TUN M, menyatakan punca kepada permasalahan yang berlaku pada negara masa kini
HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Showing posts with label Tanah. Show all posts
Showing posts with label Tanah. Show all posts
Wednesday, 8 May 2013
Wednesday, 1 May 2013
HUDUD Bukan Agenda PAS Lagi
Kepimpinan PAS sanggup mengadaikan perjuangan mereka demi menuju ke Putrajaya hingga sanggup mengadaikan perjuangan HUDUD dan Negara Islam semata-mata untuk bersama DAP dan PKR malahan lebih mendukacitakan PAS boleh melebal kepimpinan UMNO kafir.......satu persoalan siapa sebenarnya yang menjual ISLAM????
Location:
Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Thursday, 18 April 2013
Selamatkan Pulau Pinang
Rakyat Penang yang bangkit menentang pentadbiran Lim Guan Eng pasti akan membuka mata rakyat Malaysia yang sebelum ini terpedaya dengan kata-kata pemimpin ‘Ultra-Kiasu’ dari DAP itu yang kononnya ingin mencontohi pemerintahan ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’.
Ini kerana saban hari semakin ramai rakyat Pulau Pinang yang telah mula sedar, bangkit mengadakan bantahan terhadap kepimpinan mereka. Terdahulu sekumpulan belia Penang yang terdiri dari kaum Cina dan India telah berhimpun dan berarak bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung keputusan kerajaan negeri untuk membina projek terowong mega dasar laut.
Dianggarkan hampir 10,000 rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai ‘Himpunan Penyatuan Rakyat’ yang membantah pentadbiran Guan Eng yang dilihat GAGAL membela nasib rakyat yang semakin tersepit sejak lima tahun lalu.
Persoalan yang bermain diminda rakyat Penang ketika ini ialah, kenapa perlu bina terowong baru sedangkan Jambatan Pulau Pinang Kedua masih lagi belum beroperasi? Apakah ini satu cara untuk kayakan kroni-kroni DAP Penang?
Tambah menghairankan ialah, DAP yang selama ini berpegang kepada idealism ‘sekular’ masih lagi gagal menjelaskan dakwaan berkenaan projek terowong dasar laut bernilai RM8 billion itu, yang dilaksanakan tanpa tender terbuka.
Ia secara tidak langsung membuktikan persepsi rakyat yang merasakan wujud kegiatan rasuah, nepotisme dan kronisme dalam pemberian tender projek tersebut. Malah majoriti rakyat merasakan projek tersebut tidak mendatangkan sebarang manfaat tambahan, kerana pada ketika ini rakyat di Pulau Mutiara itu amat memerlukan rumah kos rendah.
Ditambah dengan kesesakan trafik, kerajaan negeri sepatutnya tidak kalut untuk membina ‘tunnel’. Mereka sepatutnya selesaikan dahulu masalah-masalah utama yang mencengkam denyut nadi rakyat sekiranya benar-benar ingin mencontohi pemerintahan khalifah Islam.
Ini tidak, baru sepenggal menerajui kepimpinan negeri, mereka pakat kalut membuat projek mega yang dilihat bakal menggangu pelabuhan dan bentuk geografi bahagian pulau tersebut yang dikhuatiri boleh menenggelamkan negeri tersebut.
Yang lebih menarik, ketika Anwar pakat sibuk ceramah di setiap pelosok negara untuk memansuhkan tol, DAP selaku sekutu akrab membuat keputusan untuk mengenakan tol bagi projek terowong mega dasar laut itu. Malah ketika ditanya berhubung isu tol tersebut, Guan Eng dengan nada ‘selembu’ menyalahkan kerajaan persekutuan.
Sungguh pelik dan menghairankan. Mereka yang memutuskan untuk membuat projek mega, dan mereka juga yang memutuskan untuk mengenakan bayaran tol tetapi kerajaan BN/UMNO yang dipersalahkan.
Inilah yang dinamakan sandiwara pakatan pembangkang yang hidup atas dasar pembohongan dan penipuan. Walaupun semakin ramai yang telah sedar, namun masih ada dikalangan pencacai yang enggan menerima fakta dan hakikat sebenar.
Oleh yang demikian, jangan terperanjat sekiranya suatu ketika nanti, pakatan pembangkang pimpinan Anwar mengatakan 1 + 1 bersamaan dengan 4, akan ada dikalangan pencacai yang akan berdiri dan mengatakan ia betul. Ini kerana walaupun sedar jawapan yang diberikan itu adalah salah, namun disebabkan taksub, mereka terpaksa menerima penipuan dan pembohongan itu sebagai fakta sebenar.
Kepada rakyat Pulau Pinang, bersatulah untuk #SavePenang #UbahPenang dan #TolakDAP.
Location:
Bayan Lepas, Penang, Malaysia
Monday, 15 April 2013
General Kedai Kopi atau Kolonel Papan Kekunci - ZUL
Luahan Rakyat Malaysia Kepada Saya Melalui Email
Salah seorang bekas pengasas
Parti Keadilan Rakyat, Ng Lum Yong pernah merumuskan bahawa Pakatan Rakyat hanya
pandai menghasut penyokong-penyokong mereka agar merasa benci kepada kerajaan.
Sikap membenci kerajaan ini telah lama dipupuk oleh pimpinan Pakatan Rakyat
sehingga membutakan hati penyokong mereka untuk membezakan antara yang hak dan
yang batil. PAS juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan laba politik dari
isu di Sabah ini dengan mempersoalkan darjah “kesyahidan” wira-wira kita yang
gugur.
Baru-baru ini saya
menghadiri satu majlis akad nikah dan ketika menikmati jamuan saya terdengar
seorang pemuda lingkungan 30-an sedang asyik menghentam kerajaan. Saya tidak
ambil pusing sangat kerana perkara ini adalah normal dalam sistem politik
kepartian negara kita. Namun begitu selera saya sedikit terganggu apabila mereka
mula membahaskan tentang pencerobohan pengganas Kiram dan merumuskan bahawa apa
yang berlaku di Sabah telah dirancang oleh Kerajaan Barisan
Nasional.
Dalam negara menghadapi krisis
keselamatan yang paling hebat dewasa ini, saya merasa sangat marah melihat
segelintir rakyat yang mudah melempar tohmahan negatif kepada kerajaan dan
pasukan keselamatan kita. Setakat ini sepuluh orang anggota keselamatan kita
telah gugur di Lahad Datu dan Semporna. Adakah itu juga dirancang kerajaan? Air
mata yang mengalir pada waris-waris perwira negara yang gugur juga palsu
belaka?
Semua ini bertitik tolak daripada kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu Y.B Tian Chua yang mudah merumuskan bahawa apa yang terjadi di Sabah adalah rancangan jahat UMNO dan Barisan Nasional. Beliau telah didakwa di mahkamah atas kesalahan menghasut tetapi ini tidak mampu menutup mulut penyokong Pakatan Rakyat yang percaya dengan tohmahan ini. Media sosial digunakan dengan rakusnya untuk melemparkan pelbagai tuduhan pada pihak berkuasa khususnya Pihak Polis Diraja Malaysia. Kata-kata seperti “anjing UMNO” dan “mati katak” digunakan sewenang-wenangnya oleh segelintir rakyat terhadap pasukan keselamatan kita seolah mereka lebih tahu hal keselamatan negara.
Semua ini bertitik tolak daripada kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu Y.B Tian Chua yang mudah merumuskan bahawa apa yang terjadi di Sabah adalah rancangan jahat UMNO dan Barisan Nasional. Beliau telah didakwa di mahkamah atas kesalahan menghasut tetapi ini tidak mampu menutup mulut penyokong Pakatan Rakyat yang percaya dengan tohmahan ini. Media sosial digunakan dengan rakusnya untuk melemparkan pelbagai tuduhan pada pihak berkuasa khususnya Pihak Polis Diraja Malaysia. Kata-kata seperti “anjing UMNO” dan “mati katak” digunakan sewenang-wenangnya oleh segelintir rakyat terhadap pasukan keselamatan kita seolah mereka lebih tahu hal keselamatan negara.
Di manakah sensitiviti mereka
ini terhadap waris-waris pejuang kita? Perlu diingat juga bahawa Ops Daulat
masih lagi berjalan dan kenyataan-kenyataan biadap serta cemerkap ini mampu
meruntuhkan semangat pasukan keselamatan kita di sana. Seluruh rakyat perlu
sepakat di belakang kerajaan menentang dan mengutuk tindakan pengganas Kiram
menceroboh kedaulatan negara kita. Inilah masanya untuk kita menzahirkan rasa
patriotik kita terhadap Malaysia yang tercinta.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein semalam telah menyatakan bahawa kerajaan akan mengadakan
satu siasatan “white paper” bagi menyiasat setiap aspek pencerobohan oleh
pengganas Kiram ini termasuk mengenalpasti dalang yang merancangnya. Kerajaan
berdepan cabaran pertama pasca pemansuhan Akta Dalam Negeri 1960 yang sebelum
ini telah digunakan dengan berkesannya bagi menangani kegiatan subversif dalam
negara.
Krisis di Sabah akan beransur
pulih dan kehidupan rakyat di kawasan yang terbabit akan kembali normal sedikit
demi sedikit. Segelintir rakyat yang memberi komen biadap terhadap pasukan
keselamatan mungkin tidak langsung mengambil kisah tentang nasib dan juga isteri
dan anak-anak pejuang yang gugur. Mereka selesa menjadi General Kedai Kopi atau
Kolonel Papan Kekunci dan gemar berhujah berkenaan teori konspirasi. Biarkanlah
mereka, mereka jahil. Saya pulang dengan rasa yang diredam; menyedapkan hati ini
memikirkan yang majoriti rakyat Malaysia masih menyokong penuh perjuangan
pasukan keselamatan kita.
Zul Azry
Khalil
Taman Perindustrian Maju Jaya, Kuala Lumpur
Location:
Klang Valley, Malaysia
Wednesday, 10 April 2013
Tabung Perajurit Lahat Datu Dalam Akaun PAS, SPRM Mohon Siasat
SPRM Mohon Siasat
Pihak PAS telah melancarkan tabung kutipan bagi wira-wira negara di Lahat Datu, ini adalah satu usaha murni yang boleh di puji kerana wira negara yang telah terkorban mempertahankan negara. Pujian juga perlu di berikan kepada pihak "media prima" kerana terlebih dahulu melancarkan tabung kutipan bagi membantu serta meringankan bebanan keluarga wira-wira negara.
CUMA SATU PERSOALAN MENGAPA TABUNG WIRA NEGARA LAHAT DATU MASUK KE DALAM AKAU PARTI ISLAM SEMALAYSIA?????, bukankah lebih elok pihak PAS menwujudkan tabung khas untuk wira-wira lahat datu???
MOHON PENCERAMAH DARI KETUA PEMUDA PAS
Location:
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Sunday, 31 March 2013
Monday, 11 October 2010
Dr. Chua Soi Lek Harus Buat Kerja
Dewakampung melihat desakan YAB Perdana Menteri, yang mahu parti MCA berkerja keras bagi memastikan mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA dan BN berterusan agar mencapai kemenangan ada rasionalnya. Pemimpin MCA harus berusaha memastikan masyarakat Cina bersama-sama dengan kerajaan bukan hanya memohon duit dari Kerajaan Pusat tetapi tidak pernah memberikan sokongan pada kerajaan ini merupakan satu bentuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab.Dewakampung melihat pemimpin MCA harus bertanggungjawab sepenuhnya diatas apa yang berlaku sebagai contoh dalam dua pilihnaraya kecil iaitu di Parlimen Hulu Selangor & di Sibu termasuk Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas dimana perutukkan dan permintaan telah diberikan tetapi sokongan kepada BN semakin merosok, persoalannya mengapa jadi demikian???
Pemimpin MCA yang melihat sokongan pada masyarakat Cina hanya melalui pemberian wang dan projek sahaja dapat menarik semula sokongan masyarakat adalah satu kesilapan besar...sebenarnya kegagalan MCA memahami hati nurani masyarakat Cina serta gagal menyelesaikan masalah masyarakat Cina merupakan punca utama kegagalan ini. baca disini
Dewakampung juga mencadangkan agar pemimpin MCA memahami konteks perkongsian kuasa & pemuafakatan/perjanjian yang termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum membuat segala tuntutan yang tidak masuk akal. Jika pemimpin MCA dapat memahami Perlembagaan Persekutuan dengan baik serta mematuhinya, dewakampung amat percaya segala kekeliruan dapat diselesaikan bukannya sentiasa menuntut perkara yang bukan-bukan hingga kadang-kala menyebabkan ketengangan.
MCA juga harus memastikan serta menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan oleh DAP kepada kerajaan tetapi apa yang mendukacitakan MCA lebih banyak mendiamkan diri...apabila ini terjadi masyarakat Cina akan beranggapan bahawa setiap lemparan tuduhan itu adalah benar...satu persoalan kepada MCA dimanakah sikap tanggungjawab pada kompenan BN???.
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (Presiden MCA) juga harus berusaha untuk memulihkan krisis parti yang telah berlaku selama 11/2 tahun kerana apa yang jelas krisis ini merupakan faktor mengapa masyarakat Cina menolak kepimpinan MCA. Disini perkiraan yang boleh dibuat cukup muda bagaimana hendak membimbing kalau kepimpinan Parti sendiri mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan,
Apa yang jelas MCA harus menunjukkan keikhlasan untuk bersama-sama YAB Perdana Menteri dalam membangunkan negara mengikut konsep 1Malaysia yang bertujangkan kepada Rukun Negara & Perlembagaan Persekutuan....MCA harus ingat keikhlasan, kejujuran dan keterbukaan demi kompenan parti harus dibukti bermula dari sekarang
MCA harus berubah jika mahu sokongan
Monday, 16 August 2010
Balak,PAS dan Banjr
Hasil dari tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Kedah dewakampung melihat pihak Kerajaan Negeri Kedah Pimpinan PAS harus membayar ganti rugi kepada semua mangsa banjir di Sik dan Baling kerana apa yang jelas kejadian banjir ini disebabkan sifat dan sikap rakus pimpinan kerajaan negeri Kedah merompok hasil balak, kerana apa yang sedang berlaku kesannya diketahui oleh barisan kepimpinan kerajaan negeri Kedah.
Kejadian ini juga berpunca apabila projek pembalakan yang diluluskan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS....dan nyata apa yang berlaku di Kedah telah pun lama berlaku di negeri Kelantan juga dipimpin oleh PAS hingga beberapa batang sungai tercemar kerana aktiviti pembalakkan ini.Pada Sabtu lepas, ramai penduduk di Sik dan Baling menjadi mangsa banjir dan terpaksa dipindahkan akibat rumah mereka dinaiki air dan dilanda banjir lumpur kesan daripada kerja pembalakan di kawasan hutan yang diluluskan oelh kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS. Semasa berlakunya bencana itu terdapat juga rumah yang dirempuh oleh kayu balak...maka jelaslah membuktikan banjir di Sik dan Baling akibat kerakusan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS mengambil hasil bumi.
Menteri Besar Kedah Harus Bertanggungjawab Atas Isu ini
Thursday, 15 April 2010
PKR 1Isreal
YB Anwar Ibrahim pernah menuduh konsep 1Malaysia sama dengan 1Israel dan isu APCO juga turut melibatkan Israel, tetapi apa yang jelas hingga ke hari ini, dan saat ini Anwar Ibrahim masih lagi gagal menunjukkan bukti tuduhan yang telah beliau lemparkan kepada Kerajaan Pusat pimpinan YAB Perdana Menteri.Jika diteliti kenyataan YB Anwar Ibrahim semasa di Parlimen beliau secara sedar @ tidak telah mendedahkan Pakatan Rakyat sebenarnya yang mengamalkan konsep 1Israel. Rakyat juga sedia maklum bahawa YB Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang akrab dengan pemimpin USA dan Austarlia yang kedua-dua negara ini merupakan pelindung kepada negara Israel. Ini boleh dilihat apabila ahli Parlimen Australia menuntut Kerajaan Malaysia jangan meneruskan kes perbicaraan liwatnya....jadi apakah maksud disebalik tuntutan ini?????
Jika diteliti lagi, tujuan YB Anwar Ibrahim membangkitkan isu APCO adalah untuk menutup isu lain khas kes liwat beliau yang masih lagi belum dibicarakan di Mahkamah, punca perbicaraan ini belum bermula kerana Anwar Ibrahim kerap kali melakukan tundaan perbicaraan maka YB Anwar Ibrahim bersama-sama puak-puaknya memainkan isu APCO dengan meluas dikalangan rakyat Malaysia agar mewujudkan persepsi dikalangan rakyat bahawa Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri ada hubungan baik dengan negara Israel.
YB Anwar Ibrahim telah menuduh YAB Perdana Menteri & isteri mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Altantunya namun selepas 3 kali YAB Perdana Menteri bersumpah di tiga tempat berbeza maka barulah fitnah tersebut tidak dijadikan isu oleh puak-puak pembangkang, maka isu APCO yang dikatakan berfungsi menasihati YAB Perdana Menteri berkenaan konsep 1Malaysia dijadikan modal untuk memburukkan Kerajaan Pimpinan YAB Perdana Menteri serta bagi meraih kemenangan di Parlimen Hulu Selangor.
YB Anwar Ibrahim juga masih tidak lagi melakukan sumpah berkenaan kes liwat beliau walaupun didesak oleh banyak pihak.....jadi satu kemuskilan minda berlaku dikalangan rakyat Malaysia bahawa YB Anwar Ibrahim suka menyembunyikan perkara ini????....jadi adakah YB Anwar Ibrahim ini layak menjadi Perdana Menteri.
Isu pembelian kapal selam dan jet yang merupakan perkara penting dalam mempertahankan negara dari diceroboh oleh pihak asing juga dijadikan bahan fitnah oleh pembangkang dan apabila rakyat mula sedar hasrat murni kerajaan, puak-puak pembangkang ini tidak lagi menjaja fitnah serta tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri.
APCO dikait dengan 1Israel bertujuan memperlihatkan Malaysia dengan isu keselamatan negara, serta YB Anwar Ibrahim dengan lantang menuduh terdapat perisikan Israel di Bukit Aman dan apabila Ketua Polis Negara meminta bukti dari YB Anwar Ibrahim hingga ke hari ini juga gagal mengemukkan bukti, ini merupakan satu pembohongan yang amat jelas. YB Anwar Ibrahim cuba memberi gambaran negara Malaysia sudah terancam dan tidak aman apabila PDRM dan JPM telah diresapi oleh pengganas Israel sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.
Isu liwat merupakan petanda hasrat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri akan berkecai jika disabitkan kesalahan maka akan berakhirlah politik Anwar dan beliau umpama sampah yang tiada nilainya.
Tuduhan Anwar Ibrahim hanya bersandarkan kepada persamaan perkatan 1Israel dengan 1Malaysia, bukannya satu fakta yang kukuh. Jika dilihat gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri turut merangkumi nilai-nilai murni seperti tawaduk, rendah diri, intergriti dan sebagainya yang merupakan asas kukuh kepada gagasan 1Malaysia.
Apa yang nyata 1Malaysia adalah gagasan yang memupuk perpaduan dalam kepelbagaian, tetapi belum tentu terdapat dalam 1Israel dan apa yang nyata tuduhan Anwar Ibrahim lemparkan kepada Kerajaan dan YAB Perdana Menteri umpama perangai masyarakat Yahudi.
Tuesday, 13 April 2010
Hadiah Kepada Rakyat Selangor oleh PKR

SELEPAS PKR MENAWAN SELANGOR, RAKYATNYA TELAH DIBERI HABUAN PROJEK
TERNAK BABI SENBAYAK RM 100 JUTA, JIKA PKR BERJAYA PULA DI HULU SELANGOR
BERAPA PULA PROJEK YANG HARAM DI MAKAN ORANG UMAT ISLAM AKAN
DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN PKR
Saturday, 27 March 2010
PKR Yakin Menang Hulu Selangor

Selepas kematian YB Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (Ahli Parlimen PKR Kawasan Hulu Selangor) yang meninggal dunia akibat penyakit Barah Otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras. Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 malam. Apa yang ingin dewakampung katakan YB Fuziah Salleh (Pengarah Pilihan Raya PKR) dan (Ahli Parlimen PKR Kawasan Kuantan) mendakwa bahawa parti itu akan mempertahankan kerusi Parimen Hulu Selangor selepas mencapai kemenangan 23,177 undi berbanding dengan calon Barian Nasiona merangkap Timbalan Presiden MICmendapat 22,979undi. Kenyataan YB Fuziah Salleh ini bergitu yakin bahawa PKR akan menang di kawasan Parlimen Hulu Selangor. baca disini
Dewakampung ingatkan kepada seluruh kepimpinan PKR bahawa parti itu sedang menghadapi krisis kepimpinan dan permasalahan yang besar...pendedahan YB Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen BEBAS kawasan Kulim) merupakan bekas orang kuat kepada Penasihat PKR telah berjaya membuka mata rakyat bertapa busuknya permainan politik PKR, maka tidak hairanlah mengapa PKR bergitu gah dimata PAS & DAP kerana hebatnya percaturan politik kotor PKR.
Tindakan Zahrain yang melabelkan YB Zulkifli Nordin sebagai ''anjing salakan BN'' dan lain-lain, serta berniat membuat solat hajat terhadap YB Mohsin. Termasuk membuat kenyataan bahawa mereka yang meninggalkan PKR telah ''dibayar oleh BN'' telah memperlihatkan akan apa yang didakwa oleh YB Zulkifli Nordin sebagai banyak kebenarannya. lihat disini.
Keadaan ini menunjukkan bahawa PKR tidak mempunyai kualiti kepimpinan yang baik serta tidak boleh menerima teguran dari pihak luar..adakah ini gaya kepimpinan berkesan yang akan dapat membantu rakyat di hari kemudian...dewakampung ingin tegaskan dengan beberapa isu-isu yang menyentuh sensitiviti Agama Islam dan Bangsa Melayu adakah layak PKR memerintah negeri Selangor???
Antara isu-isu besar yang berlaku semasa PKR memerintah Negeri Selangor seperti:-
1. Isu Kuil di Shah Alam
2. Isu Babi di Sepang
3. Isu Kalimah Allah SWT oleh ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam.
4. Isu Arak juga di Shah Alam
Jelas membuktikan kesemua isu ini telah melanggari Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara 3(1).....jadi adakah PKR masih lagi boleh menyatakan dengan bangga bahawa mereka masih boleh menang di Selangor teruatamanya kawasan Parlimen Hulu Selangor????...dewakampung turut menyeru kepada bakal pengundi di Parlimen Hulu Selangor agar jangan mengadaikan masa depan anda kepada parti yang belum tentu menjaga hak rakyat
Dewakampung ingatkan kepada seluruh kepimpinan PKR bahawa parti itu sedang menghadapi krisis kepimpinan dan permasalahan yang besar...pendedahan YB Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen BEBAS kawasan Kulim) merupakan bekas orang kuat kepada Penasihat PKR telah berjaya membuka mata rakyat bertapa busuknya permainan politik PKR, maka tidak hairanlah mengapa PKR bergitu gah dimata PAS & DAP kerana hebatnya percaturan politik kotor PKR.
Tindakan Zahrain yang melabelkan YB Zulkifli Nordin sebagai ''anjing salakan BN'' dan lain-lain, serta berniat membuat solat hajat terhadap YB Mohsin. Termasuk membuat kenyataan bahawa mereka yang meninggalkan PKR telah ''dibayar oleh BN'' telah memperlihatkan akan apa yang didakwa oleh YB Zulkifli Nordin sebagai banyak kebenarannya. lihat disini.
Keadaan ini menunjukkan bahawa PKR tidak mempunyai kualiti kepimpinan yang baik serta tidak boleh menerima teguran dari pihak luar..adakah ini gaya kepimpinan berkesan yang akan dapat membantu rakyat di hari kemudian...dewakampung ingin tegaskan dengan beberapa isu-isu yang menyentuh sensitiviti Agama Islam dan Bangsa Melayu adakah layak PKR memerintah negeri Selangor???
Antara isu-isu besar yang berlaku semasa PKR memerintah Negeri Selangor seperti:-
1. Isu Kuil di Shah Alam
2. Isu Babi di Sepang
3. Isu Kalimah Allah SWT oleh ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam.
4. Isu Arak juga di Shah Alam
Jelas membuktikan kesemua isu ini telah melanggari Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara 3(1).....jadi adakah PKR masih lagi boleh menyatakan dengan bangga bahawa mereka masih boleh menang di Selangor teruatamanya kawasan Parlimen Hulu Selangor????...dewakampung turut menyeru kepada bakal pengundi di Parlimen Hulu Selangor agar jangan mengadaikan masa depan anda kepada parti yang belum tentu menjaga hak rakyat
Salam Perubahan demi anak cucu
Saturday, 20 February 2010
Haji Hadi, Patriotisme & Campurtangan
Dewakampung berasa amat hairan dengan tindakan Anwar Ibrahim yang mahu campur tangan asing dalam kes perbicaraan liwatnya, dewakampung berpendapat Malaysia harus menjadi sebuah negara berdaulat serta tidak perlu campur tangan asing apatah lagi negara bukan Islam serta negara barat yang tidak mengetahui sistem perundangan negara ini atau mungkin persoalan liwat tiada masalah bagi mereka.Jika Anwar Ibrahim terlupa, dengan merendah diri dewakampung ingatkan kepada Ketua Pembangkang berserta penyokongnya yang negara tersebut pernah menyatakan polis bagi mewakili USA di Asia Tenggara serta negara tersebut pernah bersama-sama menghantar tentera untuk menyerang Iraq (merupakan sebuah negara Islam) yang telah dijajah oleh kuasa besar.
Tindakan Haji Hadi yang membantah campur tangan kuasa asing dalam sistem perundangan Malaysia harus dipuji ini membuktikan Haji Hadi mempunyai semangat patriotisme yang baik berbanding dengan Anwar Ibrahim. Tetapi agak hairan mengapa Nik Aziz tidak menyatakan apa-apa pendirian berhubung isu campurtangan dan bantahan dari Ahli Parlimen Australia. lihat disini
Hairan dengan pemimpin pembangkang yang lain mengapa mereka tidak menyatakan pendirian??....adakah pemimpim pembangkang lain bersetuju dengan campurtangan asing dalam sistem pentadbiran negara Malaysia??...Dewakampung melihat tiada erti tolak ansur jika kedaulatan negara cuba dicampuri oleh orang asing dalam apa-apa urusan negara sama ada kecil atau besar. Apakah lagi tindakan menjemput campur tangan asing merupakan pengkhianatan paling besar kepada Malaysia. Jelas campur tangan barat yang bukan Islam seakan-akan mahu mencemarkan maruah pemimpin negara Islam seperti mana berlaku pada negara Islam yang lain.
Tindakan YAB Timbalan Perdana Menteri yang membidas merupakan satu langkah berani pemimpin negara yang bergitu sayang kepada negara Malaysia dan itulah sifat sebenar pemimpin negara Islam yang berani mempertahankan maruah negara bukan seperti Ketua Pembangkang dan Penasihat DAP yang mahu legislatif mempengaruhi kedudukan hakim, ini jelas merosakan sistem negara Malaysia.baca ini
Sejarah dunia, membuktikan sesebuah negara akan dijajah jika campurtangan asing dijemput, antara negara yang telah dijajah seperti Iraq, Afganistan, Pakistan dan kejatuhan tamadun Melaka suatu ketika dahulu akibat dari campurtangan negara barat.
Mengapakah Anwar menafikan Saiful untuk mendapat keadilan...hingga sanggup menjemput campurtangan asing dalam kes liwat beliau,,,,jika Awar tidak bersalah mengapa perlu takut untuk berhadapan dengan kes perbicaraan ini dan mengapa Anwar mahu menggugurkan kes liwat ini dan mengapa Anwar mahu melengahkan kes liwat dan mengapa Anwar mahu menangguh lagi pembicaraan kes liwat..dan ini persoalan yang berlegar-legar didalam kepala dewakampung?????
Mengapakah Anwar menafikan Saiful untuk mendapat keadilan...hingga sanggup menjemput campurtangan asing dalam kes liwat beliau,,,,jika Awar tidak bersalah mengapa perlu takut untuk berhadapan dengan kes perbicaraan ini dan mengapa Anwar mahu menggugurkan kes liwat ini dan mengapa Anwar mahu melengahkan kes liwat dan mengapa Anwar mahu menangguh lagi pembicaraan kes liwat..dan ini persoalan yang berlegar-legar didalam kepala dewakampung?????
Monday, 14 September 2009
SERUAN KEPADA PEMUDA-PEMUDI

Ayuhai Pemuda Harapan Negara
Juga Pemudi Harapan Negeri
Binalah Nusa Dengan Segera
Untuk Membakti Hak Peritiwi
Lupakah Saudara Masa Silam
Di Zaman Keperwiraan Yang Telah Layu
Bukankah Negara Dikenali Alam
Tentang Kemahsyuran Kerajaan Melayu
Masa Itu Ayuhai Saudara
Kemahsyuran Melayu Silang Gemilang
Semerbak Bau Nama Negara
Hingga Selalu Dagang Menjelang
Kedatangan Dagang Memang Bertujuan
Bukan Sahaja Hendak Berniaga
Tetapi Dagang Menjalankan Tipuan
Laksana Naga Kepala Tiga
Cubalah Tatapi Tawarikh Melayu
Di Zaman Sultan Mahmud Syah
Bukankah Pengkhianat Membuat CELAKA
Meramas Kedaulatan Negara Bertuah
Kini Kita Mesti Sedar
Ayuhai Juwita Harapan BANGSA
Jangan Leka Duduk Bersandar
Akhirnya Kita Lagi BINASA
Lihatlah Negeri Yang Telah Maju
Banyak Pemuda BERPENGETAHUAN TINGGI
Juga Pemudi sama BERSATU
Anak Bangsa Tak Canggung lagi
HIDUP MELAYU
Juga Pemudi Harapan Negeri
Binalah Nusa Dengan Segera
Untuk Membakti Hak Peritiwi
Lupakah Saudara Masa Silam
Di Zaman Keperwiraan Yang Telah Layu
Bukankah Negara Dikenali Alam
Tentang Kemahsyuran Kerajaan Melayu
Masa Itu Ayuhai Saudara
Kemahsyuran Melayu Silang Gemilang
Semerbak Bau Nama Negara
Hingga Selalu Dagang Menjelang
Kedatangan Dagang Memang Bertujuan
Bukan Sahaja Hendak Berniaga
Tetapi Dagang Menjalankan Tipuan
Laksana Naga Kepala Tiga
Cubalah Tatapi Tawarikh Melayu
Di Zaman Sultan Mahmud Syah
Bukankah Pengkhianat Membuat CELAKA
Meramas Kedaulatan Negara Bertuah
Kini Kita Mesti Sedar
Ayuhai Juwita Harapan BANGSA
Jangan Leka Duduk Bersandar
Akhirnya Kita Lagi BINASA
Lihatlah Negeri Yang Telah Maju
Banyak Pemuda BERPENGETAHUAN TINGGI
Juga Pemudi sama BERSATU
Anak Bangsa Tak Canggung lagi
HIDUP MELAYU
DIPETIK DARI PUISI LAMA JUWITA - 1956
Monday, 7 September 2009
Keupayaan Kerajaan Selangor...Syabas Diucapkan
Dewakampung melihat kerajaan Negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang telah GAGAL menyelesaikan isu pemindahan kuil Seksyen 23 Shah Alam, Selangor ini telah membuktikan pembangkang tidak layak untuk menjadi pemerintah yang baik bagi sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian penduduk. baca ini.
Tidak dinafikan semasa pemerintahan Kerajaan Pimpinan Barisan Nasional (BN) memang ada berlaku permasalah yang melibatkan kuil @ tokong seperti di Nyalas Melaka tetapi kerajaan BN berjaya menyelesaikan masalah itu dengan baik serta tidak menimbulkan polimek serta rasa tidak puas hati dikalangan masyakarat berbiang kaum. Dewakampung melihat ini semua berpunca apabila Menetri Besar sendiri yang tidak mempunyai kekuatan dalam melaksanakan tugas kerana asyik sibuk berpolitik.
Apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam, Selangor segalanya berpunca dari YAB Khalid Ibrahim & Anwar Ibrahim sendiri, mereka seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan isu ini. Dewakampung amat hairan dengan Kepimpinan PAS Pusat atau PAS Selangor mengapa mereka hanya berdiam diri apabila sebuah kuil hendak dibangunkan dikawasan majoriti Melayu???, Adakah PAS sanggup membiarkan orang Melayu Beragama Islam ini menerima kesan langsung dari pembinaan kuil ini???, Dimanakah laungan perjuangan PAS yang selama ini memperjuangkan Agama Islam???, Adakah kerana sudah mabuk kuasa PAS sudah hilang punca??.
Semenjak Pakatan Pembangkang memerintah negeri Selangor berbagai-bagai isu telah timbul yang rata-ratanya melibatkan agama Islam disini dewakampung memberikan empat contoh isu besar yang melibatkan Orang Melayu Beragama Islam antaranya:-
1. Isu pembinaan kandang babi yang hampir mencecah jutaan Ringgit Malaysia di kawasan Sepang Selangor...Persoalan disini apa kejadahnya membina kandang babi di kawasan majoriti Bangsa Melayu Beragama Islam???..Sudah tiada kawasan lain ke dalam negeri Selangor???
2. Isu pemulangan arak yang dirampas oleh pihak berkuasa tempatan dikawasan Majoriti Orang Islam, apabila Exco Kerajaan Negeri (wakil dari DAP) telah mengarahkan agar arak itu dipulang hingga siap mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan ajaran Islam bahawa minum "beer" tidak salah sedangkan dalam Islam yang ''HARAM TETAP HARAM''walaupun kandungan akohol adalah sedikit???...dewakampung melihat kenyataan dan tindakan yang dicetuskan oleh Exco berkenaan seolah-olah menghina agama Islam & Orang Melayu.
3. Isu pengunaan wang zakat kepada orang bukan Islam, nasib baik dalam hal ini DYMM Sultan Selangor telah campur tangan..kalau tidak entah apa yang akan terjadi hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.
4. Isu terkini lagi sensasi berkenaan pembinaan kuil dikawasan Majoriti Orang Melayu Beragama Islam...satu persoalan yang dewakampung ingin bangkitkan sudah tiada kawasan lain ke di Selangor yang penduduknya majoriti orang India.
Apa yang dewakampung bangkitkan ini bukan soal perkauman tetapi ini soal hak penduduk peribumi serta ia ada melibatkan akidah...seharusnya Kerajaan Negeri Selangor pimpinan pembangkang harus lebih sensitif dengan sensitiviti sesuatu bangsa @ kaum di Malaysia sebelum melaksanakan sesuatu perkara kerana sejak akhir-akhir ini Kerajaan Negeri Selangor pimpinan pembangkang bergitu tidak menjaga soal-soal yang berkaitan dengan isu-isu sensitif.
Jika Kerajaan Negeri Selangor pimpinan pembangkang sensitif dengan masyarakat, dewakampung amat percaya tidak akan berlaku cetusan rasa marah dikalangan rakyat....tetapi apa yang jelas dewakampung ingin nyatakan KERAJAAN NEGERI SELANGOR PEMPINAN PEMBANGKANG TIDAK LAYAK UNTUK MEMERINTAH NEGARA INI KERANA SANGAT PINCANG. lihat ini
Sunday, 2 August 2009
Apa Perkaitan ISA dengan Isu kematian Teoh Beng Hock

Dewakampung melihat tindakan mengadakan perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menyebabkan rutin harian penduduk Kuala Lumpur serta menyebabkan peniaga mengalami kerugian besar akibat dari tindakan bodoh kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan parti pembangkang, apabila terpaksa menutup premis perniagaan masing-masing. Perhimpunan haram diadakan oleh kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan tujuan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Persoalan disini perlukah mengadakan demonstrasi hanya untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong dan tindakan pegawai Istana tidak menerima memorandum berkenaan adalah satu tindakan yang dibijak kerana perlukah untuk berhubung dengan Ketua Negara hingga menyebabkan orang ramai kesusahan, dimanakah prinsip keempat dan kelima rukun negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang & Kesopanan Kesusilaan?
Adalah lebih memalukan dan hina apabila pemimpin parti pembangkang sendiri turut terlibat dalam perhimpunan dan jangan pula menyatakan kerajaan dan pihak polis zalim apabila dikenakan tindakan undang-undang kerana yang salah tetap salah. Taniah diucapkan kepada R.Sivarasa (Presiden Parti Keadilan Rakyat) & Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Jawatankuasa Pas Pusat) kerana berjaya menghuru-harakan negara. Manakala kepada dalang yang telibat harus sanggup menerima segala hukuman yang telah diperuntukkan dalam undang-undang negara baca ini.
Selepas ini dewakampung amat percaya akan wujud pula demonstrasi lain bagi membantu membebaskan mereka yang terbukti bersalah??, Mengapakah Parti Pembangkang ini suka sangat mengadakan demonstari...adakah ini kerja wakil rakyat pembangkang hanya tahu demonstrasi...agak malang rakyat dikawasan tersebut kerana silap memilih wakil rakyat sebab sentiasa sibuk demonstrasi hingga kawasan sendiri tidak diurus dengan baik...bergitu dangkalnya pemikiran penyokong pembangkang...sedarkah pembangkang tindakan ini telah menyusahkan rakyat serta menjejaskan nama baik negara.
Dewakampung melihat tujuan utama demonstrasi ini adalah untuk mengalihkan pandangan politik terhadap kes liwat Anwar Ibrahim serta kes kematian Teoh Beng Hock yang cuba dibangkitkan oleh Unit Amal PAS, apa perkaitan ISA dengan kes kematian Teoh Beng Hock dan jelas Unit Amal PAS berniat jahat bertujuan membangkitkan perasaan marah serta menuduh kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dalam kes bunuh mendiang, sedangkan kes tersebut masih lagi dalam siasatan polis....hebatnya Unit Amal PAS apabila boleh menjatuhkan hukuman tanpa siasatan, jelas PAS suka menabur fitnah..Sedarkah PAS tindakan ini boleh menyebabkan ketegangan kaum dan apakah dosa mendiang hingga dipolitikkan sedemikian rupa???????
Satu persoalan yang masih belum dewakampung dapat hingga sekarang mengapakah pembangkang takut sangat kepada ISA...sedangkan akta yang sama turut diguna pakai di negara yang lain seperti Singapura dan USA...kalau dilihat Singapura itu diperintah oleh People Action Party (PAP) abang kepada DAP, jadi mengapa DAP diam pula apabila kerajaan Singapura menguatkuasakan akta tersebut??? fikir-fikirkan kepada umat Melayu
Persoalan kedua mengapa Bangsa Melayu yang menjadi majoriti berhimpun dalam perhimpunan haram itu hingga sanggup disembur air serta menerima gas pemedih mata dari pihak polis, dimana Orang Cina & India, adakah Orang melayu ini dijadikan boneka dalam setiap perhimpunan haram???..sedarlah wahai bangsa Melayu....dan mengapa pula Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kubang Kerian) menyatakan dengan bangga perhimpunan itu berjaya lihat ini, manakala Riduan (Mohd Nor Exco Dewan Pemuda PAS Pusat) mendakawa itu adalah keberanian rakyat???..bangganya mereka apabila bangsa Melayu di perkotak-katikkan dimanakah nilai sebenar pemimpin Islam????
Dewakampung tidak dapat membayangkan apabila pembangkang memerintah negara ini suatu hari nanti kerana amat yakin dan percaya rakyat Malaysia akan lari dibumi sendiri akibat dikejar penjajah disebabkan oleh pemimpin pembangkang yang selalu mencetuskan kesusahan, huru-hara, menggugat keamanan dan keselamatan negara...
Dewakampung tegaskan disini jangan aniaya kami rakyat Malaysia dengan perubutan kuasa politik pembangkang dan jangan tabur pasir dalam periuk nasi peniaga yang mencari makan dengan halal demi anak cucu-cicit kami.
Tuesday, 14 July 2009
Singapura dan Tanah di Selangor
Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor telah mencadangkan projek pembersihan Sungai Klang. Dewakampung melihat ini adalah satu projek yang baik untuk memelihara alam sekitar difahamkan kos pembersihan sungai Klang & Jaringan Sistem Pengankutan Awam Selangor bernilai RM 2 bilion dan merupakan satu angka yang sangat besar.
Satu persoalan yang timbul disini mengapa projek sebesar itu harus diberikan kepada syarikat dari Singapura sudah tidak adakah syarikat yang layak di Malaysia atau negeri Selangor untuk melaksanakan projek berkenaan. Hina dan buruk sangatkah syarikat di Malaysia atau negeri Selangor atau tidak cukupkah kepakaran dan teknologi yang ada, Mengapa tidak diberi peluang kepada syarikat di Malaysia atau negeri Selangor?. Dewakampung melihat Khalid Ibrahim telah melakukan pembaziran terhadap wang rakyat dan dalam masa yang sama telah menidakkan kepakaran anak tempatan khususnya dari negeri Selangor. Jelas menunjukkan Khalid Ibrahim bukanlah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana tidak sanggup memberi peluang kepada rakyat khususnya di negeri Selangor untuk menjalankan projek berkenaan.
Melihat dari kaedah perlaksanaan projek pembersihan Sungai Klang ia kelihatan menggadaikan tanah-tanah di sepanjang tebing sungai Klang. Ini kerana syarikat dari Singapura tersebut akan diberi hak (rights) untuk membangunkan kawasan-kawasan di sepanjang tebing sungai sejauh 6 km sebagai "trade off" pembiayaan pembersihan Sungai Klang, persoalan disini jika ini kaedah perlaksaan adakah masyarakat Melayu dan Bumiputra akan memiliki hartanah itu nanti...bukankah kaedah ini akan menyebabkan umat Melayu terpinggir di tanah sendiri dan adalah amat malang apabila anak jati Selangor dipinggirkan serta dinafikan hak oleh Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor secara terancang. Dewakampung menyatakan demikian kerana Melayu bernama Khalid Ibrahim ini meminta syarikat Singapura bersih sungai kemudian reward tanah rezab Melayu untuk dibangunkan kepada syarikat terbabit maka persoalan disini siapa yang untung??.
Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam Lantikan Khalid Ibrahim iaitu Tricia YeohKhalid Ibrahim ada melantik dua pegawai iaitu Low Siew Moi selaku Penasihat Kewangan dan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Menteri Besar Selangor dan difahamkan sehingga kini kedua-dua pegawai yang dilantik masih belum pun mengangkat sumpah menyimpan rahsia-rahsia kerajaan negeri, bukankah ini mendatangkan implikasi kepada Kerajaan Negeri Selangor??. Dewakampung amat hairan sudah tiada ke Pegawai-pagawai Melayu yang boleh memberi nasihat kepada Khalid Ibrahim? atau pegawai-pegawai yang dilantik Khalid Ibrahim ini mempunyai hubungan dengan syarikat dari Singapura??...Mengapa tiada nasihatkan Khalid Ibrahim supaya mengambil syarikat dari Malaysia???...
Adakah Singa Ini Akan Membaham Selangor...hanya Allah SWT sahaja yang tahumaka kita dapat melihat sejarah kembali jika dahulu "Singapura di langgar todak tetapi diera serba canggih kita akan melihat Selangor di baham Singapura".......
ITULAH HEBATNYA PEMIMPIN BERNAMA KHALID IBRAHIM!!!!!!!!!
Sunday, 12 July 2009
20 Ribu VCD & Tanah Kampung Buah Pala
Hari ini telah terbukti satu lagi kesepakatan tidak wujud dikalangan komponan Parti Pembangkang dimana sikap saling salah-menyalah amat jelas berlaku apabila R.S.N Rayer (Timbalan Pengerusi Pemuda Sosialis DAP negeri) dengan lantang menyatakan Anwar Ibrahim telah membuat janji kepada penduduk Kampung Buah Pala bagi menyelesaikan kemelut isu tanah. R.S.N Rayer turut menyatakan DAP ada membuat janji semasa pilihanraya yang lepas tetapi Anwar Ibrahim adalah pihak pertama yang membuat janji baca ini.Bagi dewakampung pula jelas menunjukkan pimpinan Parti Pembangkang tidak berupaya menyelesaikan isu tanah Kampung Buah Pala dan ini membuktikan Pakatan Pembangkang memang tidak layak untuk membentuk kerajaan, apakah lagi menguasai Malaysia kerana isu melibatkan negeri kecil seperti Pulau Pinang tidak mampu diselesaikan siap menghantar surat bantuan kepada Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan kemelut ini......Adakah ini sebuah kerajaan, jika tidak dapat selesaikan masalah serah pada pihak lain, kalau ini lah gaya dan corak pemerintahah DAP, nescaya akan lingkuplah negara Malaysia tercinta ini????
Adalah amat kelakar apabila Parti yang dikatakan mempunyai persefahaman tyang tinggi telah saling menuduh antara satu sama lain....dan selain itu, bukti jelas penduduk Kampung Buah Pala telah ditipu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP, maka adalah lebih elok Ketua Menteri Pulau Pinang meletak jawatan dan pulang ke Melaka.
R.S.N Rayer telah menyalahkan Tharmaraj yang merupakan Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana mengedarkan Cakera Padat Video Digital (VCD) lebih 20 ribu unit yang terkandung ucapan dan rakaman janji yang dibuat oleh pemimpin pakatan pembangkang. Dewakampung melihat R.S.N Rayer telah melahirkan kemarahan kepada Tharmaraj dengan menyatakan beliau tidak mempunyai tanggungjawab terhadap parti...sukacita diingatkan semasa Kerajaan BN memerintah DAP, PKR, PAS dan seluruh pakatan pembangkang hanya mencari salah sahaja tanpa usulkan cadangan...dan apabila sudah memerintah perkara kecil pun tidak boleh nak selesaikan.
Adalah amat hairan bagaimana isu tanah 999 tahun boleh diselesaikan dengan segera dan isu tanah di Kampung Buah Pala tidak boleh diselesaikan, siap menyatakan kerajaan negeri tidak mampu lagi ??, dewakampung semakin hairan dengan Parti pembangkang dan kepada Parti PAS masih tak nampak ke masalah yang berlaku, mengapa masih duduk dengan DAP?........sekadar bertanya.
Persoalan disini adakah benar apa yang Nik Aziz pernah ucapkan?????...dewakampung masih lagi berfikir berkenaan isu Tanah Kampung Buah Pala....dewakampung SAYANG PULAU PINANG!!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)







