Friday 15 June 2012

Sultan Johor Murka


Daulat Tuanku...Daulat Tuanku....Daulat Tuanku,,, adalah dalam sejarah Kesultanan Melayu Johor, apabila DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah murka terhadap YB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan kenyataan beliau yang mengkritik serta menghina secara terang-terangan bidaan RM520,000 oleh DYMM Sultan untuk mendapatkan nombor pendaftaran WWW 1.

DYMM Sultan Johor menyatakan bahawa baginda mengikut segala peraturan dalam mendapatkan no pendaftaran tersebut dan turut berpesan "Lebih Baik Diam, Jika Tidak Tahu Apa-Apa". Jelas menunjukkan kepimpinan PAS sangat tidak menghormati Sultan-Sultan yang merupakan Ketua Bagi Agama Islam dan Negara ini kerana tiada seorang pun kepimpinan PAS menegur sikap kurang ajar YB Nizar yang merupakan Naib Presiden PAS termasuklah Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang.
 Antara Bukti Kenyataan Nizar Yang Menghina Sultan Johor

Apa yang jelas dan nyata dalam titah baginda YB Nizar disifatkan sebagai "lupa mengenai adab Melayu serta jahil dan cetek akal". Kesimpulannya kepada semua pembangkang di Malaysia hormati Kedaulatan Raja-Raja Melayu....

No comments: