Friday 30 July 2010

Tony Pua jangan Di Sentuh Hak Melayu

DAP telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR memansuhkan pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan mewah di negeri adalah satu usaha untuk menolak kepentingan Bangsa Melayu serta jelas melanggari seperti apa termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara), amat mencabar kedudukan orang Melayu & jelas menunjukkan Tony Pua cuba bermain dengan api. Jika melihat Statistik tahun 2007 pemilikan bangunan Bangsa Melayu hanya 15.7 %, hartanah komersial 29.2 % dan kompleks perniagaan untuk premis perniagaan hanya 3.5 % jelas membukti wujud jurang yang amat besar.

Dewakampung melihat jika Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan cadangan Tony Pua ini secara tidak langsung boleh mencetuskan jurang ekonomi yang ketara serta akan menwujudkan perasaan amarah di kalangan bangsa Melayu....suka cita diingatkan jangan dijolok sarang tembuan.

Adalah lebih elok jika DAP memahami konteks dalam Perlembangaan Persekutuan, Adalah lebih elok juga jika DAP menjaga negeri Pulau Pinang dengan adil kerana beberapa persoalan yang dewakampung ingin bangkitkan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP antaranya bagaimana janji Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada isu Kampung Buah Pala yang rata-ratanya penduduk berketurunan India?, Bangaimana dengan isu roboh gerai?...adakah ia telah selesai??????

Tony Pua turut menyatakan hartanah dibeli dengan harga potongan akan dijual kepada "broker" dengan harga lebih mahal. Jika itu yang dibangkitkan oleh Tony Pua, satu lagi pertanyaan kepada DAP bagaimana dengan isu tanah??? dan bagaimana pula dengan isu pemulangan minuman keras?....suka cita diingatkan rakyat masih ingat apa yang telah dilakukan. Adakah Tony Pua mempunyai bukti atau fakta yang kukuh dengan tuduhan beliau itu???

Dewakampung mencadangkan agar DAP lebih bersikap realistik dalam melihat isu pemberian diskaun kepada Bangsa Melayu & jangan sekali-kali menyentuh hak istimewa orang Melayu seperti termaktud dalam perkara 153. baca disini

Monday 26 July 2010

Angkuhnya Mursyidul PAS


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan sesiapa yang mahu orang tengah untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' dan dengan nada bongkak beliau menyatakan PAS tidak memerlukan sesiapa untuk menjadi orang tengah. lihat disini


Nik Aziz turut menyatakan "penyatuan Melayu melalui kerjasama dengan UMNO tidak akan menjadi kenyataan ini jelas menunjukkan Nik Aziz lebih rela melihat bangsa Melayu terus dihina dan diperbodohkan, adakah ini perjuang Islam??, sedarkan Nik Aziz bahawa kerjasama yang dijalinkan dengan Kafir Harbi lebih teruk kerana sudah pasti ia menolak Islam.


Nik Aziz menuduh kerjasama ini bukanlah untuk penyatuan Melayu tetapi menjaga kepentingan UMNO, Nik Aziz juga mendakwa PAS lebih berkemampuan menjaga Melayu kerana merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat. Satu persoalan yang dewakampung ingin tanya, kalau PAS bertanding tidak pernah cukup kerusi parlimen bagaimana boleh mengatakan PAS lebih berkemanpuan untuk menjaga bangsa Malayu???, jangan perbodohkan lagi rakyat dengan retorik karut Tok Guru.


ALAHAI TOK GURU PAS??????

Wednesday 14 July 2010

Selangor dan PASIR

KENAPA HINGGA SEKARANg KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERDIAM DIRI HINGGA SANGGUP MENGANTUNG ADUN BARISAN NASIONAL YANG MEMBANGKITKAN ISU PASIR..ADALAH JELAS INI MENUNJUKKAN KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN PKR TIDAK TULUS DALAM ISU INI
YAB MENTERI BESAR SELANGOR APA KES INI??????
RAKYAT SELANGOR MENUNGGU JAWAPAN DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR?