Thursday, 8 May 2008

ADAKAH KITA PEWARIS (BAHAGIAN 2)


Peneroka juga adalah orang yang berani kehadapan, peneroka yang saya maksudkan bukan sahaja peneroka di felda-felda tetapi mereka yang sanggup berhijrah dan mengambil risiko atas penghijrahan tersebut contoh yang paling jelas boleh diberikan adalah pendatang asing yang memasuki secara haram dan bekerja sebagai buruh di negara yang indah ini. Bukan niat saya untuk mengagongkan mereka tetapi inilah kenyataannya, jika kita melakukan observation dengan jelas dapat dilihat mereka boleh dikatakan datang ke Malaysia seumpama anak yatim yang tiada saudara-mara, ibu dan ayah tetapi mereka boleh survive dalam hidup kerana mereka rajin meneroka peluang pekerjaan, berusaha serta sentiasa beritizam meningkatkan jati diri. Selain itu juga peneroka sedemikian mempunyai hubungan yang akrab sesama mereka dan saling bantu-membantu pepatah melayu lama ada menyebut ”seperti isi dengan kuku” iaitu saling kuat-menguat antara satu sama lain dan bila sifat penerokan ini disemai dikalangan mahasiswa, saya merasakan mahasiswa era 20an akan menjadi ikon kepada generasi akan datang serta kita akan berjaya mengorak satu sejarah demi membentuk kecemerlangan bangsa dan negara.
Masyarakat juga menyatakan mahasiswa adalah kelompok yang hebat dan pintar kerana dilahirkan oleh gedung ilmu yang hebat dan holistik, saya amat yakin dan percaya masyarakat mengharapkan sumbangan dari mahasiswa kerana Prof Madya Dr Azali Mohamed pernah menyatakan semasa ucapan beliau di Mukim Pedas Rembau Negeri Sembilan dimana Yang Bahagia Dr ada menyebut ”dari masyarakat kita datang, kepada masyarakat kita kembali” dan apabila mahasiswa kembali kepada masyarakat sebagai peneroka yang hebat dalam membantu serta memperjuangkan hak masyarakat barulah pelaburan yang dibuat mencapai matlamat dan hasrat dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) yang lebih menekankan pembangunan modal insan akan terlaksana dengan jayanya.
Jika kita melihat syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Petronas, PNB, Proton dan sebagainya, telah meneroka hingga ke luar negara bagi pasaran dan saya merasakan mahasiswa di zaman millennium generation ini perlu melakukanya dari sekarang kerana kita bakal membawa hala tuju negara pada masa empat belas tahun dari sekarang. Bergitu jugalah dengan Iskandar Zukarnain yang telah meneroka dunia ini dan hasil dari penerokaan beliau telah membawa kemewahan serta kemakmuran kepada rakyat jelata.
Maka adalah lebih eloknya jika kita menyemai sifat-sifat peneroka dalam diri ini serta sentiasa mencari idea-idea baru bagi memakmurkan negara dan dalam masa yang sama kita akan mewarisi negara. Oleh yang demikian sebagai mahasiswa, kita semestinya bersedia menerima apa yang akan diwarisi disamping itu telah menaman sifat peneroka. Ingin saya mengambil sepotong ayat dalam puisi yang betajuk KU CARI DAMAI ABADI karangan YAB Perdana Menteri ada menyatakan:_
Aku Cari Bukan Kawan-Kawan
Untuk Hidup Berfoya-Foya
Aku Cari Mana Dia AL-GHAZALI
Aku Cari Mana Dia AL-SHAFIE
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh YAB Perdana Menteri mencari pemimpin yang akan mewarisi kegemilangan negara dengan menjadi peneroka yang hebat kerana saya merasakan pemimpin yang mempunyai 2P (peneroka dan pewaris) akan meneruskan perjuangan agar bangsa tidak dihina, negara tidak tertindas seperti berlaku 450 tahun yang lampau dimana runtuhnya Kerajaan Melayu Melaka akibat pemimpin yang mengkhianati amanah, masyarakat yang tidak peka dan alpa diulit leka dengan apa yang diwarisi.Sama-samalah kita fikirkan……………

No comments: