Barisan
Nasional Kedah komited mendekati rakyat secara ofensif bagi memastikan misi
"Save Kedah" direalisasikan pada PRU-13 ini. 5 tahun pentadbiran Kerajaan PR di
Kedah gagal memberikan apa-apa impak namun dibebani dengan pelbagai masalah
umpamanya isu KUIN, pembalakan kawasan hutan simpan, kenaikan tarif air dan
kesukaran rakyat bumiputera menembusi tender projek.
Meniti
saat-saat semboyan PRU13 dibunyikan, PR Kedah ketika ini sedang berdepan dengan
masalah persefahaman dan pertelagahan kronik berkenaan pertindihan tuntutan
kerusi DUN mahupun Parlimen. Memeranjatkan, bukan sekadar berlaku perbalahan
dalaman PAS Kedah, tetapi pertelagahan 3 penjuru antara PAS v DAP v PKR.
PAS Kedah
Bergolak
Umum sudah
maklum tentang konflik berpanjangan antara MB Kedah, Ustaz Azizan dan Timbalan
Pesuruhajaya 1 PAS Kedah, Ir Phahrolrazi. Menghampiri PRU-13, puak-puak
penyokong dilihat melobi untuk memastikan pengaruh mereka masih kuat dan
difahamkan untuk 'menjatuhkan' Ustaz Azizan yang tetap bertegas untuk
bertanding. Dikhabarkan ketika ini, pelobian pengaruh antara puak penyokong
kedua-dua tokoh meruncing di beberapa kawasan DUN umpamanya di Alor Mengkudu,
Pengkalan Kundur dan beberapa DUN di Alor Setar dan Kuala Kedah. Perkembangan
semasa ini pasti meningkatkan kebarangkalian berlakunya sabotaj dan protes
sesama ahli PAS di Kedah.
PKR, DAP Tunjuk
Hebat
Ketua Umum PKR,
Anwar Ibrahim dengan lagak kebiasaannya mengumumkan calon kerusi Parlimen Alor
Setar dan Padang Serai adalah milik wakil PKR. Pengumuman ini mendapat reaksi
negatif dari Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik bahawa calon-calon dari PKR
adalah tidak sah. Ini kerana kedua-dua kerusi tersebut dituntut keras oleh DAP
Kedah. Begitu juga, di DUN Derga, Gurun, Bakar Arang dan Lunas, dikatakan sesama
PKR dan DAP bertindih tuntutan. Akibatnya, DAP dengan lantang menyatakan tidak
akan teragak-agak untuk meletakkan calon mereka dan bersedia berdepan
pertandingan tiga penjuru antara DAP-PKR-BN.
PKR Buat
Masalah Lagi
Jentera PAS dan
DAP di Kedah sudah 'lali' dengan kelemahan jentera PKR Kedah. Secara asasnya,
PKR Kedah tidak banyak membantu pentadbiran PAS dan dianggap oleh pihak akar
umbi sebagai lemah dalam aspek jentera pilihanrayanya. Namun, di sebalik
kelemahan PKR ini, dalam bab mengumumkan calon dan merebut kerusi di Kedah,
kelompok mereka adalah yang terawal. Pada ketika, DAP Kedah masih menunggu kata
putus pimpinan tertinggi, begitu juga kenyataan MB Kedah bahawa calon PAS hanya
diumumkan selepas Dewan Rakyat bubar, datang Anwar Ibrahim dengan yakin
melaungkan nama-nama calon PKR pada kerusi yang menjadi rebutan.Tidak cukup
dengan penyebaran di media maya tentang pergaduhan antara penyokong calon PAS
dan PKR di kawasan Alor Semadom.
Kemelut
meruncing yang berlaku sesama kelompok PR Kedah seharusnya dijadikan iktibar
rakyat 1Malaysia, terutamanya di Kedah. Rakyat wajar menilai ;
1) Apa makna
'Kerajaan Pakatan' ini? Heboh menjaja betapa kuatnya 'kesepakatan' mereka namun
isu pertelagahan melibatkan pertindihan kerusi dan 'menjatuh-melobi' pengaruh
cukup kritikal membelenggu 'pakatan' mereka. Padanlah 5 tahun pentadbiran
berdepan pelbagai isu, hendak membahagi kerusi pun cukup
lemah.
2) Kenapa
teruja mereka berebut? Masing-masing sedang selesa dengan pengaruh dan mahu
bertaruh kuasa serta menunjuk kehebatan sesama mereka. Akibatnya, lebih elok
berbalah. Rakyat sekalian, kelompok sebegini yang sedang alpa dalam kuasa
seeloknya diberikan pengajaran.
Sahabat di
Kedah,
5 tahun tempoh
panjang sudah melalaikan pimpinan dan jentera PR Kedah di pundak kuasa dan
pengaruh.
5 tahun tempoh
panjang sudah mematangkan rakyat penduduk Kedah melakukan penilaian
sebaik-baiknya.
5 tahun
mendatang, demi masa hadapan pada sebuah negeri berpotensi tinggi, pimpinan BN
semestinya Pilihan Rakyat Kedah.
No comments:
Post a Comment