Saturday, 3 April 2010

Lim Kit Siang perlu menyatakan secara Malaysia Pertama & Cina Kedua


Dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan YAB Timbalan Perdana Menteri bercangah dengan apa yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri adalah satu bentuk permainan politik murahan. Dewakampung melihat apa yang dinyatakan oleh YAB Timbalan Menteri adalah benar kerana sememangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Melayu maka kenyataan beliau tiada silapnya ‘saya tetap Melayu dahulu’ sebagai suatu yang bercanggah dengan gagasan 1Malaysia.

Kenyataan YAB Perdana Menteri telah membuktikan bahawa apa YAB Timbalan Menteri kata, adalah cerminan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berasaskan kaum yang diwakilinya. baca disini

Cabaran Lim Kit Siang agar YAB Timbalan Perdana Menteri meletakkan jawatan sekiranya gagal membuktikan beliau berpendirian ‘Malaysia Pertama dan Melayu Kedua’ adalah satu yang melucukan, maka dewakampung berpendapat Lim Kit Siang harus menyatakan dahulu 'Malaysia Pertama dan Cina Kedua'. Tapi agak hairan mengapa si Lim Kit Siang tidak menyatakan perkataan berkenaan maka dewakampung berpendapat Penasihat DAP cuba mengalihkan isu yang berlaku dalam permasalahan pakatan pembangkang.

Disini dewakampung mencabar agar Lim Kit Siang berkata dahulu 'Malaysia Pertama dan Cina Kedua"

No comments: