KAMPAR BISKUT AYAM...merupakan satu produk makanan dan wakil tunggal untuk produk makanan ini ialah CHOY HEONG YUEN beralamat 14, Jalan Khoo Chong San Housing Trust, Ipoh, Perak, Malaysia.
Dari segi konsep jualan dan pengeluaran produk ini tiada apa kesalahan pun tetapi salahnya adalah dari segi nama AYAM itu sendiri dimana biskut ini kandungan/bahan utamanya adalah Daging BABI yang ternyata HARAM bagi umat Islam
Adalah amat menghairankan mengapa nama AYAM menjadi pilihan pengeluar???, adakah ini satu "method" jualan walau pun secara nyatanya Daging BABI adalah asas utama menghasilkan biskut ini.
Pada permukaan kulit produk ini ada tertulis perkataan " TIDAK DI-HALAL", mengapakah mesti ada suku kata "DI" sedangkan pengeluar boleh sahaja menulis "TIDAK HALAL" maka di sini mula timbul satu keraguan dan persoalan. Kita sedia maklum bahawa jumlah rakyat Malaysia mula mencecah 28 juta dan Umat Islam merupakan komuniti terbesar.
Rasanya tidak keterlaluan menyatakan ini merupakan satu bentuk penipuan terhadap Umat Islam di Malaysia agar memakan Daging BABI kerana kita sedia maklum bahawa rata-rata Umat Islam tidak akan kandungan dan tidak keterlaluan juga perkataan AYAM itu sendiri akan menarik Umat Islam membeli produk haram ini.
Seharusnya perkara seperti ini tidak boleh berlaku di bumi bernama Malaysia yang merupakan ISLAM sebagai agama PERSEKUTUAN.. Pihak berkuasa juga harus lebih peka dengan perkara seperti terutamanya Jabatan Agama Islam, KPDNKK dan tidak terkecuali Jabatan Kesihatan.
WALAU APA PUN ALASAN
AYAM TETAP AYAM
BABI TETAP BABI













Apa sudah jadi dengan muslimah ini???....jika mahu memakai pudrah..pakai yang yang benar-benar melambangkan Islam






