Saturday, 3 May 2008

Apa Dah jadi


Hari ini aku melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana anak-anak muda yang akan dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pengajian tergelak-gelak dan bergoyang-goyang semasa menyanyikan lagu NEGARAKU?. Aku terfikir tidakah mereka tahu bahawa apabila berkumandangnya lagu NEGARAKU setiap dari kita yang berwarganegara MALAYSIA harus berdiri tegak dan menghormatinya serta menyanyikan dengan penuh semangat kerana lagu itu melambangkan identiti negara.


Aku menjadi sedih melihat keadaan yang demikian mengapakah ini boleh terjadi? dan aku terfikir lagi dimana silapnya?. Lalu aku berfikir lagi adakah mereka ini yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara, bakal menjadi pemimpin negara yang akan memimpin aku, anak cucu-cicit aku dan seluruh rakyat MALAYSIA.


Aku berfikir lagi jika keadaan ini tidak diperbetulkan apakah akan jadi pada bangsa aku. Aku masih lagi berfikir didikan telah diberi, pembelajaran telah diberi, ilmu telah diperolehi tetapi dimana SEMANGAT, JATI DIRI & PEMAHAMAN mengenai kenegaraan yang merupakan asas pokok yang perlu ada setiap warganegara terutamanya kepada MAHASISWA yang merupakan pewaris kepimpinan negara.


Aku mengharapkan agar ALLAH SWT terus memberi kemakmuran kepada negara ini, dan aku mengharapkan apabila mereka pulang ke tanah air, mereka mempunyai SEMANAGAT, JATI DIRI & PEMAHAMAN mengenai negara dan seterusnya memperjuangkan agenda negara dengan berlandaskan kepada prinsip islam, rukun negara, perlembagaan negara serta pemuafakan antara kaum yang telah dibawa oleh pemimpin-pemimpin negara


DAN AKU MASIH LAGI TERUS BERFIKIR

No comments: