HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts
Monday, 20 May 2013
Thursday, 16 May 2013
.Anwar terus jadi boneka Amerika, Israel, kata Dr Chandra .
Kawan Baik Anwar yang sama-sama memperjuangkan penubuhan Parti Keadilan Malaysia turut mengecam beliau, jika tidak benar dakwaan ini mohon saudara Anwar Ibrahim menjawab isu ini kerana rakyat Malaysia terutamantya orang Melayu Beragama Islam memerlukan jawapan.
Sunday, 12 May 2013
Senator Nalla, Senator Ezam & YB Anwar
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Umum PKR) wajib menunaikan janji beliau untuk menjadi pensyarah sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) serta GAGAL untuk menakluki Putrajaya menurut Datuk S Nallakarupan, bekas sahabat karibnya. Datuk Nalla turut mendakwa bahawa Anwar Ibrahim telah banyak kali berbohong dan perlu mengotakan apa yang di janjikan. baca disini
Dapat dilihat pada PRU-13 masyarakat cina turut di tipu oleh Anwar Ibrahim apabila menyatakan Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika berjaya menawan Putrajaya maka dengan itu masyarakat cina telah memilih pakatan pembangkang dengan menolak Barisan Nasional (BN) yang selama ini banyak berjasa kepada masyarakat cina.
Faktor penolakkan kepada BN turut disumbang dengan isu perkauman yang cuba di bawa oleh pembangkang khasnya DAP hingga boleh menjejaskan perpaduan yang selama ini di bina dengan amat susah payah pemimpin-pemimpin terdahulu keadaan menjadi lebi teruk apabila parti-parti Melayu tidak bersatu hati hinggakan sanggup menghina sesama Islam hingga menyatakan kafir, solat orang UMNO tidak sah dan lain-lain kenyataan yang mengelirukan serta memecahkan umat Islam di Malaysia. .Lebih mendukacitakan lagi apabila terdapat pemimpin PAS yang menyokong isu kalimah ALLAH dalam Bible atas desakan sekutu pakatan pembangkang iaitu DAP
Merujuk kepada penerangan Senator Ezam Mohd Nor bahawa PRU-13 ini membuktikan orang Melayu Islam memihak kepada UMNO dan BN serta sebagai BUKTI golongan ini telah mula menolak Anwar Ibrahim. Keputusan PRU-13 juga menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim telah GAGAL memaksimakan undi Melayu hinggakan terpaksa mengharapkan undi dari kaum Cina itu pun atas bantuan DAP dan permainan politik kotor dengan membawa Isu perkauman untuk menolak BN. lihat disini
Bukti kedua boleh dilihat apabila PKR mengalami kemerosotan kerusi parlimen dengan hanya menag 30 daripada 99 calon bertanding dengan pecahan kaum 16 Melayu, 9 Cina, 4 India dan 1 Bumiputra manakala yang benar-benar untung dalam pakatan pembangkang adalah DAP iaitu 38 kerusi daripada 58 yang di pertandingkan.
Location:
Kuantan, Pahang, Malaysia
Friday, 10 May 2013
Dewan Ulama PAS & DPMM Menentang Perhimpunan Anwar Ibrahim
Dewan Ulama PAS tidak meyokong tindakan yang di lakukan oleh Anwar Ibrahim dalam mengheret rakyat bersama-sama beliau mengadakan perhimpunan keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13)yang di menangi oleh Kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Mesej yang jelas telah di berikan oleh Datuk Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama PAS memohon agar kepimpinan dalam parti pembangkang menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan bukannya mengadakan perhimpunan hingga menganggu kestabilan pembangunan negara.
Gesaan yang sama turut di buat oleh Gabungan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menerima pilihan rakyat dan bagi DPMM tindakan membuat perhimpunan membantah keputusan PRU 13 boleh menjejaskan pelaburan negara serta merencatkan ekonomi ini secara tidak langsung memberi kesan kepada para peniaga
Datuk Badaruddin Abu Bakar selaku Pengerusi Persatuan Percetakan Melayu Malaysia mendakwa apa yang dimahukan komuniti perniagaan adalah suasana harmoni selepas pilihanraya. Apa yang lebih penting mereka perlu bersatu hati dalam terus membawa agenda pembangunan negara menuju negara maju menjelang Wawasan 2020
Jelas menunjukkan bahawa tindakan Anwar Ibrahim ini adalah lebih bersifat peribadi dalam mencapai hasrat beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun pada hakikatnya beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana di tolak oleh rakyat. Anwar Ibrahim juga tidak memikirkan kesan yang akan di hadapi oleh para peniaga dan perhimpunan ini sebenarnya boleh mencetuskan ganguan kepada ketenteraman awam. Dilihat juga pihak polis harus membuka kertas siasatan dengan segera dan mendakwa pihak penganjur secara terang telah melanggar undang-undang negara.
Tuesday, 30 April 2013
Sikap Teragak-Agak Anwar Ibrahim Akan Memakan Pakatan Rakyat
|
Pemimpin-pemimpin sepatutnya berkebolehan membuat
keputusan jitu, kemudian melaksanakannya tidak kiralah apa pun halangan yang
datang. Malang buat Pakatan Rakyat, "ketua umum" mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim
kini lebih kerap menunjukkan sikap beliau yang teragak-agak.
Tak perlu kita bincangkan
tentang keputusan untuk rakyat, sedangkan minggu lepas Anwar sendiri gagal
membuat keputusan jitu untuk dirinya sendiri. Ramai yang terkejut betapa Anwar
gagal membuat keputusan tentang kerusi mana yang beliau akan bertanding, yang
disusuli dengan tindakan "flip-flop" sebelum akhirnya beliau ambil keputusan
untuk terus mempertahankan kerusi Permatang Pauh.
Kenapa Anwar kerap
berbelah-bagi?
Sebenarnya beliau dikenali
sebagai seorang yang tidak pernah ada keputusan tetap, beliau lebih gemar
mendiamkan diri atau menghilangkan diri apabila sesuatu keputusan penting harus
dibuat. Respon beliau kepada kontroversi-kontroversi yang melanda pakatan
pembangkang, sebagai contoh penggunaan kalimah Allah, isu hudud, isu kepolisian
moral oleh PAS di Kelantan dan sebagainya adalah hanya berdiam
diri.
Anwar mungkin lebih gemar
jadi seorang pemerhati pada saat-saat getir sebegitu, namun Pakatan Rakyat bakal
menghadapi ujian yang sukar pada PRU13 ini, dan ramai orang bimbang dengan sikap
Anwar ini. Bukan kerana beliau seorang yang tiada kebolehan, tapi kerana beliau
tidak mampu membuat kata putus atau mempertahankan kepercayaan beliau (yang
kerap juga bertukar setiap kali).
Kini Anwar berhadapan
dengan masalah apabila ketua umum PKR sendiri dikritik oleh ahli-ahli parti
kerana calon-calon pilihan beliau hanya terdiri daripada rakan-rakan dan
sekutu-sekutu rapat beliau sahaja.
Kita juga bakal berhadapan
dengan seorang blogger pro-kerajaan yang mencabar Anwar di tempat sendiri pada
PRU13 nanti.
Nampaknya semakin ramai
yang berani mencabar Anwar kerana kelemahan beliau yang gemar menjaringkan gol
sendiri.
Tidak hairanlah kenapa
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang merasakan diri beliau layak untuk memegang
jawatan Perdana Menteri kerana calon PM Pakatan Rakyat adalah seorang yang
banyak kelemahan untuk menggapai cita-cita menggunung beliau menjadi PM
Malaysia.
Segala kekalutan dalam
Pakatan akan bertambah teruk menjelang tibanya PRU13. Keputusan tentang calon
harus segera dibuat dan polisi-polisi harus diperjelaskan kepada rakyat.
Berdasarkan rekod prestasi Anwar yang teruk, sebagai contoh beliau membelakangi
keputusan Pakatan untuk menutup loji nadir bumi Lynas dalam tempoh dua minggu
selepas melancarkan manifesto, kita pasti tidak ramai yang mengharapkan
kepimpinan yang kukuh dar beliau sekiranya beliau memegang jawatan
PM.
Semua ini memang nampak
seperti isu-isu kecil atau picisan, tapi fikirlah, adalah sikap sebegini akan
membawa kebaikan kepada negara seandainya Pakatan berjaya merampas
Putrajaya?
Pakatan pembangkang
dilihat menghampiri pilihanraya ini dengan kaedah yang sangat amatur, dengan
persediaan yang lemah, dengan masalah pemilihan calon yang jelas, dengan
polisi-polisi yang tergesa-gesa dan populis, dan mereka juga berada di bawah
telunjuk seorang pemimpin yang tidak pernah bersedia untuk memberikan komitmen
kepada apa-apa.
|
Location:
Pattaya, Chon Buri, Thailand
Friday, 26 April 2013
Manifesto Kencing Rakyat
Rakyat Malaysia akan menerima nasib malang apabila Pakatan Pembangkang Menang Dalam Pilihanraya Kali Ke-13 (PRU 13), Ini berdasarkan kepada janji manifesto pembangkang adalah sangat retorik dan tidak realistik....apa yang jelas pembangkang hanya pandai menabur janji dan menipu rakyat
Perkara ini boleh dibuktikan dengan kegagalan Kerajaan Negeri Selangor yang GAGAL menunaikan JANJI yang di laksanakan kepada rakyat Selangor seperti bantuan ibu tunggal, air percuma dan lain-lain lagi tetapi kejayaan paling besar Kerajaan Negeri Selangor adalah mengorek hasil bumi dengan penuh rancak, memperbanyakkan kedai urut & rumah pelacuran, mengarahkan penguatkuasa memulangkan kembali minuman keras (ARAK) yang di rampas dan membenarkan kalimah ALLAH SWT
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sunday, 21 April 2013
PRU-13: Seronoknya Mereka 'Berebut Kerusi'...
Sana sini heboh maklum tentang 'tabiat' rebut kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang pembubaran Parlimen semakin dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala pilihanraya' PRU-13 dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan 'rebut kerusi' mereka;
Parlimen Gelang Patah
Pertelagahan antara Ketua DAP Johor dan Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama Lim Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak lagi kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman tersebut. Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah, persoalannya, apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih memimpin Kedah selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat bergema!
Parlimen Bagan Serai
Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur Manuty diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini, PAS Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon PAS. Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu calon PKR malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.
Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai adalah kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada PRU-12, calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan sekutu mereka..?
Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah. Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? Dan di manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?
DUN Changkat Jering
YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR. PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah 'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai.
Untuk rekod, kerusi Changkat Jering sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B) Osman Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi ini.
DUN di Kedah
Kebuntuan sudah membarah dan terbaru, kes sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan, PAS Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS untuk menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya seperti 'melukut di tepian gantang'.....
Dalam permainan 'rebut kerusi', memang ada seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang. Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...
Sepakat membuka mata, mencelik minda..
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan sangat lemah!
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan rakus (PR) dan tamak kuasa!
Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini tidak diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh dan bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN untuk transformasi politik yang berkesan.
Demi agama, bangsa & negaraBN Pilihan Rakyat 1Malaysia |
Location:
United States
Friday, 19 April 2013
Sikap Teragak-Agak Anwar Ibrahim Akan Memakan Pakatan Rakyat
Pemimpin-pemimpin sepatutnya berkebolehan membuat keputusan jitu, kemudian melaksanakannya tidak kiralah apa pun halangan yang datang. Malang buat Pakatan Rakyat, "ketua umum" mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim kini lebih kerap menunjukkan sikap beliau yang teragak-agak.
Tak perlu kita bincangkan tentang keputusan untuk rakyat, sedangkan minggu lepas Anwar sendiri gagal membuat keputusan jitu untuk dirinya sendiri. Ramai yang terkejut betapa Anwar gagal membuat keputusan tentang kerusi mana yang beliau akan bertanding, yang disusuli dengan tindakan "flip-flop" sebelum akhirnya beliau ambil keputusan untuk terus mempertahankan kerusi Permatang Pauh.
Kenapa Anwar kerap berbelah-bagi?
Sebenarnya beliau dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ada keputusan tetap, beliau lebih gemar mendiamkan diri atau menghilangkan diri apabila sesuatu keputusan penting harus dibuat. Respon beliau kepada kontroversi-kontroversi yang melanda pakatan pembangkang, sebagai contoh penggunaan kalimah Allah, isu hudud, isu kepolisian moral oleh PAS di Kelantan dan sebagainya adalah hanya berdiam diri.
Anwar mungkin lebih gemar jadi seorang pemerhati pada saat-saat getir sebegitu, namun Pakatan Rakyat bakal menghadapi ujian yang sukar pada PRU13 ini, dan ramai orang bimbang dengan sikap Anwar ini. Bukan kerana beliau seorang yang tiada kebolehan, tapi kerana beliau tidak mampu membuat kata putus atau mempertahankan kepercayaan beliau (yang kerap juga bertukar setiap kali).
Kini Anwar berhadapan dengan masalah apabila ketua umum PKR sendiri dikritik oleh ahli-ahli parti kerana calon-calon pilihan beliau hanya terdiri daripada rakan-rakan dan sekutu-sekutu rapat beliau sahaja.
Kita juga bakal berhadapan dengan seorang blogger pro-kerajaan yang mencabar Anwar di tempat sendiri pada PRU13 nanti.
Nampaknya semakin ramai yang berani mencabar Anwar kerana kelemahan beliau yang gemar menjaringkan gol sendiri.
Tidak hairanlah kenapa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang merasakan diri beliau layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri kerana calon PM Pakatan Rakyat adalah seorang yang banyak kelemahan untuk menggapai cita-cita menggunung beliau menjadi PM Malaysia.
Segala kekalutan dalam Pakatan akan bertambah teruk menjelang tibanya PRU13. Keputusan tentang calon harus segera dibuat dan polisi-polisi harus diperjelaskan kepada rakyat. Berdasarkan rekod prestasi Anwar yang teruk, sebagai contoh beliau membelakangi keputusan Pakatan untuk menutup loji nadir bumi Lynas dalam tempoh dua minggu selepas melancarkan manifesto, kita pasti tidak ramai yang mengharapkan kepimpinan yang kukuh dar beliau sekiranya beliau memegang jawatan PM.
Semua ini memang nampak seperti isu-isu kecil atau picisan, tapi fikirlah, adalah sikap sebegini akan membawa kebaikan kepada negara seandainya Pakatan berjaya merampas Putrajaya?
Pakatan pembangkang dilihat menghampiri pilihanraya ini dengan kaedah yang sangat amatur, dengan persediaan yang lemah, dengan masalah pemilihan calon yang jelas, dengan polisi-polisi yang tergesa-gesa dan populis, dan mereka juga berada di bawah telunjuk seorang pemimpin yang tidak pernah bersedia untuk memberikan komitmen kepada apa-apa.
|
Location:
Sarawak, Malaysia
Sunday, 14 April 2013
Selamatkan KEDAH
Barisan
Nasional Kedah komited mendekati rakyat secara ofensif bagi memastikan misi
"Save Kedah" direalisasikan pada PRU-13 ini. 5 tahun pentadbiran Kerajaan PR di
Kedah gagal memberikan apa-apa impak namun dibebani dengan pelbagai masalah
umpamanya isu KUIN, pembalakan kawasan hutan simpan, kenaikan tarif air dan
kesukaran rakyat bumiputera menembusi tender projek.
Meniti
saat-saat semboyan PRU13 dibunyikan, PR Kedah ketika ini sedang berdepan dengan
masalah persefahaman dan pertelagahan kronik berkenaan pertindihan tuntutan
kerusi DUN mahupun Parlimen. Memeranjatkan, bukan sekadar berlaku perbalahan
dalaman PAS Kedah, tetapi pertelagahan 3 penjuru antara PAS v DAP v PKR.
PAS Kedah
Bergolak
Umum sudah
maklum tentang konflik berpanjangan antara MB Kedah, Ustaz Azizan dan Timbalan
Pesuruhajaya 1 PAS Kedah, Ir Phahrolrazi. Menghampiri PRU-13, puak-puak
penyokong dilihat melobi untuk memastikan pengaruh mereka masih kuat dan
difahamkan untuk 'menjatuhkan' Ustaz Azizan yang tetap bertegas untuk
bertanding. Dikhabarkan ketika ini, pelobian pengaruh antara puak penyokong
kedua-dua tokoh meruncing di beberapa kawasan DUN umpamanya di Alor Mengkudu,
Pengkalan Kundur dan beberapa DUN di Alor Setar dan Kuala Kedah. Perkembangan
semasa ini pasti meningkatkan kebarangkalian berlakunya sabotaj dan protes
sesama ahli PAS di Kedah.
PKR, DAP Tunjuk
Hebat
Ketua Umum PKR,
Anwar Ibrahim dengan lagak kebiasaannya mengumumkan calon kerusi Parlimen Alor
Setar dan Padang Serai adalah milik wakil PKR. Pengumuman ini mendapat reaksi
negatif dari Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik bahawa calon-calon dari PKR
adalah tidak sah. Ini kerana kedua-dua kerusi tersebut dituntut keras oleh DAP
Kedah. Begitu juga, di DUN Derga, Gurun, Bakar Arang dan Lunas, dikatakan sesama
PKR dan DAP bertindih tuntutan. Akibatnya, DAP dengan lantang menyatakan tidak
akan teragak-agak untuk meletakkan calon mereka dan bersedia berdepan
pertandingan tiga penjuru antara DAP-PKR-BN.
PKR Buat
Masalah Lagi
Jentera PAS dan
DAP di Kedah sudah 'lali' dengan kelemahan jentera PKR Kedah. Secara asasnya,
PKR Kedah tidak banyak membantu pentadbiran PAS dan dianggap oleh pihak akar
umbi sebagai lemah dalam aspek jentera pilihanrayanya. Namun, di sebalik
kelemahan PKR ini, dalam bab mengumumkan calon dan merebut kerusi di Kedah,
kelompok mereka adalah yang terawal. Pada ketika, DAP Kedah masih menunggu kata
putus pimpinan tertinggi, begitu juga kenyataan MB Kedah bahawa calon PAS hanya
diumumkan selepas Dewan Rakyat bubar, datang Anwar Ibrahim dengan yakin
melaungkan nama-nama calon PKR pada kerusi yang menjadi rebutan.Tidak cukup
dengan penyebaran di media maya tentang pergaduhan antara penyokong calon PAS
dan PKR di kawasan Alor Semadom.
Kemelut
meruncing yang berlaku sesama kelompok PR Kedah seharusnya dijadikan iktibar
rakyat 1Malaysia, terutamanya di Kedah. Rakyat wajar menilai ;
1) Apa makna
'Kerajaan Pakatan' ini? Heboh menjaja betapa kuatnya 'kesepakatan' mereka namun
isu pertelagahan melibatkan pertindihan kerusi dan 'menjatuh-melobi' pengaruh
cukup kritikal membelenggu 'pakatan' mereka. Padanlah 5 tahun pentadbiran
berdepan pelbagai isu, hendak membahagi kerusi pun cukup
lemah.
2) Kenapa
teruja mereka berebut? Masing-masing sedang selesa dengan pengaruh dan mahu
bertaruh kuasa serta menunjuk kehebatan sesama mereka. Akibatnya, lebih elok
berbalah. Rakyat sekalian, kelompok sebegini yang sedang alpa dalam kuasa
seeloknya diberikan pengajaran.
Sahabat di
Kedah,
5 tahun tempoh
panjang sudah melalaikan pimpinan dan jentera PR Kedah di pundak kuasa dan
pengaruh.
5 tahun tempoh
panjang sudah mematangkan rakyat penduduk Kedah melakukan penilaian
sebaik-baiknya.
5 tahun
mendatang, demi masa hadapan pada sebuah negeri berpotensi tinggi, pimpinan BN
semestinya Pilihan Rakyat Kedah.
Saturday, 13 April 2013
12 Dalil kesalahan-kesalahan Anwar yang dikupas oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady
1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah. Anwar Ibrahim : Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut. Uthman El-Muhammady : Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.
2. Persoalan Pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut; "Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan"(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality). Uthman El-Muhammady : Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik 'cahaya' dan 'lampu' itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu 'menyeberangi' sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya.
3. Persoalan Konsep Agama Adalah Universal Anwar Ibrahim : Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan. Uthman El-Muhammady : Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.
4. Persoalan Pendapat Dante, Penyair Kristian abad ke-14 Anwar Ibrahim – Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan 'Kuasa' tetapi juga dengan 'Akal'. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rush : Uthman El-Muhammady : Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi 'The Divine Comedy', karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali rd ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, 'Akal' semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi juga bergantung kepada kepercayaan 'Wahyu' dan 'Syariat'. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rush tidak bergantung kepada 'Akal' tetapi beriman kepada 'Wahyu' Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.
5. Persoalan Konsep Kebebasan Beragama VS Pluralisme Agama Anwar Ibrahim : Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara. Uthman El-Muhammady : Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.
6. Persoalan Firman Allah, 'Tidak Ada Paksaan Dalam Agama' Anwar Ibrahim : Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman 'tidak ada paksaan dalam agama', maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti. Uthman El-Muhammady :Tidak ada paksaan dalam agama' (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam. Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam 'freedom of conscience' (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.
7. Persoalan Konsep Menuju Kepada Yang Satu Anwar Ibrahim : Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran. Uthman El-Muhammady : Dalam Islam konsep 'Menuju Kepada Yang Satu' perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.
8. Persoalan Semua Kepercayaan Agama Adalah Sama Anwar Ibrahim : Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Uthman El-Muhammady : kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks Al Quran. Apabila diturunnya Al Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain ('muhaiminan 'alaih). Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.
9. Persoalan Perintah- Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims) Anwar Ibrahim : Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan. Uthman El-Muhammady : Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai 'wahyu'. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.
10. Persoalan Konsep Kebebasan Anwar Ibrahim : kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh 'pihak lain', terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang. Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat. Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan. Uthman El-Muhammady : Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara': Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara', maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara' maka ia perlu dijauhi. Sudah tentu bagi Muslimin, Syara' mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara' dan ijma', itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannyahendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.
11. Persoalan Syariat Islam Anwar Ibrahim : Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi. Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang 'pertembungan tamadun' yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan 'gendang purba' itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan. Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama(Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists). Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang Islamophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya. Uthman El-Muhammady : Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara' yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara' berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma', kerana terpengaruh dengan 'penemuan-penemuan' para pemikir, ini tidak dibolehkan.
12. Persoalan Jihad Anwar Ibrahim : Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam. Uthman El-Muhammady : Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.
Setelah membaca kupasan diatas,apakah pandangan anda mengenai Anwar Ibrahim dan LAYAK kah beliau menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti...?? .
Location:
Jakarta, Indonesia
Saturday, 6 April 2013
Tun M vs Anwar
Saya memang menunggu masa jer Tun Mahathir balas segala
tuduhan peribadi yang dilemparkan pembangkang terhadap beliau dan anak2nya. Hari
ini Tun dah balas !
Bukan setakat jawab tapi waktu sama Tun hentam balik .... memang TERBAIK dari Tun. Pukulan smash pembangkang dikembalikan dengan pukulan smash oleh Tun !
FITNAH
1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.
2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.
3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.
4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.
5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.
6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.
7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.
8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.
9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.
10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.
11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.
12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.
13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.
14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.
15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.
16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.
17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?
18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.
************************************************
Mungkin kucing keluarga pun akan dilantik jadi Menteri oleh Anwar hahahahaha ...
Mohon sesiapa dapatkan senarai KRONISMA yang dikeluarkan oleh Kerajaan dulu tuh. Kita tunjukkan pada orang Pas jenis orangnya yang mereka sanjung dan angkat sebagai pemimpin besar kerajaan PR.
Konon Hadi baru ni dakwa pemimpin2 PR semua BEBAS AMALAN RASUAH ?
Bukan setakat jawab tapi waktu sama Tun hentam balik .... memang TERBAIK dari Tun. Pukulan smash pembangkang dikembalikan dengan pukulan smash oleh Tun !
FITNAH
1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.
2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.
3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.
4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.
5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.
6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.
7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.
8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.
9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.
10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.
11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.
12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.
13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.
14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.
15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.
16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.
17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?
18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.
************************************************
Mungkin kucing keluarga pun akan dilantik jadi Menteri oleh Anwar hahahahaha ...
Mohon sesiapa dapatkan senarai KRONISMA yang dikeluarkan oleh Kerajaan dulu tuh. Kita tunjukkan pada orang Pas jenis orangnya yang mereka sanjung dan angkat sebagai pemimpin besar kerajaan PR.
Konon Hadi baru ni dakwa pemimpin2 PR semua BEBAS AMALAN RASUAH ?
sumber:-http://dinturtle.blogspot.com/2013/02/terbaik-dari-tun-mahathir-kronisma.html#.UV14wXYTxR0.facebook
Location:
Gopeng, Perak, Malaysia
Wednesday, 3 April 2013
Anwar Tiada Kuasa Tentukan Calon Kedah
PKR Sentiasa Bergelumang Dengan Masalah Kepimpinan
Baru sahaja kita menyaksikan bagaimana Anwar telah tidak dihormati di Kuantan di mana calon pilihannya yang diumumkannya sendiri telah diejek ahli PKR, kini kita melihat pula bagaimana Anwar hilang kawalan dan tidak mampu membuat keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak di dalam Pakatan Rakyat.
Ini dapat disaksikan dari perbalahan yang berlaku di beberapa tempat berkenaan kerusi pilihanraya. Antara insiden terbaru ialah di Kedah apabila DAP mengugut untuk bertanding secara ‘solo’ yang mungkin membawa kepada pertandingan tiga penjuru akibat kepimpinan negeri telah membelakangkan terus parti itu.
Lebih menyakitkan hati DAP Kedah ialah apabila Anwar sendiri, tanpa berunding dengan sesiapa telah dengan tidak semena-mena mengumumkan dalam satu ceramah di Kedah bahawa calon dari PKR, iaitu Gooi Hsiao Leung untuk bertanding di kerusi parlimen Alor Setar. PKR juga telah menamakan N.Surendran untuk bertanding di Padang Serai.
Ketidakpuasan hati DAP Kedah disuarakan oleh Ketuanya, Lee Guan Aik yang turut menegaskan yang beliau akan mempertahankan kerusi Kota Darulaman. Lee nyata kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan tertinggi parti. Tindakan kepimpinan PR yang membelakangkan DAP dan mengambil keputusan tanpa berbincang, menyerlahkan sikap Anwar yang kuku besi serta tidak berkeupayaan mengurus atau mentadbir parti. Malah, Anwar juga angkuh kerana enggan memberi sebarang komen mengenai isu ini tetapi hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Anwar, sepatutnya menjadi tonggak perpaduan kepada PR. Perlantikan beliau sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kononnya adalah kerana hanya beliau yang mampu menyatupadukan PAS dengan DAP. Namun, sebagai Ketua, Pemimpin Tertinggi dan bakal PM, pelik sekali apabila beliau tiada hak untuk memberi kata putus kepada PAS, DAP mahupun PR secara keseluruhan.
Kita lihat bagaimana Anwar langsung tidak mengambil peduli akan perbalahan dalam DAP sebelum ini, termasuk isu pemilihan CEC yang nyata menimbulkan kontroversi. Begitu juga dengan isu-isu yang melibatkan ekonomi negeri seperti pembalakan tidak terkawal di Kedah, terowong mega di Pulau Pinang dan berbagai-bagai lagi.
Anwar juga tidak berupaya untuk menyelesaikan perbalahan antara Kedah dan Pulau Pinang berkenaan isu jual beli bekalan air mentah. Malah, tidak mampu memberi sebaran komen pun walaupun isu tersebut berlarutan tanpa kata putus.
Apa yang jelas, daripada sebesar-besar isu yang melibatkan ekonomi negeri-negeri jajahan PR, kepada isu-isu yang melibatkan imej dan integriti parti mahupun isu kerusi dalam pilihanraya, sehinggalah sekecil-kecil isu seperti isu setempat dan skandal dalaman yang melanda parti, semuanya bagai berada di luar kuasa Anwar Ibrahim.
Oleh kerana pilihanraya akan berlangsung beberapa hari sahaja dari sekarang, kedudukan Anwar yang tampak lemah dan kabur ini membuatkan rakyat semakin cuak untuk memberi mandat kepada PR. Sekali gus bayang-bayang bakal Perdana Menteri PR yang sedia kabur bagaikan terpadam terus.
Ketiga-tiga parti di dalam PR nampaknya berjuang secara syok sendiri dan Anwar juga menjadi bakal PM yang syok sendiri. Masing-masing dibuai angan-angan berasingan serta berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa berpijak di bumi nyata.
Hari ini, DAP Kedah telah benar-benar tersinggung dan jika benar parti itu bertanding secara solo, maka tidak mustahil langkah tersebut akan menjadi trend bagi negeri-negeri lain yang turut memperlihatkan bagaimana ada saja perbalahan dan ketidakpuasan hati antara PAS, DAP dan PKR.
Hakikatnya, masalah ini berlaku kerana PR tidak mempunyai pemimpin tertinggi yang benar-benar berkuasa memberi kata putus dan kata putusnya dihormati. Bayangkan, bagaimana kita mengharapkan parti ini memerintah negara tanpa pemimpin yang pasti?
Location:
Pokok Sena, Kedah, Malaysia
Thursday, 28 March 2013
Menunggu Sesumpah Bersumpah
Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak
pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah
mubahalah seperti mana yang dituntut oleh berbagai pihak. Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari
Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala
Lumpur.
Acara tersebut akan turut
disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang, termasuk
beberapa tokoh agama luar negara. Ia
dijangka menjadi "BOM" untuk mematikan terus UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU 13. Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat
bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara
paksa.
Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman
Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu "SECARA PAKSA" telah membuatkan ramai pihak
pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk.
Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat
Saiful atas dasar rela?
Ini kerana itu di sini bukan isu "RELA @ PAKSA" tetapi "LIWAT @ TIDAK". Sekali pandang, ayat laman
Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat. Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang
sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT,
hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia
DAP.
Terdapat sindrom penafian yang
hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu
Parti Pakatan Rakyat. Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan
terbuka kepada pluralisme. Ini adalah
hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak
menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.
Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi
menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman
pluralisme dan liberalisme. Namun,
selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil
pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah
kawalannya.
Keputusan Anwar untuk bersumpah akan "KESUCIAN" dirinya
walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah
meragukan. Apatah lagi apabila desakan
untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan
alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’ dan berbagai-bagai alasan
lagi. Malah laman Suara PR juga turut
mengulangi alasan ini dengan berkata “SUMPAH MUHABALAH" ini, sebetulnya bukanlah
sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari
agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.”
Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar
bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, ‘telah terbiasa dengan
amalan tersebut sejak zaman-berzaman’.
Malah, kata penulis laman tersebut lagi, ‘orang Hindu juga percaya pada
sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut
bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.
Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari
telah pun bersumpah laknat pada 15hb Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya
sendiri yang kini berpaling tadah. Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan
kaabah. Tindakan Saiful benar-benar
memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.
Oleh itu, segelintir pengikut Anwar mungkin merasa gembira
dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru
tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu. Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua
perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang
memakan tuan.
Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai
sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa
sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa
Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.
Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar
penipuan semata-mata. Sekiranya Anwar
menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual,
serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka
sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang
sekolah sekali pun.
Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu
melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan.
Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika
beliau menghentikan segala lakonan tersebut.
Apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini
akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong. Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau
bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah
sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.
Location:
Limbang, Sarawak, Malaysia
Monday, 25 March 2013
Thursday, 21 March 2013
'Keanehan' PKR - Utusan
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya sebuah parti yang 'aneh'. Ia ditubuhkan bukan atas dasar perjuangan tetapi lahir berikutan perasaan tidak puas hati, marah dan kebencian berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998.Sejak tarikh berkenaan arena politik negara tidak lagi tertumpu kepada DAP atau Pas, biar pun kedua-dua parti itu jauh lebih berusia.
Percaturan politik pembangkang lebih berkisar kepada apa yang dirancang oleh PKR manakala DAP dan Pas akan bersetuju sahaja memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Ketika DAP dan Pas dilihat menjalin kerjasama yang cukup aneh berikutan perbezaan ideologi antara mereka, perjalanan politik PKR pula cukup 'aneh' tetapi penuh kepincangan. Berikut penulis paparkan antara 'keanehan' dan kepincangan tersebut:-
1. Paling Berkuasa Bukan Presiden = Semua orang tahu biar pun Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden namun beliau seolah-olah tidak ada apa-apa kuasa. Segala-galanya diuruskan oleh suaminya, Anwar. Apa juga isu berkaitan PKR amat sukar sekali kita hendak mendengar Wan Azizah memberikan ulasan atau membuat kenyataan. Beliau hanya tampil jika ada isu melibatkan suaminya.
Berikutan itu, orang ramai tidak pernah melihat Wan Azizah mempunyai apa-apa kekuatan atau kelebihan.
Apa yang mereka tahu, Wan Azizah hanya sekadar Presiden dalam catatan sebuah organisasi dan pernah melakukan pengorbanan terbesar dalam karier politiknya apabila meletakkan jawatan Ahli Parlimen
Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding. Sikap Wan Azizah inilah yang memungkinkan muncul desakan supaya beliau mengundur diri secara terhormat.
2. Berjaya menanam politik kebencian = Ini boleh dianggap kejayaan terbesar bagi PKR kerana pemimpin-pemimpin mampu memainkan peranan untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan BN. Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN diperlekeh dan dipersendakan. Tidak pernah sekali pun kita mendengar PKR memuji usaha-usaha kerajaan BN. Sebaliknya, apa kita sering dengar setiap usaha itu akan diperlekehkan dan kononnya mereka boleh melakukan lebih baik lagi. Lebih hebat mereka juga sering mendakwa apa yang dilakukan oleh BN menciplak idea mereka.
3. Parti pertama di Malaysia tiga beranak memegang jawatan penting dalam parti = Ini juga satu keunikan, selain si bapa, Anwar menjadi Penasihat, si ibu, Wan Azizah menjadi Presiden, si anak pula, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden. Jika keadaan ini berlaku dalam UMNO sudah pasti, parti itu akan diserang habis-habisan oleh pembangkang atas alasan mengamalkan nepotisme dan kronisme.
4. Masih kekal berpolitik, biar pun dikaitkan dengan kontroversi = Walaupun isu melibatkan pemimpinnya mencetuskan polemik ada antara melibatkan soal moral. Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak mempertahankan diri. Mereka begitu tegas menyatakan tidak bersalah dan apa yang berlaku ke atas mereka adalah konspirasi dan fitnah UMNO serta media arus perdana.
5. Berjaya mempengaruhi Pas untuk menjadi 'pak turut' = Inilah kehebatan PKR. Biar pun Pas ditubuhkan sejak 1951 dan mempunyai rekod politik yang agak hebat namun parti yang suatu ketika memperjuangkan negara Islam itu 'tunduk' kepada pengaruh politik PKR. Pemimpin-pemimpin PKR berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin Pas termasuk dalam kalangan ulama untuk mengikut rentak politik mereka sehingga Pas dilihat sanggup mengorbankan hatta prinsip perjuangannya semata-mata termakan janji berkuasa bersama PKR dan DAP. Malahan PKR juga berjaya memainkan peranan sehingga memungkinkan Pas yang suatu ketika dahulu menuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, bersedia berpeluk erat dengan DAP. Walaupun pemimpin-pemimpin DAP secara tegas menolak perjuangan negara Islam dan hukum hudud, namun PKR mampu memujuk Pas untuk bertolak-ansur dalam soal itu. Akhirnya Pas mengorbankan perjuangan negara Islam dan mengubah kepada negara berkebajikan.
6. Paling ramai pemimpin kanan keluar = PKR juga mencatatkan sejarah sebagai sebuah parti yang paling ramai pemimpin-pemimpin kanannya keluar parti. Pemimpin-pemimpin bukan ahli biasa tetapi sebahagian besar adalah kelompok yang bertanggungjawab memperjuangkan Anwar dan menubuhkan PKR. Mereka ini juga bersedia menentang habis-habisan kerajaan BN dan UMNO suatu ketika dulu semata-mata untuk mencapai matlamat politik PKR. Namun akhirnya dari semasa ke semasa, bukan kata pemimpin malahan wakil rakyat PKR juga turut meninggalkan parti itu selepas mendapati pelbagai kepincangan dalam parti berkenaan.
7. Mengajar rakyat demonstrasi jalanan = Sebelum tahun 1998, demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Bagaimanapun bermula pada tahun tersebut, demonstrasi jalanan seolah-olah menjadi 'senjata' baru kepada pembangkang yang diketuai oleh PKR. Dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini, pembangkang menjadikan pendekatan itu untuk membuat tuntutan mereka. Apa yang anehnya, DAP dan Pas berjaya dipengaruhi oleh PKR untuk turut serta biar pun mereka mengetahui kesan buruknya.
8. Kerajaan negeri pertama disaman kerana tak tunai janji = Kerajaan di bawah pimpinan PKR di Selangor menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini yang disaman kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya. Keadaan ini berlaku kerana PKR sememangnya parti yang pandai menabur janji. Inilah yang memungkinkan mereka meraih kemenangan agak besar dalam pilihan raya umum lalu. Namun begitu apabila kejayaan sudah dicapai segala-galanya janji hanya tinggal janji.
9. Pandai bercakap tetapi tiada pengetahuan = Satu 'kehebatan' pemimpin-pemimpin PKR ialah mahu mempolitikkan segala-galanya. Ia termasuklah juga dalam soal keselamatan negara. Ada pemimpinnya yang tidak ada pengetahuan mahu memberi ulasan, ia akhirnya mendedahkan betapa ceteknya pemikiran beliau dalam sesuatu perkara. Begitu juga apabila mudah membuat tuduhan dan tohmahan tanpa disertakan dengan bukti kerana apa yang penting ialah memburukkan kerajaan BN. Demikian beberapa catatan mengenai 'keanehan' politik penuh kepincangan PKR. Namun begitu seperti mana kata penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad, PKR tidak akan bertahan lama.Katanya, PKR bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar perjuangan atau bergantung kepada 'grass root' tetapi individu. ''Mereka perlu akui, PKR bergantung kepada Anwar, kalau Anwar tumbang maka berakhirlah riwayat politik PKR. ''Berbanding tahun 2008, kedudukan Anwar kini semakin tergugat. Beliau semakin ditolak oleh rakyat berikutan pelbagai isu yang melumuri diri beliau,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur. Menurut Ahmad Masrizal, pemimpin-pemimpin pembangkang lain amat mengetahui keadaan itu sebab itulah tiada kesepakatan siapa yang bakal menjadi Perana Menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Apa pun keadaannya adalah jelas, PKR semakin terhakis kehebatan politik putar belitnya. Dari semasa ke semasa kepincangan parti itu semakin terdedah dan inilah akibatnya apabila sebuah parti ditubuhkan semata-mata mahu merebut kuasa
Tuesday, 4 September 2012
Maruah Negara Di Cabul BERSIH
Puak pembangkang kata depa tidak suruh tukar bendera tapi di benarkan untuk bawa semasa perhimpunan Malam JANJI BERSIH....sah putar alam lagi..pakat kena kencing jee la Rakyat Malaysia. Lagi satu jika mereka benar-benar tidak membenarkan mengapa penganjur tidak melarang atau menghalang semasa penyokong BERSIH ini menayangkang bendera ini.....Ini adalah bukti bahawa maruah negara tidak di sanjung oleh puak-puak pakatan pembangkang
Monday, 9 July 2012
PKR Ingkar Surat Di Raja
Amat hairan apabila surat yang di keluarkan oleh Pejabat Duli Maha Mulia Yang Di-Pertua Besar Negeri Sembilan telah di ingkari oleh pihak Parti Keadilan Rakyat, ini jelas menunjukkan satu percubaan membawa Institusi Raja kancah politik.
Ini membuktikan PKR semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat hingga sanggup ingkari surat dari Istana...jelas membuktikan bahawa ini satu percubaan memburukkan Institusi Raja-Raja Melayu
Location:
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Tuesday, 19 June 2012
Kekayaan Luar Biasa, Mereka Masih Berdiam
Puak dua orang di dakwa mempunyai kekayaan luar biasa, So pihak berkuasa tolong siasat..baca disini
tetapi agak menghairankan mengapa mereka berdua ini masih berdiam diri yea
Friday, 20 January 2012
Saiful Harus Mendapatkan Hak
Peguam Negara harus memberikan ruang kepada Saiful agar kes liwat beliau menentang Anwar Ibrahim boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan demi mencari sebuah keadilan dan hak Saiful sebagai rakyat Malaysia seperti mana termaktud dalam Perlembangaan Persekutuan Malaysia.
Disini tidak timbul persoalan menghabiskan duit rakyat kerana Anwar Ibrahim sendiri telah menangguhkan perbicaraan mahkamah sebanyak 55 kali mengapa tiada pula yang menyatakan Anwar Ibrahim menghabiskan duit rakyat????,, tetapi apabila Saiful mahu membawa ke Mahkamah Rayuan timbul pula percakapan dan persoalan menghabiskan duit rakyat, bukankah itu satu diskriminasi dalam mencari satu kebenaran????.
Adalah amat menghairankan mengapa Peguam Negara tidak menjawab rayuan yang di mohon oleh bapa Saiful hinggakan beliau sendiri terpaksa menghantar sepucuk surat rasmi kepada Peguam Negara melalui Tetuan Zamri Idrus & Co sedangkan masa semakin suntuk untuk beliau mendapatkan keadilan. baca disini
Jika di teliti sepanjang tiga tahun kes ini berlangsung Saiful telah melakukan banyak perkara termasuk bersumpah di dalam masjid sama seperti mana YAB Perdana Menteri bersumpah mengunakan Al-Quraan dan kalimah keramat Yang Maha Esa. Tetapi Anwar Ibrahim hingga hari ini masih lagi tidak bersumpah seperti mengikut lunas-lunas dalam Islam.
Apa yang nyata sekarang Peguam Negara harus memberi hak kepada Saiful sebagai seorang warganegara Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan dan jangan sekali-kali Ybhg Tan Sri Abd Ghani Patail lupakan ('',)SALAM KEADILAN PADA YANG BERHAK
Subscribe to:
Posts (Atom)











.jpg)






