
HEBATNYA SEORANG MANUSIA APABILA MENGUNAKAN RUANG YANG DIBERIKAN TUHAN UNTUK BERFIKIR KERANA ITU KELEBIHAN YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN
Thursday, 10 September 2009
Perkara 3 Perlembagaan Negara Tercemar Angkara MB Selangor

Monday, 7 September 2009
Keupayaan Kerajaan Selangor...Syabas Diucapkan
Wednesday, 2 September 2009
Siapa Yang Keliru SPR @ PAS???
Pada hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan Adun Kota Siputeh kekal dan difahamkan juga Datuk Abu Hasan Sarif ada mengemukakan surat MC dan itu telah menjelaskan sebab mengapa beliau tidak hadir dalam mesyuarat pada 9 Ogos 2009. Adalah amat melucukan apa surat MC tidak diterima oleh Speaker, jelas menunjukkan Kerajaan Pembangkang Negeri Kedah tidak mengiktiraf doktor yang mengeluarkan surat. baca disini
Dewakampung turut menjangkakan keputusan ini akan mendapat reaksi negatif serta tuduhan melampau dari pembangkang dimana Dato' Kamarudin Jaffar (Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat) telah menyatakan dalam HarakahDaily.Net iaitu "Keputusan ini membuktikan lagi SPR terlalu menjaga kepentingan Barisan Nasional (BN) kerana sepatutnya jika tidak hadir sidang Dun dalam tempoh dua penggal hukuman lebih teruk dikenakan tetapi dalam kes ini ia diringankan dan dikekalkan kerusi Adun BN itu,"
Itu menunjukkan pembangkang tidak dapat menerima hakikat dan keputusan apabila sesuatu perkara itu bertentangan dengan hasrat mereka...persoalan disini adakah pembangkang ini benar-benar memahami akan peruntukkan undang-undang?. Tuduhan yang ditujukan oleh PAS itu adalah amat berat.
Dewakampung amat percaya jika keputusan memihak kepada pembangkang, mereka akan menyatakan SPR menjalankan tugas dengan tulus tetapi jika tidak bermacam-macam tuduhan yang amat melampau diucapkan kepada SPR ini terjadi seperti berlaku kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sikap yang ditunjukkan oleh Parti PAS ini amat meloyakan kerana hanya sibuk untuk berpolitik hinggakan tanggungjawab kepada rakyat tidak dilaksanakan. Seharusnya PAS mempersoalkan isu kuil di seksyen 23, Shah Alam Selangor yang cuba dibina dikawasan majoriti orang Islam berbangsa Melayu, jelas menunjukkan PAS lupa akan parti yang selama ini dikatakan memperjuangkan Islam. PAS seharusnya memperjuangkan masalah yang berlaku pada umat Islam dan Bangsa Melayu pada hari ini tetapi amat mendukacitakan disebabkan politik PAS telah melanggar banyak prinsip