihanraya ini dengan kaedah yang sangat amatur, dengan
persediaan yang lemah, dengan masalah pemilihan calon yang jelas, dengan
polisi-polisi yang tergesa-gesa dan populis, dan mereka juga berada di bawah
telunjuk seorang pemimpin yang tidak pernah bersedia untuk memberikan komitmen
kepada apa-apa.
|
HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Tuesday, 30 April 2013
Sikap Teragak-Agak Anwar Ibrahim Akan Memakan Pakatan Rakyat
Location:
Pattaya, Chon Buri, Thailand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
JANJI DILIWATI NUAR JINGAY RAMAI DKT BANGI2. JADI BIAR PI LA DORG. RAMAI MUSIBAT PGAY SUKO LO NI. HIDUP PGAYR NUAR SUKO DGN ORG BANGI JANJI DILIWATI.
Post a Comment