Tindakan yang dilakukan oleh pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Tun Perak adalah mengikut undang-undang dan tepat kerana mahasiswi bernama saudari Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa telah menginap secara haram dan tidak berdaftar dikolej berkenaan.
Kenyataan dan kebenaran yang perlu dinyatakan pihak pengurusan Kolej Kediaman Tun Perak telah pun mengeluarkan notis dan surat yang bertarikh 14hb Oktober 2008. Berdasarkan fikiran waras penghuni terbabit mempunyai masa yang cukup untuk berkemas dan keluar dari kolej kediaman. Pada waktu kejadian, dua kereta Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) hanya menjalankan tugas jadi saya merasakan tidak timbul persoalan berkaitan nilai-nilai kemanusiaan.
Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Tun Perak hanya meminta mereka keluar dari kolej kediaman dan bukannya didenda @ lain-lain tindakan yang lebih keras. Perlu diingatkan kepada Pro-Mahasiswa UPM untuk tinggal di Kolej Kediaman ia perlu dibayar penggunaan air, elektrik dan lain-lain kemudahan dengan harga yang minima adalah tidak adil jika mahasiswa/mahasiswi yang lain perlu membayar penginapan tersebut tetapi kedua-dua ahli Pro Mahasiswa UPM menginap secara percuma....adalah diingatkan HARAM HUKUMNYA.
Saya merasakan tindakan Laman rasmi Pro-Mahasiswa UPM mempersoalkan bidang kuasa sebagai Pentadbir Kolej Kediaman Tun Perak adalah silap, kerana Prof. Madya Dr. Jasni B. Sabri selaku Pengetuan Kolej telah melakukan perkara tersebut mengikut tatacara yang betul.
Persoalan kedua yang perlu difikirkan bersama jika BENAR ahli Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia itu mahasiswi yang cemerlang dalam bidang akademik adakah ia perlu menginap secara tidak sah?, kerana setahu saya di UPM bagi mahasiswa/mahasiswi yang cemerlang akan dapat merit jika mendapat CGPA yang tinggi pada setiap sesi pengajian serta aktif diperingkat kolej, persatuan atau universiti.
Suka cita diingatkan yang salah tetap salah dan janganlah sesekali cuba menegakkan benang yang basah kerana sebagai mahasiswa/mahasiswi kebenaran perlu dinyatakan bukan kebatilan dan penipuan
sekian, terima kasih...FIKIR-FIKIRKAN (",)

