Tuesday, 12 August 2008

GERAKAN DAN MAHASISWA (bahagian 1)


Penerimaan islam secara meluas di nusantara pada abad ke-13 masihi telah mengubah nilai dalam masyarakat tempatan ia lebih membentuk semua aspek kehidupan termasuklah keagamaan, ibadat, sosial, politik, keilmuan dan semangat patrotisme di mana semua ini bermula dengan satu perkataan keramat iaitu GERAKAN.
Dalam era mellinium ini, gerakan mahasiswa perlu membentuk satu anjakan pradigma yang lebih kehadapan dan cuba mencipta gerakan yang akan menjadi ikon dan sejarah kepada generasi akan datang. Saya merasakan kita tidak perlu mengikuti cara Anuar Ibrahim dan rakan-rakan pada zaman 70 an seperti gerakan yang cuba dilakukan oleh oleh segelintir mahasiswa yang dengan megah menyatakan mereka mewakili suara mahasiswa.
Jika dilihat pada masa ini kita mempunyai masa tidak kurang 13 tahun untuk menuju kepada agenda besar negara iaitu wawasan 2020, kita sebagai mahasiswa seharusnya lebih kompetatif dalam membentuk satu gerakan yang boleh menunujukkan keunggulan mahasiswa kepada masyarakat.
Masyarakat sebenarnya inginkan satu kelainan dari mahasiswa, masyarakat juga telah meletakkan satu harapan yang tinggi kepada mahasiswa. Siapa itu masyarakat??... Masyarakat terdiri daripada ibu, ayah, adik-beradik, saudara, pemimpin, pensyarah dan semua umat manusia yang lahir di bumi Malaysia. Gerakan mahasiswa akan menjadi lebih proaktif apabila mahasiswa itu sendiri mengamalkan konsep rundingan, kerana rundingan adalah jalan yang terbaik dalam menyelesaikan satu permasalahan.
Saya melihat gerakan mahasiswa perlu lebih saintifik dan mempunyai metodologi-metodologi agar gerakan mahasiswa ini dapat memberikan impak kepada seluruh mahasiswa di Malaysia, kerana mahasiswa ini bakal menentukan maju atau mundurnya negara ini. Nilai-nilai mulia perlu diterapkan dan dipertimgkatkan agar menjadi manusia yang menyumbang kepada pembentukkan masyarakat.
Maka, gerakan mahasiswa perlulah selari dengan aspirasi universiti dan negara. Gerakan mahasiswa juga mestilah lebih realistik seperti mengadakan program bakti siswa, lawatan ke rumah anak yatim, mengutip dana mendirikan masjid dan lain-lain program yang boleh menunjukkan keperihatinan mahasiswa kepada golongan terpinggir. Janganlah kita menjadi seperti lembu yang ditarik hidungnya, apabila orang suruh berdemonstrasi, kita berdemonstrasi.. apabila orang suruh kita menjerit, kita menjerit… apabila orang suruh berarak, kita berarak…apabila orang suruh membawa keranda, kita bawa keranda, inikah gerakan mahasiswa yang perlu diikuti. Jika ini bentuk gerakan mahasiswa, sahlah mahasiswa ini yang akan menjatuhkan martabat kemahasiswaan, sejarah dengan jelas telah membuktikan empayar Rom yang gah telah runtuh apabila berlaku kepincangan dalam masyarakat.
Mahasiswa merupakan aset negara, kerajaan teleh melabur berjuta-juta malah tidak terhintung banyaknya dalam membangunkan mahasiswa. Saya merasakan tidak ada negara seperti Malaysia yang melabur bergitu banyak dalam pembangunan manusia terutamanya sektor pendidikan ia bertujuan agar Malaysia mempunyai masyarakat yang berilmu kerana hanya dengan ilmu seseorang itu dapat menentukan baik atau buruknya sesuatu perkara. Y.A.B Perdana Menteri pernah menyatakan seseorang yang berpendidikan tinggi tetapi tidak mempunyai personaliti yang baik, tidak akan mendatangkan manfaat kepada mana-mana organisasi.

No comments: