Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SOP, cuci bersih-bersih, potong kecil-kecil, masukkan ke dalam periuk , masukan air bersih, didihkan untuk sepuluh minit sahaja, sejukkan, tapis, masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk, amalkan meminumnya segelas sehari, Insya-Allah anda akan rasa perubahannya, segala kandungan garam dan racun-racun akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SOP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Showing posts with label holidays. Show all posts
Showing posts with label holidays. Show all posts
Saturday, 27 April 2013
Cuci Buah Pinggang Hanya RM 1.00
Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SOP, cuci bersih-bersih, potong kecil-kecil, masukkan ke dalam periuk , masukan air bersih, didihkan untuk sepuluh minit sahaja, sejukkan, tapis, masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk, amalkan meminumnya segelas sehari, Insya-Allah anda akan rasa perubahannya, segala kandungan garam dan racun-racun akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SOP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
Labels:
holidays
Location:
Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia
Sunday, 31 March 2013
Monday, 26 April 2010
Keputusan Hulu Selangor
sumber www.sinarharian.com.myTANIAH KEPADA PENGUNDI HULU SELANGOR TIDAK MENGADAIKAN MASA DEPAN KEPADA
BAPAK-BAPAK PENIPU
INSYALLAH YB BARU INI AKAN LAKSANAKAN TUGAS DENGAN BAIK
Tuesday, 19 January 2010
ProM UMT & ProM UM apa bezanya
Dewakampung agak hairan dengan tindakan Pro-Mahasiswa (ProM) apabila menjemput Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas (Mafrel) untuk hadir memantau perjalanan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) pada kali ini. Ini menujukkan seolah-olah ProM tidak mempercayai pihak pentadbiran Universiti, jadi jika tidak percaya mengapa masih lagi bernaung denagan UMJika ProM menyatakan sistem pengundian elektronik (e-undi) tidak tulus mengapa ProM boleh menguasai dan memang dalam piliharaya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan menang besar. baca disini
Adalah jelas menunjukkan ProM Universiti Malaya (UM) sangat takut dengan sisten e-undi ini, siap menjemput Mafrel pada pilihnaraya kampus...Jelas menunjukkan bahawa ProM UM bukanlah sebuah persatuan mahasiswa yang kuat untuk membela nasib mahasiswa UM dan kemungkinan besar ProM UM pada tahun ini tidak sehebat ProM UM tahun lepas yang ternyata hingga menyebabkan TNC HEPA tunduk kepada ProM pada tahun lepas....taniah diucapkan pada ProM UM tahun lepas.
Dewakampung melihat kaedah menjemput Mafrel hadir pada pilihanraya kampus seakan sama dengan kaedah yang dibawa oleh pembangkang semasa pilihanraya umum dengan menyatakan sistem pilihanraya tidak tulus maka alasan yang sama turut digunakan pakai oleh ProM UM. tengok ini
Dewakampung turut melihat ProM telah mengunakan "Deception Strategy" seperti terdapat dalam teori peperangan Jeneral Sun Tzu's pada pilihanraya kampus, maka dewakampung menyeru agar mahasiswa lari dari kaedah yang diguna pakai oleh ProM ini.
Apabila ProM menjemput Marfel sebagai pemerhati maka ProM turut mengunakan satu lagi teori Jeneral Sun Tzu's iaitu "Strategy Of Turning Disadvantages Into Advantages" bermaksud cuba mengubah sesuatu situasi dari memihak kepada Penggerak Mahasiswa kepada ProM dan ini merupakan teori popular yang selalu digunakan dalam kancah peperangan. Maka dewakampung sekali lagi menyeru agar mahasiswa kampus perlu bijak melihat setiap kaedah yang diguna pakai agar tidak terperangkap dengan permainan politik ProM.
Thursday, 14 January 2010
Karpal & Imam Ngah Kok Meng
Dewakampung pernah teringat Karpal Singh menyatakan "MAHU WUJUDKAN NEGARA ISLAM LANGKAH MAYAT KAMI DULU" dalam keratan akhbar
Dan adalah amat menghairankan apabila anak didik DAP pernah membaca Al-Quraan dan mungkin dewakampung boleh mengelarkan Imam Besar Ngah Kok Meng....jadi kesimpulan yang mudah untuk dewakampung nyatakan DAP bukanlah parti yang jujur dalam perjuangakan nasib rakyat,,,sebab cakap pun berbelit-belit...Mengapakan PAS dan PKR masih lagi menjadi makmum kepada DAP?????
Siapa boleh tolong jawab kecelaruan ini
Tuesday, 1 December 2009
DAP Pijak Gambar Melayu
APA DAP YANG BUAT
ADAKAH INI BIBIT ISU PERKAUMAN
ADAKAH PAS MASIH LAGI BERSAMA DAP
ADAKAH INI BUDAYA 1MALAYSIA DARI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA HINGGA HARI INI
Monday, 14 September 2009
SERUAN KEPADA PEMUDA-PEMUDI

Ayuhai Pemuda Harapan Negara
Juga Pemudi Harapan Negeri
Binalah Nusa Dengan Segera
Untuk Membakti Hak Peritiwi
Lupakah Saudara Masa Silam
Di Zaman Keperwiraan Yang Telah Layu
Bukankah Negara Dikenali Alam
Tentang Kemahsyuran Kerajaan Melayu
Masa Itu Ayuhai Saudara
Kemahsyuran Melayu Silang Gemilang
Semerbak Bau Nama Negara
Hingga Selalu Dagang Menjelang
Kedatangan Dagang Memang Bertujuan
Bukan Sahaja Hendak Berniaga
Tetapi Dagang Menjalankan Tipuan
Laksana Naga Kepala Tiga
Cubalah Tatapi Tawarikh Melayu
Di Zaman Sultan Mahmud Syah
Bukankah Pengkhianat Membuat CELAKA
Meramas Kedaulatan Negara Bertuah
Kini Kita Mesti Sedar
Ayuhai Juwita Harapan BANGSA
Jangan Leka Duduk Bersandar
Akhirnya Kita Lagi BINASA
Lihatlah Negeri Yang Telah Maju
Banyak Pemuda BERPENGETAHUAN TINGGI
Juga Pemudi sama BERSATU
Anak Bangsa Tak Canggung lagi
HIDUP MELAYU
Juga Pemudi Harapan Negeri
Binalah Nusa Dengan Segera
Untuk Membakti Hak Peritiwi
Lupakah Saudara Masa Silam
Di Zaman Keperwiraan Yang Telah Layu
Bukankah Negara Dikenali Alam
Tentang Kemahsyuran Kerajaan Melayu
Masa Itu Ayuhai Saudara
Kemahsyuran Melayu Silang Gemilang
Semerbak Bau Nama Negara
Hingga Selalu Dagang Menjelang
Kedatangan Dagang Memang Bertujuan
Bukan Sahaja Hendak Berniaga
Tetapi Dagang Menjalankan Tipuan
Laksana Naga Kepala Tiga
Cubalah Tatapi Tawarikh Melayu
Di Zaman Sultan Mahmud Syah
Bukankah Pengkhianat Membuat CELAKA
Meramas Kedaulatan Negara Bertuah
Kini Kita Mesti Sedar
Ayuhai Juwita Harapan BANGSA
Jangan Leka Duduk Bersandar
Akhirnya Kita Lagi BINASA
Lihatlah Negeri Yang Telah Maju
Banyak Pemuda BERPENGETAHUAN TINGGI
Juga Pemudi sama BERSATU
Anak Bangsa Tak Canggung lagi
HIDUP MELAYU
DIPETIK DARI PUISI LAMA JUWITA - 1956
Sunday, 12 July 2009
20 Ribu VCD & Tanah Kampung Buah Pala
Hari ini telah terbukti satu lagi kesepakatan tidak wujud dikalangan komponan Parti Pembangkang dimana sikap saling salah-menyalah amat jelas berlaku apabila R.S.N Rayer (Timbalan Pengerusi Pemuda Sosialis DAP negeri) dengan lantang menyatakan Anwar Ibrahim telah membuat janji kepada penduduk Kampung Buah Pala bagi menyelesaikan kemelut isu tanah. R.S.N Rayer turut menyatakan DAP ada membuat janji semasa pilihanraya yang lepas tetapi Anwar Ibrahim adalah pihak pertama yang membuat janji baca ini.Bagi dewakampung pula jelas menunjukkan pimpinan Parti Pembangkang tidak berupaya menyelesaikan isu tanah Kampung Buah Pala dan ini membuktikan Pakatan Pembangkang memang tidak layak untuk membentuk kerajaan, apakah lagi menguasai Malaysia kerana isu melibatkan negeri kecil seperti Pulau Pinang tidak mampu diselesaikan siap menghantar surat bantuan kepada Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan kemelut ini......Adakah ini sebuah kerajaan, jika tidak dapat selesaikan masalah serah pada pihak lain, kalau ini lah gaya dan corak pemerintahah DAP, nescaya akan lingkuplah negara Malaysia tercinta ini????
Adalah amat kelakar apabila Parti yang dikatakan mempunyai persefahaman tyang tinggi telah saling menuduh antara satu sama lain....dan selain itu, bukti jelas penduduk Kampung Buah Pala telah ditipu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP, maka adalah lebih elok Ketua Menteri Pulau Pinang meletak jawatan dan pulang ke Melaka.
R.S.N Rayer telah menyalahkan Tharmaraj yang merupakan Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana mengedarkan Cakera Padat Video Digital (VCD) lebih 20 ribu unit yang terkandung ucapan dan rakaman janji yang dibuat oleh pemimpin pakatan pembangkang. Dewakampung melihat R.S.N Rayer telah melahirkan kemarahan kepada Tharmaraj dengan menyatakan beliau tidak mempunyai tanggungjawab terhadap parti...sukacita diingatkan semasa Kerajaan BN memerintah DAP, PKR, PAS dan seluruh pakatan pembangkang hanya mencari salah sahaja tanpa usulkan cadangan...dan apabila sudah memerintah perkara kecil pun tidak boleh nak selesaikan.
Adalah amat hairan bagaimana isu tanah 999 tahun boleh diselesaikan dengan segera dan isu tanah di Kampung Buah Pala tidak boleh diselesaikan, siap menyatakan kerajaan negeri tidak mampu lagi ??, dewakampung semakin hairan dengan Parti pembangkang dan kepada Parti PAS masih tak nampak ke masalah yang berlaku, mengapa masih duduk dengan DAP?........sekadar bertanya.
Persoalan disini adakah benar apa yang Nik Aziz pernah ucapkan?????...dewakampung masih lagi berfikir berkenaan isu Tanah Kampung Buah Pala....dewakampung SAYANG PULAU PINANG!!!!!!!!
Sunday, 28 June 2009
Thursday, 4 June 2009
PKR Boikot YDP MPSP
Dewakampung agak terperanjat, hairan dan lucu dengan sikap keanak-anak Ahli Majlis daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memboikot upacara mengangkat sumpah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP). Dewakampung difahamkan tindakan itu adalah membantah pelantikan Mokhtar Mohd Jait selaku YDP MPSP.
Persoalan disini adakah Ahli Majlis PKR memboikot perlantikan itu kerana tiada perbincangan atau Mokhtar Mohd Jait ini bukan penyokong PKR maka mereka membantah perlantikan tersebut?
Jelas menunjukkan PKR lebih berminat bermain politik daripada bekerja hinggakan perlantikkan YDP pun perlu dibincangkan yang sudah pastinya ia merupakan jawatan penting dalam kerajaan. Jelas juga menunjukkan apabila sesuatu parti itu wujud disebabkan "GILA KUASA" maka perebutan setiap post-post penting sentiasa di intai?.
Tindakan ini menunjukkan tiada persefahaman antara DAP dan PKR kerana kedua-dua parti ini hanya TAHU MEMBANGKANG DAN BEREBUT, BUKANNYA PARTI YANG MENTADBIR. Dewakampung mencadangkan agar DAP dan PKR merenung kembali adakah mereka telah melaksanakan tugas selaku pentadbir di Pulau Pinang dan adakah janji-janji manis semasa pilihanraya dipenuhi manakala kepada Rakyat Pulau Pinang fikir-fikirkan adakah pentadbiran kerajaan pimpinan DAP ini menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang.
Ingat-mengingati digalakkan dalam Islam
Thursday, 21 May 2009
Gerakan Mahu Chin Peng!!!!!
Dewakampung terperanjat dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Datuk Dr Teng Hock Nan (Pengerusi Gerakan Pulau Pinang) yang menyarankan kepada kerajaan Malaysia agar membenarkan Chin Peng bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) balik ke Malaysia yang secara jelas telah melakukan huru-hara serta kekacauan kepada negara.
Dewakampung berpendapat kekejaman Chin Peng dan PKM tidak boleh dimaafkan contohnya kejadian serangan Balai Polis Bukit Kepong, Muar Johor serta lain-lain bentuk kekejaman terhadap orang awam dan pasukan keselamatan.
Permintaan dari Parti Gerakan amat melampaui batas serta secara tidak langsung mengkhianati pasukan keselamatan yang banyak berkorban mempertahankan negara. Mengapakah Parti Gerakan tidak memikirkan perkara itu dan perasaan isteri yang menjadi balu, anak kecil menjadi yatim-piatu manakala ibu kehilangan anak semasa kekejaman PKM.
Permintaan Parti Gerakan ini bertujuan meraih sokongan politik murahan, mengapakah bergitu cetek pemikiran seorang pemimpin dari Parti Gerakan dan Dewakampung berpendapat Datuk Dr Teng Hock Nan harus meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang kerana tidak sensitif isu-isu semasa.
Lupakah Datuk Dr Teng Hock Nan dan Parti Gerakan akan sejarah hitam atau memang Parti Gerakan tidak tahu langsung tentang apa yang berlaku dalam negara???. Sekali lagi ingin dewakampung tegaskan jangan cuba menwujudkan ketegangan dalam negara tercinta.
Alasan Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia atas dasar kemanusiaan serta tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara adalah amat bodoh, Persoalan disini adakah Chin Peng dan PKM mempunyai dasar kemanusiaan semasa melakukan kekejaman. Dewakampung ingatkan kepada Datuk Dr Teng Hock Nan dan Parti Gerakan, mahkamah telah membuat keputusan tidak membenarkan Chin Peng balik jadi jangan persoalkan apa yang telah diputuskan oleh mahkamah.
Dewakampung mencadangkan agar Datuk Dr Teng Hock Nan dan seluruh kepimpinan Parti Gerakan membaca buku sejarah semasa kekejaman komunis dan baru buat kenyataan atau permintaan kepada kerajaan dan bukan mencari populariti murahan.
Hairan dengan keadaan politik masa kini
Friday, 8 May 2009
Hidup Pemimpin !!!!

Oh Pemimpin umat Melayu,
Pimpinlah seluruh rakyat jelata,
Sangat sedih memandang sayu,
Sebagai kehilangan tongkat si buta.
Sungguh sedih bila dipandang,
Ketengah masyarakat Melayu Raya,
Hidup umpama di dalam kandang,
Tiada menikmati nikmat bahagia.
Tanah Melayu pusaka kita,
Hak Melayu berterus-terang,
Bangsa dagang mencabul nyata,
Dipandang kita hina & kurang.
Pemimpin kita pandanglah ini,
Kepentingan rakyat hendaklah diutamakan,
Berjuanglah dengan gagah berani,
Membela rakyat itulah didahulukan.
Tiada lain tempat pengharapan,
Cuma pemimpin yang kita "aku",
Belalah rakyat sebagai kewajipan,
Jangan bertindak lepas laku.
Hidup mati umat kita,
Di tangan pemimpin yang berhormat mulia,
Pembelaan dikehendaki biarlah nyata,
Sampai Melayu mendapat bahagia.
Rakyat tidak berkehendakkan pangkat,
Waima Raja sekalipun pemerintah,
Sekadar darjat biarlah meningkat,
Jangan hidup tak boleh betah.
Oh pemimpin pembuka mata,
Pimpilah rakyat jangan berkurang,
Rakyat masih bersilang sengketa,
Hampir terjerumus ke dalam jurang.
Menjadi pemimpin biarlah sempurna,
Mahukan adil lagi saksama,
Memandang insaf rakyat merana,
Kehidupan bahagia makmur bersama.
sumber :- Majalah Juwita (Terbitan 1956)
Wednesday, 29 April 2009
Nizar perlu fahami Lagu Terang Bulan

Senikata lagu Terang Bulan
Dilanjutkan Allah Usianya Sultan,
Adil dan Murah Memerintah Watan,
Ditaati Rakyat Kiri Dan Kanan,
Iman Yang Soleh Allah Kurniakan,
Allah Berkati Perak Ridzuan,
Allah Selamatkan Negeri Dan Sultan
Senikata lagu ini penulis perolehi dari anak jati negeri Perak..maka penulis mula tertanya-tanya dan penuh persoalan dihati adakah bekas Menteri Besar Perak YB Nizar tidak memahami lagu ini. Kalau diperhalusi setiap baris lagu jelas menunjukkan ketaatan rakyat kepada Sultan dan keseluruhan lagu menyatakan agar Allah SWT merahmati dan memelihara DYMM Sultan.
Penulis mula terfikir bukankah Nizar mendendangkan lagu ini dibibir dari kecil hingga besar? dan bukankah seluruh atau sebahagian pemimpin Barisan Pakatan Rakyat menyanyikan lagu ini terutama semasa dibangku sekolah? atau Nizar dan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat bukan berasal dari Negeri Perak maka tidak memahami akan lagu tersebut, jika bukan berasal dari Negeri Perak pun seharusnya setiap wakil rakyat yang bertanding di jajahan negeri Perak seharusnya memahami lagu Terang Bulan.
Dengan apa yang berlaku adalah amat memalukan dan seakan-
Labels:
holidays
Friday, 17 April 2009
Penanti Satu Perancangan
Satu lagi Pilihanraya Kecil Penanti akan berlaku dengan perletakkan jawatan Fairuz (ahli PKR). Pilihanraya kecil ini boleh dikatakan satu perancangan kotor PKR bagi menunjukkan yang rakyat menyokong PKR sebelum berlangsung Pilihanraya Umum Ke-13. Boleh dikatakan strategik ini menghabiskan duit rakyat kerana punca berlakunya pilihanraya kecil ini disebabkan perletakkan jawatan wakil rakyat PKR, jika dilihat ia bermula dengan Pilihnaraya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Pilihanraya Bukit Selambau dan diikuti Pilihanraya Kecil Penanti.
Jelas menunjukkan PKR bukanlah parti yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat kerana kesemua wakil rakyat yang dipilih tidak menjalankan tugas dengan baik serta secara jelas mengkhinati amanah yang telah rakyat berikan. PKR juga hanya mementingkan kuasa politik sahaja hingga sanggup mengadaikan nasib rakyat
Seharusnya rakyat sedar akan permainan politik kotor PKR dan tidak tertipu dengan perancangan ini...
Monday, 30 March 2009
Harga Ayam dan Keprihatinan Kerajaan Pusat
Hasil dari kerajaan yang memperjuangkan rakyat dan memikirkan nasib rakyat dimana hingga harga ayam diturunkan sempena kemerosotan ekonomi global bagi mengurangkan beban rakyat. Sesungguhnya ini lah bukti nyata pemimpin yang memikirkan nasib rakyat serta kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat melalui tindakan bukan sekkadar percakapan kosong seperti diuacpkan oleh Pakatan Rakyat yang hanya sekadar pandai bercakap tanpa melakukan sesuatu untuk memikirkan kebajikan rakyat sempena masalah ekonomi peringkat global
Subscribe to:
Posts (Atom)


