Showing posts with label Pendidik. Show all posts
Showing posts with label Pendidik. Show all posts

Saturday, 25 May 2013

Asal Usul Melayu


Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa Melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ...ini.

Bangsa Melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian bertukar/terkenal dengan JAWA) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. 'Hilang' kerana 'saudara' mereka dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.

Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w.,

“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”

Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa Melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat.

Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka.

“Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”

Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka.
 

Turut Baca Disini

Tuesday, 4 September 2012

Maruah Negara Di Cabul BERSIH

Puak pembangkang kata depa tidak suruh tukar bendera tapi di benarkan untuk bawa semasa perhimpunan Malam JANJI BERSIH....sah putar alam lagi..pakat kena kencing jee la Rakyat Malaysia. Lagi satu jika mereka benar-benar tidak membenarkan mengapa penganjur tidak melarang atau menghalang semasa penyokong BERSIH ini menayangkang bendera ini.....Ini adalah bukti bahawa maruah negara tidak di sanjung oleh puak-puak pakatan pembangkang

Tuesday, 19 June 2012

Kekayaan Luar Biasa, Mereka Masih Berdiam

Puak dua orang di dakwa mempunyai kekayaan luar biasa, So pihak berkuasa tolong siasat..baca disini
tetapi agak menghairankan mengapa mereka berdua ini masih berdiam diri yea

Thursday, 19 January 2012

UPSI di Hina Kali Kedua



Adam Adli Bin Abdul Halim sekali lagi telah memperlekehkan UPSI dengan menyatakan seharusnya beliau di pecat dari universiti berkenaan bukannya di gantung dan dengan angkuhnya pelajar yang berusia 22 tahun ini mendakwa beliau tidak di buang kerana pihak UPSI merasakan beliau masih lagi penting.


Amat mendukacita apabila ruang & peluang yang diberikan oleh pihak UPSI tidak di hargai oleh Adam Adli malah beliau sedang memikirkan bagaimana golombang hura-hara yang dimulakan ini akan terus menjadi huru-hara. lihat disini


Adam Adli berkata sepanjang tempoh pergantungan ini beliau akan terus menjelajah, berceramah dan berdialog ke seluruh negara sepanjang tempoh penggantungan ini, tetapi apa yang penulis hairankan bagaimana seorang pelajar yang berusia 22 tahun ini mempunyai bergitu banyak duit untuk pusing ke seluruh negara atau ada pihak yang menaja si Adam ini akan terus melakukan keadaan huru-hara kepada negara.


Kisah Adam ini mahu pusing seluruh negara untuk berceramah dan berdialog seakan sama dengan kisah bagaimana seorang manusia yang juga keliling negara untuk menceritakan kehebat liwat beliau,,,persamaan kaedah ini menujukkan bahawa Adam Adli ini di sokong oleh pihak-pihak tersebut.l

Saturday, 16 October 2010

PERMATA dihina Pembangkang

Dewakampung melihat apabila Bajet 2011 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kepada program PERMATA adalah satu cara untuk kerajaan memberikan perhatian kepada pembangunan Modal Insan dimana melalui program ini anak-nak perwaris bangsa akan menikmati kebaikan hasil dari ketulusan kerajaan persekutuan yang bergitu sayang kepada anak-anak muda yang merupakan perwaris negara.

Adalah amat menyedihkan apabila peruntukkan RM 111 juta untuk program PERMATA ini telah dihina oleh pembangkang terutama oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ini menujukkan kurang matangnya pemikiran pemimpin PAS

Jika kita pergi dengan lebih mendalam Peruntukan sebanyak RM 111 juta itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Ini merupakan satu perancangan rapi pihak Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Modal Insan dan merupakan permulaan awal menyediakan manusia berguna untuk negara.

Dewakampung turut melihat program ini akan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum termasuklah anak-anak pemimpin pembangkang yang menuduh serta memfitnah program PERMATA ini.


Apabila pembangkang menolak program PERMATA ini membuktikan bahawa pembangkang tidak mahu anak-anak pewaris negara ini menikmati satu sistem pembelajaran yang tersusun & teratur. Ini juga membuktikan bertapa jengkel serta cetek pemikiran pemimpin pembangkang berkenaan pembangunan Modal Insan. Dewakampung melihat ini berlaku kerana pemimpin pembangkang hanya pandai memberi duit judi kepada masyarakat Islam
satu pertanyaan kepada PAS..mengapa tidak respon kepada duit judi di Pulau Pinang itu,,,sebaliknya mempertikaikan program yang memberi keuntungan kepada negara, agama serta anak bangsa?????

Wednesday, 25 August 2010

Apa Sudah Jadi Kepimpinan Mahasiswa MMU Melaka

14hb Julai 2010, Multimedia University Melaka telah mengadakan pilihanraya kampus dan pertama kalinya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mempertandingkan kerusi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar untuk dipilih oleh pelajar hasil dari keputusannya, 9 kerusi dimenangi oleh calon bukan Melayu dan 5 kerusi lagi dimenangi oleh calon Melayu. Apa yang agak menghairankan bagaimana pilihan raya kampus telah diadakan dalam keadaan kelam kabut serta format pilihan raya yang tidak dimaklum kepada mahasiswa. Dewakampung difahamkan juga terdapat bantahan telah dibuat oleh persatuan pelajar telah ditolak oleh pihak HEP. baca ini

Dewakampung dimaklumkan oleh sahabat dari MMU Melaka bahawa YB Gavin Clement Fernando (Exco MPP Melaka 08/09) telah dipecat dari MPP MMU Melaka 08/09 oleh Mohd Hafidz Osman (Presiden MPP Melaka 08/09) kerana mencuri laptop Dinesh Tiagaraja (Exco MPP Melaka 08/09). Pemecatan ini dibuat oleh Hafiz kerana Gavin didapati bersalah mencuri laptop rakan MPP sendiri dan kes itu berlaku di pejabat MPP.

Dewakampung berasa hairan dengan sikap HEP MMU yang boleh membenarkan seorang bekas MPP yang dipecat untuk menjadi Presiden... dewakampung turut melihat adakah Pengarah HEP MMU ini buta atau segaja membutakan diri.

Satu lagi yang agak menarik dengan pemilihan Presiden MPP MMU oleh pihak HEP bagaimana seorang Presiden dikelilingan perempuan boleh memimpin???...Adakah perkara yang dipersetujui oleh HEP . lihat disini

Semakin keliru dengan kepimpinan universiti sekarang

Tuesday, 30 March 2010

Nik Aziz dan Kisah Dr. Rosli

Orang Penting PAS yang perkahwinan tidak mendapat restu keluarga dan dikejar oleh Bapak Mertua

Benar Tuan Guru Tidak Pernah Minta Jawatan Tetapi Tuan Guru Gagal menjaga Anak Buah Yang Tidak Mendapat Restu Keluarga

ADAKAH INI CARA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM????
Kepada Pengundi Hulu Selangor buatlah pilihan yang bijak demi Alif, Ba & Ta

Tuesday, 19 January 2010

ProM UMT & ProM UM apa bezanya

Dewakampung agak hairan dengan tindakan Pro-Mahasiswa (ProM) apabila menjemput Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas (Mafrel) untuk hadir memantau perjalanan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) pada kali ini. Ini menujukkan seolah-olah ProM tidak mempercayai pihak pentadbiran Universiti, jadi jika tidak percaya mengapa masih lagi bernaung denagan UM

Jika ProM menyatakan sistem pengundian elektronik (e-undi) tidak tulus mengapa ProM boleh menguasai dan memang dalam piliharaya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan menang besar. baca disini

Adalah jelas menunjukkan ProM Universiti Malaya (UM) sangat takut dengan sisten e-undi ini, siap menjemput Mafrel pada pilihnaraya kampus...Jelas menunjukkan bahawa ProM UM bukanlah sebuah persatuan mahasiswa yang kuat untuk membela nasib mahasiswa UM dan kemungkinan besar ProM UM pada tahun ini tidak sehebat ProM UM tahun lepas yang ternyata hingga menyebabkan TNC HEPA tunduk kepada ProM pada tahun lepas....taniah diucapkan pada ProM UM tahun lepas.

Dewakampung melihat kaedah menjemput Mafrel hadir pada pilihanraya kampus seakan sama dengan kaedah yang dibawa oleh pembangkang semasa pilihanraya umum dengan menyatakan sistem pilihanraya tidak tulus maka alasan yang sama turut digunakan pakai oleh ProM UM. tengok ini
Dewakampung turut melihat ProM telah mengunakan "Deception Strategy" seperti terdapat dalam teori peperangan Jeneral Sun Tzu's pada pilihanraya kampus, maka dewakampung menyeru agar mahasiswa lari dari kaedah yang diguna pakai oleh ProM ini.
Apabila ProM menjemput Marfel sebagai pemerhati maka ProM turut mengunakan satu lagi teori Jeneral Sun Tzu's iaitu "Strategy Of Turning Disadvantages Into Advantages" bermaksud cuba mengubah sesuatu situasi dari memihak kepada Penggerak Mahasiswa kepada ProM dan ini merupakan teori popular yang selalu digunakan dalam kancah peperangan. Maka dewakampung sekali lagi menyeru agar mahasiswa kampus perlu bijak melihat setiap kaedah yang diguna pakai agar tidak terperangkap dengan permainan politik ProM.

Tuesday, 29 December 2009

Kisah Tuan Guru dengan Setiausaha Nya


Dewakampung agak hairan apabila kontrak orang kanan Menteri Besar tidak disambung...bukankah jawatan Setiausaha Akhbar & Politik umpama kaki dan tangan kepada Menteri Besar???.

Semasa menonton siaran Buletin Utama di TV3 di rumah pada 29hb Disember 2009, dewakampung agak terperanjat apabila Tuan Guru kita mengucapkan perkataan CELAKA kepada blog yang menyiarkan peletakan jawatan Setiausaha Akhbar & Politik Tuan Guru.

Disini timbul ketidak fahaman dalam diri dewakampung apabila Tuan Guru yang disayangi mengucapkan perkataan CELAKA...emmmm boleh ke Ulama mencarut???, atau ini satu kaedah teguran dalam Islam??

Dewakampung semakin keliru dengan Tuan Guru yang disayangi

Tuesday, 3 November 2009

Profesor menyatakan UMNO Pengumpul Sampah!!!!!

Didalam Laman Web Rasmi PAS iaitu HarakahDaily.Net seorang profesor undang-undang yang menyatakan pelawan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kepada Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mamasuki UMNO umpama pengumpul sampah dan barang lusuh seperti mana berlaku di Perak, Kedah dan waktu ini di Selangor. rujuk disini

Dewakampung melihat seharusnya profesor berkenaan tidak sepatutnya menyatakan demikian kerana sebagai seorang cendiakawan beliau seharusnya tidak mencampuri urusan politik serta haruslah bersikap rasional jika mahu mengeluarkan kenyataan setaraf dengan kelayakkan beliau sebagai profesor. Apabila diteliti, itu adalah hak Khir Toyo untuk menawarkan atau tidak sesiapa sahaja untuk memasuki UMNO/BN. Disini adakah Profesor ini merasa cemburu apabila beliau tidak dipelawa memasuki UMNO.

Sedarkah Profesor berkenaan jawatan yang diterima sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta pencapaian akademi hingga ke tahap PHD adalah hasil diperjuangan UMNO/BN yang memikirkan nasib akan rakyatnya, bukan niat dewakampung untuk mempertikaikan Profesor berkenaan tetapi kenyataan yang dilemparkan oleh Profesor ini seolah-olah menunjukkan beliau bukan seorang yang tahu mengenang budi. Tindakan Profesor ini umpama meludah ke atas keluarga sendiri anologi yang ingin dewakampung berikan "jika si ayah telah membesar serta memberi kita didikan yang sempurna tetapi apabila kita dewasa & berjaya kita menghina pula ayah kita, bukakah itu satu sikap yang kurang ajar???? dan jika ini berlaku harus ditanam" semasa kecil lagi.


Kenyataan sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh, menunjukkan beliau sendiri adalah sampah dan bahan lusuh. Sukacita dinyatakan apabila bercakap lihat dahulu diri sendiri..........

Monday, 14 September 2009

SERUAN KEPADA PEMUDA-PEMUDI


Ayuhai Pemuda Harapan Negara
Juga Pemudi Harapan Negeri
Binalah Nusa Dengan Segera
Untuk Membakti Hak Peritiwi

Lupakah Saudara Masa Silam
Di Zaman Keperwiraan Yang Telah Layu
Bukankah Negara Dikenali Alam
Tentang Kemahsyuran Kerajaan Melayu

Masa Itu Ayuhai Saudara
Kemahsyuran Melayu Silang Gemilang
Semerbak Bau Nama Negara
Hingga Selalu Dagang Menjelang

Kedatangan Dagang Memang Bertujuan
Bukan Sahaja Hendak Berniaga
Tetapi Dagang Menjalankan Tipuan
Laksana Naga Kepala Tiga

Cubalah Tatapi Tawarikh Melayu
Di Zaman Sultan Mahmud Syah
Bukankah Pengkhianat Membuat CELAKA
Meramas Kedaulatan Negara Bertuah

Kini Kita Mesti Sedar
Ayuhai Juwita Harapan BANGSA
Jangan Leka Duduk Bersandar
Akhirnya Kita Lagi BINASA

Lihatlah Negeri Yang Telah Maju
Banyak Pemuda BERPENGETAHUAN TINGGI
Juga Pemudi sama BERSATU
Anak Bangsa Tak Canggung lagi

HIDUP MELAYU

DIPETIK DARI PUISI LAMA JUWITA - 1956

Saturday, 22 August 2009

Penduduk Permatang Pasir Perlu Lebih Bijak

Dewakampung melihat ada 10 perkara mengapa rakyat Permatang Pasair perlu menolak PAS dengan sebab yang amat kukuh antaranya:-

1) Hasrat Perdana Menteri adalah untuk selesaikan 6 bidang utaama iaitu banteras jenayah, banteras rasuah, memperkasakan pendidikan, meningkatkan kualiti hidup, menyelesaikan prasarana asas dan memperbaiki sistem pengangkutan bertepatan dengan gagasan 1 MALAYSIA..Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan...diterima baik oleh semua.

2) Janji YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menjadikan Permatang Pasir ANAK EMAS Kerajaan Persekutuan jika BARISAN NASIONAL (BN) menang adalah satu peluang pertama dan terakhir yang wajar disambut baik oleh pengundi Permatang Pasir...belajarlah melalui kesilapan lalu dengan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang.

3) PAS tidak dihargai oleh DAP terutama Ketua Menteri Pulau Pinang Guan Eng, walau pun cuma ada satu kerusi di sini tetapi wakil PAS tidak dilantik menjadi Exco...jika janji baru dibuat di Permatang Pasir..macam mana??? kuota 10 Exco dah penuh....siapa yang bakal disingkirkan???kerusi Cina atau dua Exco Melayu?.

4) PAS telah dberi peluang selama 3 penggal di Permatang Pasir tetapi sayangnya tiada sebarang pembangunan dilaksanakan...kalau ada pun ianya adalah yang telah dilakukan oleh BN, maka atas dasar kebijaksanaan berilah pula peluang kepada BN untuk memastikan dapat permasalahan rakyat selesai.

5) Jika rakyat Permatang PAsir "terhutang budi" dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).. DSAI telah menjadi MP Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang...jika BARISAN NASIONAL menang kali ini...rakyat juga yang untung kerana DSAI sudah dapat & pembangunan pun dapat juga ini barulah dikatakan politik bijaksana.

6) Inilah peluang untuk pengundi Permatang Pasir menambah bilangan suara yang membela Agama Islam & Bangsa Melayu dalam DUN Pulau Pinang...bukti ditunjukan PAS sudah tidak boleh menjadi pembela kerana bersengkongkol dengan DAP...PKR pula hanya menjadi Pak Turut...dulu kita dihormati walaupun GERAKAN yang menjadi Ketua Menteri...tapi selepas DAP memerintah kita dapat lihat suara Bangsa Melayu & Agama Islam semakin terpingir dan kedudukan Melayu semakin dinjak-injak.

7) Jika benarlah Guan Eng seumpama Khalifah Umar Ibnu Aziz (seperti yang dijaja oleh Mat Sabu) dan jika dia sebenarnya faham tentang perjuangan Khalifah Umar, tentulah Guan Eng dah lama menganut Islam..ini jangankan nak menganut Islam...semakin menghina Islam adalah..kononnya pernyataan mengikut Khalifah Umar hanya kenyataan politik yang menghina martabat Khalifah Umar dan juga Agama Islam.

8) Amar Makruf Nahi Munkar di Pulau Pinang hanya sekadar mainan politik dan kempen palsu untuk mengaburi mata rakyat bagi melindungi strategi licik DAP..apa yang pasti...judi, arak, perlacuran juga semakin bertambah..

9) Jika dilihat calon BN bernama Rohaizat ialah anak tempatan Permatang Pauh, lulusan agama SM AGAMA AL- MASHOOR dan juga UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) seorang profesional muda yang bersama kepimpinan UMNO membantu membela rakyat Permatang Pauh sejak tahun 1996.

10) Kita lihat pula calon Pembangkang...SALEH MAN..orang Tasek Gelugor telah 6 kali bertanding dalam pilihanraya tapi sayang semuanya kalah...Jika kali ini SALEH MAN menang...akan timbul persoalan mengapa penduduk Permatang Pasir perlu memilih orang yang ditolak oleh tempat lain.

FIKIR-FIKIRKAN DEMI KEBAIKAN PERMATANG PAUH

Thursday, 9 July 2009

PPSMI & Konsep 1Malaysia


Pada hari ini YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah mengumumkan berkenaan penggunaan PPSMI dan pemasuhan ini adalah secara berperingkat dan akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, pemasuhan ini adalah berasaskan kajian dan terdapat beberapa kekurangan. Tetapi dewakampung percaya Parti Pembangkang akan menyatakan itu usaha mereka dan ini adalah karut sama sekali kerana Parti pembangkang hanya bercakap sahaja tanpa membantu kerajaan dalam bersama-sama membuat kajian.

Jika kita lihat dengan jelas ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri, beliau menyatakan PPSMI tidak gagal sepenuhnya dan ada pelajar yang mendapat faedah hasil dari PPSMI dan Tahniah diucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia terutama Ketua Pengarah kerana berjaya mempertahankan PPSMI selepas dikecam oleh pelbagai pihak.

Cadangan awal wujud dasar PPSMI, merupakan satu niat murni kerajaan mahu mengangkat pelajar-pelajar Malaysia dan ia merupakan satu peluang meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjanji untuk memantapkan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar Malaysia dengan menambah bilangan guru sebanyak 13 ribu orang dan manambah jadual waktu belajar Bahasa Inggeris.

Maka disini dewakampung menulis kembali ucapan Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO berhubung isu ini:

"Mansuhkan PPSMI dan tingkatkan usaha pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dengan kaedah yang diperbaiki adalah bukti kerajaan sentiasa mengkaji sesuatu dasar agar menguntungkan rakyat.

Terpenting ialah dengan perubahan yang dibuatkan ini maka Bahasa Malaysia akan sentiasa dimartabatkan dan pada ketika yang sama Bahasa Inggeris akan terus dimantapkan.

Bahasa Melayu adalah suatu alat terpenting bagi perpaduan rakyat negara ini selaras dengan gagasan One Malaysia.

Peranan ini mesti diteruskan.. Pengumuman ini adalah baik untuk pelajar di luar bandar dan pinggir bandar.

UMNO Johor sejak dari mula lagi telah tidak bersetuju dengan PPSMI."

Pembangkang jangan kata ini atas sebab usaha mereka kerana perubahan dasar ini adalah setelah kajian terperinci kerajaan dengan pelbagai pihak.

Pelajar dicadangkan menguasai bahasa ketiga samaada arab, mandarin atau tamil.

Ini penting bagi mewujudkan generasi bercirikan glokal yang tidak hanya hebat dipentas lokal malah berjaya di arena global."

Wallahhualam. Ini yang dikatakan "RAKYAT DIDAHULUKAN, PERCAPAIAN DIUTAMAKAN" taniah kepada Kerajaan kerana menunaikan apa yang dislogankan

Wednesday, 1 July 2009

Adakah Ini Cara Idris Ahmad Bodek Mursyidul AM PAS

Dewakampung melihat satu kenyataan bodoh yang dinyatakan oleh Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS) iaitu sejarah membuktikan cadangan Parti PAS untuk bersemuka dengan UMNO melalui siri debat gagal kerana penolakan pihak UMNO. Ustaz Idris Ahmad turut menyatakan UMNO menolak cadangan Mursyidul AM PAS untuk berdebat membuktikan parti UMNO tidak mempunyai hujah untuk berdebat dan takut bersemuka dengan pemimpin PAS rujuk disini.

Dewakampung turut melihat Ustaz Idris Ahmad ini sangat angkuh dan bukan seorang pemimpin yang baik untuk Bangsa Melayu Beragama Islam serta seluruh rakyat Malaysia kerana selaku Ketua Penerangan PAS beliau perlu lebih memahami yang mana digalakkan dalam Islam Berdebat atau Muzakarah?, rasanya selaku Ketua Penerangan untuk Parti yang memperjuangkan Islam Ustaz Idris Ahmad harus memahami atau Ustaz Idris Ahmad sahaja buat tidak faham kerana bertujuan membodek Mursyidul AM PAS demi menjaga "survival" politik Idris Ahmad dalam PAS...kerana itulah resam dan adat orang politik?

Nampak sangat dalam PAS berlaku huru-hara dimana sejarah membuktikan Mursyidul AM PAS tidak senada dengan Presiden & Timbalan Presiden PAS manakala Pemuda PAS sendiri tidak senada dengan Nik Aziz. Presiden, Timbalan Presiden & Pemuda PAS sendiri tidak bersetuju dengan debat dan lebih menjuruskan kearah Muzakarah. Jelas membuktikan Ketua Pemuda PAS sendiri, Nasrudin Hassan lebih bersikap rasional dan matang dalam berpolitik kerana dapat membezakan apa yang penting untuk Bangsa Melayu Beragama Islam lihat disini. Adakah ini masih lagi tidak difahami oleh Nik Aziz??, Apakah susah sangat sangat hendak faham..


Dewakampung merasakan kaedah muzakarah ini harus disuburkan kerana itu yang digalakkan dalam Islam...apabila budaya ini berjaya dibuat barulah isu Kafir UMNO tidak timbul, Nik Aziz tidak cakap UMNO komunis, Nik Aziz tidak ucap UMNO Ayah Pin dan lain-lain perkataan yang tidak seharusnya diucapkan oleh pemimpin yang memperjuangkan Islam lebih-lebih lagi bergelar Ulama. Dewakampung tidak pernah mendengar Bangsa Cina DAP mengutuk dan menghina Bangsa Cina MCA...tidak malukah pemimpin PAS??..Adakah ini diajar oleh Islam??.. Bagaimana orang bukan Islam hendak memeluk Islam kerana Ulama sendiri tidak mengajar pengikut PAS sendiri bercakap baik dan mulia...

Hairan dengan Ulama dan parti yang perjuangkan Islam.


Wednesday, 10 June 2009

Mustafa Ali Tolak Perpaduan Melayu

Hari ini dewakampung agak teperanjat dengan kenyataan dan desakan Mustafa Ali yang mahu semua pihak dalam PAS menghentikan segera bercakap soal Kerajaan Perpaduan bersama UMNO. Mustafa Ali meluahkan kenyataan yang tidak menjurus ke arah perpaduan Melayu boleh dilihat dengan nyata dalam HarakahDaily.net. Jelas menunjukkan Mustafa Ali tidak mahu orang Melayu bersatu hingga sanggup mendakwa AJK PAS Pusat tidak bersetuju dengan idea tersebut dan lebih mendukacitakan Mustafa Ali sanggup pula melawan Tuan Presiden PAS sendiri, ini satu lagi bukti menunjukkan Mustafa Ali tidak mempunyai sikap setia kepada pemimpin.

Dari kenyataan penuh Mustafa Ali telah membuktikan beliau tidak mempunyai semangat sayang pada bangsa Melayu dan seharusnya ahli-ahli PAS menolak beliau dari menjadi pemimpin tertinggi dalam PAS kerana dewakampung merasakan ramai lagi pemimpin PAS yang lebih layak dari beliau dan lebih penting sayang pada Bangsa Melayu dan Agama Islam.

Persoalan disini mengapa Mustafa Ali susah sangat berbaik dengan UMNO yang seagama dan sebangsa. Adalah amat melucukan apabila Mustafa Ali lebih cenderung untuk bersama-sama dengan DAP yang terang-terang menolak Islam. dewakampung berani membukti kenyataan yang dinayatakan oleh Karpal Sing sendiri seperti keratan dibawah

Adalah jelas membuktikan Mustafa Ali mempunyai sikap yang sama seperti Husam dimana lebih suka bersama dengan kelompok erdogoan yang lebih mirip kepada perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim. Persoalan disini PAS semakin hilang arah dan semakin lari dari tujuan asal penubuhan?

Tuesday, 31 March 2009

Politik & Guru adakah berbaloi



Saya melihat Cadangan membenarkan Guru bergiat aktif dalam politik harus dikaji dengan lebih mendalam sebelum dilaksanakan kerana ia boleh memecahbelah warga pendidik serta kemungkinan besar akan menghasut para pelajar sekolah ini terjadi apabila seorang Guru sangat taksub dengan parti tertentu yang disokong.

Jika pada masa sekarang pun terdapat segelintir guru yang taksud dengan parti tertentu hingga telibat dalam kempen pilihanraya apakah lagi apabila kelonggaran diberi. Saya percaya pelajar sekolah pun akan turut dipolitikkan apabila Guru terbabit tidak bersikap profesional.

Sukacita diingatkan disini bukan semua Guru menyokong kerajaan apa yang jelas dalam perlaksanaan Pembelajaran Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut ditentang oleh segelintir guru ini berdasarkan pengalaman penulis semasa menghadiri jemputan ceramah di salah sebuah sekolah di Lembah Klang sedangkan sebagai penjawat awam seharusnya melaksanakan setiap dasar yang diputuskan oleh kerajaan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Seharusnya Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat perkara ini dari aspek positif dan negatif sebelum mengeluarkan kenyataan kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Harap Naib Presiden UMNO menpertimbangkan kembali cadangan tersebut