HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Thursday, 30 May 2013
TANDA PUTERA harus di tanyang pada umum
Wednesday, 15 May 2013
Obama Iktiraf Najib
Turut baca disini
Sunday, 14 April 2013
Selamatkan KEDAH
Saturday, 30 March 2013
Adakah Selangor Akan MUFLIS
Thursday, 12 July 2012
Sokong UMNO Kena Cerai
Friday, 13 January 2012
NAJIB & SKIM

YAB Perdana Menteri turut menyatakan, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman yang akan di beri melalui bank yang mengambil bahagian iaitu maybank, RHB Bank, CIMB Bank dan BSN.lihat di sini
Lebih menarik lagi pelabur akan menerima pendapatan secara bulanan iaitu sebanyak RM 134.00 sebulan tetapi jika membuat pinjaman sebanyak RM 5000.00 pelabur tetap akan memperolehi pulangan sebanyak RM 50.00 setelah di tolak bayaran pinjaman.
Jika ini puak-puak pembangkang tidak sokongtak tahulah nak kata apa tetapi percayalah akan ada wakil dari mana-mana parti pembangkang akan menyatatkan skim ini HARAM sama macam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).....
dewakampung sayang PM
Tuesday, 23 August 2011
Pelajar Sekolah Agama Kelantan Lahir Anak Luar Nikah - Apa Kata Tok Guru
Diharapkan Kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz merenung keislaman yang selama ini di perjuangkan oleh PAS dan Adakah Slogan Kelantan Generasi Membina Al-Quraan Menjadi Kenyataan atau sekadar propaganda untuk terus berkuasa
Thursday, 11 August 2011
Air Di Selangor Dimana Kesudahannaya????
Inilah Iklan Yang Dibazirkan Oleh Kerajaan Selangor
Wednesday, 3 August 2011
Khalid Ibrahim Buang Pegawai Melayu
Jelas menunjukkan pentadbiran Kerajaan PKR sanggup meletakkan pasir di perut nasi pegawai-pegawai penting dalam UNISEL seperti Rokmaa Mat (Pendaftar), Prof. Dr. Khalifah Othman (Dekan Fakulti Perniagaan) & Halid Hasbullah (Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat). Lebih yang menyedihkan kesemua pegawai yang di buang oleh Khalid Ibrahim ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam, ini merupakan satu penghinaan kepada profesional Melayu-Islam. baca ini
Sekali lagi menunjukkan cara pengendalian Khalid Ibrahim adalah amat zalim dan tanpa isu periksa dan apa yang jelas Kepimpinan PKR lebih teruk dari UMNO kerana sekurang-kurangnya UMNO tidak pernah membuang mana-mana Pendaftar, Dekan dan Pengarah mana-mana Universiti di Malaysia walau pun mereka ini menyokong pembangkang.
Sunday, 3 April 2011
''MEMBANGUN BERSMA ISLAM'' Realiti @ Retorik
Menteri Kerja Raya teleh menyatakan bahawa negeri Kelantan akan mendapat lebuh raya sepanjang 390 kilometer yang melalui Pahang-Gua Musang-Kuala Krai. Projek ini akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysiam Ke-10...Ini menunjukkan soal pembanguanan negeri Kelantan adalah diuruskan oleh Kerajaan Pusat walaupun Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan hampir 22 tahun. ini membuktikan bahawa kepimpinan PAS telah gagal membangunkan umat Islam di negeri Kelantan walaupun megah menyatakan motto ''MEMBANGUN BERSAMA ISLAM''.Berbeza pula dengan negeri Selangor apabila satu lagi kepimpinan Parti Pembangkang telah menyalah guna kuasa dengan menggunakan wang kerajaan negeri untuk tujuan politik serta telah meluluskan peruntukan memasang papan tanda bagi menyokong kempen Parti Pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lihat disini. Kejadian ini merupakan satu yang amat mendukacitakan kerana negeri-negeri ini GAGAL melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah di negeri tersebut, bukan itu sahaja Khalid sabagai MB Selangor turut melaksanakan beberapa dasar yang menyebabkan Bangsa Melayu Islam di anak tirikan.

Apa yang dapat dirumuskan jelas menunjukkan pemerintah di negeri Kelantan dan Selangor telah GAGAL melaksanakan tugas sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang baik kerana peruntukan perbelanjaan mengurus yang di beri oleh Kerajaan Pusat adalah mengikut kepadatan Penduduk dan Panjang Jalan..jika kita membuat sedikit kaji negeri Melaka mempunyai panjang jalan yang pendek berbanding negeri Kelantan tetapi Ketua Menteri Melaka berjaya membawa Melaka sebuah negeri maju berbanding Kelantan walaupun Nik Aziz antara Menteri Besar terbanyak menerima peruntukkan mengurus dari Kerajaan Pusat. Sekali lagi membuktikan PAS hanya menang slogan sahaja...puncanya apabila terlalu sangat bersahabat dengan Kafir menentang agama ISLAM serta berkawan dengan pemimpin yang mempunyai masalah moral.
Friday, 19 November 2010
P.S Jenapala & Zaid Ibrahim ditipu PKR
Hari ini P.S Jenapala (Bekas Setiausaha Agung PKR) yang telah di pecat PKR telah cuba mendapat perisytiharaan dari mahkamah agar pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR tidak sah dan terbatal. P.S Jenapala telah memfailkan saman melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Semalam.Selain itu, P.S Jenapala yang telah menjadi ahli PKR pada tahun 2008 yang merupakan ahli PKR seumur hidup dipecat dengan alasan mengkritik pimpinan parti hingga tidak melayakkanya bertanding menurut kenyataan media oleh Y.B Saifuddin bahawa P.S Jenapala telah dipecat pada Februari 2009. Jika alasan ini yang digunakan oleh PKR untuk memecat P.S Jenapala kerana mengkritik pimpinan parti adalah satu alasan yang tidak manusabah dan jelas membuktikan kepimpinan dalam PKR tidak mengamalkan konsep terbuka serta tidak demokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan PKR. Jelas menunjukkan PKR hanya berbohong kepada masyarakat.
P.S Jenapala telah menfailkan saman terhadap terhadap tiga defendan iaitu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail. Selain itu P.S Jenapala turut menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun terhadap ganti rugi selain kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah
Dewakampung melihat tindakan P.S Jenapala ada asasnya kerana selepas Zaid Ibrahim meninggalkan PKR juga disebabkan cara pengendalian pemilihan PKR yang tidak tulus dan demokrasi setelah 18 bulan menyertai PKR lihat ini. Zaid Ibrahim juga turut mendakwa telah disekat oleh Anwar Ibrahim untuk menghadiri satu program di Sabah.
Kesimpulannya bukan sebuah parti yang benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi dan selama ini laungan perjuangan PKR adalah penipuan dan pembohongan yang nyata kepada rakyat Malaysia.
Saturday, 23 October 2010
MTAB bela Melayu & Bumiputra
Tindakan UMNO menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputra (MTAB) merupakan satu langkah baik bagi memastikan Melayu & Bumiputra terus terbela di tanah airnya sendiri...ini dapat melihat berapa seriusnya UMNO dalam membimbing serta mempertahankan hak Melayu & Bumiputra tanpa meminggir serta menidas hak kaum lain kerana apa yang dibuat selama ini semuanya termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan dan sama sekali tidak mencabuli Perlembagaan yang dipersetujui bersama oleh semua pemimpin kaum. lihat disiniSaturday, 16 October 2010
PERMATA dihina Pembangkang
Dewakampung melihat apabila Bajet 2011 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kepada program PERMATA adalah satu cara untuk kerajaan memberikan perhatian kepada pembangunan Modal Insan dimana melalui program ini anak-nak perwaris bangsa akan menikmati kebaikan hasil dari ketulusan kerajaan persekutuan yang bergitu sayang kepada anak-anak muda yang merupakan perwaris negara.Adalah amat menyedihkan apabila peruntukkan RM 111 juta untuk program PERMATA ini telah dihina oleh pembangkang terutama oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ini menujukkan kurang matangnya pemikiran pemimpin PAS
Jika kita pergi dengan lebih mendalam Peruntukan sebanyak RM 111 juta itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Ini merupakan satu perancangan rapi pihak Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Modal Insan dan merupakan permulaan awal menyediakan manusia berguna untuk negara.
Dewakampung turut melihat program ini akan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum termasuklah anak-anak pemimpin pembangkang yang menuduh serta memfitnah program PERMATA ini.

Friday, 30 July 2010
Tony Pua jangan Di Sentuh Hak Melayu
DAP telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR memansuhkan pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan mewah di negeri adalah satu usaha untuk menolak kepentingan Bangsa Melayu serta jelas melanggari seperti apa termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan. Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara), amat mencabar kedudukan orang Melayu & jelas menunjukkan Tony Pua cuba bermain dengan api. Jika melihat Statistik tahun 2007 pemilikan bangunan Bangsa Melayu hanya 15.7 %, hartanah komersial 29.2 % dan kompleks perniagaan untuk premis perniagaan hanya 3.5 % jelas membukti wujud jurang yang amat besar.
Dewakampung melihat jika Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan cadangan Tony Pua ini secara tidak langsung boleh mencetuskan jurang ekonomi yang ketara serta akan menwujudkan perasaan amarah di kalangan bangsa Melayu....suka cita diingatkan jangan dijolok sarang tembuan.
Adalah lebih elok jika DAP memahami konteks dalam Perlembangaan Persekutuan, Adalah lebih elok juga jika DAP menjaga negeri Pulau Pinang dengan adil kerana beberapa persoalan yang dewakampung ingin bangkitkan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP antaranya bagaimana janji Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada isu Kampung Buah Pala yang rata-ratanya penduduk berketurunan India?, Bangaimana dengan isu roboh gerai?...adakah ia telah selesai??????
Tony Pua turut menyatakan hartanah dibeli dengan harga potongan akan dijual kepada "broker" dengan harga lebih mahal. Jika itu yang dibangkitkan oleh Tony Pua, satu lagi pertanyaan kepada DAP bagaimana dengan isu tanah??? dan bagaimana pula dengan isu pemulangan minuman keras?....suka cita diingatkan rakyat masih ingat apa yang telah dilakukan. Adakah Tony Pua mempunyai bukti atau fakta yang kukuh dengan tuduhan beliau itu???
Dewakampung mencadangkan agar DAP lebih bersikap realistik dalam melihat isu pemberian diskaun kepada Bangsa Melayu & jangan sekali-kali menyentuh hak istimewa orang Melayu seperti termaktud dalam perkara 153. baca disini
Wednesday, 14 July 2010
Selangor dan PASIR
KENAPA HINGGA SEKARANg KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERDIAM DIRI HINGGA SANGGUP MENGANTUNG ADUN BARISAN NASIONAL YANG MEMBANGKITKAN ISU PASIR..ADALAH JELAS INI MENUNJUKKAN KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN PKR TIDAK TULUS DALAM ISU INIMonday, 26 April 2010
Keputusan Hulu Selangor
sumber www.sinarharian.com.myThursday, 15 April 2010
PKR 1Isreal
YB Anwar Ibrahim pernah menuduh konsep 1Malaysia sama dengan 1Israel dan isu APCO juga turut melibatkan Israel, tetapi apa yang jelas hingga ke hari ini, dan saat ini Anwar Ibrahim masih lagi gagal menunjukkan bukti tuduhan yang telah beliau lemparkan kepada Kerajaan Pusat pimpinan YAB Perdana Menteri.Jika diteliti lagi, tujuan YB Anwar Ibrahim membangkitkan isu APCO adalah untuk menutup isu lain khas kes liwat beliau yang masih lagi belum dibicarakan di Mahkamah, punca perbicaraan ini belum bermula kerana Anwar Ibrahim kerap kali melakukan tundaan perbicaraan maka YB Anwar Ibrahim bersama-sama puak-puaknya memainkan isu APCO dengan meluas dikalangan rakyat Malaysia agar mewujudkan persepsi dikalangan rakyat bahawa Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri ada hubungan baik dengan negara Israel.
Apa yang nyata 1Malaysia adalah gagasan yang memupuk perpaduan dalam kepelbagaian, tetapi belum tentu terdapat dalam 1Israel dan apa yang nyata tuduhan Anwar Ibrahim lemparkan kepada Kerajaan dan YAB Perdana Menteri umpama perangai masyarakat Yahudi.
Tuesday, 23 March 2010
YB Yip Sun Onn, Exco Kerajaan Negeri Perlis & Surat Letak Jawatan
Dewakampung agak terperanjat dengan tindakan YB Yip Sun Onn yang telah menulis surat meletak jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi Perlis. Adalah difahamkan punca utama YB Yip Sun Onn meletak jawatan kerana tidak dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Perlis. Tindakan yang dilakukan oleh YB Yip Sun Onn ini menunjukkan beliau seorang yang gila kuasa dan pangkat serta sangat tidak matang. Adakah ini tujuan utama YB Yip Sun menjadi wakil rakyat iaitu mahu menjadi Exco Kerajaan Negeri Perlis??. Tuesday, 12 January 2010
RM 15 Juta Untuk Isteri Yang Diceraikan
Salah Satu Lambang Kewujudan Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Seperti Termaktud Dalam Perlembagaan Negara Dewakampung difahamkan peruntukan ini bertujuan untuk membantu isteri yang dalam proses perceraian dan tidak diberikan nafkah oleh suami yang kurang tanggungjawab serta bertujuan agar para isteri ini dapat meneruskan hidup dengan baik dan tidak diabaikan.
Adalah jelas pengagihan ini sedang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada kepada negeri-negeri di seluruh negara termasuk negeri yang diperintah oleh puak-puak pembangkang.
Friday, 27 November 2009
Hairan PAS Bangkang Wang Ehsan Kepada Rakyat Kelantan
Satu lagi kemuskilan yang berlegar didalam kepala dewakampung ialah mengapa pemimpin Parti PAS mahu membawa isu pemberian wang ehsan ke mahkamah mungkin ada agenda yang tersembunyi dan apa yang jelas kepimpinan PAS telah mula dan sedang bercerita dipentas-pentas PAS berkenaan wang ehsan ini. Maka pengikut PAS yang agak sedikit akalnya mula menyokong serta percaya percakapan pemimpin mereka. tanpa melihat fakta...satu persoalan kepada Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS yang ingin dewakampung kemukakan..berapa jumlah simpanan minyak yang Petronas ambil dari negeri Kelantan? dan berapa pula pelaburan Petronas di luar negara??..seingat dewakampung penjanaan Petronas pada hari ini adalah dari pelaburan & cari gali diluar negara..bukan negeri Kelantan.......
Adakah Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS mahukan wang ehsan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran negeri @ tujuan politik parti PAS kerana kenyataan Datuk Fatmi Mohd Salleh dalam utusanonline ada kebenarannya dimana beliau "mendakwa, antara eset kerajaan yang “dijual” termasuk Hotel Perdana, Tanah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) Kampung Putih, Kota Baharu Trade Centre, Bangunan Arkib MPKB dan sebelum ini Bangunan Permodalan Kelantan Berhad". baca disini






