Sunday, 8 March 2009

Perkataan Allah, PAS sendiri pun keliru

YB Tuan Taib Azamudden Mat Taib (Ahli Parlimen PAS Kawasan Baling) yang juga merupakan bekas Iman Besar Masjid Negara berbahas dalam Parlimen perkataan nama Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kerana Allah didalam kepercayaan Agama Islam hanya satu bukan nya seperti kepercayaan agama lain yang tuhan mempunyai anak.

Perjelasan yang diberikan oleh YB Tuan Taib Azamudden Mat taib ini adalah selari dengan keputusan Kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional terutama UMNO, Ketua Pengarah JAKIM, Majlis Fatwa Kebangssan serta seluruh rakyat Malaysian yang beragama Islam dan berbudaya Melayu.

Adalah amat hairan apabila orang besar PAS iaitu Tuan Guru Dato' Nik Aziz menyatakan kalimah Allah SWT boleh digunakan oleh semua agama. Dukucita apabila Melayu yang beragama Islam seperti YB Dr.Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen PAS kawasan Kuala Selangor) & YB Tuan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Kawasan Shah Alam) memberi pendapat yang berlainan atau pendapat tersebut agar selari dengan Nik Aziz.

YB Dr. Dzulkefly menyatakan perkataan Allah tidak harus timbul kerana diakui dalam Al-Quran kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam manakala YB Khalid mendakwa dalam Al-Quran menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Jika pada hari ini perkataan Allah SWT hanya digunakan oleh orang Islam dan menunjukkan tuhan yang Maha Agong dan Satu, manakala bagi orang bukan beragama Islam contohnya Hindu kebanyakkan tuhan bernama Dewa.

Persoalan yang ingin dibangkitkan adalah kekeliruan yang akan wujud dikalangan generasi muda pada masa hadapan jika perkataan Allah digunakan untuk semua agama maka genarasi muda pada masa hadapan akan bertanya Allah yang mana???. Allah Islam atau Allah Kristian. Bukankah itu akan mencentuskan kekeliruan serta secara tidak langsung boleh menyebabkan konflik agama di Malaysia.

Janganlah kerana Politik dan Kuasa Orang melayu beragama Islam sanggup dipergadaikan Agama Islam dan Bangsa Melayu. ini luahan ikhlas dari hamba Melayu beragama islam

Monday, 2 March 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu



Wasiat RAJA-RAJA dan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu semasa MERDEKA 31 OGOS 1957

“KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunan
kami 7 PERKARA yang mana jika kamu
bersatu padu dan berpegang teguh
kepadanya selama itulah kamu akan selama sejahtera”

PERKARA SATU
• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

PERKARA DUA
• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan isytihar dan simpan, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.

PERKARA TIGA
• Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteraskan kekacauan dalam Negara dan ancaman dari Luar Negara.

PERKARA EMPAT
• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kadaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini

PERKARA LIMA
• Kami tetapkan ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN

PERKARA ENAM
• Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan

PERKARA TUJUH
• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri SABAH dan SARAWAK.

Aparteid & Kenyataan Dr. Boo Cheng Hau


Dr. Boo Cheng Hau Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah menyamakan amalan ‘bumiputeraisme’ dengan dasar aparteid boleh membangkitkan semangat perkauman di Malaysia. Dilihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Wakil Rakyat berkenaan boleh merosakkan keharmonian negara.

Kenyataan ini menunjukkan dasar sebenar DAP yang suka membangkitkan politik perkauman yang sempit. Jelas menunjukkan DAP tidak belajar dari sejarah berlakunya peristiwa 13 Mei yang berpunca dari kenyataan-kenyataan berbaur perkauman sehingga mencetuskan isu pergaduhan kaum.

Adalah jelas menunjukkan Dr. Boo Cheng Hau tidak memahami sejarah atau lebih tepat tidak mengenali sejarah Malaysia. Persoalan yang boleh dibangkitkan adakah Dr. Boo Cheng Hau benar-benar rakyat Malaysia kerana jika kita melihat sejarah DAP sendiri adalah serpihan dari PAP (Parti yang membentuk kerajaan di Singapura).

Jika dikaji Perlembagaan melalui Perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu dan Kaum Bumiputera telah termaktud ia seharusnya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Jelas menunjukkan Dr. Boo Cheng Hau dan DAP agak buta berkenaan Perlembagaan Malaysia.

Di harapkan semua wakil rakyat samada dari Barisan Nasional atau Parti Pembangkang harus memahami sejarah agar isu berbaur perkauman sempit tidak dibangkitkan lagi.

DEWA KAMPUNG SAYANG MALAYSIA