Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Thursday, 11 April 2013

BN Menjaga RAKYAT



Bagi Barisan Nasional (BN), manifesto pilihanraya adalah "AKU JANJI" ini sangat berbeza dengan pemahaman pembangkang dimana YAB Khalid Ibrahim telah GAGAL melaksanakan manifesto pilihanraya yang lepas

Apa yang jelas bahawa pembangkang terutama di Selangor telah GAGAL melaksanakan manifesto PRU - 12 hinggakan rakyat negeri Selangor telah menyaman Kerajaan PKR, ini sebagai bukti pincangnya mereka dalam mengurus negeri apakah lagi jika mahu menguruskan negara

JELAS MEMBUKTIKAN HANYA BARISAN NASIONAL SAHAJA YANG BOLEH MEMENUHI HARAPAN RAKYAT

Monday, 11 October 2010

Dr. Chua Soi Lek Harus Buat Kerja

Dewakampung melihat desakan YAB Perdana Menteri, yang mahu parti MCA berkerja keras bagi memastikan mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA dan BN berterusan agar mencapai kemenangan ada rasionalnya. Pemimpin MCA harus berusaha memastikan masyarakat Cina bersama-sama dengan kerajaan bukan hanya memohon duit dari Kerajaan Pusat tetapi tidak pernah memberikan sokongan pada kerajaan ini merupakan satu bentuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Dewakampung melihat pemimpin MCA harus bertanggungjawab sepenuhnya diatas apa yang berlaku sebagai contoh dalam dua pilihnaraya kecil iaitu di Parlimen Hulu Selangor & di Sibu termasuk Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas dimana perutukkan dan permintaan telah diberikan tetapi sokongan kepada BN semakin merosok, persoalannya mengapa jadi demikian???

Pemimpin MCA yang melihat sokongan pada masyarakat Cina hanya melalui pemberian wang dan projek sahaja dapat menarik semula sokongan masyarakat adalah satu kesilapan besar...sebenarnya kegagalan MCA memahami hati nurani masyarakat Cina serta gagal menyelesaikan masalah masyarakat Cina merupakan punca utama kegagalan ini. baca disini

Dewakampung juga mencadangkan agar pemimpin MCA memahami konteks perkongsian kuasa & pemuafakatan/perjanjian yang termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum membuat segala tuntutan yang tidak masuk akal. Jika pemimpin MCA dapat memahami Perlembagaan Persekutuan dengan baik serta mematuhinya, dewakampung amat percaya segala kekeliruan dapat diselesaikan bukannya sentiasa menuntut perkara yang bukan-bukan hingga kadang-kala menyebabkan ketengangan.

MCA juga harus memastikan serta menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan oleh DAP kepada kerajaan tetapi apa yang mendukacitakan MCA lebih banyak mendiamkan diri...apabila ini terjadi masyarakat Cina akan beranggapan bahawa setiap lemparan tuduhan itu adalah benar...satu persoalan kepada MCA dimanakah sikap tanggungjawab pada kompenan BN???.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (Presiden MCA) juga harus berusaha untuk memulihkan krisis parti yang telah berlaku selama 11/2 tahun kerana apa yang jelas krisis ini merupakan faktor mengapa masyarakat Cina menolak kepimpinan MCA. Disini perkiraan yang boleh dibuat cukup muda bagaimana hendak membimbing kalau kepimpinan Parti sendiri mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan,

Apa yang jelas MCA harus menunjukkan keikhlasan untuk bersama-sama YAB Perdana Menteri dalam membangunkan negara mengikut konsep 1Malaysia yang bertujangkan kepada Rukun Negara & Perlembagaan Persekutuan....MCA harus ingat keikhlasan, kejujuran dan keterbukaan demi kompenan parti harus dibukti bermula dari sekarang

MCA harus berubah jika mahu sokongan

Tuesday, 23 March 2010

YB Yip Sun Onn, Exco Kerajaan Negeri Perlis & Surat Letak Jawatan

Dewakampung agak terperanjat dengan tindakan YB Yip Sun Onn yang telah menulis surat meletak jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi Perlis. Adalah difahamkan punca utama YB Yip Sun Onn meletak jawatan kerana tidak dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Perlis. Tindakan yang dilakukan oleh YB Yip Sun Onn ini menunjukkan beliau seorang yang gila kuasa dan pangkat serta sangat tidak matang. Adakah ini tujuan utama YB Yip Sun menjadi wakil rakyat iaitu mahu menjadi Exco Kerajaan Negeri Perlis??.

Dewakampung berpendapat YB Yip Sun Onn harus memperbetulkan niat beliau, bahawa untuk berbakti kepada rakyat tidak semestinya menjadi Exco Kerajaan Negeri Perlis. YB Yip Sun Onn juga harus berterima kasih kepada YAB Menteri Besar Perlis kerana telah memberi peluang kepada beliau menjadi wakil rakyat selama sepenggal, perlu difahamkan hanya ada dua kerusi ADUN bagi MCA telah diperuntukkan dalam pembentukkan Kerajaan Negeri Perlis.

Sikap YB Yip Sun Onn ini tidak matang serta sangat mementingkan diri sendiri, dewakampung merasakan MCA harus mengambil tindakan kepada YB Yip Sun Onn kerana sikap kebudak-budakan beliau....dengan apa yang berlaku YB Yip Sun Onn sebenarnya tidak layak bergelar yang berhormat kerana tidak menjiwai rakyat.
Datuk Ong Tee Keat (Presiden MCA), menyatakan terdapat perjanjian 2008 berkaitan rombakan Exco negeri Perlis membabitkan wakil tunggal parti itu pada pertengahan penggal. Persoalannya adakah YB Yip Sun Onn tidak ketahui tentang perkara itu @ kepimpinan MCA sendiri gagal menjelaskan perjanjian itu. baca disini
Kepimpinan MCA juga harus bertanggungjawab dengan apa yang berlaku..kerana jelas YB Yip Sun Onn adalah dari MCA....dewakampung ingin mencadangakan jika YB Yip Sun Onn meletak jawatan maka sudah pastinya berlaku pilihanraya kecil...maka calon yang sesuai adalah dari UMNO.
MAKA KOMPENAN DALAM BARISAN NASIONAL WAJIB MENERIMANYA