Thursday 5 January 2012

HUDUD yang di tolak oleh pembangkang

Kenyataan Anwar yang menyatakan HUDUD tiada tempat dalam dasar

Adalah amat menghairankan apabila PAS masih lagi bersama dengan pakatan pembangkang yang secara terang menolak hukum hudud yang selama ini diperjuangkan oleh mereka, ini ditegaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (penasihat PKR). Anwar turut mendakwa tiada perubahan terhadap Perlembagaan Malaysia semata-mata untuk merealisasikan hukum hudud jika memang pilihnaraya ke tiga belas. rujuk sini

Anwar Ibrahim menegaskan isu hudud masih lagi belum mendapat persepakatan dan persetujuan dari parti yang lain sedangkan setiap dasar perlu mendapat persetujuan ketiga-tiga parti, kenyataan Anwar Ibrahim membuktikan bahawa pakatan pembangkang amat rapuh dan tiada semangat bertolak-ansur dalam pakatan.

Lebih mendukacitakan hinggakan PAS sanggup menolak perjuangan yang selama ini diperjuangkan demi bersama dengan DAP hingga melupakan amanat yang pernah disampaikan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Nor seperti petikan di bawah :-


Berdasarkan dengan kenyataan demi kenyataan yang di suara oleh Anwar Ibrahim ini membuktikan bahawa PAS hanya di perkudakan apabila bersama-sama dalam pakatan pembangkang

No comments: