HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Monday, 8 September 2008
DOKTRIN (Bahagian 2)
Hala tuju perjuangan mahasiswa juga perlu lebih jelas dan ia boleh dilakukan dengan pemantapan ilmu ini kerana apabila mempunyai ilmu yang cukup perjuang / mahasiswa aspirasi boleh menjelaskan setiap inci perkara dengan lebih teliti.
Selain itu, keperibadian yang tinggi merupakan perkara pokok terpenting dalam sesuatu perjuangan selaras dengan teras ke-2 Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) iaitu “Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa depan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sekadar intelek tetapi keperibadian.
Penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh. Persekitaran yang menggalakan untuk penyelidikan dan pembangunan. Selain memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral”. Saya merasakan jika kita mampu melakukan seperti yang terkandung dalam teras ke-2 RMK-9 ini nescaya doktrin aspirasi akan mencapai tahap kegemilangan.
Selaku mahasiswa yang berada di gedung ilmu tertinggi lagi holistik, kematangan merupakan perkara utama dalam menghadapi cabaran global pada abab ke 21 ini dan boleh dikatakan ia merupakan pra-syarat utama. Oleh yang demikian doktrin aspirasi mestilah dipimpin oleh mereka yang mempunyai kematangan yang tinggi bagi menjamin kelansungan perjuangan serta diiring dengan kekuatan, ketahanan dan keupayaan menghadapi cabaran. Apa yang lebih penting dalam mencapai objektif perjuangan, pemimpin yang membawa doktrin aspirasi ini mestilah dilaksanakan dalam keadaan yang tertib iaitu berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang agar ketenteraman dapat dikekalkan.
Janganlah kita ”Bagai jelongak kerbau rampung” (pinjaman peribahasa melayu) iaitu orang bodoh yang sombong dan tidak sedar dirinya diperbodohkan dan peribahasa ini sangat sesuai pada mereka yang memperjuangakn perkara yang tidak maksud akal seperti penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 pindaan 1975 (AUKU) dimana mahasiswa ini tidak sedar mereka telah dibodoh lagi diperbodohkan oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda sendiri.
Sayugia saya mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan sebagai perjuang mahasiswa yang membawa payung aspirasi sikap manyalahkan orang lain serta memburukkan rakan sendiri haruslah dijauhi. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau kesilapan yang dilakukan kita haruslah menegur dengan cara berhemah walaupun kesilapan dilakukan oleh ketua kita. Persatuan mahasiswa seharusnya memainkan peranan penting bagi memperkembangkan sayap aspirasi di kalangan warga kampus tetapi apa yang lebih penting ahli-ahli dalam persatuan mahasiswa itu sendiri mestilah memahami maksud doktin perjuangan aspirasi, kesetian kepada ketua dan perjuangan merupakan perkara teras dalam satu-satu pertubuhan janganlah kita menjadi manusia yang ”buta hati” sehingga sanggup mengkhianati ketua dan perjuangan.
Saya turut merasakan jika terdapat kelompok sedemikian mereka seharusnya tidak wujud dimuka bumi ini apakah lagi berada dalam perjuangan aspirasi, pada pirasat saya kelompok sedemikian hanya akan mendatangkan masalah dan kacau-bilau dalam perjuangan dan mereka adalah sehina-hina manusia atau dalam bahasa yang lebih kasar mereka harus ditaman hidup-hidup.
Jika doktrin aspirasi ini berjaya dilakukan, saya tidak nampak pihak aspirasi akan kalah dalam pilihanraya kampus dan saya amat yakin aspirasi akan terus bertahan malah bertapak dengan pasak yang kukuh dikampus-kampus. Oleh yang demikian saya menyeru kepada seluruh perjuang/mahasiswa aspirasi agar bangkit berjuang kerana perjuangan yang ikhlas akan dirahmati Allah S.W.T tuhan sekian alam, agar kita boleh buktikan kepada masyarakat mahasiswa era 20 an lebih hebat dari zaman Anuar Ibrahim dan saya amat percaya kita boleh mencipta sautu sejarah jika berusaha memartabatkan keunggulan mahasiswa agar menjadi mahasiswsa yang CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG kerana:-
KECERMELANGAN AKAN WUJUD APABILA KITA BERUSAHA
KEGEMILANGAN AKAN WUJUD APABILA KITA BERUSAHA DAN
KETERBILANGAN AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA APABILA
KITA TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment