Tuesday 13 October 2009

PAS Harus Terima Hakikat

keputusan pilihanraya DUN Bagan Pinang

Dewakampung ingin mengucapkan taniah diatas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang & diharapkan calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan sebaiknya dan jangan sekali-kali menghampakan harapan rakyat kepada BN.

Dewakampung turut menjangkakan akan berlaku pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin perosak rakyat (PR) apabila kemenangan diperolehi oleh BN tetapi jika kemenangan diperolehi oleh calon PR tiada pula kenyataan yang di keluarkan....disini bukan sekadar kenyataan malahan tuduhan turut dilemparkan boleh lihat disini.

Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS, menyatakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad membebankan BN serta menyatakan MCA lebih bijak dari UMNO kerana langkah yang diambil oleh UMNO sudah terbalik baca disini.

Disini ingin sekali dewakampung tegaskan walaupun UMNO yang meletakkan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon tetapi yang memilih adalah rakyat bukan UMNO. Nik Aziz harus menerima hakikat bahawa rakyat telah muak dengan PAS, kerana PAS sanggup mengunakan agama serta membenarkan orang bukan Islam membaca kalam Allah dipentas politik. Jika benar PAS memperjuangkan Islam seharusnya PAS tidak mempemainkan ayat Al-Quraan.

Dewakampung menyeru kepada seluruh pemimpin dan pengikut PR jangan lagi mencetuskan suasana yang tidak aman didalam negara tercinta, adalah lebih baiknya jika YB-YB dari PR menjalankan tugas sebaagi wakil rakyat.

taniah juga diucapkan kepada pendudukan Bagan Pinang kerana tidak memilih PAS kerana sejarah pernah membuktikan PAS telah pun meminggirkan pendidikan anak-anak Melayu di negeri Terengganu


1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam,

Puak-puak PAS ini dah tak de kerja lain, dia ingat rakyat terlalu bodoh sentiasa nak percaya cakap dia orang....