HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Wednesday, 13 August 2008
GERAKAN DAN MAHASISWA (bahagian 2)
Gerakan mahasiswa adalah lebih baik jika mahasiswa sanggup turun ke kampung atau pendalaman dan memperjuangkan nasib masyarakat desa atau hak sebagai mahasiswa daripada memperjuangkan perkara yang tidak mempunyai satu kata putus yang jelas seperti penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 pindaan 1975…. Secara peribadi saya tidak dapat membayangkan jika AUKU dihapuskan, saya masih tertanya-tanya negara manakah didunia ini tidak mempunyai undang-undang dan peraturan, rasa-rasanya tiada satu pun negara yang tidak mempunyai undang-undang bahkan negara komunis sekali pun. Apabila AUKU dihapuskan adakah mahasiswa kita sama seperti haiwan-haiwan dihutan yang tidak mempunyai peraturan… dalam membuat sesuatu gerakan jangalah kita merendahkan mertabat mahasiswa kerana perbuatan tersebut umpama “tepuk air didulang terkena muka sendiri”.
Gerakan mahasiswa akan menjadi cemerlang jika berlandaskan matlamat kepentingan bangsa dan negara, pemimpin mahasiswa adalah jentera dalam memperjuangkan hak warga kampus secara khusus dan hak masyarakat secara am. Gerakan mahasiswa tidak akan terjadi jika mempunyai pemimpin yang buta mata dan hatinya dalam melihat isu masyarakat, yang gila pada nama dan pemimpin yang hanya pandai melihat kesalahan orang lain tanpa menilai diri sendiri, izinkan saya meminjam pepatah melayu “Kuman seberang laut nampak, Gajah depan mata tidak nampak” apabila ini berlaku jelaslah gerakkan seperti ini harus ditolak tanpa kompromi kena ia lebih menjurus kepada ideologi-ideologi golongan minoriti tertentu serta akan memesongkan pemikiran mahasiswa itu sendiri.
Justeru itu, saya merasakan gerakan dalam kepimpinan mahasiswa perlulah mengggunakan ruang dan jalan yang betul dalam menyatakan idea, disetiap universiti dan kolej universiti ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang ditubuhkan dibawah seksyen 52 perlembagaan universiti maka gunakanlah ruang yang ada dengan mengadakan diskusi dan perbincangan dengan wakil-wakil MPP. Saya percaya setiap permasalahan ada jalan penyelesaian, kerajaan juga telah banyak memberi ruang dan peluang dalam menyatakan permasalahan sebagai contoh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbanlan Perdana Menteri, jadi sebagai mahasiswa yang terkenal dengan kecerdikan keintelektualan gunakanlah peluang yang diberi dalam menyampaikan resolusi dengan lebih jelas.
Boleh dikatakan golongan mahasiswa mewakili golongan muda yang engligtend ini disebabkan universiti sebagai gedung pendidikan tertinggi yang lengkap dan holistik, oleh yang demikian gerakkan mahasiswa juga mestilah signifikan dengan situasi semasa agar apa yang diperjuangkan mencapai objektif dan apa yang lebih penting ia bertunjangkan kebajikan mahasiswa. Saya juga melihat gerakan mahasiswa perlu berlandaskan pada peraturan dan undang-undang agar tidak menganggu-gugat ketenteraman negara, selain itu gerakan mahasiswa perlulah dalam team work yang mantap dan jangan ada ahli yang mementingkan diri kerana sikap seperti ini akan memusnahkan sesuatu gerakan yang dibina.
Gerakan mahasiswa juga perlulah mempunyai ahli-ahli proaktif, analitikal, kritis, soft skill dan konfiden kerana ia merupakan kompenan wajib dalam menghasilkan gerakan yang seimbang dari aspek rohani dean jasmani. Saya juga merasakan apabila adanya gerakan seperti ini, mahasiswa akan lebih dipandang mulia kerana mahasiswa merupakan sub terpenting dalam agenda pembangunan negara. Pemimpin mahasiswa mestilah mempunyai empowerment dalam melaksanakan gerakan supaya ia menjadi development of the people, by the people, for the people dan bukannya development off the people, buy the people, force the people (Dato’ Saifuddin Abdullah).
Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), kita dapat melihat kerajaan lebih menfokuskan kepada pembangunan modal insan (Human Capital) jadi gerakan mahasiswa perlu dipersembahkan dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan teknologi bagi menghadapi alaf baru dan bentuk penjajahan baru. Oleh demikian, sikap responsibility terhadap gerakan mahasiswa sangat dituntut…saya berpendapat gerakan mahasiswa perlu dijana oleh mereka yang mempunyai budaya high performance bukannya sekadar mengamalkan konsep “asal ada sudah”
Gerakan mahasiswa pada hari ini lebih mencabar berbanding zaman 70 an kerana isu-isu masyarakat lebih dashyat seperti masalah sosial dikalangan remaja, black metal, sumbang mahram, cetak rompak, ragut, budaya kuning dan lain-lain masalah sosial yang meruntuhkan jati diri masyarakat khususnya golongan remaja. Adalah eloknya jika gerakan mahasiswa bersama-sama pihak berwajib mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah melanda masyarakat pada masa kini. Jika ini berjaya dilakukan jelaslah apa yang dikatakan mahasiswa dilahirkan untuk masyarakat.
Kesimpulannya gerakan mahasiswa perlulah berlandaskan kepada perjuangan sebenar bukanya berlandaskan kepentingan peribadi, pemimpin mahasiswa perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi agar kepimpinan lebih berkualiti… saya merasakan gerakan mahasiswa perlu disatukan di bawah satu payung kerana ia dapat menunjukkan kekuatan sebenar mahasiswa, perumpamaan melayu ada menyatakan lidi kalau sebatang ia mudah patah, tetapi kalau di ikat dalam satu gengaman ia akan menjadi kuat. Sesungguhnya mahasiswa tidak mugkin akan hilang maruah dan harga diri jika peluang disediakan tidak dimanipulasi, semangat juang yang tinggi adalah perlu dalam melaksanakan gerakan mahsiswa kerana halangan akan sentiasa menanti dalam sesuatu perjuangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment