Thursday, 4 September 2008

DOKTRIN (Bahagian 1)


Perkataan Doktrin telah menarik minat saya untuk menulis pada ruangan kali ini kerana ia merupakan satu kerangka penting dalam meneruskan perjuangan aspirasi. Saya merasakan perjuangan aspirasi perlu didoktrinkan dari awal terutamanya kepada mahasiswa baharu dan seterusnya dipanjangkan kepada mahasiswa senior.

Pendoktrinan ini perlu dilakukan berdasarkan prinsip-prinsip kemanusian dan kesejagatan dan bukannya seperti yang dilakukan oleh sesetengah persatuan atau pertubuhan berhaluan kiri yang lebih menunjukkan kepada sikap ketidak puashatian, penentangan dan pelanggaran peraturan.

Doktrin aspirasi ini merupakan salah satu cara untuk menyebarkan dan memberi kefahaman sebenar apa itu perjuangan mahasiswa kerana mahasiswa pada zaman ini selalau diwar-warkan sebagai peneroka dan pewaris kepimpinan negara tetapi apa yang berlaku pada masa kini akibat dari kekeliruan pada segelintir mahasiswa terutamanya anti-kerajaan, kerana mereka telah terlebih dahulu diterapkan dalam kota fikiran mereka.

Bagimana untuk berdemostrasi?, Bagaimana untuk memukul orang? Bagaimana untuk menghina dan mengkeji orang? Dan tidak keterlaluan jika saya menyatakan mereka umpama kambing hitam yang ditarik hidung.

Doktrin kepada perjuangan mahasiswa aspirasi juga bukanlah berdasarkan kepada “aktiviti” dan “bakti” sahaja tetapi saya merasakan gerakan mahasiswa terutamanya persatuan mahasiswa perlu melaksanakan “advokasi” agar penyelarasan dan kesinambungan perjuangan mahasiswa aspirasi berteraskan masyarakat, pemimpin, agama, bangsa dan negara. Aspirasi akan lebih berjaya jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam menyebarkan perkara sebenar terutamanya mengenai kecekapan dan ketulusan kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang disayangi. Ini adalah perlu bagi memberikan maklumat sebenar kepada mahasiswa terutamanya mahasiswa baharu agar tidak terikut-ikut atau terpengaruh dengan dakyah-dakyah persatuan atau pertubuhan berhaluan kiri.

Pada pendapat saya, isu-isu nasional dan antarabangsa perlu diberikan penerangan kepada mahasiswa agar pemahaman yang lebih jelas dapat diperolehi ia bertujuan agar tidak dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Justeru itu pergerakan aspirasi merupakan sub terpenting dalam menjalankan tugasan ini, ia boleh dilakukan dalam bentuk komunikasi khas seperti mengadakan sesi dialog atau diskusi intelek.

Respon dan sensitiviti mahasiswa terhadap negara juga adalah penting bagi membentuk satu “budaya sayang negara” ini secara tidak langsung dapat membentuk bakal kepimpinan negara yang mempunyai jati diri dan mengetahui isu-isu serta cuba memikirkan jalan penyelesaian dengan cara diplomasi dan bukannya berdemonstrasi.
Saya juga memohon keizinan meminjam kata-kata bekas Perdana Menteri Ke-4 pada 3 jun 1977, dimana beliau ada menyatakan “Kematangan atau robotnya pelajar bukanlah tertakluk kepada akta. Di zaman penjajah dahulu tiada kebebasan pelajar tetapi pelajar tetap tidak robot malah lebih gigih dan matang, lagi kuat berjuang.

Pelajar perlu bergerak aktif dalam akta” dari petikan ini adalah terbukti dengan jelas lagi bersuluh bahawa sesuatu akta itu bukanlah untuk menyekat atau menyusahkan mahasiswa sebaliknya membentuk dan menjadikan seorang mahasiswa lebih bertanggungjawab, sensitif, kreatif dan analitikal dalam menentukan arus perjuangan.

Doktrin seperti ini perlu diterapkan dalam kepimpinan dan perjuangan mahasiswa. Saya juga melihat jika doktrin aspirasi ini dapat dilakukan mahasiswa akan manjadi rakan pembangunan negara yang berkesan terutamanya dalam memberikan hujah-hujah serta ideai kepada pihak kerajaan kerana saya amat percaya ruang dan peluang telah diberi luas contohnya kewujudan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oeh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Perjuang aspirasi juga merupakan kelompok mahasiswa yang berkerja bertungkus-lumus demi mencapai matlamat kecemerlangan mahasiswa seperti perumpamaan melayu ada menyebut “Biar dahi berkeluk asal tanduk mengena”.

Doktrin aspirasi mestilah berdasarkan kepada 3 prinsip utama iaitu tanggungjawab, keadilan dan kebenaran. Prinsip-prinsip ini adalah perlu dalam perjuangan mahasiswa dan boleh dikatakan sebagai "guide line" kepada pergerakan mahasiswa aspirasi.
Prinsip-prinsip ini perlu diterapkan dalam kotak pemikiran mahasiswa dimana mahasiswa perlu bebas memberikan cadangan, lantang dalam kritikan tetapi cadangan dan kritikan yang dibuat mestilah secara beradab agar maklumat dapat disampaikan kepada pihak atasan dengan lebih berkesan kerana janganlah kita menggunting hati (melukai perasaan) sesiapa dalam menyampaikan maksud kerana sikap suka menggunting hati (pinjaman simpulan bahasa) ini merupakan cara atau kaedah paling disukai oleh mahasiswa berhaluan kiri.

Doktrin aspirasi juga mestilah menyebut hal yang sama iaitu menggariskan citra mahasiswa dengan mendukung cita-cita mencapai perpaduan yang erat di kalangan warga kampus, pihak pengurusan universiti, hidup berhormoni, memelihara kebebasan berpersatuan, membina mahasiswa yang progresif yang akan mengunakan sains dan teknologi.

Aspek-aspek yang ini merupakan batu loncatan kearah peradaban keagungan mahasiswa oleh demikian persiapan ilmu secara kolektif dari semua sudut samada dalam bentuk objektif atau rasional. Ini boleh dilihat dalam definisi oleh Ziegfeld 2000 :- Ilmu ialah sautu gerak-daya dalam diri manusia bagi memperolehi pengetahuan dan ilmu itu pula bersaifat sanitifik dengan menekankan kepada perkara-perkara yang objektif dan rasional.

1 comment:

Anonymous said...

salam bro... sisipkan muka sendiri nampak... huhu