Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara), amat mencabar kedudukan orang Melayu & jelas menunjukkan Tony Pua cuba bermain dengan api. Jika melihat Statistik tahun 2007 pemilikan bangunan Bangsa Melayu hanya 15.7 %, hartanah komersial 29.2 % dan kompleks perniagaan untuk premis perniagaan hanya 3.5 % jelas membukti wujud jurang yang amat besar.
Dewakampung melihat jika Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan cadangan Tony Pua ini secara tidak langsung boleh mencetuskan jurang ekonomi yang ketara serta akan menwujudkan perasaan amarah di kalangan bangsa Melayu....suka cita diingatkan jangan dijolok sarang tembuan.
Adalah lebih elok jika DAP memahami konteks dalam Perlembangaan Persekutuan, Adalah lebih elok juga jika DAP menjaga negeri Pulau Pinang dengan adil kerana beberapa persoalan yang dewakampung ingin bangkitkan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP antaranya bagaimana janji Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada isu Kampung Buah Pala yang rata-ratanya penduduk berketurunan India?, Bangaimana dengan isu roboh gerai?...adakah ia telah selesai??????
Tony Pua turut menyatakan hartanah dibeli dengan harga potongan akan dijual kepada "broker" dengan harga lebih mahal. Jika itu yang dibangkitkan oleh Tony Pua, satu lagi pertanyaan kepada DAP bagaimana dengan isu tanah??? dan bagaimana pula dengan isu pemulangan minuman keras?....suka cita diingatkan rakyat masih ingat apa yang telah dilakukan. Adakah Tony Pua mempunyai bukti atau fakta yang kukuh dengan tuduhan beliau itu???
Dewakampung mencadangkan agar DAP lebih bersikap realistik dalam melihat isu pemberian diskaun kepada Bangsa Melayu & jangan sekali-kali menyentuh hak istimewa orang Melayu seperti termaktud dalam perkara 153. baca disini