Tindakan UMNO menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputra (MTAB) merupakan satu langkah baik bagi memastikan Melayu & Bumiputra terus terbela di tanah airnya sendiri...ini dapat melihat berapa seriusnya UMNO dalam membimbing serta mempertahankan hak Melayu & Bumiputra tanpa meminggir serta menidas hak kaum lain kerana apa yang dibuat selama ini semuanya termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan dan sama sekali tidak mencabuli Perlembagaan yang dipersetujui bersama oleh semua pemimpin kaum. lihat disini
MTAB juga merupakan satu cara @ kaedah bagaimana membahagikan kek ekonomi yang seadil-adilnya kepada semua masyarakat...Penubuhan MTAB ini merupakan platform menwujudkan masyarakat perdagangan & perindustirian bumiputra agar kekayaan negara dapat dikongsi oleh semua lapisan masyarakat.
Dewakampung melihat melalui UMNO masyarakat bukan Melayu telah mendapat kesenangan hasil dari kemakmuran negara yang dipimpin oleh masyarakat Melayu Islam ini dibuktikan hasil 53 tahun pemerintahan UMNO di bumi Malaysia, maka isu perkauman tidak timbul sama sekali seperti mana yang didakwa oleh parti-parti pembangkang terutamananya DAP, PAS & PKR yang sentiasa menwujudkan isu-isu bercorak perkaumanan yang jelas boleh mengugat kestabilan negara.
Ini sangat berbeza apabila DAP berjaya memerintah Pulau Pinang dengan perkara pertama yang dilakukan ialah tidak melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), maka secara langsung DAP telah menyekat serta menindas masyarakat Melayu Islam Pulau Pinang tetapi amat menyedihkan apabila hak ini tidak dipertahankan oleh PAS & PKR malahan PKR sendiri sanggup pula memburukkan negara Malaysia di Indonesia melalui pemimpinya...apa yang jelas negara ini dipimpin oleh Orang Melayu Beragama Islam maka PKR telah memburukkan Melayu Islam secara keseluruhannya termasuk Raja-raja Melayu.
Kalau dilihat nasib Melayu di negeri Pulau Pinang seakan-akan merempat di bumi sendiri yang secara jelas melalui sejarah bahawa Pulau Pinang termasuk dalam kepulauan Melayu tetapi persoalannya pada hari ini Pulau Pinang bukan lagi kepulauan Melayu...ini dibuktikan melalui beberapa kawasan yang selama ini menjadi nadi Melayu Islam mencari rezeki telah diambil sedikit demi sedikit oleh Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dan sekali lagi perkara yang amat mendukacitakan apabila PAS & PKR hanya berdiam diri sedangkan PAS & PKR pemimpin nya adalah Melayu. baca ini
Maka dewakampung melihat tindakan UMNO menubuhkan MTAB adalah satu langkah mulia dalam menaikan kembali taraf, maruah serta nasib bangsa Melayu Islam & Bumiputra di Tanah Melayu