Thursday, 1 October 2009

Perkongsian DAP & PKR untung siapa????

Dalam masa terdekat ini berlaku dua keadaan dimana menujukkan bertapa tiada persefahaman dikalangan parti pembangkang yang jelas membuktikan kompenan Parti Pembangkang ini tamak kepada kuasa, disini dua bukti dan senario yang berlaku iaitu:-

Senario pertama selepas cadangan kenyataan yang dinyatakan oleh Mohd Yusmadi (Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang) Karpal Singh dengan lantang mendesak Anwar Ibrahim menjelaskan sama ada Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang itu mempunyai mandat untuk mengeluarkan kenyataan politik. Selain itu Karpal Singh turut memberi amaran kepada Anwar & PKR agar tidak mengeluarkan kenyataan politik.

Kekecohan ini berlaku apabila Ketua Pemuda PKR itu mencadangkan agar berlaku pengiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi mengantikan formula Barisan Nasional bagi pentadbiran Pulau Pinang lihat disini.

Senario kedua pula berlaku apabila Encik Shahruddin Abd Hamid (ahli jawatankuasa PKR Bahagian Telok Kemang), mengumumkan beliau akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang. Shahruddin, menyatakan telah mendapat tekanan dari pemimpin PKR & sanggup melepaskan semua jawatan dalam PKR baca disini.

Disini dewakampung ingin menyatakan kepada seluruh rakyat Malaysia agar melihat bertapa tiadanya persefahaman di kalangan pakatan pembangkang....Itu belum lagi termasuk perkara-perkara yang lain, rata-ratanya isu kalangan pembangkang berkaitan dengan kerakusan kuasa politik sahaja...maka tidak hairan rakyat diabaikan dan kepada pengundi Bagan Pinang jangan mengadaikan kemakmuran negara kita kepada kelompok yang rakus kepada kuasa.

satu persoalan yang perlu kita jawab siapa yang untung dalam permainan politik mereka????

1 comment:

nalapambu said...

Image UMNO akan semakin tercemar jika Isa Samad menang di DUN N31 Bagan Pinang.
Ini akan memberi makna bahawa UMNO mengamalkan dan menyokong RASUAH.
Isa Samad telah didapati bersalah dan di hukum kerana mengamalkan RASUAH dalam politik. Satu dunia sudah sure heboh tentang keburukan salah laku Isa Samad. Perbuatan nya ini telah sangat mencemarkan UMNO sehingga ramai rakyat telah menolak UMNO.

Amalan RASUAH sangat keji dan buruk, ianya bertentangan dengan semua ajaran agama termasuk islam. Ini kerana RASUAH boleh menghancurkan negara.

Adakah patut kita menjadikan seorang pengamal RASUAH sebagai pemimpin kita? Jika kita menyokong seorang pemimpin yang mengamalkan RASUAH, bermakna kita telah menyokong RASUAH juga.

Marilah kita perangi RASUAH, kita tolak pemimpin yang mengamalkan RASUAH.
UMNO masih kotor dan tercemar dengan RASUAH